"Bad things happened, but you still can live"-Super 8(2010) (Demi malam apabila telah sunyi,Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada pula benci kepadamu, Dan sesungguhnya akhir itu (akhirat) lebih baik bagimu dari permulaan(dunia).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Ad Duhha: ayat 2 hingga 5)
Sabtu, 29 Disember 2012
Sahabatku sayang..
Semalam aku mendapat panggilan telefon dari seorang sahabat lama. Secara jujurnya aku ada rasa 'crush' dengan dia dulu masa dia zaman uni. Dia tak sedar, sebab masa tu kami sama-sama amat berahsia tentang seksualiti, dan masa tu bagi aku semua amat kabur. Aku suka tengok dia, aku suka bersama dengan dia, bagi aku dia amat cool.
Dan beberapa tahun yang lalu, kami masing-masing mendedahkan seksualiti kami, biasalah gaydar dah amat kuat. Apa lagi nak sembunyi.
Sampai kini aku masih sayang dia, sayang sebagai sahabat sekurang-kurangnya.
Dan aku melihat jatuh bangun dia dalam perhubungan dan juga kerjaya.
Semalam:
dia: MG, hahaha.
aku: haha, kau panggil aku MG juga ye.
dia: ishh..budak dalam friendlist kau ni comel pulak le.
aku: eh...memangla, aku pun dok flirt juga, tapi aku gitu2 jela, tadak serius dah.
dia: MG, aku nak stop.
aku: Ya allah, alhamdulillah. Jomlah, jom sama2 kita.
dia: tapi, susah sangatlah.
aku: memang susah, memang amat susah. tapi bolehnya, boleh.
dia: tapi aku ..seorang.
aku: memang akan rasa sorang, tadak sapa ..tapi sebenarnya kita tak sorang. Nanti free2, aku g jumpa kau. Inshaallah.
dia: kau kuat, aku pun kena kuat.
aku: taklah, moh kita sama2 kuat. Bolehnya.
Bagi aku, itu berita gembira. Masa aku menulis ni pun rasa sebak. Sebab, kawan yang aku sayang, nak bersama-sama aku. Mungkin, tuhan takdirkan aku dan rakan-rakan aku, tidak menikmati cinta seperti cinta orang-orang heterosexual dan kami mengelak dari bercinta nafsu dengan kaum hawa, dan perjuangan ni akan ada jatuh bangun, mungkin aku akan bercinta lagi dengan hawa, tapi ya allah...harap dapat aku elakkan dari bermusahaqah kembali. Namun andai itu terjadi, janganlah aku mengharamkan diri aku dari bertaubat.
Cukuplah dosa-dosa itu meresahkan aku dan membunuh jiwa aku.
Dan keinginan aku yang kuat pada bdsm aku lupakan dengan, menyibukkan diri mencari teman-teman yang sama-sama menyokong untuk menghindari yang haram.
Kalau aku renung hidup aku, awal tahun dulu adalah titik paling hitam dalam hidupku, tapi setelah itu Allah bagi banyak perkara indah dalam hidupku. Benar..kan, Allah takkan biarkan hambanya berseorangan, dan setiap kepahitan ada kemanisannya. Allah beri aku sahabat-sahabat yang banyak menyokong aku.
Aku rindu Bisco misc, sahabat yang belum pernah aku berjumpa tapi dah banyak bagi aku kekuatan. Dan sahabat-sahabat lain yang mendengar tangis dan gembiraku sepanjang tahun ini. Ya Allah, terlalu banyak nikmat yang kau berikan buat aku. Alhamdulillah.
Apabila kita tinggalkan sesuatu kerana Allah, Allah tidak akan meninggalkan kita.
Sahabat, aku menyayangi kau kerana Allah!
Khamis, 27 Disember 2012
Melawat keluarga PLHIV :)
Mari sini dengar ceritaku.
Pernah dengar ungkapan rumahku syurgaku?
Pada hari minggu yang lepas, aku telah diizin tuhan untuk melawat Pakcik Ahp sekeluarga.
Berpeluang berbual-bual dengan Kak Da dan Ummie dengan lebih rapat. Melihat sendiri keadaan Pakcik Ahp yang sentiasa menyumbangkan kehidupannya kepada komuniti.
Keluarganya penuh dengan kasih sayang. Cara Kak Da dan Ummie melayan kerenah Pakcik Ahp, yang sering sibuk melayan whassap dan juga internet demi tanggungjawabnya, yang sering keletihan kerana memerlukan tidur yang cukup, aku memang jadi kagum dengan kedua wanita ini. Dan sifat Pakcik Ahp yang memimpin keluarga dengan kasih, kasih pada anak, kasih sebagai suami, menyebabkan keluarga ini umpama baiti jannah yang orang luar disana impikan.
Sungguhkan, kasih sayang itu tuntutan Islam, dan hanya itu yang akan membahagiakan. Bila ianya kerana Allah.
Paling kelakar bila aku melihat dia menegur anak-anaknya dengan cara tersendiri, dalam tegas, ada ungkapan I love you. Kahkahkah, entah kenapa sampai sekarang aku masih rasa ia kelakar.
Saling melengkapi, dan saling memahami. Itu antara kunci keluarga ini. Bagi aku, bukan mudah seorang isteri menerima situasi sibuk, letih sang suami. Dan sang suami bukan mudah untuk terus memimpin walau dalam keadaan letih dengan kesihatan dan kesibukan.
Benar, tunggak keluarga ini hidup dengan HIV, tapi yang aku lihat, dia cuma perlukan tidur yang cukup. Cukup tidurnya, semangatnya lebih dari segala. Memandu jauh, bersama keluarga membeli belah atau menonton wayang, ceh kacang.
Mungkin kerana aku datang dari keluarga yang mempunyai latar belakang yang kasar, lalu aku memang takjub dan hampir meletup dengan perasaan kasih sayang yang terkesan dalam keluarga ini.
Sesungguhnya, aku amat berterima kasih kepada keluarga ini kerana banyak mengajar aku bahawa kasih sayang didalam keluarga bukanlah suatu dongeng, tetapi sebaliknya adalah realiti bila mana kita sanggup meletakkan kepentingan diri ditempat kedua. Sanggup berkorban.
Dan sesungguhnya, kalau boleh aku ingin umumkan keseluruh dunia, HIV is nothing tapi cinta kerana Allah adalah segala-galanya.
Cinta kerana Allah..akan dihadiahi dengan baiti jannah.
Bagi aku, orang yang menjadi alasan HIV untuk tidak memulakan keluarga tetapi sebaliknya tetap terus bergelumang dengan dosa yang sia-sia, adalah insan yang paling rugi.
Moga keluarga ini sentiasa dirahmati Allah. Benar.. Sesunggunhnya Allah hanya akan menguji hambaNya mengikut kemampuan mereka. Terima kasih tak terhingga, hanya Allah yang dapat membalas budi keluarga ini menerima aku yang serba kekurangan sebagai tetamu mereka.
Pakcik Ahp dan isteri-isterinya. Gambar diambil dari blog http://akuhivpositif.blogspot.com |
Ahad, 23 Disember 2012
Sumpahan biseksual 2
Dua minggu lepas Deanna tinggalkan aku, dalam keadaan yg tiba-tiba. Kelam dunia aku sekejap. Puas aku memberi semangat pada diri sendiri.
Pulih juga lah sedikit.
Dan harini, aku terpaksa sekali lagi menelan kepahitan menerima bahawa Amir tidak akan memberi khabar gembira buat aku.
Aku selalu menyangka aku kuat hadapi. Tapi tersayat juga hati aku bila Amir bertindak mendiamkan diri tanpa penjelasan apa-apa. Walhal 4 bulan lepas dia berani bercerita tentang bulan dan bintang.
Kenapa hati aku kuat pada Amir? Kerana dia coklat seperti aku. Dan dua satu-satunya lelaki yang membuatkan aku sedar yang aku berseksualitikan biseksual, bukannya lesbian.
Celaka kan insan biseksual ni. Boleh mengasihi dua jantina.
Dan boleh dipecahkan hatinya oleh kedua-dua jantina manusia.
Ini rekod aku paling jahanam. Patah hati yang teruk dalam tempoh dua minggu.
Aku harap aku tak punya hati lagi. Aku ini insan celaka. Tidak layak dilayan dan diketahui hatinya.
Sabtu, 22 Disember 2012
The unlovable ,'Sweet talker' dan 'possessive'.
Baru-baru ni, aku suka pada seseorang, sang hawa. Tapi dia dah ada yang punya. Hati aku melonjak bila dengar suara dia. Entahlah, mudah benar aku jatuh sayang kan.
Sebenarnya, sehari dua ini juga, aku agak kecewa dengan Amir. Beberapa mesej ku hantar untuk memberitahu bahawa aku ingin menemuinya, untuk kali terakhir, untuk tahu apa difikiran dia, dan membolehkan aku berlalu pergi.
Kalau aku katakan pada Amir, yang dia membuatkan aku berserah pada takdir untuk sekadar menyintai wanita, nampak sangat aku tidak matang.
Tapi, setelah Amir, cinta aku pada lelaki, seolah mati.
Pada perempuan, aku mudah rasa sayang dan kemudiannya, cemburu, dan kemudiannya mudah possessive. Sebenarnya pada lelaki juga.
Kadang-kadang puas aku bertanya pada diri aku, kenapa mudah benar aku suka pada seorang perempuan? Dengan perempuan, aku mudah jadi cair, mudah pandai berkata-kata, hingga orang tu cakap aku sweet talker. Walhal aku tak tahu.
Mungkin kerana tiada lelaki dominan yang hadir padaku selepas Amir, Amir cuma dominan kerana dulu dia terlalu rasa memiliki aku.
Hariini, aku berkumpul dengan keluarga sebelah ayah. Aku lihat anak-anak saudaraku tetap mesra dengan aku, walaupun dimata mereka seolah bertanya dan berkata-kata. Aku dah tua, tetapi masih bujang, dan dengan sebuah perkahwinan yang gagal.
Ingin sahaja aku menjawab pertanyaan diamata mereka. Aku ini lesbian. Dan telah berputus asa tentang cinta. Mungkin.
Amir, apa yang menyebabkan awak membenci saya? Saya cuba buka hati saya untuk Si Adam. Tapi dia takkan mampu menerima apa yang ada didalam diri saya, dia akan menghina saya sama seperti Si Kurus itu menghina saya.
Seorang kenalan yang baru saya kenal, dia berkencenderungan bdsm, dia juga mungkin seorang gay. Ingin berkahwin, tetapi dinasihat pakar untuk tidak berbuat demikian kerana kecenderungan bdsm nya.
Saya faham, tapi saya jadi sayu. Bolehkah kami keluar dari lembah kehinaan ini?
Ah, biarkan tentang adam-adam itu, biarkan tentang Amir, walau peritnya ada bila ingatan tentang dia bertamu. Biar juga dengan Deanna.
Biarkan semua tentang cinta.
I am the unlovable, just because I am into bdsm and bisexual.
Tapi, bila sayang orang, saya possesive. Awak, saya bukan sweet talker, tapi itulah yang perasaan saya. Sayang pada awak, cuma untuk jiwa saya ada rasa, yang dia hidup dan dia tidak mati.
Hanya sekadar sayang, dari jauh. Cukup untuk buat jantung ini terus berdenyut, terus rasa hidup. Disamping mencari Cinta agung tentang tuhan.
Rabu, 19 Disember 2012
Aku hanya sepotong 'coklat'.
Satu hari, Si Adam bercerita tentang kes terbaru yang sedang hangat dikawasan kami.
aku: ada ke aku dengar ada budak sekolah mana tah, kena tangkap basah kat dalam toilet sekolah, waktu ada kelas tambahan.
dia: eiii, toilet sekolah pun jadi, amat kinky ok.
aku: cuba kau explain apa itu kinky?
dia: ala ...yang ada orang suka something yang kotor bila have sex tu, dan ada yang ikat-ikatlah, pukul-pukullah..kau pernah dengar tak?
aku: pernah.
dia: oh..its so not me.
aku: (senyap)
Nampaknya si Adam ini akan sekadar terus menjadi kawan. Tuhan uji aku untuk mempunyai naluri semanis 'coklat'.
