Halaman

Isnin, 26 Disember 2011

taa haa ayat 2

adik balik minggu ni..gembira aku. adik bawa aku ke darul syifa.tenang.

aku cerita segalanya pada adik. telus.

bagiku perkahwinan ni adalah satu kesilapan. tidak semua perkahwinan itu adalah wajar. adik menongkah,kata adik..lalu kenapa rasul galak semua umatnya berkahwin. kata adik perasaan aku dan dia ada dan wujud.. tapi ditahan oleh iblis.

jangan sia-siakan perkahwinan ini. kata adik. jangan sekadar menunggu 4 bulan itu. lakukan sesuatu. adik minta aku jangan meminta perpisahan. doa banyak pada tuhan. kalau tuhan mahukan kami berpisah..tuhanlah yang akan pisahkan.

lalu pagi ini aku hembuskan surah taa ha di ubun rambutnya sewaktu dia masih lena lepas kami jemaah subuh.

"kami tidak menurunkan al quran kepadamu (wahai muhamad) supaya engkau menanggung kesusahan" - taa haa ayat 2.

sampai diayat ini..aku menitiskan air mata.

tuhan, aku yakin kau tidak akan mensia-siakan hambamu.

Selasa, 20 Disember 2011

Benarkah?

dia: awak perasan tak segalanya berubah selepas majlis dirumah saya
aku: ya, sayang emmang amat tertanya-tanya kenapa selepas tu abang seolah membenci saya.
dia: abang syak kita dah kena sihir pembenci

ya Allah, beratnya dugaan. Memang benar perubahan pada dia amat ketara bila dirumah mentua, dia mesej padaku seolah dia menyayangi aku, tetapi sebaik sahaja dia sampai dirumah mak dan melihat aku, wajah dia seolah dia amat membenci aku. Puas aku berfikir apakah silap aku, malah aku tanya pada dia juga. Semalam, dia mengakui entah kenapa dia amat sukar untuk tidur disebelah aku, dan setiap kali nampak aku dia akan rasa benci dan marah.

Kadang-kadang hati aku berkata pada aku..kau memang ditakdir menjadi lesbian ,,kenapa kau lari dari kenyataan ini?

Sabtu, 17 Disember 2011

Kehendak yang paling agung

Semalam aku keluar bersama teman-teman lama yang akrab, berbual bersama mereka buat aku lupa pada dunia aku yang sebenar, kemudian aku kesinema bersama ex-housemate, sikurus tu pagi-pagi dah keluar pergi mengubat orang, ya dia pengamal perubatan tradisional, aku tak tahu dia begitu aktif tentang itu sebelum ni. Hari selasa dan jumaat dia akan pergi pagi dan balik lewat petang, pembantunya adalah adik angkatnya yang aku rasa lebih banyak masa dengan dia dari aku.

Disinema, ex-housmate nak menonton ombak rindu.

Hampir dihujung cerita, sikurus sms ku yang dia terlalu letih, sampai pening-pening dirumah adik angkatnya, hati aku terus basah dan sebak, betapa aku tahu dia sebenarnya meminta izin untuk tidak balik rumah, aku jadi sedih amat sangat sebab aku tahu dia sebenarnya tidak gemar pulang kerumahku, I have nothing to offer melainkan tanggungjawab. Kasih pun hampir sifar.

Kehendak paling agung seorang wanita yang juga isteri adalah disayangi sang suami, dikehendaki. Dan kehendak paling agung seorang wanita adalah juga untuk dicintai dan dimiliki. Dan masalah disini, aku dilahirkan sebagai wanita!

Ex-housemate hampir naik gila melihat aku yang tiba-tiba menitis air mata dari sinema, dalam kereta dan hinggalah aku menghantar dia didepan rumah. Hampir sejam kami berbual dan dia memberi ceramah pada aku.

dia: kalau kerana status, u dah ada status tu, kalau kerana wedding u dah lepas wedding tu, dan apa lagi yang membuatkan u nak terus derita dalam perkahwinan yang hanya status ni? u ingat i tak suffer yang i lepaskan u pada orang yang treat u teruk. U tahu tak, kalau ada gay marriage kat malaysia ni, i will never can marry you because u never fight for yourself, you got brain, you are smart, but the problem is you don't want to use that. You let things happen!

aku senyap, tahu semua kata-kata dia benar.

aku: i have to wait for 4 months, then baru boleh proceed ke mahkamah.
dia: okay i will wait that, u akan mempunyai i sebagai listener selama tempoh tu, tapi if after 5 months nothing happen,i cannot stick with you if you not fight for yourself. Or do you want me to go to your mum or punch that guy, fight for you, and who am i? i dont have that right.
aku:you have every right to do that, you yang dengar semua tentang i, you yang tengok apa yang berlaku kat i, but i have to fight for myself, not you.
dia: hah tahu pun, am glad you realize that. maybe, i boleh je ajar u to more feminine or manja with him, but the problem is kalau dia taknak..then dia taknaklah.

Aku rasa amat hina kadangkala, seluruh hidup aku, aku ingin dikehendaki, a feeling that i belong to someone. Lelaki terakhir yang buat aku rasa begitu punya penyakit paling durjana walau sebagai insan dia amat baik, dan wanita yang buat aku rasa begitu pula, aku tinggalkan semata-mata kerana lelaki yang sebenarnya bukanlah berkehendakkan aku.

Kehendak agung aku adalah aku ingin dimiliki oleh orang yang amat berkehendakkan aku sebagai diri aku. Dan keran aku perempuan orang itu harus berjantina lelaki agar diiktiraf undang-undang dan agama. Namun perkara paling teruk adalah bila dimiliki tapi tidak dikehendaki.

Welcome to hell.

Jumaat, 16 Disember 2011

Bila segalanya sifar

Indah khabar, kasih sikurus untuk aku sekadar hari-hari awal itu.  Dan hati aku mula mereda, bila cinta tidak bersambut, apalah yang ada, lalu yang berlaku sekadar tanggungjawab. Juga, kami tidak menjalankan tanggungjawab pada satu perkara kerana kehendak itu hampir bersifat sifar. Kami.

Bekas teman tidur ku, secara semulajadi juga kami melansung kehidupan dengan hidup kami sendiri, rasa sayang masih ada, tapi paling terbaik adalah sekadar sahabat.

Ibu dah mula bertanya soalan-soalan sensitif, dan aku tahu aku perlu jawab dengan jujur, kerana ibulah yang akan jadi penyokong andai perkara ini perlu berakhir dengan undang-undang.

Buat kesekian kalinya, aku berada disatu tempat yang tidaklah begitu asing pada aku, satu takah dimana tidak ada emosi yang diperlukan. Aku menjalankan tanggungjawab aku sedaya mungkin, beritahu dia kemana aku pergi dan sejujurnya menerangkan profil orang yang aku bersama dan temui. Dia mula mengenali teman-teman yang aku selalu ke sinema atau sekadar berbual.

Dia: teman serumah dulu awak tu..pasti..bukan lesbian?
Aku: hahaha..dia ada boyfriend la bang.
Dia: betul kamu dua tiada apa-apa?
Aku: takder la, dia ada bf..gile apa.

Dan yeah, jawapan aku tu adalah untuk sekarang, sekarang kami tiada apa-apa, sekadar pergi makan..dan berbual. Aku tahu dia tak begitu sakit, kerana aku bukan satu-satunya dihati dia. Walau dia pernah jadi satu-satunya dihati aku. Dan kini, dihati aku..tiada apa-apa. Cuma ada..tanggungjawab.

Jumaat, 9 Disember 2011

Kepercayaan dan curang

dia sibuk minggu ni, persiapan majlis untuk rumah dipihak lelaki. Aku yang telah jatuh cinta pada dia mula kemurungan. Jika aku kesana, dia akan seolah tidak sedar kehadiran aku, kerana stress dan keletihan. Dan juga kata orang tak manis aku kesana, kerana aku dan keluarga masih belum bertandang secara rasmi.

dia: minta tolong ex-housmate awak temankan awak boleh tak? abang risau awak tinggal seorang.
aku: ok2lah.

