"Bad things happened, but you still can live"-Super 8(2010) (Demi malam apabila telah sunyi,Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada pula benci kepadamu, Dan sesungguhnya akhir itu (akhirat) lebih baik bagimu dari permulaan(dunia).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Ad Duhha: ayat 2 hingga 5)
Sabtu, 13 Oktober 2012
Bila jauh..
Bila jauh dari tuhan..
Kalau nak diikutkan, baru dua bulan aku berjuang. Dan ada waktu aku kuat, ada waktu aku amat lemah. Lemah hingga terfikir nak tamatkan hidup. Dan ianya boleh dikatakan berlaku sebulan sekali, gila lah kemurungan berkala.
Sejujurnya, apa yang menguatkan aku cuma solat dan mengaji. Apa yang melupakan pada kebahagiaan aku dulu ini, adalah dua perkara inilah. Aku sedar, aku belum dekat dengan tuhan. Aku belum rasa cukup dengan tuhan. Aku masih rasa dunia ni bagai hitam putih atau hanya kelam, kerana dulu aku amat bahagia dengan dia.
Dulu, bila aku bersedih, aku cari dia. Dan seperti orang yang dapat dadah, aku akan gembira kembali. Tapi kali ini, apabila aku sedih, dan aku mencari dia, aku tidak lagi boleh menyentuh dia, walau sekadar pelukan. Kerana, kedua-dua kami adalah dua manusia yang sedang ketagihan. Dia seboleh mungkin menghormati keputusan aku, namun aku tahu, dia juga memendam rasa. Aku pula kadangkala cuma antara beberapa detik sahaja nak membuang dan memadam keputusan aku. Dia tertanya, kenapa aku mudah sedih apabila bertemu dia. Manakan tidak, perbualan kami pastinya tentang dunia bdsm, yang buat hati aku memanggil-manggil kesana, dan merenung dia pun dah cukup membuat aku berahi. Nafsu aku amat liar. Lalu setiap detik aku berperang dengan diri sendiri. Hati aku sendiri mengasak dan bertanya diri aku, kenapa mahu memilih jalan sukar, kenapa mahu mengekang diri, kenapa pilih kepahitan?
Menjawab TIDAK kepada diri sendiri, amat sukar. Aku perlu membunuh sejuta iblis yang bersarang, setiap saat.
Teruk aku kan? amat teruk. Entah mungkin boleh masuk kategori ketagih seks.
Aku dah biasa dengan sentuhan, pada orang yang aku sayang. Aku rasa tenang.
Tapi, bila perkara itu pun akan menjadikan aku melintasi garisan kabur itu. Apalah yang mampu aku lakukan, melainkan mengekang diri.
Dan perkara itu, menjadikan segalanya pahit, kata seorang kawanku, aku tak seceria yang dia kenal dahulu. Semalam, aku terpakca mengambil MC, kerana aku hampir tidak boleh memandu pun, tidak boleh fokus untuk apa sahaja. Betapa kalahnya aku.
Lalu apabila, dunia ini menjadi pahit, syaitan itu mudah datang, membisikkan kata-kata dan pujukan, melemahkan semangat dan jiwa. Hingga buat aku meraung, aku ini orang bertuhan, aku tidak akan sekali menamatkan riwayat aku sendiri. TIDAK. Aku akan mati, tapi bukan dengan cara itu.
Benar, aku menipu diri aku dengan memanterakan bahawa aku boleh hidup sendirian walau selama manapun. Hakikatnya, aku tetap perlukan seseorang. Keluarga rapat dengan aku, tetapi mereka tidak tahu penyebab kemurungan aku, dan aku sedar, aku menjadi semakin pendiam dan ada waktu tertentu, aku mudah marah.
Petang semalam, aku keluar mencari seorang teman, seorang adam. Dia saja yang tinggal kawan ku disini. Aku bercerita, dalam keadaan amat sukar, dia pendengar yang baik.
"Kau boleh, aku tahu kau boleh."
Katanya sambil melihat tepat pada aku.
Boleh atau tidak, aku harus terus dijalan yang benar. Kerana aku tidak mahu mati dengan cara lain, melainkan mati sebagai hamba Allah yang diredhai.
Amin.
notes: Kepada yang nak add FB aku boleh, tapi minta mesej dan perkenalkan diri, dulu, sebab aku cuma approve perempuan saja, melainkan aku memang kenal kalian. Dan FB aku ialah Neburaln, bukannya Malaikat Gelap, jangan marah aku jika salah request ya, dan sila jangan kata aku sombong tak mahu approve. Aku hargai semua persahabatn, tetapi lebih baik email aku dulu ya, terima kasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Amin.. :). tentu boleh.. Allahkan ada..insyallah.. rezeki yg kt xsangka akan dtg kelak dgn tiba2 .. :).
BalasPadamboring kan, blog ni asyik luahan yang sama je, bila agaknya tuan blog ni nak buat anjakan paradigma.
Padamx boring..best je baca, refleks diri sendiri juga, kan kita disini untuk diuji cuma btk lain lain, tiada bahagia derita abadi semua kejap je, insyaAllah..tambah zikir..senang buat bila rasa sunyi dan kosong, pick yg paling selesa, sekadar Allah , Allah, Allah pun ok..insyaAllah
BalasPadam