Note: Jika 'vanilla' bermaksud mereka yang normal..yang tidak gemar bdsm, 'coklat' pula bermaksud..pengamal bdsm.
Isnin, 17 Disember 2012
Antara insan...
Manusia itu amat lemah, selalu tertipu dengan dunia, bila berkasih mulalah bergantung hati, walhal selama ni dah biasa sendirian. Bertuah orang-orang yang sentiasa bersendirian, yang dihatinya cuma ada tuhan.
Dunia ini sebenarnya sangat menipu. Bila kau menyintai seseorang, kau mula lupa yang kau boleh teruskan hidup tanpa dia. Hati kau yang dah terisi dengan cinta pada dia itu, akan mula manja, mengada. Mula rasa sakit bila kau kecewa. Bila kau ditinggalkan. Kau lupa yang kau itu selalu meninggalkan tuhan. Berapa banyak kali dalam hidup kau, kau dahulukan orang dari tuhan? Banyak, amat banyak.
Walhal rahmat tuhan pada kau amat luas.
Pernah tebaca, kisah seorang nabi, diminta membina sebuah replika kecil istana, secantik yang dia mampu buat, ala-ala macam bina bangunan lego lah lebih kurang. Jadi setelah usai sempurna, Allah bertanya sanggupkah dia memusnahkan replika itu? Berat juga hati, dah nak membuatnya satu hal, ambil pula masa lama, bukanlah nak engkar, tapi mencuba nasib juga dengan jawapan..
"Sayang rasanya, setelah penat membina"
Lebih kurang macam tulah jawapan dia.
Lalu kata Allah, begitulah aku, mencipta manusia, walau bukanlah berat bagiku, tapi tidak akan aku menzalimi hambaku, melainkan hambaku sendiri menzalimi dirinya.
Seorang hamba Allah, telah berdoa pada tuhan ingin merasa separuh kasih Allah kepada hambanya, supaya dia tahu betapa besar kasih sayang Allah. Puas dia merayu dan berdoa.
Hinggalah satu hari, jiran hamba ini melihat dia tidak lagi berada dirumah, jirannya ini mencarinya merata-rata. Hinggalah disebuah padang pasir, disebuah bukit dia berjumpa jirannya tadi. Hamba yang emminta untuk merasa kasih Allah terbaring, hampir buta dan hampir tak dapat menyebut apa-apa, pemuda itu telah melupakan dunia, dan sebenarnya, dia hanya merasa kurang dari sezarahpun kasih sayang Allah pada manusia.
Manusia, selalu lupa. Apatah lagi bila menyintai, dia lupa pada yang pemberi cinta, dia lupa pada yang mencipta insan yang dia cinta, dia lupa.. yang memberi nikmat pada dia untuk merasa nikmat cinta itu.
Cinta itu seperti rusa, yang kau buru didalam hutan, kejar dan akhirnya kau akan sesat.
Dan dunia itu sekadar bangkai, segalanya akan mati dan segalanya akan kembali menyakitkan. Berapa ramai insan yang tertipu dengan cinta. Insan yang dicintai tidak akan selamanya berada disitu, dia akan berlalu pergi juga.
Akulah antara insan yang tertipu dengan tipuan dunia itu.
Ruang yang paling berdosa
Kau tahu, semalam, setelah sekian lama aku tidak menitiskan air mata, malam itu aku lena dengan air mata. Mulanya aku sangka aku kuat menghadapai perasaan itu. Kerana kekhilafan aku, Deanna hampir ditimpa masalah dua hari lepas. Lalu aku cuba menghubunginya, tiada satu sms atau panggilan berbalas. Dan kemudiannya lewat petang semalam, teman lelakinya membalas pesanan ringkas aku.
"She is fine, she's with me"
Cemburu, sakit hati, marah, akhirnya meletup malam itu, apabila aku pulang kerumah yang cuma aku huni diwaktu hari minggu, aku masuk ke kamar, dan katil,bantal..serta baju yang dipakai Deanna, masih disitu. Ya, aku memang jarang mengurus kamar. Bukan itu isunya.
Entah kenapa,malam itu, sebaik sahaja aku memtik suis lampu, dan melihat kamar itu. Aku terduduk. Segalanya disitu.
Dan malam itu, dia bukan denganku.
Ku panjat tilam, bantal, masih dapat kuhidu aroma syampu rambut yang dia selalu guna. Tiba-tiba air mataku bergenang, tumpah.
Rupanya aku masih menyintai dia.
Rumah ini, terlalu banyak dosa. Kamar ini dihuni paling kerap oleh teman-teman wanitaku. Dikamar ini terlalu banyak cerita. Dari insan yang berbeza.
Salah seorang bekas kekasih ku pernah mencadangkan aku menjual rumah itu, kerana cemburunya dia pada wanita-wanita yang pernah masuk dan menjalang denganku. Sikurus bekas suami, pernah meminta berkali-kali agar juga aku menjual rumah itu, juga, katanya tok gurunya mengatakan rumah itu punya sialnya.
Maaf, aku tidak percaya itu semua.
Namun, malam itu aku tidur dengan air mata, dan terjaga setiap sejam. Diatas kamar dimana aku menyentuh yang haram dan disitu juga yang halal menepis aku.
Disebalik itu, pagi ini Allah anugerahkan aku hari yang indah. Disebalik sakit kepala akibat menangis bodoh malam itu, aku menghadiri majlis ilmu di pusat Islam bersama si Adam.
Aku tersentak apabila Si Adam teresak mengatakan terima kasih dan syukur dia berada dimajlis itu, dia yang selama ini, katanya telah terlalu lama dia kekosongan dalam pencarian.
Juga wajahku hampir jadi biru (terus mahu termuntah, dan pitam rasanya, waktu tu) apabila dia mula bertanya, siapa MGDA, yang disebut rakan semeja..
Lalu sepanjang perjalanan pulang, dengan payah, setelah disoal bertubi-tubi kiri dan kanan,akhirnya...aku membuka sisi itu kepadanya, tapi sekadar yang perlu. Sekadar untuk mencukupi rasa ingin tahunya.
Tuhan, aku serahkan semuanya padaMu. Aku hidup tanpa harapan apa-apa didunia ini. Dalam jiwa ini, tiada cinta, tiada apa. Ia telah hancur beribu kali. Jadikanlah apa sahaja hidupku, namun dengan belasMu, aku minta kau beri kekuatan disetiap ujian. Kalau ada yang dipanggil harapan..mungkin, apa sahaja yang terjadi tuhan, matikan aku dalam aku rindu padaMu dan kau redha padaku.
Hati aku berada dalam teka teki, adakah Deanna akan menyimpan kecewanya pada khilafku hingga merasakan aku bukanlah insan yang patut wujud didalam hidupnya. Atau tuhan masih mahu meneruskan ujian ini?
Aku masih tak mahu melihat kamarku sendiri. Aku mahu rasa ini dihentikan.
Sabtu, 15 Disember 2012
Ulasan '50 shades of grey"
Novel ni Philip minta aku baca lebih kurang setahun yang dulu, sewaktu aku masih lagi ada hubungan dengan dia. Salah satu tugas aku adalah menterjemahkan buku ni kepada bahasa melayu untuk dia. Setelah beberapa rayuan dan permintaan, dari aku, akhirnya dia berpuas hati andai aku sekurangnya dapat memberi ringkasan padanya setiap bab.
Kini setahun kemudian, aku dan Philip tidak ada apa-apa melainkan kawan.
Semalam aku usai membaca buku ini. Pada awalnya, aku hampir bertindak menjual kembali buku ini kerana tidak tahan dengan keghairahan pada awal bab, antaranya sebab aku sedang amat keras dan mentah menahan keinginan dan nafsu aku sendiri.
Sekarang, membaca buku ini, hanyalah seperti aku baca novel dongeng Si tanggang atau pun cerita dongeng Si Kancil. Atau mungkin, hormon aku semalam telah pulih sedikit.
Baiklah, novel ini berkisar tentang cinta, Anastasia yang telah cinta kepada Mr.Grey yang lebih kaya dari sebarang jutawan, Mr.Grey adalah impian setiap wanita, kacak, dominan, possesive. Kacak kerana memiliki tubuh yang sasa hasil kerja keras di gym dan juga cara hidup yang sihat, dominan hingga memiliki kecenderungan seks yang mungkin tidak normal bagi orang yang normal, posessive hingga boleh sahaja mengetahui setiap gerak geri Anastasia,setiap saat.
Anastasia, gadis naif yang masih perawan beberapa hari sebelum graduat (ya sebelum diambil oleh Mr.Grey), sedikit nakal kebudak-budakan, cantik.
Anastasia, dan Mr.Grey telah jatuh cinta, namun... Anastasia tidak mampu menerima keinginan BDSM Grey, walaupun Grey seboleh mungkin membawanya dengan cara paling budiman.
Membaca ulasan-ulasan orang lain, ramai yang teruja dengan Grey. Ya, siapa yang tak teruja kalau kekasih boleh datang bila-bila masa dari mana pun mereka untuk mententeramkan anda. Ada juga yang membenci Anastasia kerana bodoh, mengikut sahaja kehendak Grey di Room of Pain, dan menyanjung Anastasia kerana akhirnya berani meninggalkan Grey, kerana dia tahu walau betapa cintanya pada Grey, dia tidak akan dapat menerima kehendak Grey yang satu.
Dalam cerita ni, bagi aku yang paling kesian adalah Grey. Dia sanggup menurut banyak kehendak Anastasia, mengorbankan ego dan segala. Tapi, dia tahu tidak akan dapat menipu dirinya. Dia malah sebenarnya tidak pernah pun berhubungan seks secara vanilla (normal, dengan kasih sayang dan sebagainya), namun kerana cintanya pada Anastasia, dia seboleh mungkin mengawal nalurinya, dan belajar menghargai Anastasia.
Simpati aku pada dia, kerana mungkin aku dulu seorang pengamal bdsm. Aku kenal ramai Dom, yang memang kebal dengan kasih sayang. Lagi tinggi pengalaman lelaki tu, lagi kebal berhati batu mereka.
Anastasia, bila-bila masa boleh melangkah pergi dan kembali pada hidup normal. Tapi Grey? Grey hanya amat bahagia apabila dapat mendominasi kekasihnya. Dia takkan pernah merasa lengkap tanpa itu. Walau kekayaan menjadi hidupnya. Dia takkan mampu menukar hidupnya menjadi vanilla, kerana dia telah berkecimpung dlm bdsm sejak berumur 15 tahun.
Grey tidak pernah melakukan seks secara vanilla, kerana dia sebenarnya tidak pernah teruja dengan itu.
He has everything,but Anastasia's love.
Tanpa BDSM, hidupnya seolah seorang gay, dia tidak perlu wanita. Mungkin orang vanilla (non-bdsmers) tak faham dan tidak akan faham.
Dan aku syukur, aku dapat membaca habis buku ini, tanpa berzina dengan diri sendiri.
Selasa, 11 Disember 2012
Jalan Pulang - Gay,Lesbian,Biseksual,Transgender
Tajuk panjang. Akhirnya aku mulakan page ni, dan taktahulah akan ada yang menyertainya. Selama ni dalam Facebook, aku dok merayau-rayau layan. Apa salahnya aku mencuba. Dan benar, ada rakan senget yang pernah tanya kenapa aku menulis di blog ini. Kataku luahan perasaan, haha.
Tapi akhir-akhir ini, blog ini benar-benar menjadi sisi gelap aku. Dan aku amat aktif di FB sisi gelap aku jua. Kalau ada orang boleh bangga sebut, I am gay. Aku juga nak diri aku menerima seksualiti ini. Ya, aku pernah amalkan lesbianisme, dan aku bukan amat straight.
Ada yang mungkin bertanya, ala kau dah stop, kau senyap boleh tak, kau tu entah esok lusa balik kejalan tu juga.
Kalau ada orang boleh bangga beritahu "I am gay", kenapa aku kena malu mengaku "I was a gay" atau "I was a bisexual". Bukan aku mengatakan yang aku boleh membasuh semua gen lesbian atau biseksual dalam siri aku, tetapi, aku berjuang untuk tidak berzina.