Lalu aku tahu itu tanda kepercayaan dia pada aku. Lelaki. Memang sewaktu bersama dia aku teringat xhousemate aku yang seorang, perempuan penuh dengan kemanjaan dan belaian, tetapi lelaki..walaupun halal kadangkala keras dan juga sifar manjaannya, lalu kau seolah jatuhdari tempat yang tinggi. Dia cuba jadi teman yang terbaik, sekurangnya buat saat ini.

Lalu telah dua malam, exhousmate aku menemankan aku tidur, dia menakal, memujuk dan mencari belaian dari aku. Tuhan takdirkan nafsu pada dia sudah tak membuak seperti dulu, namun, kucing tetap kucing.

aku: i cannot kiss, you i afraid..i will lost the love that i start to have with him.
dia: i taknak faham, even i boleh faham.

aku membelai dia juga, dalam fikiran aku asyik memikir apa yang aku tidak boleh buat dan apa rasionalnya.

dia: what i can and what i cant when i sleep with you.
aku: just do whatever a two friends do when they sleep together.

ada bisikan dihati aku, alah selagi kau menutup aurat, apa salahnya kau belai dan buat dia puas. Tapi separuh dari diri aku berkata, lalu apa bezanya kau dulu dengan sekarang, apa bezanya perkahwinan ini, andai kau masih berzina dengan dia.

aku: curang bermaksud curang dihati dan perbuatan.
dia: define that
aku: curang hati maksudnya punya hati pada orang tu, perbuatan maksudnya berzina, namun hanya berzina sahaja boleh dijatuhi hukum.
dia: i can understand that.do you love me? you said after you get married thing won't change.
aku: i love you, its never change.

Kami berdua senyap, dan akhirnya tertidur. Namun hingga kini, aku masih tertanya, apa definisi curang, curangkah aku, dan benarkah jika aku memuaskan nafsunya itu dikira berzina? Curangkah apabila aku menyintai seorang perempuan dan waktu yang sama cuba belajar menyintai sang suami?

Sabtu, 26 November 2011

Benar.

I will survive on this broken heart, believe me.

Tuhan, kenapa kau takdirkan aku mampu menyintai seorang perempuan?
Kenapa tuhan?
Kenapa kau takdir aku bernafsu dengan kaumku sendiri?

Wahai adam, benar tuduhan mu..aku menyintai dia.Dan aku akan menafikan walau kau bertanya dan menuduh buat kesejutaan kalinya.

Wahai lelaki, bencikah kau pada permpuan milikmu yang menyintai perempuan lain? Aku fahami andai kau menjawab ya, lalu bunuhlah aku agar aku dapat menghapus cinta ini. Silakan..

Khamis, 17 November 2011

mungkin

mungkin aku sebenarnya menyintai lelaki kurus itu. Teman tidur aku puas berduka, tapi aku tekad akan berpisah dengan dia, aku nak jadi sahabta sahaja, aku nak tinggal semua. Tapi aku selalu tidak kuat, lantas hidup aku perlu berubah, entah apa. Dan entah berjaya atau tidak, tapi salahkah aku mencuba?

counting days

sebenarnya lansung tak, orang dok wish..aku dok senyum sinis, pada diri aku sendiri. Yang ada dalam fikiran aku, macamana aku nak suruvive berpisah dengan teman tidur aku.

Hati aku lebnih pada family aku sekarang, tunggak keluarga aku sedang di pembaringan.

Wanita yang pernah aku cintai tu selalu juga menghubungi aku, aku jadi kelam. Tuhan, hanya kau yang maha mengetahui.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Kembara solo

Kembara solo aku yang pertama haritu, banyak yang aku belajar, aku melalui saat-saat yang sukar juga sendirian. Dan aku sedar juga ramai lagi insan berhati emas..walau mereka hanya segelintyir dari manusia-manusia yang kadang-kala amat  berhati batu.

Paling terkesan apabila aku melawat kawan se uni aku dulu. Antara kami tiada rahsia, Dia banyak meminta aku berfikiran positif dalam segala hal, dia kawan yang dulunya aku kenal sebagai seorang yang cemerkap, selamba, sempoi dan masa matriks dulu selalu ponteng kelas agama, dia kini punya syarikat sendiri mengendalikan 120 syarikat lain. Dan dia amat menghargai aku, melayan aku bagai tetamu diraja dirumahnya, segan pula aku.

"Tuduhan itu benar"

Katanya bila aku merungut yang tunang aku menuduh aku punya hubungan dengan teman serumahku. Dan aku tahu kata-kata tu tidak datang dari sebarang kawan, kawan yang ini adalah kawan yang mengatakan perkara itu benar walaupun pahit.

Ahad, 23 Oktober 2011

Apa seterusnya?

Tuhan,
Adakah yang datang ini ujian dari mu?
Tuhan,
tiadakah berita gembira untukku, tiadakah?
Aku tahu aku kini telah berputus asa padamu, lantas aku kembali membuat dosa lama,
kerana..selain itu tiada yang dapat mengalihkan kedukaan ini tuhan.

Tuhan, tidak layakkah aku untuk melalui segalanya seperti mereka yang berada didepan mataku?
Tuhan, tak tahu dimana aku ingin berhenti berlari, kerana tiada tempat untuk aku ..dimanapun.

Tuhan, tidak kau jadikan sesuatu itu dengan sia-sia, namun tuhan..aku tak mampu,
Berkali telah aku putus asa padamu, dan aku tahu itu bertambah murkamu.

Tuhan, aku cuma seinci dari menjadi pengecut yang menamatkan riwayatnya sendiri.

Rabu, 12 Oktober 2011

The only dream



Aku semalam, waktu bekerja tiba-tiba aku teringat, impian aku untuk mengembara back-pack sendirian. Itu cita-cita aku sekian lama.  Dan tak lama lagi aku akan ada cuti seminggu, lantas waktu jari-jari  sibuk mengira kertas dan meneliti stapler, fikiran ku mula merangka dan merancang, kemudian aku mencapai kertas dan mula meletakkkan perancangan.

Dua hari lepas aku suarakan impian tu pada teman serumah, dia tak begitu bersetuju, kerana aku nak lunaskan impian tu sendirian, katanya aku perlu teman. Bukan mudah nak mengembara bersama teman. Dan waktu tu aku membayangkan tarikh dua minggu sebelum majlis besar tu. Lagilah dia tak bersetuju.

Dan harini, perancangan semakin jelas, tidak mahu mengusutkan situasi yang dah terlalu kusut, aku pilih cuti yang akan dua minggu lagi.

11 destinasi, dan paling kurang aku nak capai 7 destinasi. Semua destinasi adalah bersebab.

Abah dengan selamba bagi keizinan, ibu marah-marah, meraung dan tangis juga menyambut idea aku. Abah faham.

Tuhan, aku tahu seorang perempuan tidak digalakkan bermusafir sendirian, tetapi..aku bukan sepenuhnya perempuan kan..

Ahad, 9 Oktober 2011

Unprogress

Ibu tetap suruh aku teruskan perkahwinan, walau ikut hati aku memang aku nak call off, tapi disebabkan semua ni duit mak dan ayah aku, aku tahu aku kena telan cakap ibu. Abah lebih tenang. Namun abah sakit sekarang, dan banyak pendapat abah tak diterima orang.

Along memang dah bengang dengan mamat ni, dah menyampah, and i believe he hate that guy more than i hate him.

Adik, tadi aku hubungi adik. Kata adik, memang lah geram dengar apa yang dia buat, tapi adik minta aku bersabar dalam masa 2 minggu dan jangan fikir apa-apa. Kata adik, kalau dia ni lelaki betul, dia akan hubungi aku. Adik minta aku buat solat dhuha setiap hari, minta kat tuhan tentukan apa yang terbaik, sehinggalah hari pernikahan nanti, kata adik.

Bangsat, hati aku hati perempuan, cepat lembut. By the way, nama kau dekat handphone aku sekarang ialah "pondan bangang". I hate you so much even i cannot see you name,you told me I should be a man, now fight me like a man. You want to marry me because of that stupid status, I will make your life as living hell.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Awak..

