Halaman


Isnin, 1 Oktober 2012

Ep 3: Seksualiti, lesbian dan biseksual


Lesbian itu Musahaqah

Awak, lesbian adalah haram. Benar, ia tidak disebut dengan terperinci didalam alquran, seperti kisah nabi Luth yang terang dan nyata mendatangi kaum sejenisnya.

Tetapi, sebagai manusia yang mengucap syahadah dan bermazhabkan imam shafiee dan berfahaman sunni, kita tidak boleh menolak hadis. Ada dua hadis sahih yang menyebut tentang lesbian. Didalam hadis ini lesbian dirujuk sebagai Musahaqah ataupun perbuatan Sihaq.

Hadis pertama:
Dari Abu Musa katanya, Rasulullah bersabda, “Bila lelaki menyetubuhi lelaki maka keduanya berzina, dan bila wanita menyetubuhi wanita maka kedua-duanya juga berzina.” (HR Al-Baihaqi dalam Syu’abil Iman)

Setakat ini tiada keraguan tentang Imam Al-Baihaqi, beliau mempunyai ilmu yang luas dan mengkaji kitab-kitab imam shafie. 

Hadis kedua:

Imam Al-Alusi dalam kitab Ruhul Ma’ani, berpendapat Sihaq (lesbian) termasuk dalam kategori liwat seperti yang terjadi pada kaum Luth, iaitu seorang wanita menyetubuhi wanita. Dalam hadith Hudzaifah r.a Nabi bersabda, “Sesungguhnya benarlah ucapan (Allah SWT) atas kaum Luth tatkala kaum wanita (daripada mereka) merasa cukup dengan wanita dan kaum lelaki merasa cukup dengan lelaki.”

 Hudzaifah r.a adalah seorang sahabat nabi yang digelar penyimpan rahsia nabi.

Aku selalu percaya, memang kita dilahirkan dengan naluri ini, pernah aku suarakan disebuah forum Islam, cinta itu universal dan antara kita memang dilahirkan sebegini. Seorang kawan diforum itu menjawab, lalu bagaimana dengan Pedophilia? Mereka juga berkeinginan demikian sebagai naluri semulajadi, ingat mereka minta dilahirkan demikian. Dan kalau dikatakan cinta itu tak kira jantina dan sebagainya, pernah dengar tentang abang menyintai adik, pakcik menyintai anak saudaranya, lalu halalkah cinta ini? Kadangkala cinta itu lah ujian. Nafsu itulah juga ujian.

Seorang kawanku pernah menjawab soalan ku dengan satu soalan juga. 

"Adakah yang kau lakukan itu kerana Allah?"

Senyap, sesenyapnya aku. Sebab memang aku tahu, kalau mengaku hamba Allah, harus juga tahu, seharusnya setiap perbuatan kerana Allah.

Bernaluri kepada kaum sejenis, tidak salah, ianya menjadi haram apabila saling melunaskan nafsu.

Secara ringkas, lesbian ada beberapa kategori.

a) Butch

Butch ni selalunya di Malaysia dipanggil pengkid atau yang agak kurang extereme dipanggil tomboy. Mereka selalunya berposisi sebagai lelaki didalam hubungan. Tapi ada juga gaypeng, dimana kedua-duanya pengkid.

b) Femme

Kedua-duanya wanita dan beraksi seperti wanita, aku selalu rasakan yang ni memang lesbian tegar dan sejati.

c) andro

Mereka ni tidak terlalu berketrampilan seperti lelaki tetapi tidak juga seperti perempuan, dan mereka juga boleh dengan lesbian femme, atau juga pengkid, tapi selalunya mereka berposisi seperti pengkid.

Dan harus diingat, tidak semua yang berperwatakan seperti lelaki itu lesbian. Tidak semestinya.

Apa pun perwatakan kita, kita adalah hamba Allah. Tak salah, duduk serumah, sekatil dan menjadi teman hidup, andai keinginan seks boleh itu ditolak ketepi. 

Aku dah tahu dan meyakini lesbian itu haram, lalu andai aku melakukannya, aku akan kemurungan. Aku juga pernah mencari-cari sebab, hadis atau ayat quran yang menghalalkan lesbian. Tapi di setiap perbincngan dimana-mana forum Islam (sebab aku mengucap syahadah, jadi aku ke forum Islam) aku terpaksa semakin akur, tidak ada yang menghalalkan hubungan seks sejenis, termasuk sesama wanita.

Benar, bak kata Tariq Ramadhan, kita tidak boleh menolak dan meminggirkan gay, tetapi tidak semestinya kita boleh menghalalkannya.Andai anda ada dalil mengatakan lesbian itu halal, mari..kita bincang. Mana tahu, aku boleh bawa Deanna berjumpa tok kadi (oh..aku ada berjumpa dengannya 2 hari yang lepas, tapi ya..she is not mine anymore, hambar, tawar perjumpaan kami. tapi aku syukur dengan itu, kerana aku pernah berdoa agar dihilangkan rasa cinta aku pada dia).

amin, tamatlah kisah episod yang agak terperinci dari aku tentang Seksualiti, lesbian dan biseksual ini.

Moga setiap kita diberi hidayah dan kekuatan untuk menghadapi setiap ujian didunia ini, sahabat. 

Antara sumber permulaan rujukan (wall UAI) disini.

Ep 1: Seksualiti, lesbian dan biseksual (aku)
Ep 2: Seksualiti, lesbian dan biseksual (biseksual)

Siapa aku?

11 ulasan:

  1. Balasan
    1. takder apa yg hebat pakcik. thanks kerana sentiasa menyokong

      Padam
  2. astagfirullahalazim...aku mohon ampaun pada Allah swt yang maha agung..

    BalasPadam
  3. what ? SAMPAI KAU CRY HADIS HALALKAN HUBUNGAN CINTA SEJENIS???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yep. Kerana aku merasa terseksa dgn fiyrah ini dan ingin agar ada sesuatu menghalalkan bahagia yang aku sangka suci ini

      Padam
  4. Boleh tak nak tanya Cik MGDA. Saya ade rase stim jgk dekat bahan2 internet yg female punya, apakah kategori pengkid sy? Adakah ini normal?
    Tapi saya tak pernah buat hubungan badan dgn kaum sejenis dan tak pernah juga bercinta dgn kaum sejenis.
    Sy akan berasa sgt stim melihat tubuh bdn kaum wanita yg sempurna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yep..kemungkinan anda diuji dengan nafsu itu.

      Padam
  5. Cik MGDA..
    jgn la brsedih...jalan hidup kita ni lebih kurang je..
    setiap hari ku pohon tuhan berikan petunjuk dan hidayah.. amin.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...