Aku mencari rakan-rakan yang boleh sama-sama bersama aku, yang sedar dengan seksualiti mereka, seksualiti mereka tidak salah tetapi perbuatan haram kami yang salah. Dan aku, amat-amat memerlukan sokongan kawan-kawan. Jalan seorang tidak akan sama.
Iya, ini aku.
Page ini hanya permulaan, mungkin aku akan tubuhkan secret group, tapi tengok pada kewajarannya nanti.
update telah mulakan secret group. Jalan Pulang LGBT/PLU , nama group mungkin akan ditukar. Ini percubaan sahaja.
Lupa
Terukkan aku.
Dan sebenarnya dah dekat sebulan aku tak pergi usrah, bila naqibah bagitahu yang salah satu dari usrah tu dibatalkan, aku macam happy. Hati aku seolah berkata, tak payahlah kau hipokrit, pergi majlis-majlis ilmu tu. Balik rumah kau main game, dan kau kena ingat, mereka yang dalam usrah tu tak tahu kau siapa, kau tu hina sangat berbanding mereka.
Aku tak tahu samada itu bisikan iblis atau apa.
Dan quran pun dah beberapa hari ku tinggal tak berselak. Nak solat dah rasa berat kembali.
Aku tenggelam dalam dunia. Dan, ah...ya aku pernah dengar, dunia itu menipu. Tertipukah aku. Aku mula fikir, aku masih muda, mati itu jauh. Dan ya, Allah itu entah dimana.
Isnin, 10 Disember 2012
Lopak
Sejak akhir-akhir ini, bila aku tak kemana dan Deanna juga tidak bekerja, kami akan menghabiskan masa hujung minggu bersama dirumahku. Biasanya kami habiskan dengan menonton video siri. Mulanya aku rasa bersalah mengajaknya. Tapi sejak akhir-akhir ni dia semakin faham. Kadang-kadang ada waktu, aku tunggu je dia menolak pelawaan aku bermalam dirumah. Ya lah, intimacy dah tak menjadi hiburan kami lagi. Selalunya kami sekadar berbual, makan, dan menonton tv.
Dia masih menerima pelawaanku.
Walaupun usikan-usiakn nakal tu memang tak dapat aku jauhi, malah kadangkala aku yang memulakan. Namun, sekadar itu sahaja. Dia pun dah berhenti menakal dengan aku, mungkin sebab sedar, kami nakal-menakal pun takkan pergi jauh, takkan pergi habis.
Kami kini tak lebih dari sekadar kawan yang amat rapat. Tapi awal-awal Deanna dah beri amaran pada aku, kalau dia tahu aku berjumpa dengan mana-mana lessy yang lain, dia tak ragu-ragu nak serang perempuan tu, dan aku.
"I will find her, and give her a lesson that she wont ever dare even to hear your voice!"
Err, ye, ye. Aku faham, aku berhenti intimate dengan dia, kalau aku buat dengan orang lain memang aku mencari nahas.
Dan hujug minggu lepas, aku hampir keracunan makanan. Bila dah duduk seorang dirumah ni, memang aku bantai je makan apa yang ada, makanan semalam ke, apa-apalah yang boleh dimakan. Lalu bila Deanna bertemu aku hujung minggu tu, berleterlah dia, apabila mengetahui entah apa yang aku makan.
Sebenarnya kalau melihat situasi aku, aku ni memang agak pathetic. Cuma Deanna yang selalu menjaga aku. Dan kadangkala simpati juga pada dia, dia lebih muda dari aku, sepatutnya akulah yang menjaga dia.
Cuma, bila kami dah pernah hidup bagai suami isteri, bila kami tolak apa yang suami isteri lakukan tu, memang hubungan kami agak hambar. Aku mudah rasa tak selamat, mudah merajuk kadang-kadang.
Dua tahun lagi Deanna akan tamat pengajian, dan aku akan tinggal disini, seorang. Pergantungan sesama makhluk memang akan sekadar lebih menyakitkan. Entah bila aku akan dapat merasa cukup dengan sekadar merasa kasih sayang Illahi.
Sekarang ni, aku tenang, tapi tenang membuatkan kadangkala aku lupa merayu pada tuhan, untuk jadi hamba yang sebenar hamba. Hati aku seolah...seperti air yang bertakung, tidak kemana-mana.
Selasa, 4 Disember 2012
Hati yang tiada.
Sebenarnya sehari dua, hidup aku terasa statik, selepas sama-sama meraikan Hari Aids Sedunia. Tidak itu bukan sebab.
Terus terang, aku telah membuat perjalanan lebih dari 12 jam bersama seorang Adam. Ya, aku panggil dia Adam.
Semakin dekat aku dan dia, aku semakin takut. Ahh, mulanya aku tidak mahu menceritakan hal pribadi aku disini, tapi blog ini dah merakam segala yang terburuk dan teristimewa dalam hidup aku. Jadi apa lagi?
Memang ada kala aku terfikir, amat memikirkan, bagaimana andai blog ini di jelejah oleh ahli keluargaku? Ma dan Pa jahil IT. Adik beradik,kawan-kawan. Ah, persetankan. Sampai bila aku nak berlari. Kalau mereka tahu, jadi apa? Ada kes jenayah ke? Semuanya dah lepas, dah lepas..dah lepas.
Cuma kalau ada satu pun, aku masih dengan Deanna. Tapi kami dah berhenti berzina. Esok lusa, itu ALlah yang rancang, aku tak tahu.
Okay, kes aku dan sang adam ini.
Dia sahabat aku, sejak dua-tiga tahun yang lalu. Dia amat baik. Dan sepanjang perjalanan lebih 12 jam itu, dia menjaga aku, beratur untuk aku, pastikan aku yang blur ni tidak sesat.
Dan..
Dia merenung wajah aku, tidak seperti orang lain, ya lebih tepat, lelaki lain. Walaupun Amir.
Namun semakin baik dia pada aku, semakin cuba dia menjaga aku, aku jadi semakin takut. Kerana aku sebenarnya tidak ada hati padanya, sayang.. sayang sebagai sahabat, tidak lebih, malah kadangkala kurang.
Aku lebih senang bercerita masalah aku dengan Deanna, atau beberapa gadis yang akhir-akhir ini menjadi rakanku dari kejauhan, senget atau tidak, semuanya aku bernafsu terhadap mereka,hahaha.
Tapi Adam ini.
Dia vanilla,dia tidak dominan.
Namun seorang sahabat telah menempelak aku.
"Dominan kalau bawa keneraka, apa gunanya"
Benar, amat benar kata-kata itu. Tidak dapat aku sangkal walau kubawa ke mahkamah dunia atau akhirat.
Walau Sang Adam itu mungkin tidak berniat untuk melamar aku esok (matila), tapi semakin hari, harapan dia pada aku amat jelas.
Hujung Disember ini, aku akan bawa Deanna bercuti, tapi tadi aku survey hotel semuanya dah susah nak ditempah, jadi tengoklah mana yang ada. Dan niat asal aku sebenarnya, nak bertemu dengan Amir, nak tahu isi hati dia, nak tahu samaada dia masih berniat nak teruskan hubungan kami kepada yang halal.
Bagaimana kalau dia mengatakan 'iya', lagilah gelabah aku nak buat keputusan. Sejujurnya, kalau aku berkahwin dengan lelaki, aku agak gusar andai dia seorang vanilla, tidak dominan. Aku pernah dituduh gila oleh lelaki yang halal padaku, akibat kecenderungan aku. Jadi, haruskah aku menempah risiko itu lagi?
Dan aku tahu, aku tidak pernah akan dapat halal berkahwin dengan perempuan.
Sabtu, 24 November 2012
Persidangan Antarabangsa Islam dan Hiv 2012, dari aku
Seminggu aku tak buka blog. Komen yang masuk pun tak sempat aku balas. Telefon bimbit aku pula amat terhad kemudahannya, akibat memori yang hampir berbaki sifar.
Aku ke persidangan ini, menutut ilmu, dan juga sebagai salah seorang dari 20 orang wakil dari Positive Warriors. Mari aku ceritakan perasaan aku di persidangan ini.
Mulanya memang aku amat kekok. Nasiblah Mr Presiden dah pesan pada aku, pakai baju kurung. Majlis memang formal, sumpah aku hampir dah lupa masuk majlis. Sepanjang 3 hari aku disitu, aku kenal beberapa orang dalam PWSG, psychonut, survivor, kak yan, atuk, dan aku juga menemani edgenote yang hadir pada hari pertama dan kedua.
Jumpa mana-mana orang, mereka tidak tanya siapa aku, atau dari negeri mana aku, mereka akan tanya aku..dari NGO mana aku datang. Jadi mulut aku ni membiasakan diri memperkenalkan Positive Warriors.
Selalunya orang akan respon..
"Ooo yang under En.Muhamad Pie .."
"Pakcik Pie, saya panggil Pakcik Pie"
Haha.
Dan bila mereka seperti tidak begitu mengenali Positive Warriors, aku mula menerangkan tentang komuniti ini yang bertujuan menjadi badan penyokong kepada PLHIV muslim.
Aku belajar bawa diri. Selama ini, aku akan sekadar meminggir, dan tak kurang melarikan diri. Dulu aku bukan begini, tapi mungkin kerana dah terlalu lama selesa dengan diri sendiri, aku sebenarnya tenggelam dalam dunia selesa aku, yang tidak memerlukan aku berkomunikasi dengan orang lain.
Lantas bila melihat Pakcik Pie naik ke pentas, berucap, tiba-tiba aku rasa seram sejuk juga. Besar sungguh nama komuniti ni. Tiba-tiba terasa sangat, hidup ni bukan mainan. Segala yang dilakukan, harus bersungguh-sungguh. Cita-cita dan impian tidak akan menjadi nyata tanpa keberanian.
Melihat Pakcik Pie menyampaikan ucapan mewakili Positiv Warriors yang lain, membuktikan hiv ini tiada apa, dia berdiri lebih hebat dari speaker-speaker yang bergelar dato' dan doktor, yang aku rasa harus banyak mendalami ilmu pengucapan umum (matila kriktik orang besar nih).
Banyak ilmu yang aku dapat. Tentang pentingnya kajian yang mempunyai pendekatan Islamic terhadap HIV. Dinyatakan, negara-negar Islam masih bersifat denial terhadap HIV, terdapat beberapa negara besar masih lagi tiada data tentang HIV, walhal 1/3 daripada PLHIV datangnya dari negara Islam. Kajian tentang HIV dari negara-negara Islam juga amat kurang. Paling aku tertarik dengan kajian yang dijalankan di Sudan tentang kaitan pengamal ajaran Islam dengan kemungkinan dijangkiti HIV. Didapati mereka yang konsisten solat, berpuasa dan menjauhi alkohol mempunyai kebarangkalian dijangkiti HIV yang amat rendah. Tidak dinafikan, ianya adalah sesuatu.
Malah, melalui kajian yang dibentangkan, terbukti berkhatan juga adalah salah satu pencegahan HIV. Namun kajian juga menunjukkan seks luar tabii dikalangan lelaki yang berkhatan tetap tidak boleh mencegah HIV.
Beberapa negara seperti Singapura mengharamkan kemasukan PLHIV, dan mereka akan dideport dalam tempoh 24 jam sekiranya dikesan. Menggemparkan apabila didapati walaupun Arab Saudi tidak membenarkan kemasukan PLHIV, tetapi sebenarnya mereka membenarkan kemasukan mereka yang positiv ini untuk menunaikan haji, ini bertentangan dengan tanggapan dair tabung haji malaysia yang begitu sukar untuk membenarnya PLHIV menunaikan ibadat haji.
Kajian dari Sudan juga mendapati, gadis muda paling terdedah dijangkiti HIV kerana kemiskinan. Mereka inginkan kecantikan secara material, tetapi tiada wang, jadi menjadikan seks bebas sebagai penyelesaian. Nasiblah aku gadis yang tidak berunsur plastik, kehkekehkeh.