Awak, saya ingat awak akan mendidik diri untuk jauh dari naluri songsang ini, seperti saya yang belajar menyintai awak, walaupun amat sukar untuk saya telan. Awak, kalaulah awak tahu betapa bosannya hidup saya kerna saya sudah tidak lagi bermanja dengan kekasih2 perempuan saya, saya biarkan mereka kecewa kerana saya nak berkahwin dengan awak dan jadi isteri yang baik. Saya nak perkahwinan kita nanti adalah jihad saya demi tuhan, saya nak taat saya pada awak tanda taat saya pada tuhan. Saya tak kisah kalau awak tak mampu melunaskan nafkah batin, saya akan telan semua itu.

Tapi harini awak, awak dah lupa janji awak, awak dah lupa yang awak pernah kata nak temani saya seumur hidup dalam perjuangan saya, lukanya hati saya apabila awak sering berkata yang saya ni umpama lelaki, lebih layak jadi lelaki dari perempuan.

Awak, saya sedar saya tak selembut perempuan lain, yang juga bermekap 24 jam, yang manja dengan lelaki tanpa batasan, yang bersuara lembut pabila ditelefon. Saya bukan begitu, kerana fitrah saya sekadar berselipar kemana-mana, bertshirt bila tidak bekerja, dan sekadar ber jeans dengan selesa.  Tapi awak, saya menafikan kata orang yang saya adalah pengkid, yang saya adalah bucth, kerana saya tahu naluri saya, saya tahu tuhan marah kalau kita merubah kejadian. Kalau ikut nafsu dan hati, saya dah amik pil testorane, saya dah mengurat perempuan yang saya suka, saya dah abaikan mak bapak saya, tapi, saya tahu tuhan murka.

Awak, saya sedih bila awak kata saya umpama tak layak jadi perempuan. Awak, saya mampu punya zuriat kalau saya bersetubuh, saya perempuan yang menahan getirnya sakit bila waktu tu tiba setiap bulan. Awak, awak pandai bermain belati, menikam hati saya yang paling dalam. Seolah saya tak layak mempunyai faraj ini. Seolah dua  bionjolan didada ini perlu saya buang, kerana saya tak layak memilikinya.

Saya menutup aurat seboleh mungkin, kerana saya sedar saya perempuan, tapi perilaku saya, ini tetap diri saya, saya tak pandai menggedik macam perempuan lain. Saya tak pandai mekap dan shopping. Sama seperti saya terima awak yang tidak bersikap seperti lelaki-lelaki kasar yang telah melukai hati saya. Mereka yang melihat saya sebegai perempuan, kerana sifat kelekian mereka tahu membezakan.

Awak...saya tahu air mata saya tiada harganya pada awak.

Tuhan, kuatkan hati hamba mu ini. Berat dugaanmu, tapi aku tahu, kau ingin menjadi aku lebih tabah.

Tegang

"Maaf, kenapa perlu bawa adik angkat awak, kan akak dah ada?"

Aku tak sangka, soalan ini menjadi pencetus kemarahan lelaki yang cuba aku letak kasih dan cinta. Dia mengamuk dan mengatakan aku cemburu buta. Tapi aku sekadar bertanya, kerana adik angkat dia yang seorang ini memang sering dia bawa kemana-mana. Dan agak aneh bila katanya dia mahu beli rumah berhampiran dengan rumah adik angkat nya. Lalu, sms nya yang buat aku amat terkejut apabila..

"Kalau kerana ini nanti kita bercerai pun aku tak kisah"

Lelaki apa yang dah memikirkan cerai dan alasannya saat belum berlansung perkahwinan. Lalu aku cuba mengingatkan dia.

"awak, ini namanya cinta, kerana sampai sanggup awak bercerai dengan saya kerana budak ni, itu namanya cinta"

Lalu balasnya..
"Sayang aku pada budak ni seperti adik, malah lebih lagi dari saudara kandung, sayang aku suci tiada tentang nafsu, bukan kami menyundal"

Bodoh, lelaki ni dah terperangkap dengan cinta sejenis dan sedang buta membezakan.

Lalu adegan tuduh menuduh pun mula kembali, aku yang rapat dengan housemate aku dikatakan berskandal, demiu tuhan aku tak pernah meletakkan perempuan ini dihadapan perkawinan yang akan berlansung, aku dah berhenti dari apa yang pernah berlaku. Kenapa tuduhan ini tiudak pernah lekang dari mulut lelaki yang akan aku kahwini ini?

Aku: Bolehkah awak berjanji yang awak akan lebih pentingkan saya atau dia, ya atau tidak?
dia: jangan libatkan budak tu dia tak berdosa lah, kau yang tak mahu tinggalkan cara hidup kau yang soangsang tu kan, kau yang tergilakan housemate kau kan, cakap ajalah, jangan nak sembunyi dan hipokrit, jangan ingat aku bodoh.

Tuhan, lelaki ini telah melukakan aku lebih dari semua kelukaan yang pernah aku tanggung. Daalam semua yang menuduh aku lesbian, aku sekadar diam, dan lelaki ini tetap menuduh aku, walau berkali aku nyatakan aku bukan lesbian kerana aku dah berkali jatuh hati dengan lelaki juga dan aku dah bertaubat dari apa yang pernah aku lakukan.

Lalu aku khabarkan pada ibu dan abah yang lelaki ini meng sms aku yang dia tak kisah kalau bercerai nanti kerana budak ini. Aku tahu ibu dan abah sedih. Kata ibu dia akan hubungi mak lelaki ini petang ini.


Kalau aku tak dapat call off this wedding, bila kami kahwin..aku akan tak ragu meminta fasakh.

Khamis, 6 Oktober 2011

Andai..

Kalau kalian sahabat aku, keluarga aku, adakah kalian akan membenci aku kerana aku pernah menyintai wanita dan pernah melakukan hubungan intim dengan wanita? Adakah kalian membenci aku kerana aku terlibat dengan bdsm?

Aku dah berhenti dari semua itu. Aku dah bertaubat dengan tuhan, namun aku manusia, aku akan cuba pertahankan taubat aku.

Khamis, 29 September 2011

kisah cinta mee segera

Aku paanggil ini cinta mee segera kerana kisah ini yang paling indah, walau yang paling segera dan juga yang paling pilu.

Aku kenali dia awal bulan tahun ni, lama dah kami kenal, cuma tak berkesempatan nak jumpa. Dia kiranya jejaka paling kacak yang pernah aku berkawan. Dan dia juga dua alam seperti aku, pernah berkasih dengan sejenis, namun katanya dia cuma bercinta sekali dan dengan seorang sahaja, tidak pernah dia melakukan dengan bebas. Cuma kerana bdsm, dia ada juga buat one night stand. Kami berjumpa, dan terus rasa ada sesuatu antara kami. Namun sebelum kami buat keputusan untuk bertemu, dia ada menyatakan sesuatu yang menyentak hatiku, sebagai kawan saat itu, aku berduka untuk dia.

Kami dengan cepat menjadi amat rapat, dia selalu turun ke bandarku, dari tempatnya yang sejauh 6 jam. Dia baik, menyayangi aku hampir tak berpenghujung. Dan aku setiap kali berpisah, menjadi tak keruan, bila bertemu, seolah dunia ni hanya aku dan dia.

Tiga bulan..aku hampir buat keputusan untuk terima cinta dia dan berumah tangga, tapi..aku cuba fikir sewarasnya..

Dia penghidap ..penyakit yang ditakuti seluruh alam.

Akhirnya setelah satu pertemuan yang paling intim dan akrab, aku memberinya keputusan, yang kisah itu harus berhenti disitu. Dia terkejut, sedih, namun dia memahami. Beberapa malam, aku tidur dengan air mata. Buat pertama kali dalam hidup aku, aku dicintai lelaki..lebih dari aku menyintai.

