Halaman

Sabtu, 30 Julai 2011

Kalau ini takdirnya

"Aku bukan macam kau, yang bercinta dan berhubungan dengan perempuan, aku bukan perempuan kau yang kau nak kongkong, dan sesungguhnya aku tiada hubungan songsang dengan mereka yang kau tuduh!"

Ya, ayat itu bagai tamparan buat aku. Silap aku, kerana sukar untuk percaya bahawa dia tiada apa0apa dengan mereka yang aku sangsikan. Benar, saat kami bertengkar melalui sms aku baru saja memungkiri janji ku sendiri, lagi dan lagi.

Dia menggoda aku lagi..dan aku tak mampu.

Lelaki, sang adam itu, tahu tentang hakikat diri aku, dan dia juga mengakui kemungkinan kecenderungan dia. Tapi berkali dia bersumpah, dia tidak pernah berani melunaskan nalurinya, kerana pada dia..katanya dia takut pada yang Esa.

Bukan aku tidak takut Yang Esa, cuma aku lemah dan aku tak dapat menikmati kegembiraan pada jalan yang lurus. Telah matikah jiwa ini? Telah rosakkah jiwa ini, entah, segalanya kuserah pada Yang Esa.

Setiap kali aku menonton filem di wayang atau tv, aku tertanya, apakah cinta dari seorang adam buat aku hanyalah kisah dongeng. Lantas kenapa aku mudah meraih cinta dan juga mudah jatuh cinta pada sang hawa. Gadis itu, wanita itu sering buat aku bahagia, sering buat aku rasa indahnya dunia. Tapi, apa yang kami lakukan adalah kemurkaan tuhan. Adam-adam yang buat aku bahagia pula sekadar seketika, sekadar memainkan perasaan atau mereka sekadar sebenarnya tiada hati dengan aku. Wanita-wanita itu pula mengharapkan setianya aku, dan itu aku gagal, kerana akan ada waktunya aku tahu, bahagia itu sekadar dosa yang bertapuk penuh didada.

Tuhan adakah kau takdirkan aku untuk hidup bersama dengan adam yang tiada rasa cinta buat aku, adakah kau takdirkan aku untuk bergelas isteri dan menderita? adakah kau takdir kan aku hidup dalam tidak kemurkaanmu tetapi tiada kegembiraan?

Jika itu takdirnya, berikan aku kekuatan, agar naluri liar ini tidak memberontak, agar aku tidak bergelar insan dan si curang.

Didik hati aku untuk dekat padamu..Ya Khaliq!

Selasa, 26 Julai 2011

Sebenarnya.

Kadangkala aku fikir, hidup ini untuk apa sebenarnya. Dan aku rasa bodoh kerna aku tahu jawapan itu. Hidup untuk tuhan, tapi kenapa aku sebagai manusia dilahirkan dengan pelbagai naluri yang membuat aku sukar untuk mengabdi diri pada tuhan. Dan aku tewas berjuat kali hinggakan aku merasakan semua kesukaran ini adalah hukuman dari tuhan.

Berkali aku merasa alangkah indah andai aku tidur tanpa perlu bangun pada esok hari.

Khamis, 21 Julai 2011

cinta manusia

Tuhan buktikan pada aku, cinta manusia amat hina berbanding dengan cinta kerna tuhan atau lebih agung lagi cinta akan tuhan. Carilah cinta walau ke hujung dunia..ia takkan seindah cinta pada tuhan atau bercinta kerana tuhan.

Bila aku menyintai dia, gadis yang tinggal serumah denganku 4 bulan lepas..hidup ni terasa indah je bila bersama...tidur sama..mandi sama...bangun sama..dan tah apa-apa lagi yang sama.

Tapi bila dah tak tinggal serumah, aku mula rasakan dia tiada bila aku perlukan...dan dunia aku bagaikan sepi...

Kemudian bila aku bertunang dan aku sedar aku dan dia tidak kuat rasa sayang, aku mula sedih dan bertanya apa yang aku dah lakukan pada hidup aku.

Dan harini aku sedar..cinta manusia...apalah adanya

Ahad, 17 Julai 2011

Dah perempuan tu..lemah juga

Dua hari lepas, aku terlibat dalam kemalangan jalan raya kecil. Kesilapan dipihak aku. Tapi kerasa masa tu aku panik dan diterjah oleh seseorang yang ala samseng jalan, aku agak trauma selepas kejadian.

Dan petang tu pula aku balik kerumah aku, yang tiada benda hidup. Ya, semua hamster dan arnab peliharaan telah ku beri orang.

AKu jadi lemah, sedih dan amat 'shaky'.

Makan meggi sambil menitis air mata, giler tak giler.

Rupanya itulah perasaan trauma, kau akan rasa sedih dan rasa tak berguna, dunia rasa zalim..dan kau rasa kau amat seorang. Masa tu kau rasa..kau tak mahu bangun dari tidur, dan kau rasa terlalu coward untuk hadapi dunia.

Dan kau rasa, kau amat sendiri.

Lelaki..kau tahu perempuan tu lemah, lalu kau gunakan kelemahan itu sebagai kesempatan. Pelindung apakah kau?

Isnin, 4 Julai 2011

Selamat ulang tahun, sayang

Lelaki tu nak raikan ulang tahun aku, tapi dalm keadaaan tak bersedia, semua perancangan dia tak menjadi. Aku senyap.

Kalau tuhan takdirkan aku berumahtanggan dengan adam ini, aku tahu tiada permaidani merah menanti aku, dan aku tahu tuhan ada perancangan dan sebabnya.

Pulang rumah, sekeping kek dan lilin menanti, teman tidur ku tersenyum manis, menyanyikan lagu "happy birthday" sekuatnya, gembira, serabut di pejabat rasa hilang dengan senyuman dia.

Kek hanya dari dia, yang sejak beberapa bulan ni berkongsi katil dengan aku.

Hati aku berkata, maafkan sang adam diluar sana. Dunia ini memang tiada kesempurnaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...