Sekali dua, pedas telinga juga dengar pasal LGBT,Irshad Manji, lesbian dan sebagainya.
Yang paling termaktub adalah terlalu banyak kisah pengaaniayaan dan pengabaian yang terjadi kepada PLHIV akibat dari stigma dan prejudis yang menjadi kerambit yang menikam setiap PLHIV. Sejak tahun 1996 kalau tidak silap aku, rawatan kepada pesakit HIV telah maju, AIDS hampir tiada kepada mereka yang menerima rawatan HAART. Mereka yang menjalani rawatan ini menjadikan viral load didalam badan mereka hampir terlalu rendah dan mereka boleh hidup macam orang biasa. Stigma menyebabkan ketakutan yang melampau terhadap HIV, menyebabkan mereka yang merasakan mempunyai simptom HIV takut untuk menjalani diagnos, lalu turut tercicir dari rawatan. Tidak disangkal kempen HIV dan Aids yang dijalankan dahulu memang berjaya, tetapi maklumat yang terpapar telah amat lapuk.
Malah, bagi aku PLHIV adalah golongan insan yang hebat dan kuat, andai mereka berjaya melalui beberapa fasa awal setelah didiagnose. Berjuang menentang stigma bukanlah alang-alang.
Dan pulang dari persidangan, aku jadi rindu pada kawan-kawan yang duduk disebelahku, makan bersama sewaktu persidangan. Inilah sebabnya aku tak berapa gemar bersosial, kerana aku sebenarnya mudah jatuh sayang..
"Jelaslah bahawa tekanan sebenar yang dihadapi setiap PLHIV bukanlah disebabkan virus HIV, tetapi akibat salah faham. PLHIV mampu menjalani kehidupan seperti insan lain iaitu berkahwin, mendapatkan zuriat bebas HIV, menjadi ketua keluarga yang baik dan menjadi penyumbang kepada pembangunan dan ekonomi negara."
-En Muhammad bin Wahid, Presiden Positive Warriors Malaysia
Benarlah hidup bukan mainan, dan hidup harus dimanfaatkan tanpa mengira siapa pun kita. Lebih besar ujian yang Allah beri, lebih kuat lagi kita belajar erti kehidupan, dan insha allah ianya juga menjadikan kita sepatutnya lebih hebat, andai putus asa itu kita buang dari kamus hidup.
Khamis, 15 November 2012
1434H.Hijrahlah Sang Malaikat Gelap
Tinggalkan... |
Pagi ni, alhamdulillah aku ada kekuatan untuk meneruskan rutinku yang kadangkala tersangkut-sangkut, berjogging atau sebenarnya lebih pada morning walk di kawasan kejiranan ku. Aku sebenarnya jarang keluar rumah, melainkan pergi kerja dan menonton wayang bersama Deanna. Dan sifat semulajadi ku yang mudah bosan dah menggelupur.
Pernahkah kalian berlari dan terus berlari kerana tidak mahu berhenti? Walaupun badan dah letih dan kaki mula seolah meminta ampun. Tadi ia berlaku pada aku.
Bosan menjadi diri aku. Yang masih membelengu diri dengan siapa diri aku. Kenapa? Kenapa tidak bolehkah aku membuang diri aku. Bukan aku tidak menerima diri aku, usia 30 an, aku dah cukup menerima diri aku.
Hariini aku nak anggap semua yang terjadi pada aku sekadar pengalaman. Aku pernah melalui kehidupan yang amat berisiko, mencabar dan mengujakan. Cukup-cukup sudah, aku buat segala itu yang merisiko kan diri aku, tak membawa faedah pada diri aku atau orang lain. Ia sekadar pengalaman. Walau tidak dinafikan semua itu memberi bekas dihati aku
Aku wajib bergerak.
Aku kena kuat dan kekal dalam perjuangan ini. Kena teruskan amalan-amalan baik yang membuatkan aku hampir pada tuhan.
Kadangkala malas dan jemu sering bertamu.
Mungkin itu lawan aku sekarang.
Diri aku sendiri.Untuk aku.
Hijrah, tinggalkan dirimu, perangi dirimu. Hijrah 1434H.
Rabu, 14 November 2012
Gari dan tali
Satu benda yang asli dan tanpa keliru didalam diri aku, aku dilahirkan dengan minat dan kecenderungan terhadap bdsm. Ini memang aku amat pasti, sejak sebelum aku baligh, entah samaada ia berkaitan seksualiti atau tidak.
Ada orang tanya, kenapa perlu aku nyatakan tentang ini.
Dua asbab.
Satu aku tidak dapat lari tentang ini, ini adalah aku. Keinginan aku pada perempuan..hanya berpusat pada cinta dan nafsu, tapi keinginan aku tentang bdsm..adalah seluruh hidup aku. Pernah orang berkata, aku berjuang sendirian dan cari redha Allah dalam keperitan, aku menganggap seolah seperti submission ku dalam bdsm. Secara tidak sengajanya, ya. Kerana konsep penyerahan (submission) dalam kesengsaraan ini ada dalam bdsm. Tetapi, submission ini lebih besar, dan tidak membuat aku bersalah, sebaliknya aku rasa lebih kuat.
Dua, aku telah lama tak masuk komuniti bdsm, kalau setakat kumpulan di FB tu, aku tak campur sangat, tidak bincang secara mendalam, di FB kumpulan-kumpulan bdsm nya lebih kepada macam 'Meat market' ..ayat perkenalan "Hi any Mistress here".. adalah terlalu biasa disana. Dimana, ayat ini kalau diguna di komuniti yang aku terlibat secara serius, memang user ni dah kena tendang. Lalu, dimana lagi nak aku luahkan tentang bdsm ni? Di blog inilah dan kadangkala sedikit biasan di FB. Aku tidak mahu jenguk di FL(akronim bagi website komuniti bdsm terbesar yang boleh dipercayai). Nasiblah aku dah buang semua gambar-gambar ku disana.
Dulu, aku seorang switch, iaitu submissive dan juga domme. Pada perempuan dan juga pada lelaki.
Sehari dua ini, bacaan ku pada "Fifty shades of grey" mengingatkan kembali diri aku tentang saat-saat dulu. Ada dua buah buku novel bdsm dalam simpanan aku. Buku-buku ni hanya dijual di Borders.
Siapa yang faham. Siapa yang tahu?
Setakat ni aku tak jumpa kawan-kawan yang berjaya berhenti. Akankah aku tewas seperti mereka? Pernah kawan menempelak aku, katanya kita mungkin akan berhenti mengamalkan, tetapi kita tidak akan jadi vanilla, tidak sekali. Kita cuma berhenti mengamalkan, tapi selagi darah mengalir, ianya tetap ada.
Kepada sesiapa bdsmers yang ingin berhenti, mari hubungi aku, berjayakah kita, hanya Allah yang tahu.
Sabtu, 10 November 2012
Malay submissive girl,here.(1)
Antara metafora hubungan wanita submissive dan pemiliknya. |
Minggu lepas, aku sempat menonton marathon siri kegemaran aku. Dalam salah satu siri tersebut, ada satu episod dimana berlakunya pergolakan rumah tangga, sang suami meminta untuk memfailkan cerai, mulanya sang isteri bingung. Tetapi kemudiannya, sang suami terperangkap, kerana sebenarnya beliau berkecenderungan kepada bdsm, dan beliau hampir terbunuh sewaktu dalam sesi bersama seorang mistress. Apabila diketahui oleh sang isteri, sang isteri menggugut beliau dengan berjanji akan mencemarkan nama baiknya dan akan memastikan seluruh hartanya habis untuk proses perceraian itu.
Sadis.
Kami bdsmers dah lama membina satu wall dengan vanilla. ya, vanilla adalah panggilan kami terhadap non-bdsmers people. Orang-orang yang merasakan diri mereka normal. Kami panggil mereka vanilla. Bagi kami vanilla adalah orang-orang yang membosankan. Terutamanya di kamar, kehkehkeh. Ish aku bukan tau pun.
Tapi bayangkan, ye benar, dia terpaksa membuat keputusan, yang sukar. Bdsmers sebenarnya adalah tentang nafsu. Dan kadangkala kami ini tidak mampu bernafsu apabila dengan hubungan intim yang normal, ada yang boleh ke tahap bosan.
Semua teman wanita ku, samada mereka aku libatkan sedikit dengan bdsm, atau mereka memang bdsmers.
Dan ramai rakan bdsmers ku yang berkahwin dengan vanilla, tidak bahagia, mereka mencari pasangan di bdsmers diluar. Adalah segelintir yang berjaya memperkenalkan bdsm kepada pasangan, dan berjaya mempraktikkannya dan bahagia dengan pasangannya. Namun amat sedikit.
Tak kurang juga yang tidak berkahwin kerana tahu atau takut akan gagalnya rumahtangga itu, terutama perempuan.
Dan dalam kes cerita yang aku tonton, sang suami ini bakal dimalukan.
Sakit, apabila rahsia gelap kita dijaja. Sudahla sering tidak diterima. Aish...tipikal sungguh. Ah, perkahwinan.
Apa pun, bagi aku, taubat sahajalah yang boleh dilakukan disamping doa yang tak putus-putus moga Allah bagi jalan, buka jalan untuk semua kami yang pelik ni, mengecapi bahagia rumahtangga yang sakinah dan zuriat yang menjadi khalifah-khalifah buat orang-orang soleh.
Tinggi kan cita-cita.
Apa, orang PLU atau sesiapa saja kami yang menyimpan sisi gelap juga pun punya hak untuk bercita-cita. Yang diredha oleh Sang Pencipta.
note: tajuk diatas sekadar perangkap enjin carian.
Khamis, 8 November 2012
Masih Islamkah esok?
Dulu aku amat mengkagumi Cat Steven yang memeluk Islam sewaktu umur tak sampai 30 an tak silap aku. Dan kemudiannya dia mencetus kebangkitan Islam di Britain. Dia pengasas Sekolah Islam yang pertama, dan kini berkembang dengan pesatnya.
Lalu aku mendarab sifir umurnya dengan aku, dalam tak sampai 20 tahun selepas memeluk Islam dia telah menerima anurgerah Nobel Keamanan, dia menjadi ikon besar umat Islam barat. Dua puluh tahun..dan aku mula memikirkan..aku yang watu itu hampir mencapat penghujung 20 an, masih mencari hidayah, masih tenggelam, masih sesat, masih engkar, masih derhaka pada tuhan.
Buat pengetahuan kalian, ini kali kedua aku berhenti segala BDSM dan berzina dengan teman-teman wanita. Bukti hidayah boleh datang dan pergi setiap masa.Lima tahun aku tenggelam timbul. Lima tahun kemudiannya hidup aku total bergelumang dosa, berhenti solat, walau sebelum tu dua tahun aku mencari Allah, mujahadah diri, berjumpa rakan-rakan yang bawa aku dijalan Allah.
Dua tahun nikmat hidayah. Sepuluh tahun aku hilang hidayah.
Dan entah apa yang aku buat untuk umur muda aku. Tahun depan belum tentu aku masih kekal solat. Jangan tunggu tahun depan, entah esok lusa..
Mari sini aku perincikan.
Tahun 2002, aku mula menutup aurat kerana kehendakku sendiri. Tahun sebelum itu, aku pakai tudung kerana, keluarga ku mendesak. Yelah memang waktu iti aku amat senang dengan imej tomboy. Walaupun aku tidak terlalu masculine, tetapi kerana faktor fizikal...doktor sendiri pernah mencadangkan aku menjalani terapi hormon kerana aku sering disalah anggap sebagai lelaki, dimana-mana. Masuk uni, barulah perubahan demi perubahan. Dan sewaktu tahun 2002 itulah tahun, aku menerima hidayah, panjang ceritanya..nantilah.
Dua tahun di kampus, adalah the best 2 years in my life.
Kemudian, masuk alam kerja, aku hancur....tahun 2007, aku memang hilang segalanya.
Dan tahun ini 2012, alhamdulillah..aku jumpa hidayah balik.