Rabu, 28 September 2011

Dialah

Setiapkali kau rasa sukarnya hidup, Allah tahu.
Setiapkali kau rasa tiada siapa mendengarmu, Allah tahu.
Setiapkali tangismu mengiringi lena, Allah tahu.
Setiapkali kau memerlu petolongan tetapi kau dinafi, Allah tahu.
Setiapkali sepi menghimpit belulang jiwa, Allah tahu.
Setiapkali kau cuba membahagiakan dia namun kau ditepis,Allah tahu.
Setiapkali sekelilingmu amat dingin dan ia hampir membeku hatimu, Allah tahu.
Setiapkali jemari mu mula menyambut bisikan iblis, Allah tahu.

Dialah pengampun dosa penzina dan penghapus jiwa,
Dialah pemberi harapan buat insan asing dan terbuang,
Dialah yang memberi nafasmu,
Dialah yang meniupkan kasih,
Dialah yang memberi kelapangan,
Dialah yang mencipta dirimu dari cantuman benih kedua ibu bapamu,
Dialah yang memberi mu roh,
Dialah yang kau janji akan bertaat setia sebelum kau punya jasad,
Dialah yang akan kau temui saat roh itu kembali,
Dialah yang memberi wahyu pada kekasihnya lalu itulah mushaf yang kau baca,
Dialah yang mencipta,
Dialah Maha Pencipta walau sezarah debu,
Dialah yang maha mengetahui setiap keluh jiwamu..

Dialah yang lebih dekat dari urat lehermu.

Ahad, 18 September 2011

Terimalah takdir


okay, aku memutuskan untuk menulis tentang kehidupan seharian aku, kadang-kadang, daripada menulis emosi yang kadangkala amat gelap.

Semalam kenduri, seorang sepupu bertanya keadaan aku dan persiapan aku untuk majlis. Seperti biasa, aku berkerut dahi dan mencebik, dia ketawa. Pesan dia pada aku. Jika aku dah berusaha, berdoa dan bertawakal, terimalah..mungkin lelaki itu memang Allah takdir sebagai jodoh aku. Kata-kata itu seolah ais yang masuk dalam hati aku, memadamkan api yang menyala dan membakar.

Sehari dua ni juga, aku mula sedar, kebanyakan rakan dah pun berumahtangga dan tiada masa lagi untuk bersama aku. Yea, aku kena kembali semula pada diri aku yang aku dah hampir hilang, makan diluar seorang, dan menonton wayang seorang, buat kawan baru kalau boleh, bukan tiada, aku yang tidak mudah menghampiri dan dihampiri. Dan kebanyakannya, jenis tak keluar malam, sedangkan aku yang bekerja hingga lewat petang, malam saja lah aku keluar menonton.

Aku menjadi bertambah menyindiri, bermaik game di mukabuku dan juga bermain game di PC.

Sabtu, 17 September 2011

Tiada pula

(Demi malam apabila telah sunyi,Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada pula benci kepadamu, Dan sesungguhnya akhir itu (akhirat) lebih baik bagimu dari permulaan(dunia).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Ad Duhha: ayat 2 hingga 5)

Khamis, 15 September 2011

Inalillah

Hati kenapa merusuh sangat? Dua hari dia tak sms aku aku dah mula rasa tak kena, aku ternanti-nanti, tertunggu-tunggu, tuhan adakah kau letakkan sayang aku ni pada orang yang tak tahu hargai? Tolong ya tuhan, jangan lagi, aku tak sanggup nak hadapi, tak sanggup sangat, derita dah hati ni. Jangan disiksa lagi hati ini tuhan.

Hati, tolong jangan beri kasih ini pada dia, walau pun dia yang akan memiliki aku. Kerana kasih itu adalah racun, kerana kasih itu adalah harapan, kerana kasih itu amat pahit.

Tuhan, sudah lama tiada berita gembira buat aku ya tuhan. Aku dah lupa rasa gembira itu. Yang ada dihati ini adalah marah dan duka. Dan aku tertanya-tanya..sering, mengapa tidak kau halal kan insan mengambil nyawanya?

Okay, what the worst thing will happen if you commit suicide? Pedulikanlah yang tinggal didunia. Roh akan tidak diterima tanah dan langit, tergantung-gantung, jadi hantu. Seksa kubur lepas tak kena tu.. tapi diakhirat..akan diazab tanpa henti dengan cara kita ambil nyawa tadi.  Agak-agak tuhan nak pandang tak muka kita?

Inilah bila putus asa dah mula bersarang kat dada.

Rabu, 14 September 2011

Kota Eilat



Al-A'raf ayat 163, Allah menyebut tentang kota ini..

And ask them about the town that was by the sea - when they transgressed in [the matter of] the sabbath - when their fish came to them openly on their sabbath day, and the day they had no sabbath they did not come to them. Thus did We give them trial because they were defiantly disobedient.

Lalu aku Google tentang kota ni. Satu hari nanti aku nak menjelajah dunia..ketempat-tempat yang quran sebutkan..

Isnin, 12 September 2011

Apalah dunia

“Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja & tanpa menyesal.
Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina”

Harga topup dah naik sebabkan cukai. Kelam kabut juga lah rakyat marhaen. Dunia kapitalis semakin membelit, hutang terbeban maruah tergadai.

Sabtu, 10 September 2011

Do not abandon us



Aku hampir menitis air mata apabila sahaja ayat itu keluar. Terasa dekat dengan hati, filem dokumentari ini.

Rabu, 7 September 2011

Fitrah

Benarlah berumahtangga adalah satu cabaran yang maha hebat, antara hidup dan mati...


Namun ianya adalah fitrah.tetapkan hati, tabahkan diri..betulkan niat.

Ahad, 4 September 2011

hati, sila tenang

Ibu dah mula cakap pasal nak tempah baju nikah dan persandingan, aku cuba tenangkan hati. Tak mahu bertelingkah lagi dengan ibu. Pasal barang hantaranlah. Apa yang aku nak tak dipersetujui dan apa yang dia nak pula dipertikaikan. Lemas aku.

Dahlah, sisa resahnya dengan keputusan yang aku buat, masih lagi aku rasakan. Esok kami akan membalas kunjungan keluarga dia. Entah kenapa, bila aku melihat adik dan isterinya, aku rasa betapa...iri hatinya aku, orang lain nak berkahwin dengan rasa cinta dan tak sabar, tapi aku penuh dengan rasa takut dan kerisauan.

Selasa, 30 Ogos 2011

Dunia luar.

Lama dah aku tak menulis pasal dunia luar, asyik tulis pasal aku saja, tak berkembang otak. Aku kat McD, malam raya, dan mamat mana tah smoking belakang aku. Nak buat camner ni kawasan smoking area.

Ap nak aku tulis pasal dunia luar, bila paper pun aku dah lama tak baca, paling-paling pun pasal Steve Jobs letak jawatan pun aku dapat tahu dari blogger.

Tak lama lagi pilihanraya, aku tahu. Tapi hingga kini aku tak buat keputusan untuk mengundi atau tidak. Aku benci goverment, aku jugak benci pembangkang, bagi aku mereka semua skeadar politikus yang tamak kuasa.

Dunia amat perlukan pemimpin yang jujur. Jujur saja sudah cukup bagi aku. Kalau dia boleh pertahankan kejujuran tu sampai bila-bila, maknanya dai layak atas undian aku, namun setakat ni tiada.

Nik Aziz bukan kawasan aku pulak.

Ahad, 28 Ogos 2011

Ramadhan

Bila ramadhan..aku dan dia akan berdamai, kami akan saling tolak ansur, saling berbahagia dengan apa yang kami ada. Tapi bila bulan lain, pertengkaran perkara biasa, jadi asam garam kami.

Betul-betul syaitan punya pasal ke ni?

Ahad, 21 Ogos 2011

Tekad

Bila anda melakukan sesuatu yang menentang arus, anda harus berani dan kuat menghadapi ombak yang mampu menghangkis tembok. Namun kekuatan itu kadangkala dipupuk dari detik keputusan itu menjadi muktamad, tekad yang hanya anda sahaja yang percaya.

Selasa, 9 Ogos 2011

Kerana..



