Halaman


Sabtu, 4 Jun 2011

Atheisme bukan pilihan

Entah kenapa akhir-akhirni aku terjebak dengan beberapa manusia atheis yang berhujah memang susah untuk kau sangkal bila ilmu debat mu amat dangkal. Aku juga punya teman akrab yang beragama Nasrani, dia kini paling rapat dengan ku, kami hampir berkongsi segala. Tapi bila sampai waktu kami berbual dan sampai ke bab ketuhanan, selalunya aku hanya tersenyum dan diam, satu, kerana tidak semua aku setuju, dua, aku bukannya pandai berhujah pada orang yang mungkin sukar untuk menerima kekalahan. Namun adakalanya dapat juga aku terangkan serba sedikit dan dia mula berkata..

"I think I was born as Islam, am just living with wrong family"

Yeah, bila aku bercerita tentang rasionalnya poligami dan juga bertudung.

Tapi, aku bukan contoh yang baik untuk dia, jadi apalah yang mampu aku lakukan.

Cuma, kadangkala telinga ku panas bila ada kawan-kawan lain yang di ID nya tertulis Islam tapi dengan selamba berkata "Happiness is my religion", dan mengutuk orang-orang bertudung yang bagi mereka hipokrit. bagi aku senang saja, mereka ada hak untuk menghirup alkohol sampai muntah kenapa kami tak boleh pula bertudung walau mungkin nampak salah dimata mereka.

"Bagi kamu agama kamu, dan bagi kami agama kami"

Cukup.

Yep, memang ramai orang yang berkata..kenapa pakai tudung bila kau tu buat juga benda-benda yang tah apa-apa tah. Bagi aku senang je, bila aku buat salah, aku tetap rasa bersalah kat tuhan, jadi apa-apa aku jawab dengan tuhan.

Tapi untuk bergembira dan bangga dengan dosa, belum lagi..dan aku amat minta agar aku tak sampai ke tahap tu. Bila tengok teman-teman hidup tanpa undang-undang agama masih bersisa perasaan benci, ada kawan yang dah mula belek-belek buku tentang Isa anak tuhan, dalam hati rasa nak marah, betapa mereka tak tahu yang mencari Islam bergadai harta dan nyawa, ini mereka pula menggadai Islam kerana kebahagiaan yang amat palsu. Tak salah belek buku tu, tapi buku yang patut belek, dah habis belek ke.

Tengok kawan-kawan..pergh..jadi Atheis ni memang bahagia dimata mereka. Boleh berzina tanpa rahsia, dengan sesiapa, walau suami atau isteri ada dirumah, boleh minum sampai terbaring depan pintu.

Cuma kahwin dan kematian saja baru beragama. Ye, mari kutuk aku, "kau ni nak cakap bab ni tapi kau tu berzina juga walaupun dengan perempuan" . Wak, tuhan tu tetap satu dan neraka syurga itu tetap wujud. Aku tetap ada hati nak bertaubat walaupun berkali aku mungkiri taubat aku, tapi aku nak mati sebagai orang yang cinta dan rindu pada Allah. Dan aku tak kata aku lebih baik dari mereka yang menolak Islam walau lahir sebagai Islam. Bagi aku tu semua ingatan buat aku, aku tak mahu sekapal dengan mereka.

Dan mungkin aku yang harus tanya diri aku, kenapa aku sekarang berada didalam lingkungan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...