Tapi sejak tahun 2004, penampilan aku tidak meragukan pandangan masyarakat. Ya, mungkin ada yang kata aku hipokrit, ramai..ramai sangat rakan yang mengatakan aku hipokrit, talam dua muka dan pelbagai lagi. Ditempat kerja, aku rasa semua orang akan sakit jantung dan terus meninggal, kalau tahu apa sisi gelapku.
Namun, sejak aku terima hidayah itu,2002. Selalu doaku, aku nak mati dalam Islam, dalam redha Allah. Aku selalu tanam dalam diri, sejauh mana aku sesat, sedalam mana aku gelap, tuhan takkan tinggalkan aku.
Kenapa aku bercerita tentang ini hariini. Kerana semalam,aku bertemu seorang sahabat. Sahabat ini aku temui di satu program kerohanian tahun 2002, dia masih ingat wajah aku. Dan bila aku melihat dia, aku terus berkata pada diri aku..
10 tahun kau telah hilang.
Semalam aku bertemu dengannya di sebuah majlis ilmu.
Apa akan terjadi sepuluh tahun lagi?
Ya Allah, berilah hidayah buat semua insan yang mencari Mu, dan dengan belas kasihMu, janganlah kau tarik kembali hidayah itu.
Amin yarabbal alamin.
Ahad, 4 November 2012
Kalau aku tewas
Kalaulah aku boleh buat apa yang aku cinta.. |
Sehari dua ni, aku agak tertekan dengan kerja. Dan sebenarnya sesuatu..
Aku sebenarnya tidak mahu fikir pasal kahwin. Tapi, entahlah. Kadang-kadang ada sesuatu yang mendesak aku. Sukarnya lah berjuang sendirian ni. Aku selalu perlukan dia, untuk membahagiakan aku. Bila jumpa dia, aku gatal je nak bawa dia balik rumah.
Ni lah masalahnya bila aku nakal. Walhal kerja bertimbun kat rumah.
Dia mula memberi hint yang dia nak kembali kerumah aku.
Aku tak boleh lah sebenanrya hidup sendirian. Benar, berjuang sendirian memang penat, cepat benar kalah. Aku disini seorang, keluar nak makan, seorang, pergi minum seorang. Semua seorang. Entah hilang mana kekuatan aku.
Dan bila dia ajak aku keluar, aku pun mula menggelupur, tolak semua benda dalam dunia ni ketepi.
Sebab cinta la ni.
Balik rumah,bawa dia.
Puaslah goda menggoda. Sakit kepala aku menahan diri. Siap bangun pergi solat sunat. Lepas tu, balik ke kamar. Hmm.
Tapi nasib tak kalah. Tapi hampir jadi arang juga aku.
"Yang, kalau i pindah rumah you balik macamana, okay tak?"
Gulp..
Kalau tanya hati aku memang melonjak macam nak terbang. Tapi bila aku fikir seksa semalam. AKu senyum jelah, diam.
Kalau satu hari nanti aku tewas, aku mungkin akan diam..dan menghilang dari kalian.
Doaku:
Ya Allah, aku mungkin tak memerlukan cinta sang adam,atau perkahwinan, dan aku tidak mahu pun sebenarnya. Tapi aku perlukan cinta yang halal. Dan kerana aku lahir sebagai sang hawa..kau tahu jawapannya. Kerana aku tidak tahu cara mana lagi untuk menghilangkan cinta yang tidak kau redha ini.
Isnin, 29 Oktober 2012
Bukan milik..
Berkali aku rendahkan badan, ruang kereta agak membatasi (tak sedar badan tu besar), akhirnya..bibirku mengucup pipinya. Sesaat cuma.
Dia menepuk lembut tanganku.
"If you want to make love, lets go to my room"
Aku senyum. Hanya tuhan yang tahu rindu yang amat perit. Seperti mesej ku pada petang itu, apabila dia agak keberatan untuk keluar makan ditempat yang kunyatakan padanya. Kurang budget katanya. Ya, dah hujung bulan bagi dia.
"Its ok, its on me. I miss you severely"
Dalam kereta, dia mengadu keadaan rumah sewanya yang banyak memeningkan kepalan. Pelbagai, tentang rakan yang asyik menggunakan dia kerana dia berkenderaan. Ah, zaman kampus, zaman yang hampir aku lupakan, dan aku teringat yang aku selamat dulunya kerana aku seorang yang amat sendiri. Kurang orang nak mendekati aku.
Kami berpegangan tangan, aku bermain dengan jarinya.
Tangannya mula menjalar dipehaku.
Dan aku menghentikan.
"I should buy Holy Water pour on me and drag you into your house, which you cannot escape from me"
Senyum lagi aku, ada waktu aku menjad pendiam bila bersamanya. Ya, isu dia percaya exhusband aku meninggalkan sihir dirumahku untuk dia, dan dia perlu mempertahankannya dengan Holy Water. AKu tak risau tentang itu, kerana dari dia juga aku akhirnya tahu misteri kandungan Holy Water. Tiada apa yang misteri.
"At your house, nothing will stand between us"
Aku gelengkan kepala.
"My rules, you already know that."
"You are lucky that I respect you, if not I will say..what the ...with your rules. Will you hates me if I seduce you and make you break the rules?"
Dia merenung aku.
"No, I will hate myself, because I am the one who make the decision,my responsibility to keep that."
"Agh..you will hate your self..its worse than you hate me"
Aku senyum.
"What if..I have someone.... else, a girl...,... another butch?"
Dengan sukar, dia menuturkan pertanyaan itu. Aku membuang pandangan, melarikan mataku dari dia.
"When I make the decision..I already think about that. When the time come, I will accept that"
"You will still be my friend?"
Aku angguk.
"I never think about that. Its never occure in my mind, to find someone who treat me like you treat me."
Aku senyum. Wahai hati, telanlah rasa perit itu.
"How if I move back to your house?"
Aku senyap.
"The place where, I feel powerful and the only person who powerful than me, is you. I am sorry if I am over romanticizing, but on that place, your house, I am yours"
Ah,,
Dia dengar keluahan aku, aku berpalling ke cermin sisi. Air mata hampir nak menerjah. Seluruh hidup aku, aku mencari seseorang yang menjadi milik aku dan memiliki aku. Dan bila ia tiba didepan mata, ia tidak akan pernah halal buat aku. Saat ini aku bagai nak menjerit, kenapa?
Hening seketika.
"Its okay, its late now, you should go home, take care ..okay, until I meet you again."
Jariku, bermain dipipinya, kemudian..telinga..rambut. Beberapa detik dia membiarkan, kemudian dia menepis.
"Sorry." Itu saja mampu kubisikkan.
Apa daya..aku milik tuhan.
Sabtu, 27 Oktober 2012
Patah hati, mari kembali.
Walaupun kalau nak diikut, sama sahaja seperti cinta biasa. Namun, kebanyakannya alasan patah hati ialah, nak berubah, lalu tinggalkan dan ditinggalkan.
Aku tak mengatakan percintaan Lesbian tiada yang kekal. Bukan itu maksudku.
Kata seseorang pada ku..
"Cinta sejenis memang indah, semua faham, saling faham, macam syurga, tapi tuhan jadikan ianya haram kerana dunia bukan syurga".
Ayat ni, bagi aku makan dalam.
Satu perkara, apa bila sesuatu ikatan itu bukan kerana Allah dan bukan untuk mencari redha Allah, jemu mudah datang. Dan juga susulan entry ku yang lepas, perkahwinan kerana desakan keluarga, okay tentang kamu yang telah mengikat tali pernikahan tu, telah kuhuraikan, tetapi bagaimana dengan orang ketiga anda?
Berapa ramai rakan PLU ku yang apabila ditinggalkan mula berfikir untuk berubah. Ramai. Hampir semua. Tapi berapa ramai juga yang lupa akan tekad itu bila berjumpa pasangan baru..dan kemudian beberapa bulan atau beberapa tahun kemudian...patah hati lagi dan mula bertekad yang sama.
Aku tahu, ramai antara yang tegar dan rasa tidak mahu atau tidak mungkin melupakan keinginan untuk mencari pasangan yang sejantina kembali.
Ramai yang kata, takkan jadi straight, takkan ada hati pada lelaki.
Perkara pertama, dalam hidup ini adalah niat. Niat kerana Allah, sayang.
Allah maha pendengar, ceritalah, ceritalah kesedihanmu kerana ditinggalkan, cerita lah segala sedih dan keluh kesahmu. Allah tidak akan ada prejudis, Allah tidak akan mencebikmu, Allah tidak akan meninggalkanmu disaat kau mencarinya.
Namun pertama sekali kau wajib percaya wujudnya Allah. Kita wujud kerana Allah cipta kita, lihatlah sekeliling yang maha hebat. Aku juga pernah mencari tuhan, dan aku akur Dia wujud.
Kedua: Setelah kau yakin wujudnya Allah, kau akan sedar semua larangan, kasih sayangnya dan kata-katanya adalah benar. Jadi sebagai hamba, kau sebenarnya tiada pilihan. Namun untuk menelan bahawa kau tiada pilihan, kau harus akui bahawa Islam itu benar, Quran itu benar dan Rasullullah itu benar.
Ketiga: Terangkan pada pasangan, kau mahu berhenti berzina. Jika kalian belum berpisah, bawa dia ke pangkal jalan. Itu kalau kalian boleh kawal nafsu, salah seorang kena kuat.
Keempat dan ke tiga juga sebenarnya, kena YAKIN. Boleh. Aku pernah baca artikel "I was a gay". Aku jadi malu, sebab apa, sebab dia ni di agama yang batil. Sedang aku penganut agama yang benar, Islam, ada tuhan dan amat benar, takkan aku tidak boleh berubah.
Kelima: Kena sedia sengsara. Sebab bila anda menahan nafsu, mencari yang redha, anda adalah pejuang. Dan aku sedar bagi yang gay/lesbian tegar perkara ini amat-amat sukar, macam nak buang hati, macam nak bunuh diri. Aku pernah dengar, bunuh diri kerana Allah, yang bermaksud membunuh sifat yang Allah tidak redha, demi untuk Allah.
Ramai rakan berkata pada aku, kenapa nak sengsara, carilah pasangan perempuan, yang boleh bawa aku ke jalan yang benar. Masalah aku sekarang, nafsu aku pada perempuan belum mereda, kalau aku bersama rakan perempuan yang memang lesbian, hati aku kuat sahaja nak menggoda mereka. Rakan yang tidak senget pula tidak faham aku.
Betul ramai yang nampak aku derita, aku sedar, dan amat berterima kasih, tanpa disangka di Facebook neburaln, aku dah ada satu kelompok penyokong. ALhamdulillah. Tetapi aku mohon, jangan minta aku mencari pasangan perempuan yang membawa aku ke jalan benar, aku belum sekuat itu, bila aku berhadapan dengan perempuan, hanya tuhan yang tahu kadangkala aku berjuang perasaan untuk tidak rasa ghairah. Lebih-lebih lagi yang muda, manis, chineese look, curvy, montok..manja.Parah.
Tak apalah aku derita, moga Allah gantikan yang lebih baik. Dan aku yakin, kalian pun boleh. Jangan takut hidup sendiri, anda tidak pernah sendiri. InsyaAllah.
Cuba, dan cuba..biarpun anda akan mati kerana derita mencuba. Biarlah mati dalam keadaan Allah redha.
Lagu ini untuk kalian dan semua..
Rabu, 17 Oktober 2012
Aku gay, aku terima nikahnya.
Assalamualikum, bismillahirahmannirahim.
Kawan, ya kawan-kawanku PLU. Samada gay atau lesbian.
Walau aku rasa berat untuk menulis perkara ini, kerana takut ada yang terasa, namun untuk pengetahuan kamu, kamu tidak sendirian seperti itu.
Tentang apa ya ingin aku katakan.
Ya, tentang kamu yang berkahwin hanya kerana kehendak masyarakat, hanya kerana ditekan kedua orang tua.
Maaf, maafkan aku.
Namun, aku amat ingin menulis tentang ini. Meluah rasa sayu aku, pada kalian, tentang kalian.
Kawan, aku sedar, tiada siapa yang meminta untuk lahir dengan keinginan ini.Dan sedarlah, kelahiran anda dengan keinginan ini tidak berdosa sama sekali. Anda cuma berdosa andai menzalimi diri sendiri, dan dosa itu pun hanya sekadar anda dengan Yang Khaliq.