Aku nak cuba fasa kehidupan ini. Walaupun kadangkala aku menyalahkan keluargaku kerana seolah terus mendesak aku melansungkan perkahwinan, dan segala prasangka buruk aku pada dia kadangkala tidak bertepi, tapi aku sedar, matlamat aku sebenarnya kerana aku nak berada ditahap seterusnya, dan kalau boleh aku nak jadi seorang isteri yang baik.

Kalau selama ini aku dah puas berkongsi katil dengan perempuan, sudah puas membuatkan sarapan untuyk mereka, pergi dan ambil balik dari kuliah, makan bersama..aku nak usaha untuk sesuatu yang halal. Halal untuk aku sentuh kulitnya, dapat pahala apabila menyediakan makan untuknya, dan dapat rahmat tuhan apabila aku bersabar dengannya.

Mungkin ada yang bertanya kenapa dia, kenapa bukan lelaki lain yang 100% straight. Kawan, bukan aku tak pernah mencuba, bercinta dengan lelaki lain, tetapi akhirnya lelaki ini yang melamar. Dan kalau kami berkahwin, mungkin inilah jodoh dan inilah takdir.

Tak layakkah dia untuk punya teman hidup seorang wanita? Dan amat baguskah aku dengan segala noda-noda hitam aku?

Setiap manusia ada takdirnya, dan mungkin ini takdir aku, bukan aku tak usaha..sudah..berdoa pun sudah...cuma istikharah yang belum.

Ye, aku tahu blog ni sahih menangis bila aku menampalkan lagu siti nurhaliza, tapi lagu ni sepanjang aku memandu ke kerja semalam, terdetik dihati aku,lagu ni bagai menepati fikiran aku.

Kadangkala cinta bukan milik kita. Tapi kalau aku lakukan ini, moga ia kerana tuhan.Amin.

Khamis, 4 Ogos 2011

Lemah

Manusia bukan Sang Bestari
Membaca luka di hati
Madunya pahit, tidak berperi
Kerana mereka sepertimu, lemah mengerti

Mengadu…
Biar di dalam sunyi
Biar di laman sepi
Tiada suara kanan dan kiri
Namun datang bisikan rohani…

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu mendapat petunjuk (berada dalam kebenaran)” [Al-Baqarah 2: 186]

Dipetik dari Saifulislam.com

Rabu, 3 Ogos 2011

Perlu

Kenapa ramadhan ini hati aku lembut pada dia, aku mula nampak apa yang aku silap dan aku mula nampak perkara positif pada hubungan aku dan dia.

"Aku sedar aku tak sempurna, naluri aku pun belum tentu betul, dan kita mungkin tak sama macam orang lain, tapi aku nak perkahwinan nanti, aku jaga kau dan kau jaga aku, agar kita sama-sama tak lari dari landasan yang benar"

Itu kata-kata dia bila aku bertanya tentang apa niat dia melamar aku.

Ramai rakan bertanya kenapa aku belum pernah istikharah tentang ini. Sebenarnya, malu aku nak nyatakan, aku tak pernah istikaraha, kerana aku sering merasa, aku tak layak, jauh dilubuk hati aku, aku selalu merasakan aku tidak layak meminta pada tuhan, aku tak layak, kerna kotornya aku, dosa yang tak tahu terampun, dosa yang berulang-ulang dengan janji yang tak jemu ku mungkiri.

Selagi si dia ada disiini, sukar aku nak melenyapkan dosa ini.

"Its not sex" kata dia
"As metaphor it is sex, I use my finger to fuck you" Dia senyap.

Aku tahu dia sukar nak menelan, kerana dia tidak faham. Dan aku tak berupaya untuk memberi dia kefahaman. Sedang berzina dengan diri sendiri pun boleh berdosa apatah lagu melakukannya untuk orang lain.

"Buatlah istikarah, lebih-lebih lagi ramadhan ni"

Kata seorang sahabatku.

Ya, aku akan cuba, kerana aku tahu, sahabat nabi yang kehilangan capalnya pun terus istikaharah pada tuhan, apatah lagi aku yang sedang melalui sesuatu yang besar dalam hidup aku.

Kalau aku menjadi seorang isteri, walau sang suami tak menjalankan tanggungjawabnya, adakah aku tegar untuk menafikan hak dia sebagai seorang suami? Dan kalau aku sanggup bertahan hingga ke hari pernikahan, adakah aku tekad mengatakan 'ya' dihadapan kadi kelak? Nama baik keluarga, hati semua orang, sekarang berada ditangan aku.

Wahai insan yang berdosa, istikarahlah..

Sabtu, 30 Julai 2011

Kalau ini takdirnya

"Aku bukan macam kau, yang bercinta dan berhubungan dengan perempuan, aku bukan perempuan kau yang kau nak kongkong, dan sesungguhnya aku tiada hubungan songsang dengan mereka yang kau tuduh!"

Ya, ayat itu bagai tamparan buat aku. Silap aku, kerana sukar untuk percaya bahawa dia tiada apa0apa dengan mereka yang aku sangsikan. Benar, saat kami bertengkar melalui sms aku baru saja memungkiri janji ku sendiri, lagi dan lagi.

Dia menggoda aku lagi..dan aku tak mampu.

Lelaki, sang adam itu, tahu tentang hakikat diri aku, dan dia juga mengakui kemungkinan kecenderungan dia. Tapi berkali dia bersumpah, dia tidak pernah berani melunaskan nalurinya, kerana pada dia..katanya dia takut pada yang Esa.

Bukan aku tidak takut Yang Esa, cuma aku lemah dan aku tak dapat menikmati kegembiraan pada jalan yang lurus. Telah matikah jiwa ini? Telah rosakkah jiwa ini, entah, segalanya kuserah pada Yang Esa.

Setiap kali aku menonton filem di wayang atau tv, aku tertanya, apakah cinta dari seorang adam buat aku hanyalah kisah dongeng. Lantas kenapa aku mudah meraih cinta dan juga mudah jatuh cinta pada sang hawa. Gadis itu, wanita itu sering buat aku bahagia, sering buat aku rasa indahnya dunia. Tapi, apa yang kami lakukan adalah kemurkaan tuhan. Adam-adam yang buat aku bahagia pula sekadar seketika, sekadar memainkan perasaan atau mereka sekadar sebenarnya tiada hati dengan aku. Wanita-wanita itu pula mengharapkan setianya aku, dan itu aku gagal, kerana akan ada waktunya aku tahu, bahagia itu sekadar dosa yang bertapuk penuh didada.

Tuhan adakah kau takdirkan aku untuk hidup bersama dengan adam yang tiada rasa cinta buat aku, adakah kau takdirkan aku untuk bergelas isteri dan menderita? adakah kau takdir kan aku hidup dalam tidak kemurkaanmu tetapi tiada kegembiraan?

Jika itu takdirnya, berikan aku kekuatan, agar naluri liar ini tidak memberontak, agar aku tidak bergelar insan dan si curang.

Didik hati aku untuk dekat padamu..Ya Khaliq!

Selasa, 26 Julai 2011

Sebenarnya.

Kadangkala aku fikir, hidup ini untuk apa sebenarnya. Dan aku rasa bodoh kerna aku tahu jawapan itu. Hidup untuk tuhan, tapi kenapa aku sebagai manusia dilahirkan dengan pelbagai naluri yang membuat aku sukar untuk mengabdi diri pada tuhan. Dan aku tewas berjuat kali hinggakan aku merasakan semua kesukaran ini adalah hukuman dari tuhan.

Berkali aku merasa alangkah indah andai aku tidur tanpa perlu bangun pada esok hari.

Khamis, 21 Julai 2011

cinta manusia

Tuhan buktikan pada aku, cinta manusia amat hina berbanding dengan cinta kerna tuhan atau lebih agung lagi cinta akan tuhan. Carilah cinta walau ke hujung dunia..ia takkan seindah cinta pada tuhan atau bercinta kerana tuhan.

Bila aku menyintai dia, gadis yang tinggal serumah denganku 4 bulan lepas..hidup ni terasa indah je bila bersama...tidur sama..mandi sama...bangun sama..dan tah apa-apa lagi yang sama.