Zalim pada diri sendiri, bila anda melakukan zina.
Dan zalim pada insan yang mempercayai anda, adalah kezaliman yang nyata.
Kawan, pernikahan bukan mainan.
Dia menikahi atau menerima akad itu, kerana dia percaya anda akan menjadi teman hidupnya, anda akan menjadi ibu atau bapa kepada zuriatnya, anda akan menjadi yang halal buatnya..
Namun apabila anda menafikan hak insan ini, anda tepis kasih sayangnya, anda benci kehadirannya...anda melangkah ke ruangan zalim.
Aku tahu, ianya sukar bagi anda. AMAT SUKAR.
Namun, jadilah seorang yang dewasa, jadilah seorang manusia yang waras dan punya jiwa. Lihat mata dia. Orang yang dizalimi, Allah dengar bisikan dan keluhan hati mereka
Buanglah ego.
Menipu seluruh dunia, itu telah terjadi.
Andai tiada jalan, hentikanlah. perit untuk hidup dengan dosa setiap saat, setiap hela nafas. Namun, andai anda tahu dan nampak jalan itu, usahalah, jadikan dia hidup anda. Itu rayu ku.
Jika kau kata boleh, maksudnya kau mahu berusaha. Namun jika kau mengatakan, TIDAK, tidak mungkin...pilihan ditangan mu. Jangan peduli kata orang, tapi pedulilah pandangan dan redha tuhan.
Jangan cemarkan sebuah tali pernikahan. Pernikahan itu amat suci, menghalalkan yang haram, mempersaudarakan yang asing, melahirkan seorang insan, dan juga salah satu pintu ke syurga. Jika perkahwinan itu, bukan untuk kita, redha lah. Sesungguhnya Allah sentiasa ada untuk orang yang bersendirian.
Orang ketiga, akan sekadar menghidangkan jalan ke neraka.
Aku sayang kamu, kerana aku tahu kita golongan yang diuji dengan ujian ini, aku mahu kita kuat..kuat mencari redha Allah.
Insyaallah.
p/s: atas permintaan seseorang, aku telah membuka ruang komen juga untuk anonymous. Awak tak komen, siap..saya unfriend awak. (hahahahahah)
Sabtu, 13 Oktober 2012
Sudah-sudah lah tu..
Parah kan. Asyik-asyik cerita kemurunganlah bagailah, baru sedih sikit nak bunuh diri. Walhal masalahnya sama macam putus cinta je.
Dan bila aku tengok ruang komen, aku rasa macam kesian dekat reader. Sebenarnya, pada awal blog ni, memang aku dah tekad dah tak mahu tulis pasal aku, tapi dah namanya blog, akhirnya tulis juga pasal aku. Malah, sekarang ni, aku rasa aku banyak buka benda yang tak patut aku buka.
Kata-kata aku juga, macamlah aku ni bagus sangat. Aku syak rakan-rakan sengetian aku dah meluat dengan aku. Akibat aku selalu sangat mengutuk pasal cinta sesama jenis ni. Memanglah benda tu betul, tapi macam anak yang kena leter dengan maknya, dah asyik kena leter je, jadi meluat.
Jadi, aku harini, aku menenggelamkan diri aku dengan menonton movie youtube, ya, sebuah filem yang membuat aku rasa nak muntah. Dan membaca buku 50 shades of grey yang aku baru beli. Juga aku rasa sia-sia tak memberi faedah bagi aku.
Kek pavlova yang ku tempah semalam |
Tapi harini, satu perkara yang mengembirakan aku, semalam, bila aku kemurungan, aku telah dengan gila dan tiba-tiba pergi menempah kek pavlova. Kek pavlova ni sumpah aku tak tahu macamana rasa, mulanya dulu aku ingat pavlova tu sejenis tudung. Rupanya kek. Hahhaaha. Dan bila aku lihat gambar yang dilampirkan oleh kawan fb ku yang membuat kek tu, waaaaaaaaaaaaah, kek itu amat menarik.
Gambar kek ni membuat aku gembira seharian, sebab kek ni amat menarik. Jadi antar tips untuk emngelak kesedihan, ialah buatlah sesuatu yang diluar jangkaan dan bukan rutin. Walaupun perbuatan itu dinama kerja gila.
Percaya atau tidak, aku sebenarnya tak tahu pun nak makan dengan siapa kek ni, kek 1 kg tu. Hahah. Oh ya, ada seorang adam, yang boleh kupanggil. Adam yang semalam meneman aku dipantai dan mendengar cerita aku tu la. Adam ni lama dah aku bersahabat, dia sebenarnya dah boleh syak aku ada awek sana sini, jadi semalam tiada apa hal sangat, dia tetap kawan aku, walaupun aku dah bercerita hal kemurungan aku.
Jadi sang Adam, esok kita kerjakan kek ini ya. Hahah. Larat ke kami nak makan dua orang saja ni?
Bila jauh..
Bila jauh dari tuhan..
Kalau nak diikutkan, baru dua bulan aku berjuang. Dan ada waktu aku kuat, ada waktu aku amat lemah. Lemah hingga terfikir nak tamatkan hidup. Dan ianya boleh dikatakan berlaku sebulan sekali, gila lah kemurungan berkala.
Sejujurnya, apa yang menguatkan aku cuma solat dan mengaji. Apa yang melupakan pada kebahagiaan aku dulu ini, adalah dua perkara inilah. Aku sedar, aku belum dekat dengan tuhan. Aku belum rasa cukup dengan tuhan. Aku masih rasa dunia ni bagai hitam putih atau hanya kelam, kerana dulu aku amat bahagia dengan dia.
Dulu, bila aku bersedih, aku cari dia. Dan seperti orang yang dapat dadah, aku akan gembira kembali. Tapi kali ini, apabila aku sedih, dan aku mencari dia, aku tidak lagi boleh menyentuh dia, walau sekadar pelukan. Kerana, kedua-dua kami adalah dua manusia yang sedang ketagihan. Dia seboleh mungkin menghormati keputusan aku, namun aku tahu, dia juga memendam rasa. Aku pula kadangkala cuma antara beberapa detik sahaja nak membuang dan memadam keputusan aku. Dia tertanya, kenapa aku mudah sedih apabila bertemu dia. Manakan tidak, perbualan kami pastinya tentang dunia bdsm, yang buat hati aku memanggil-manggil kesana, dan merenung dia pun dah cukup membuat aku berahi. Nafsu aku amat liar. Lalu setiap detik aku berperang dengan diri sendiri. Hati aku sendiri mengasak dan bertanya diri aku, kenapa mahu memilih jalan sukar, kenapa mahu mengekang diri, kenapa pilih kepahitan?
Menjawab TIDAK kepada diri sendiri, amat sukar. Aku perlu membunuh sejuta iblis yang bersarang, setiap saat.
Teruk aku kan? amat teruk. Entah mungkin boleh masuk kategori ketagih seks.
Aku dah biasa dengan sentuhan, pada orang yang aku sayang. Aku rasa tenang.
Tapi, bila perkara itu pun akan menjadikan aku melintasi garisan kabur itu. Apalah yang mampu aku lakukan, melainkan mengekang diri.
Dan perkara itu, menjadikan segalanya pahit, kata seorang kawanku, aku tak seceria yang dia kenal dahulu. Semalam, aku terpakca mengambil MC, kerana aku hampir tidak boleh memandu pun, tidak boleh fokus untuk apa sahaja. Betapa kalahnya aku.
Lalu apabila, dunia ini menjadi pahit, syaitan itu mudah datang, membisikkan kata-kata dan pujukan, melemahkan semangat dan jiwa. Hingga buat aku meraung, aku ini orang bertuhan, aku tidak akan sekali menamatkan riwayat aku sendiri. TIDAK. Aku akan mati, tapi bukan dengan cara itu.
Benar, aku menipu diri aku dengan memanterakan bahawa aku boleh hidup sendirian walau selama manapun. Hakikatnya, aku tetap perlukan seseorang. Keluarga rapat dengan aku, tetapi mereka tidak tahu penyebab kemurungan aku, dan aku sedar, aku menjadi semakin pendiam dan ada waktu tertentu, aku mudah marah.
Petang semalam, aku keluar mencari seorang teman, seorang adam. Dia saja yang tinggal kawan ku disini. Aku bercerita, dalam keadaan amat sukar, dia pendengar yang baik.
"Kau boleh, aku tahu kau boleh."
Katanya sambil melihat tepat pada aku.
Boleh atau tidak, aku harus terus dijalan yang benar. Kerana aku tidak mahu mati dengan cara lain, melainkan mati sebagai hamba Allah yang diredhai.
Amin.
notes: Kepada yang nak add FB aku boleh, tapi minta mesej dan perkenalkan diri, dulu, sebab aku cuma approve perempuan saja, melainkan aku memang kenal kalian. Dan FB aku ialah Neburaln, bukannya Malaikat Gelap, jangan marah aku jika salah request ya, dan sila jangan kata aku sombong tak mahu approve. Aku hargai semua persahabatn, tetapi lebih baik email aku dulu ya, terima kasih.
Rabu, 10 Oktober 2012
Signifikasi blog AHP Positif
Ya, apa signifikasinya blog AHP Positif buat aku?
Aku bertemu blog ini, selepas aku mengalami satu fasa hitam didalam blog aku. Waktu tu aku cuba menyambung fasa yang pernah terbengkalai dalam hidup aku. Tak mengapalah tentang fasa itu, dah pun berlalu.
Yang penting, blog ni benar-benar membuka mata aku.
Hidup ni sangat-sangat luas.
Kalau nak ikut kekaguman aku pada pengasas blog ini, ianya sekadar menambahkan ketakjuban aku pada Yang Maha Berkuasa. Blog ni salah satunya, menarik aku supaya berhenti berduka selepas era fasa hitam itu. Dan kemudiannya, mengheret aku pada perjuangan aku.
Perjuangan yang selama ni tak pernah bertahan lebih dari seminggu pun. Perjuangan yang sekadar selalu ditempelak oleh kekasih dan juga skandal. Wohaaaaaa...skandal beb.
Bukan skandal kah kalau aku pernah curi-curi buka pintu dapur waktu malam, pernah sewa hotel dan menyamar sebagai lelaki, pernah merasa tidak selamat andai mati terbunuh sewaktu play dalam bdsm.
Blog AHP ni memberi kekuatan pada aku. Antaranya selalu mengingatkan aku, betapa aku sekadar terselamat dari HIV kerana beberapa prinsip yang aku pegang teguh. Sebenarnya ia hanya satu garis halus dan amat kabur. Pakcik ni tak pula songsang dan buat benda-benda buas macam aku, diuji juga dengan HIV. Sesungguhnya setiap insan ada ujiannya sendiri.
Dan blog ni banyak,amat banyak beritahu aku. Pergunakan kesihatan yang ada sebaiknya. Aku tahu, mungkin ada PLHIV yang kalau boleh, sanggup bayar untuk apa sahaja agar hiv itu lenyap dalam hidup mereka. Namun alhamdulillah, tak kurang juga yang kerana hiv lah mereka mendapat kehidupan baru yang lebih bernilai, yang tidak ternilai sebenarnya.
Jadi, sebelum aku terjebak, mati sewaktu play bdsm ke, syirik tertukar agama waktu sujud pada master aku ke, atau tertukar agama sebab nak sangat kahwin dengan partner aku ke, lari ke thailand untuk hidup tanpa prejudis tentang lesbian, atau menjadi hamba zina yang paling hina ke. Baik aku taubat dan berhenti. Kalau aku boleh membuat seribu usaha untuk menghalalkan yang haram, kenapa tidak aku buat satu usaha untuk menghentikan yang haram? Walau pahitnya bagai membunuh jiwa aku.
Benar lesbian amat sukar untuk mendapat hiv, tetapi aku biseksual. Dan tak menolak, mereka yang terlibat dengan aku jua ada yang biseksual, kalau tak terkena std lain, tu dah kira beruntung. Lelaki ni memang jalang kan, patut ada planet khas untuk perempuan.Hahahahaaha. Sori bro, gurau. Dan lesbian pun taklah semestinya selamat, ada ramai kawan aku yang lesbian pernah berkahwin, dan kini tukar pasangan sana sini, kalau dia pernah berkahwin, dan partner dia pun seorang isteri, dan kemudiannya nanti melibatkan orang lain. Kalau tak berjangkit penyakit, berjangkit dosa.
Dan sebenarnya, blog AHP kini memang menjadi hidup aku. Aku manusia yang memerlukan sesuatu untuk melupakan sesuatu. Jadi dulu aku amat aktif dengan komuniti bdsm, dan kini komuniti Positive Warrior Support Group pula menjadi tempat aku berhubung silaturahim. Dulu aku aktif di komuniti bdsm kerana mereka menerima aku sebagai lesbian bicurious, tetapi agak jengkel dengan aku sebab aku asyik meroyan nak berhenti bdsm sebab rasa bersalah.
Sekarang di blog ahp dan PWSG, aku diterima (walaupun mereka senyap je..hehe) dan menerima semua status aku.
Dan pakcik ahp yang tua ni tapi dia sebenarnya taklah tua sangat, lah yang selalu menyokong aku..untuk terus berjuang dan berjuang. Lalu melalui dia juga aku kenali Ao Ahp, Edgenote dan kira (bukan nama sebenar), yang menjadi penyokong setia aku.
Siapalah nak sokong biseksual dan bdsmer terbuang dari golongannya ni. Yang cuba memadamkan kisah silamnya dengan taubat yang entah laku atau tidak.
Salah. Allah ada..dan Allah akan datangkan bantuannya melalui pelbagai bentuk, apabila seseorang itu meninggalkan sesuatu kerana Allah.
Moga semua Positive Warrior Support Group akan terus berjuang, demi Allah!
Note: Cuma sayang, aku belum mampu mendedahkan blog ahp kepada rakan-rakan di FB rasmiku, hanya kerana takut identiti Malaikat gelap ku terdedah. Moga satu hari nanti, Allah tunjukkan jalan buat aku.
Wanita tidak harus bekerja
Dulu-dulu aku memang menyampah ayat ni, selalu aku terbayang orang yang mengeluarkan ayat ni kena baling dengan lesung batu, walaupun aku tak mahir guna lesung batu.
Sebagai wanita yang kadangkala ada unsur feminist sikit terutama bila berhadapan dengan lelaki yang ego, pergh ayat diatas tu boleh membakar hati aku. Dan aku tahu wanita yang berkerjaya dan amat tidak suka memasak, akan rasa meluat, marah, nak meletup jika ada lelaki yang guna ayat diatas.
Memang aku tidak betah didapur, tapi aku sedar, beruntung wanita yang tahu memasak, orang yang tahu memasak selalunya mudah disayangi dan dirindui. Exgf aku yang pertama, amat pandai memasak, terutama makanan barat. Sampai sekarang aku masih teringat-ingat lagi pancake yang dia buat untuk sarapan, setiap kali kerumahnya, ya, dulu KL dengan tempat aku tu macam dekat je, hujung minggu je kesana, kadangkala ambil cuti tu, haha.
Kerja aku, basuh pinggan tahula.hahaha. Potong bawang dan sayur pun lembab dan gagal.
Okay, kembali ke tajuk, kenapa wanita tidak harus bekerja?
Fitrah wanita ialah memelihara keluarga dan menjaga adam disisinya. Mati la semua pembaca perempuan sumpah taknak buka blog aku lagi, wakaka.
Pertama sekali adalah hormon.
Hormon wanita membuatkan mereka kadangkala emosi, dan tidak rasional. Tetapi kerana hormon juga mereka mempunyai instinct, Basic Instinct (pernah tengok filem Basic Instinct?) wakakaka! Ada lelaki yang ada naluri keibuan? Mati hidup balik tiada. Perempuan mudah melihat sesuatu perkara disebalik sesuatu.
Dan kerana hormon, wanita didatangi haid. Hormon wanita tidak akan stabil sehinggalah dia berkahwin dan mengandung. Lihat, betapa Allah mengaturkan cantiknya fitrah wanita.
Wanita yang mengalami senggugut, akan mengalami senggugut sehingga dia mengandung, dan selepas itu hormonnya akan stabil, kerana dinding uterus akan menjadi tebal.
Senggugut, adalah sakit bahagian abdominal, yang hanya perempuan saja faham. Masa tulah nak bawa kereta sebelah tangan saja, masa tulah rasa nak tutup pintu bilik tak keluar-keluar bilik, tak perlu makan minum, hanya merengkok baring menahan sakit diatas katil. Sejuk menyucuk seluruh tubuh, pinggang rasa kena keronyok, rasa pening, nak muntah. Dan ianya sekurangnya 3 hari setiap bulan.
Jadi masa macamni, macamana nak pergi kerja?
Kalau kerja kat front desk tu, hah, ambil kau, berapa ramai customer yang akan kena marah dengan awek yang kena sunggugut tadi? Tapi, siapa yang tahu?
Tu jelah cerita aku, aku pun tak larat nak menaip, nak tutup pintu, merengkok atas katil.
Isnin, 8 Oktober 2012
Qalbu itu amat istimewa.
Siapa pun kita, akauntan, doktor, tukang sapu sampah, perogol bersiri atau mahu pun seorang algojo. Dari hati datangnya niat. Datangnya lintasan hati, yang tuhan tahu lebih dekat dari urat leher. Dan, dari hatilah datang segalanya. Cinta atau dusta, puji atau puja. Segalanya.
Tapi kadangkala, kerana kita terlalu mengikut hati, kita lupa bahawa orang lain juga mempunyai hati. Lalu kita permainkan hati itu, kita lakukan sewenangnya.
Sekeji manapun manusia itu, tetap ada kebaikan didalam hatinya, cuma kerana kadangkala kita buta hati, lalu kita tanpa berfikir dua kali, kita terus membenci. Hanya kerana dia lelaki, hanya kerana dia songsang, hanya kerana dia mungkin kecelaruan minda, hanya mungkin kerana khilafnya, kita membenci.
Harus juga diingat. Selagi ada perasaan benci dihati ini, ruang untuk kasih sayang dihati itu, akan sukar untuk masuk.
Aku baru menonton filem tentang perkahwinan yang dirancang. Seorang isteri dinafikan hak batinnya berkali-kali. Seorang suami juga hampir diperlakukan begitu.
Perkara pertama yang akan memberi kesan ialah, hati. Psikologi individu itu. Perempuan fitrahnya malu dan lelaki fitrahnya ego. Kerana fitrahnya malu, wanita akan mengalami kesan psikologi yang agak teruk. Lelaki pula mungkin akan mudah tercabar ego dan melenting.
Fitrah, lelaki itu khalifah. Itu ketetapan tuhan. Dan pasti ada alsannya. Perempuan tidak akan ditanya tentang saudara-saudara lelaki nya, tetapi lelaki akan ditanya tentang perempuan-perempuan dibawah jagaannya. Kerana itu tidak dapat disangkal, lelaki itu diberi akal yang sedikit lebih. Ya, mungkin darjat. Tetapi perkataan darjat ini sensitif, aku tahu. Namun tetap terbukti, Allah tidak pernah menjadikan wanita sebagai rasul, kerana itu juga lelaki tiada cuti solat, lol.
Lantas, tepatnya, lelaki ada istilah dayus. Andai dia gagal bertindak sebagai lelaki.
Aku bukan nak mengagungkan lelaki, hanya tuhan yang tahu bahawa beberapa kali aku cuba menahan diri dari tidak bersikap rasional dan membenci lelaki.
Banyak orang lupa menjaga hati orang yang menyintai dia, siapa pun orang itu.
Aku? aku tidak menyintai mana-mana lelaki pada saat ini, tapi saat ini, hatiku baru dihancurkan oleh seorang lelaki, mungkin tanpa dia sedar.
Namun ada hikmahnya bila kita tak menyintai sesiapa. Dan aku adalah manusia yang boleh sakit kerana cinta, amat sakit, aku pernah menangis hingga muntah apabila 2nd master aku berkahwin, walhal janji dah setinggi langit. Siapa aku saat itu, aku hanya sekadar barang permainannya. Tapi, aku juga mudah melupakan, sakit dan perit itu.
Kata kawan, aku mudah tenggelam dengan diri aku, aku mudah lupakan kawan. Bagi aku, tuhan jadikan aku mudah lupa pada banyak peristiwa supaya aku tabah menghadapi setiap perkara.
Tidak bermakna pula, aku mudah memaafkan diri aku. Kerana, jiwa aku sebenarnya tidak pernah lupa. Cuma ia tidak menghantarnya ke ruang akalku. Mungkin seketul hati ini telah rosak. Dan sekadar mengizinkan jantung mengepam darah dan membiarkan nadi terus berdenyut.
Tidak, aku bukan putus asa. Aku cuma tidak mahu berharap. Selain mendoakan keluargaku, dan mohon aku menjadi hamba yang diredhai, aku tidak meminta apa-apa dari Allah lagi. Bukan aku angkuh.
Tetapi hati aku, mungkin telah tiada.
Sabtu, 6 Oktober 2012
Lelaki, harapan dan ilusi.
Harapan itu racun yang nyata.
Hariini, aku keluar dengan Philip, hobi kami mencari permainan kereta dan transformers. Dia turun kerana itu, lalu kami jumpa. Berbual sakan.
Ianya adalah sesuatu sukar untuk diceritakan, selesanya berbual dengan orang yang tahu tentang diri kita, faham apa yang kita fikirkan.
Benar, aku biseksual.
Ada kala aku senang dengan lelaki. Dan lelaki dominan boleh buat aku rasa kasih. Namun, aku tidak mengharapkan lelaki untuk membuatkan hidup aku terpimpin. Kerana harapan itu racun.
Waktu makan, Philip tanya aku kembali tentang keputusan aku untuk berhenti bdsm. Tanyanya, bolehkah aku menghentikan keinginan aku? Hai...teruk aku ni kan. Semuanya tentang seksualiti. Bukan tak pernah aku berdoa agar aku dimatikan nafsu seksual, pernah, berkali.
"I already decided"
Dia senyum, sinis, tapi jujur.
"You tak buat dengan Deanna, tak buat dengan I, kesiannya you"
Aku senyum jela, nak kata apa. Aku bercerita dengan dia perancangan aku untuk mengahwini salah seorang dari kawan yang pernah terlibat dalam bdsm denganku. Philip tak begitu setuju, dan kami berdua tahu kenapa.
Pulang kerumah, aku tahu perancangan itu hanya illusi.
Lelaki-lelaki itu, harapan bukankah sekadar racun.
Hari ini hari rojak
Hari rojak..wuhuuu.
Ada rasa gembira, ada rasa bangga, ada rasa sayu.
Lewat pagi, tiba-tiba, aku geledah almari baju. Urghh dah tak banyak t-shirt yang tak lusuh. Entah bila kali akhir aku beli baju, yeah, ada duit beli games, beli benda-benda lain, baju segala adalah nombor akhir. Nak pergi beli baju laa..
Orang pertama dalam otak aku, Deanna. Entah kenapa begitu pantas dan pintar aku menghubungi Deanna. Walhal sebelum ni tak pernah pun aku beli baju berteman.
15 minit kemudian, sampai didepan rumah Deanna.
Kurang ajar, ada kereta Honda Accord didepan rumah dia. Macam aku kenal pemilik kereta ni. Tengok muka. Hmmm...jahanam. Bekas Master aku. Yea yang pertama tu. Mulanya, aku parkir kereta aku betul-betul berdepan dengan kereta dia. Mamat tu didalam kereta tu. Aku sengeh. Dalam hati, nak aja aku tunjuk penumbuk.
Kemudian, arghh...jangan jadi budak-budakla.
Aku pusing stereng, dan parkir kereta dibahu jalan yang bertentang.
Call Deanna, tak angkat. Lalu aku keluar kereta. Mamat tu dah sedia buka cermin.
"You nak bawa dia keluar ke?" Tanya aku.
"No..no, just want to talk only" katanya.