Tapi bila dah tak tinggal serumah, aku mula rasakan dia tiada bila aku perlukan...dan dunia aku bagaikan sepi...

Kemudian bila aku bertunang dan aku sedar aku dan dia tidak kuat rasa sayang, aku mula sedih dan bertanya apa yang aku dah lakukan pada hidup aku.

Dan harini aku sedar..cinta manusia...apalah adanya

Ahad, 17 Julai 2011

Dah perempuan tu..lemah juga

Dua hari lepas, aku terlibat dalam kemalangan jalan raya kecil. Kesilapan dipihak aku. Tapi kerasa masa tu aku panik dan diterjah oleh seseorang yang ala samseng jalan, aku agak trauma selepas kejadian.

Dan petang tu pula aku balik kerumah aku, yang tiada benda hidup. Ya, semua hamster dan arnab peliharaan telah ku beri orang.

AKu jadi lemah, sedih dan amat 'shaky'.

Makan meggi sambil menitis air mata, giler tak giler.

Rupanya itulah perasaan trauma, kau akan rasa sedih dan rasa tak berguna, dunia rasa zalim..dan kau rasa kau amat seorang. Masa tu kau rasa..kau tak mahu bangun dari tidur, dan kau rasa terlalu coward untuk hadapi dunia.

Dan kau rasa, kau amat sendiri.

Lelaki..kau tahu perempuan tu lemah, lalu kau gunakan kelemahan itu sebagai kesempatan. Pelindung apakah kau?

Isnin, 4 Julai 2011

Selamat ulang tahun, sayang

Lelaki tu nak raikan ulang tahun aku, tapi dalm keadaaan tak bersedia, semua perancangan dia tak menjadi. Aku senyap.

Kalau tuhan takdirkan aku berumahtanggan dengan adam ini, aku tahu tiada permaidani merah menanti aku, dan aku tahu tuhan ada perancangan dan sebabnya.

Pulang rumah, sekeping kek dan lilin menanti, teman tidur ku tersenyum manis, menyanyikan lagu "happy birthday" sekuatnya, gembira, serabut di pejabat rasa hilang dengan senyuman dia.

Kek hanya dari dia, yang sejak beberapa bulan ni berkongsi katil dengan aku.

Hati aku berkata, maafkan sang adam diluar sana. Dunia ini memang tiada kesempurnaan.

Jumaat, 24 Jun 2011

Janji

Harini, seorang lelaki yang pernah hancurkan hati aku dan membuat aku tak pernah percaya lagi pada sang adam bermatian mahu aku berjanji..

aku:susah saya nak janji benda ni
dia: Tolong, tolong janji yang awak akan beritahu tunang awak, yang awak nak dia jaga awak, tolong settlekan sebelum awak kawin, bagitahu dia awak kawin bukan just for convenience.
aku: susah.
dia: Saya tahu saya dah pernah hancurkan hidup awak, sampai awak tak percaya dengan cinta atau lelaki, sampai awak sanggup terus saja dengan keputusan keluarga awak, tapi tolonglah, saya taknak awak hancurkan hidup awak pula.
aku: agh..rasa nak sedih pulak.
dia: awak nak nangis..saya sanggup dengar, nangislah luahkan semua.
aku: no way, takde nye saya nak nangis.
dia: saya kenal awak.
aku: i have to go ..nak masuk kerja dah.
dia: promise cepat, now.
aku: takder pilihan lain ke..kena gak?
dia: yes, you have to promise.
aku: okaylah...promise...urgh.

Alhamdulillah..dalam hidup aku, ramai yang doakan aku dapat lalui hidup ni dengan kuat,terima kasih.

Sabtu, 18 Jun 2011

Maafkan aku

Semalam aku slow talk dengan teman setidur ku, dia kini dah pindah kerumah sewa, tapi selalu jugalah balik kerumah aku. Dan hari minggu yang lepas dia agak terkejut apabila aku menolak dengan baik untuk "bersama' dengan dia. Panjang juga kami berbual. Sangkanya kerana aku dah bertunang. Masa tu aku sekadar mengiyakan, kerana tiada alasan kukuh yang ada dlaam kepala aku.

Lalu semalam, bila aku mengajak dia kerumah aku, dia tanya lagi..

"You are in celibate vow, right?"

Aku mengiyakan tetapi aku rasa aku perlu betulkan pandangan dia.

"Yes, but I do this not because of him"
"But you do this for the sake of that marriage right?"
"Not really, i try to do this because of God, even if we not married, I still will try this"

Dia agak terkesima, senyap dan keliru.

"I know I can't promise this, you know I had tried this once, and at the end am the one who broke the promise, so what am gonna say..is am trying..its not a promise, why should i promise to God if I don't know whether I strong enough to keep this promise"

Pertama kali, aku melihat dia sedih, sedih kerana aku.

'Am confuse, with this emotion.."
"Please, don't my emotion towards you never change, only this part, only this particular part"
"yes, I know..its not that I want to be fuck desperately, but..am confuse"
"AM still who I am"

Kami cuba meleraikan apa yang ada difikiran, ada juga dalam fikiran aku, nak langgar je apa yang aku dah cuba usaha, tapi sebenarnya tuhan banyak tolong, nafsu aku seolah mati. Akhirnya dia membuat keputusan.

"Okay..to make this thing easier..if you don't want to do, don't do, but don't make me turn on, once you make me turn on, you have to finish it"

Aku senyum...

"yes I will try my best"

Sekarang dia saja yang rapat dengan aku, tapi kadangkala aku bertanya pada diri aku, sanggupkah aku lepaskan semuanya kerana Tuhan?..ah aku masih lemah.

Aku faham, dia sukar nak definisikan hubungan kami tanpa seks, dimana aku nampak diri aku boleh teruskan hubungan kami tanpa perkara itu. Salah aku, kerana asalnya gadis ini adalah straight, aku yang menjadikan dia songsang seperti aku.

Maafkan aku

Another one to go...(hai..yang ni lagi kes berat..)

Sabtu, 11 Jun 2011

Padamkan semuanya

Aku perlu berhenti menghubungi atau menerima panggila dari mereka yang berada didalam sisi gelap aku. Sekarang tinggal dua orang. Yang lain aku dah putuskan. Dan yang aku putuskan tu adalah yang amat rapat. Bagaimana nak aku katakan pada teman tidurku, yang kini dah pun pindah rumah sewa, tapi masih kerap datang kerumah ku. Dan ex aku masih kerap cuba hubungi aku, itu tak jadi masalah, boleh saja aku tidak menerima panggilannya.

three down..another two to go

Dan yang dua ni...aku memang minta sangat pertoilongan tuhan.

Lelaki itu pula makin baik denganku, cuba mengambil hati. Sedang aku tak tahu apa yang akan ada didepan mata.

"Mistreated..misunderstood.."

Itulah yang selalu berlaku dalam hidup aku. Kesilapan-kesilapan yang aku buat, sering terpaksa kubayar dengan harga yang amat mahal. Entah berapa ramai yang menyalahkan aku kerana hati mereka yang hancur, sedangkan..hati aku ni, entah apa yang tinggal.



Lagu ni ada dua versi, video, "F***in Perfect" kesudahan klip ni memaparkan sadisnya kehidupan, versi "Perfect" pula adalah sebaliknya, dan aku gemar versi pertama, yang amat sinonim dengan hidup aku.

Sabtu, 4 Jun 2011

Atheisme bukan pilihan

Entah kenapa akhir-akhirni aku terjebak dengan beberapa manusia atheis yang berhujah memang susah untuk kau sangkal bila ilmu debat mu amat dangkal. Aku juga punya teman akrab yang beragama Nasrani, dia kini paling rapat dengan ku, kami hampir berkongsi segala. Tapi bila sampai waktu kami berbual dan sampai ke bab ketuhanan, selalunya aku hanya tersenyum dan diam, satu, kerana tidak semua aku setuju, dua, aku bukannya pandai berhujah pada orang yang mungkin sukar untuk menerima kekalahan. Namun adakalanya dapat juga aku terangkan serba sedikit dan dia mula berkata..

"I think I was born as Islam, am just living with wrong family"

Yeah, bila aku bercerita tentang rasionalnya poligami dan juga bertudung.

Tapi, aku bukan contoh yang baik untuk dia, jadi apalah yang mampu aku lakukan.

Cuma, kadangkala telinga ku panas bila ada kawan-kawan lain yang di ID nya tertulis Islam tapi dengan selamba berkata "Happiness is my religion", dan mengutuk orang-orang bertudung yang bagi mereka hipokrit. bagi aku senang saja, mereka ada hak untuk menghirup alkohol sampai muntah kenapa kami tak boleh pula bertudung walau mungkin nampak salah dimata mereka.

"Bagi kamu agama kamu, dan bagi kami agama kami"

Cukup.

Yep, memang ramai orang yang berkata..kenapa pakai tudung bila kau tu buat juga benda-benda yang tah apa-apa tah. Bagi aku senang je, bila aku buat salah, aku tetap rasa bersalah kat tuhan, jadi apa-apa aku jawab dengan tuhan.

Tapi untuk bergembira dan bangga dengan dosa, belum lagi..dan aku amat minta agar aku tak sampai ke tahap tu. Bila tengok teman-teman hidup tanpa undang-undang agama masih bersisa perasaan benci, ada kawan yang dah mula belek-belek buku tentang Isa anak tuhan, dalam hati rasa nak marah, betapa mereka tak tahu yang mencari Islam bergadai harta dan nyawa, ini mereka pula menggadai Islam kerana kebahagiaan yang amat palsu. Tak salah belek buku tu, tapi buku yang patut belek, dah habis belek ke.

Tengok kawan-kawan..pergh..jadi Atheis ni memang bahagia dimata mereka. Boleh berzina tanpa rahsia, dengan sesiapa, walau suami atau isteri ada dirumah, boleh minum sampai terbaring depan pintu.

Cuma kahwin dan kematian saja baru beragama. Ye, mari kutuk aku, "kau ni nak cakap bab ni tapi kau tu berzina juga walaupun dengan perempuan" . Wak, tuhan tu tetap satu dan neraka syurga itu tetap wujud. Aku tetap ada hati nak bertaubat walaupun berkali aku mungkiri taubat aku, tapi aku nak mati sebagai orang yang cinta dan rindu pada Allah. Dan aku tak kata aku lebih baik dari mereka yang menolak Islam walau lahir sebagai Islam. Bagi aku tu semua ingatan buat aku, aku tak mahu sekapal dengan mereka.

Dan mungkin aku yang harus tanya diri aku, kenapa aku sekarang berada didalam lingkungan mereka.

Rabu, 1 Jun 2011

Hanya tuhan yang tahu

rasa berdebar kalah nak pergi mana2 temuduga. Tuhan,kau berilah kekuatan padaku untuk menghadapi setiap takdirMu. ya,aku kini tunangan orang.

Selasa, 24 Mei 2011

Hidup tentang warna



Bila aku tengok video ni, aku sedar betapa negatif nya hidup aku, aku selalu biarkan hidup aku bersembuyi dalam bayang-bayang aku sendiri. Dan aku seolah gemar dengan kedukaan yang aku cipta sendiri. Its suck okay. Aku nak buat sesuatu pada diri aku sendiri.

Sabtu ni aku akan bertunang, tapi hanya teman yang amat akrab saja tahu. Hei..bangun this should be one of happiest moment in your life..jangan sedih-sedih ok. Bila kau telah bertekad, yang tinggal hanya tawakal. Work on it. Do something. I mean..

Cheer up!

Khamis, 19 Mei 2011

Percaya pada takdir

Ya, itu perlu dilakukan. Percaya pada takdir dan bergerak terus menuju kedepan. Bila dah tekad, yang tinggal hanya tawakal.

Apa-apa pun, ini adalah kehidupan, dan aku telah jerih dengan kehidupan ini, banyak telah aku lalui, dan aku banyak belajar terima diri sendiri.

Ada teman bertanya,bagaimana aku nak hidup dengan seseorang yang bukan aku cintai. Masalahnya sekarang ni kalau aku kata aku mencintai seorang perempuan dan aku tak boleh kahwini beliau dan beliau juga tidak percaya pada aku kerana aku berseutju dengan keputusan mengahwini seorang lelaki, bagaimana?

Ada orang kata juga, kalau tidak tahu apa yang aku mahu, jangan ambil semua yang didepan mata. Dah, aku dah buat keputusan ni, dan tiada apa yang mampu buat aku goyah, kecualilah kalau aku ada HIV ..lol. Tak mustahil juga tu. Sebab insan terakhir yang agak intim dengan aku adalah pengidap HIV positif. Kerana sayang dan kasihan, aku mendampingi dia. Tapi aku cuba mengelak apa yang perlu.

Dan apabila kami berhenti berhubung, aku jadi cuak..walaupun tiada hubungan seks, tetapi kami amat intim. Kemudian aku sedar, cukuplah..cukuplah. Jadi semalam, aku beritahu dia, kerana cinta yang dalam, aku tak boleh lagi bertemu dengan dia. Ya, dia memegang cinta aku yang terakhir.

Tiga bulan lagi aku akan jalani ujian darah untuk kesan HIV, ya, untuk perkahwinan ini dan juga untuk mengesahkan aku bersih dari virus ini.

Dan aku juga sedang belajar mengawal nafsu, jangan terlalu mengikut kehendak. Bolehkah rumahtangga aku berjalan lancar kalau nafsu dan cinta aku sebenarnya lebih mudah pada perempuan?

Ahh..bila telah tekad, yang tinggal hanya tawakal.

Sabtu, 14 Mei 2011

Kalau ada belati..

Aku perlukan kekuatan, aku perlukan seseorang yang kuat untuk mendengar apa yang aku perlukan, apa yang aku lalui. Tapi aku yakin tiada siapa yang mampu berkongsi bahu dengan aku. Kesedihan aku, kedukaan aku..

Damn, blog ni jadi juga blog minta simpati.

Jahanam!

Selasa, 19 April 2011

Segalanya..

"Along tak tahu apa yang berlaku..tak apalah biar saya simpan seorang"

Along mendesakku bercerita, tapi aku bual topik lain.

Its hurt when you no longer can share your life with others, not because you don't have someone, but you know its will be too much for them to share the pain.

Ditahap ini, aku benar-benar dah tak dapat fikir tentang cinta lagi.  Hati aku dah bukan untuk sesiapa. Tapi apa yang aku lakukan adalah untuk orang lain. Untuk keluarga, untuk masyarakat.

I just want a sense of belonging, and life make me as a jokes.

Disini aku bentangkan, kenapa aku tetap tak mahu membatalkan perkahwinan yang dirancang itu.

Pertama, kerana aku sedar betapa keluarga amat ingin aku berkahwin, dan aku tidak kuat untuk melawan. Adik dah mula mengesyaki hubungan aku dan teman setidur aku. Aku tahu dia nak aku berhenti, demi tuhan, aku pun nak hentikan kalau aku mampu. Tapi setiap ujian yang datang, aku tak mampu untuk mengatakan tidak.

Kedua, walaupun lelaki ini sejujurnya mengaku padaku dia tidak pernah mempunyai keinginan seksual pada perempuan, namun sekurang-kurangnya dia tidak pernah melunaskan nafsunya pada lelaki. Dia lebih baik dari aku, yang telah berkali berzina dengan perempuan.

Ketiga aku dah bosan dengan kehidupan yang banyak menjuruskan aku pada benda-benda yang amat gelap, aku dah bosan pada semua perkara datang dan meranapkan hati dan iman yang hanya tinggal shahadah ini, shahadah dimulut. Dihati entah aku sendiri mungkin meraguinya.

Aku tahu kalau sekarang jantung aku berharap pada life support, aku memang takkan perjuangkan walau untuk sesaat lagi.

Segala yang datang meminta aku membuat keputusan yang amat menyakitkan, dan yang datang itu andai aku tidak letakkan keputusan, ianya akan menghancurkan aku.

Tuhan bunuh saja aku.