Jadi aku duduk dikereta kembali. Tak samapai 5 minit, tiba-tiba aku tengok kereta Accord tadi dah meluru pergi.
Wahahahaahahahah. Aku menang, Deanna keluar dengan aku. Yep, Deanna keluar dengan aku, pergi makan tengahari, tapi tak jadi pun cari baju, hahaha. Pergh ego aku menari beb. Deanna pula terpaksala pujuk mamat ni thru sms. Sebab kisahnya, mamat tu datang mengejut bawa sarapan. Walhal aku dah hubungi Deanna untuk keluar makan. Maaf, ego bukan perkara baik, tapi sesekali, bagila peluang menang, walhal tanpa modal apapun. Hahahahahahaahahaahahahhah!
Setiap saat dengan dia adalah istimewa buat aku. Dunia hanya seolah berputar pada aku dan dia. Ya, cinta aku pada dia tak pernah pudar.
Tapi...
Balik rumah, aku jadi sayu.
Kerana aku tahu, dengan dia hanya sekadar mimpi. Pulang aku masih sendiri. Dan dia bukan milik aku. Dan sedih kerana, aku sebenarnya masih menyintai dia. Sedih kerana aku masih menganggap dia adalah sumber kebahagiaan aku.
Sepulangnya dari kerja, hati aku jadi semakin sayu, sebab letih mungkin. Mulalah menggagau nak cari orang untuk luah hati. Tapi siapa? cuma sahabat yang jauh dan meluah perasaan di FB. Rasa macam nak cari nombor phone tuhan, nak sms.
Solat. Menangis, minta dicukupkan dengan cinta pada tuhan, yang masih belum dicapai.
3 jam bahagia untuk 10 jam tangisan dihati, apalah guna.
Khamis, 4 Oktober 2012
Kerana kita hamba.
Bangun pagi, lepas subuh kalau dapat tidur balik, adalah istimewa, selalunya aku tidaklah bertuah begitu, ada tanggungjawab menanti. Tapi bila dapat tidur lepas subuh, kadangkala nikmat, kadangkala lesu. Mamai-mamai, dah pukul 9 pagi, kena bagun juga, tapi sebelum bangun belek-belek handphone dulu. Dah beberapa hari aku tak pegang laptop, jadi baca mesej dan aktiviti facebook. Belek-belek gambar-gambar member kat FB. Tetiba ada pula gambar member yang seksi-seksi, atau cuma seksi didepan mata aku je sebenarnya. Emghhhh.... Fikiran aku mulalah melilau, dahlah separuh mamai, memang silap-silap karang...hmmmphmm..
Deanna dulu selalu berkata pada aku, hormon aku macam lelaki, pagi-pagi mudah je. Entah, walau aku pernah berkahwin, aku tak pernah tahu hormon lelaki macamana. Cepat-cepat aku istighfar, bangun. Nafsu itu tidak pernah berhenti,kawan.
Cuma ianya rendah gelora bila aku menyibukkan diri aku dan ingat tuhan banyak-banyak. Bila teringat je, aku akan cuba ingat benda lain.
Ada seorang kawan, berkata pada aku, moga aku jumpa lelaki yang dapat merubah dan membahagiakan aku, mungkin dengan itu nafsu aku akan berubah. Aku akui aku bukan 100% lesbian. Tetapi aku juga tahu kalau aku kata suatu hari nanti aku akan tidak bernafsu pada perempuan, mungkin aku menipu. Tapi aku yakin aku boleh berhenti bersetubuh dengan perempuan. Itu sahaja yang aku yakini.
Dan, aku tidak akan menunggu lelaki yang entah datang dari alam mana untuk membuatkan aku berhenti melunaskan nafsu dengan perempuan. Deanna selalu menangkap aku sengeh-sengeh seorang pandang perempuan seksi.
Dan semalam, boleh aku menjerit. "Fuiyoo, pergh cun siot" bila ada heroin menyeksikan diri di layar. Nasib bukan dengan rakan sekerja. Walhal kawan lelaki aku yang disebelah ni tenang je. Malu juga aku. Tapi ini benar diluar kawalan. Bila tersedar, rasa jugak nak sorok muka bawah seat panggung.
Aku pernah meletakkan perkahwinan untuk menghentikan aku dari bdsm dan percintaan dengan Deanna. Ya, aku akui. Itu satu kesilapan. Kesilapan yang amat besar kah?
Hidup adalah tentang pengajaran, bukannya tentang kesilapan.
Aku tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku.
Kalau orang berkata pada aku, mereka takkan boleh jadi straight. Aku katakan pada mereka..
"Siapa suruh kau jadi straight?"
Kita hamba Allah, tidak mampu memilih ujian yang mana satu. Namun yang haram tetap haram. Sama seperti haramnya memakan khinzir, namun khinzir tu tak pernah pun berdosa, cuma haram dimakan. Ramai orang tanya, kenapa..kenapa..kenapa? Kalau kuman, kenapa orang cina tetap membiak dengan ramainya.
Sama seperti larangan Allah pada Adam dan Hawa tentang buah khuldi. Cuma Adam tidak lah derhaka seperti kita, memberontak bertanya, kenapa-kenapa-kenapa-kenapa?
Kadangkala, hanya kerana kita hamba. Dan Allah yang mengetahui sebenarnya berhak pun kalau nak membuat semua larangannya tu tiada kebaikan, tetapi kerana dia maha penyayang, setiap perkara ada hikmahnya.
Pertama sekali, apa yang membuatkan aku berhenti, ialah aku rasa bersalah. Jemari yang aku gunakan baca quran dan zikir, aku gunakan juga untuk menyentuh kemaluan. Direct cakaplah, jari ni memang mahir. Ramai dah puji. Woha! Lidah yang berdoa dan merayu pada tuhan ini juga, aku gunakan untuk merangsang nafsu kekasih aku. So, ye, aku tahula apa maksud ciuman perancis, walaupun aku tidak pernah mengucupi bibir seorang lelaki apatah lagi dikucupi. Tak pernah.
Seorang kekasihku, pernah mengatakan aku seorang great kisser..Yuhhuu. Sayang, semuanya haram. Aku rasa kotor dan keji.
Dosa itu apabila kau merasa resah.
Ya Allah, aku bersyukur kerana kau sentiasa berikan perasaan bersalah itu. Syukur amat sangat. Syukur amat sangat. Sudah terlalu banyak nikmat yang kau berikan, dan setiap ujianmu, seburuk mana pun, kau hadirkan juga jalan pulang. Allah Maha Penyayang.
Salah satunya ialah, menjadikan aku seorang perempuan, kerana andai aku lelaki, mungkin aku dah hilang teruna sejak umur 16 tahun, dan melanggan pelacur sekurangnya sebulan sekali.
Sedang aku perempuan pun, aku pernah terfikir nak cari pelacur....
Isnin, 1 Oktober 2012
Ep 3: Seksualiti, lesbian dan biseksual
Lesbian itu Musahaqah
Awak, lesbian adalah haram. Benar, ia tidak disebut dengan terperinci didalam alquran, seperti kisah nabi Luth yang terang dan nyata mendatangi kaum sejenisnya.
Tetapi, sebagai manusia yang mengucap syahadah dan bermazhabkan imam shafiee dan berfahaman sunni, kita tidak boleh menolak hadis. Ada dua hadis sahih yang menyebut tentang lesbian. Didalam hadis ini lesbian dirujuk sebagai Musahaqah ataupun perbuatan Sihaq.
Hadis pertama:
Dari Abu Musa katanya, Rasulullah bersabda, “Bila lelaki menyetubuhi lelaki maka keduanya berzina, dan bila wanita menyetubuhi wanita maka kedua-duanya juga berzina.” (HR Al-Baihaqi dalam Syu’abil Iman)
Setakat ini tiada keraguan tentang Imam Al-Baihaqi, beliau mempunyai ilmu yang luas dan mengkaji kitab-kitab imam shafie.
Hadis kedua:
Imam Al-Alusi dalam kitab Ruhul Ma’ani, berpendapat Sihaq (lesbian) termasuk dalam kategori liwat seperti yang terjadi pada kaum Luth, iaitu seorang wanita menyetubuhi wanita. Dalam hadith Hudzaifah r.a Nabi bersabda, “Sesungguhnya benarlah ucapan (Allah SWT) atas kaum Luth tatkala kaum wanita (daripada mereka) merasa cukup dengan wanita dan kaum lelaki merasa cukup dengan lelaki.”
Hudzaifah r.a adalah seorang sahabat nabi yang digelar penyimpan rahsia nabi.
Aku selalu percaya, memang kita dilahirkan dengan naluri ini, pernah aku suarakan disebuah forum Islam, cinta itu universal dan antara kita memang dilahirkan sebegini. Seorang kawan diforum itu menjawab, lalu bagaimana dengan Pedophilia? Mereka juga berkeinginan demikian sebagai naluri semulajadi, ingat mereka minta dilahirkan demikian. Dan kalau dikatakan cinta itu tak kira jantina dan sebagainya, pernah dengar tentang abang menyintai adik, pakcik menyintai anak saudaranya, lalu halalkah cinta ini? Kadangkala cinta itu lah ujian. Nafsu itulah juga ujian.
Seorang kawanku pernah menjawab soalan ku dengan satu soalan juga.
"Adakah yang kau lakukan itu kerana Allah?"
Senyap, sesenyapnya aku. Sebab memang aku tahu, kalau mengaku hamba Allah, harus juga tahu, seharusnya setiap perbuatan kerana Allah.
Bernaluri kepada kaum sejenis, tidak salah, ianya menjadi haram apabila saling melunaskan nafsu.
Secara ringkas, lesbian ada beberapa kategori.
a) Butch
Butch ni selalunya di Malaysia dipanggil pengkid atau yang agak kurang extereme dipanggil tomboy. Mereka selalunya berposisi sebagai lelaki didalam hubungan. Tapi ada juga gaypeng, dimana kedua-duanya pengkid.
b) Femme
Kedua-duanya wanita dan beraksi seperti wanita, aku selalu rasakan yang ni memang lesbian tegar dan sejati.
c) andro
Mereka ni tidak terlalu berketrampilan seperti lelaki tetapi tidak juga seperti perempuan, dan mereka juga boleh dengan lesbian femme, atau juga pengkid, tapi selalunya mereka berposisi seperti pengkid.
Dan harus diingat, tidak semua yang berperwatakan seperti lelaki itu lesbian. Tidak semestinya.
Apa pun perwatakan kita, kita adalah hamba Allah. Tak salah, duduk serumah, sekatil dan menjadi teman hidup, andai keinginan seks boleh itu ditolak ketepi.
Aku dah tahu dan meyakini lesbian itu haram, lalu andai aku melakukannya, aku akan kemurungan. Aku juga pernah mencari-cari sebab, hadis atau ayat quran yang menghalalkan lesbian. Tapi di setiap perbincngan dimana-mana forum Islam (sebab aku mengucap syahadah, jadi aku ke forum Islam) aku terpaksa semakin akur, tidak ada yang menghalalkan hubungan seks sejenis, termasuk sesama wanita.
Benar, bak kata Tariq Ramadhan, kita tidak boleh menolak dan meminggirkan gay, tetapi tidak semestinya kita boleh menghalalkannya.Andai anda ada dalil mengatakan lesbian itu halal, mari..kita bincang. Mana tahu, aku boleh bawa Deanna berjumpa tok kadi (oh..aku ada berjumpa dengannya 2 hari yang lepas, tapi ya..she is not mine anymore, hambar, tawar perjumpaan kami. tapi aku syukur dengan itu, kerana aku pernah berdoa agar dihilangkan rasa cinta aku pada dia).
amin, tamatlah kisah episod yang agak terperinci dari aku tentang Seksualiti, lesbian dan biseksual ini.
Moga setiap kita diberi hidayah dan kekuatan untuk menghadapi setiap ujian didunia ini, sahabat.
Antara sumber permulaan rujukan (wall UAI) disini.
Ep 1: Seksualiti, lesbian dan biseksual (aku)
Ep 2: Seksualiti, lesbian dan biseksual (biseksual)
Siapa aku?