Isnin, 18 April 2011

kehidupan

"Han, kenapa Han, kenapa mesti you perjudikan life you macamni, kenapa you mesti terima dia walau you tak menyintai dia?"

Aku hanya menjawab dengan gelak tawaku, dan dia agak geram disana.

Jika aku perjudikan nasib aku,. bermakna aku sedang melakukan yang haram kan? Ah, dalam hidup ni banyak benda haram aku dah buat, jadi memang layak aku dapat nasib sebegini.

"Kau curang, tahu tyak, kau curang, mamat tu dah nak kahwin dengan kau, kau masih nak flirt sana-sini. kenapa kau ni?"

Sekali lagi aku ketawa, bila kawan sepejabat aku yang mengenali mamat tu berkata demikian pada aku. Apa ada pada cinta, apa ada pada setia?

Aku pernah sayang dan cinta pada seseorang, tapi aku kecewa dalam sekelip mata. Dan aku menangis kerana seseorang ini sehingga hampir segala isi perut ku mahu keluar, jijik kan, jijik mendengar, tapi itu realiti. Aku tak pernah menangis sebegitu hebat, tapi itulah yang terjadi, apabila seorang adam menjanjikan harapan pada aku, adam itu membuatkan aku tekad untuk berhenti dari menyintai mana-mana gadis.

Dan apabila datang sekali pula seorang lelaki yang amat menyintai aku, dan hati aku dah menjadi kaku, aku biarkan saja, namun aku sambut kata-kata cinta, kerana aku juga boleh merasa cinta. Tapi dalam masa yang sama, aku berzina dengan perempuan.

Dan dalam masa yang sama juga, pihak keluarga telah pun mula merancang, menerima lelaki itu, lelaki yang pernah menjadi sahabat karibku selama hampir separuh dekad. Lelaki yang memberitahu aku sejujurnya..dia sebenarnya tiada perasaan dan nafsu pada perempuan.

Tuhan,
Aku tahu aku ini insan derhaka
Aku tahu aku ini manusia laknat
Aku tahu aku ini jalang
Aku tahu tuhan.
Kerana aku tahu itu, lantas aku memilih derita.
Lantas aku menolak cinta,
Lantas aku menipu dan menidakkan diri aku.
Aku ini insan pemusnah hati dan kebahagiaan,
Aku ini hanya debu yang bertaburan,
Aku ini hanya paku sial yang membawa malang dijalanan,

Tapi hati aku merintih.
Aku dah penat tuhan,
Aku dah jerih,
Aku dah lali dengan tewas dan putus asa,

Bakar saja roh ku dan buang ke laut,
Cincang saja tubuhku dan berikan pada anjing yang mengongong,
Aku ini celaka.

Tuhan, bilakah putus asa ini ada penghujungnya?

Isnin, 28 Februari 2011

Keputusan hidup

Dalam hidup aku, aku tak gemar betul buat keputusan. Dan kali ni aku kena buat keputusan yang menentukan hidup aku sendiri, tertekan.

Sabtu, 19 Februari 2011

Akan datang

Haritu aku berjalan dibelakang sebuah bangunan. Ada beberapa budak sekolah menengah berhampiran duduk melepak. Aku pakir kereta cantik je depan budak-budak tu. Dua orang budak lelaki bising-bising main kejar-kejar, tiga budak perempuan gelak-gelak. Lingkungan budak-budak tu dalam tingkatan 3 rasanya. Salah seorang budak perempuan tu marah pada budak-budak lelaki tu yang bergurau tak tentu pasal. Dan jawapan budak lelaki tu buat aku terkejut beruk.

"Kau jangan nak tegur-tegur aku, jangan kau bising-bising, nanti esok lusa kau menangis bila mak engkau mengandung sebab aku rogol"

Damn..terkejut saraf-saraf aku.

Ahad, 30 Januari 2011

Sukarnya..

Susahnya nak berhenti bermaksiat. Ya, jika ada sesiapa yang singgah disini membaca, ye aku telah melakukannya, antara dosa besar itu. Sukarnya, sukarnya. Sungguh aku tidak bangga. Tapi bila hat ini kosong, sukar benar kau nak pertahankan diri kau sendiri..

Bila dia pergi, aku akan berhenti,kuat kah aku? Tuhan, aku nak berhenti lakukan ini. Tahu, aku tahu andai aku minta kau yang hentikan, takdir mu amat gerun aku hadapinya. Namun, aku tak kuat, dengar saja suaranya, aku dah lemah, aku dah goyah, puas aku menepis didalam hati, namun bila pujukan dan rayuan itu berlaku, aku kalah juga. Aku kalah juga.

Dia takkan faham. Dan aku tidak mampu untuk memahamkan.

Benarlah mereka yang menegakkan suruhan tuhan walau dibenci manusia, akan diberi keredhaan tuhan, kerna tuhan tahu ianya bukan mudah, dan tuhan juga berkata, andai sesiapa mencari kegermbiraan manusia dengan kemurkaan tuhan..pergilah dia pada manusia itu. Tuhan..kasihani aku.

Harini, aku tengok filem "Khurafat", babak yang paling menyentuh aku, adalah babak Johan pulang kerumah dan dia melihat dia adalah jenazah yang akan dikebumikan. Tuhan, benar, aku tidak tahu bila aku akan pergi menemui Mu, tuhan.

Rabu, 26 Januari 2011

Cinta itu tak semestinya suci

Kata adik aku kadangkala tuhan memang nak kita sakit atau terasa derita supaya kita dambakan syurga tuhan. Tapi ada jugak kata kawan aku benda sedap susah nak tinggal, walaupun benda tu akan bawa kita derita. Derita sebab ia tak kekal.

Kau mesti pernah sengsara, cinta amat sangat, tengok makanan teringat dia, tengok rumah, tengok sofa, tengok tv teringat dia, tengok senyum orang lain kau teringat dia, tapi sayang, kau dan dia tak boleh bersatu, walau cara apa pun, dia takkan dapat kau kejar secara halal.

Walau cinta itu suci.

Sakit, kan. Sakit sangat. Macam bercinta dari alam lain, macam bercinta dengan orang dari masa depan, macam filem-filem sains fiksyen dulu-dulu. Tapi ni, kalian dari alam yang sama, cuma, fitrah tak mengizinkan. Marah dan rasa nak memberontak memang ada, rasa nak pecahkan kereta, rasa nak pecahkan rumah semua ada. Tapi apa yang dapat, tangan yang luka dan hati yang semakin berdarah.

Sebab kita lupa, kita hamba. Tuhan dah kata, itu haram, kau buat juga, tuhan dah kata jangan, nabi pun dah palingkan muka, tapi kau tetap nak rasa, kau tetap nak tempuh, dan akhirnya bila tahu ia takkan bawa kemana, kau jadi marah hingga rasanya boleh nak gegar langit.

Tapi nak membunuh rasa cinta ni bukan mudah, sebab tu bunuh diri ni wujud. Bunuh cinta itu. Tuhan, bantu aku untuk bunuh cinta ini. Aku tak mahu buat keputusan pada sesuatu yang membelakangkan Mu.

Sabtu, 15 Januari 2011

Bila Dia menegur


Tuhan kalau nak tegur hanya dengan 'Kun-fayakun' saja, maka akan kau rasalah bahananya, akan kau rasa lah sekelumit azab dari Allah. Kalau kau sedar, maka termasuklah kau dikalangan orang yang beruntung, namun kalau kau masih ingkar dan derhaka, maka, tunggulah 'teguran' Allah yang lain.

Lantas bila diberi ujian sedikit, itu tandanya Allah masih amat sayangkan kau. Tapi benar, bukan mudah nak redha, kerana balasan Allah tu memang boleh memberi kejutan yang amat buat hambanya kadangkala. Pernahkah kalian bersedia untuk satu kemalangan, pernahkah kamu bersedia waima untuk terlanggar pokok dan bengkak di dahi?

Berat..amat berat kadangkala teguran Allah tu, kadangkala dia menduga, kadangkala dia sedang mengkisas. Tuhan, moga kau berlembut pada hambamu yang bodoh ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...