Halaman

Isnin, 28 Mei 2012

LGBT tak salah, tak dosa.

Minggu ni aku asyik keluar dengan Sya, benar kata Deanna, akhirnya aku akan tak boleh elak keluar bersama Sya. Ya, aku nak elak, sebab aku sedar aku ada hati pada dia, dan bila aku dengar dia keluar dengan orang lain, aku selalu mudah berang.

Tapi aku fikir balik, aku boleh elak benda ni, nafsu tu boleh kawal, selagi aku tak menyentuh dia dengan niat nafsu, apa salahnya aku kawan dengan dia, kami muhrim pun. Dan dia pun aku tahu hati pada orang lain, jadi selamat.

Sya bagi tahu aku, salah seorang rakan kami rupanya bersuami. Okay, ayat agak janggal. Aku ternganga juga mendengar. Di FB senget, kawan ni gembira sangat dapat baby, tunjuk gambar baby, mati-mati aku ingat anak angkat, sebab kawan ni ada partner, dan mereka pasangan terhangat di FB. Sekali bila Sya sebut anak lelaki itu adalah anak kawan tu sendiri, aku ternganga, dapat mana sperma? Wakaka. Rupanya dia isteri bagi seorang lelaki. Dan itu bukan anak pertama dia, anak ketiga. Apa neraka ni? (what the hell)lol. Ini kes curang ni. Kalau kau perempuan, suami kau ada pasangan lelaki lain...ap[a perasaaan kau?

Benar, aku bukan baik sangat, masa dengan si kurus dulu aku hampir juga curang, tapi disebabkan aku sedar perkara ni, kerana itu aku minta pisah. Si kurus tak dapat menyintai aku, tak dapat jalankan tanggungjawab dia, jadi kemungkinan untuk aku curang adalah amat tinggi, walaupun aku tak nak dan amat sedar dosanya, tapi aku juga bukan malaikat. Sekali aku curang pada sikurus entah berapa lama aku nak makan rasa bersalah aku.

Ada orang pernah cadangkan aku, takyahlah berpisah, buat je hal aku. Tidak, aku ni dah lah dosa banyak beb, sembahyang pun kekadang sehari ada juga tak cukup, dengan mak ayah pun bukan solehah sangat, nak tambah dosa ni lagi, mati aku nak jawab kat tuhan macamna? dahlah jadi anak belum tentu tak derhaka, kau nak tambah jadi isteri derhaka? walaupun sikurus tak dapat jalankan tanggungjawab dia, tu dosa dia dengan tuhan, ni kes derhaka aku tuhan tetap failkan, tiada alasan. Dahla aku ni biseksual, nanti bukan sahaja curang dengan perempuan, dengan lelaki pun belum tentu aku malaikat.

Pendapat aku, kau dilahirkan sebagai lesbian ke, gay ke biseksual ke apa ke, tak salah selagi kau tak turut nafsu. Kau ingat orang gay lesbian ni saja-saja nak bernafsu dengan dengan kaum sejenis? Nafsu tu macam nafas, ia datang bila-bila masa, kawal dengan tak kawal je. Macam orang normal bernafsu dengan perepmpuan atau lelaki, macam tu juga kami. Kadang-kadang rasa nak hempas kepala kat dinding, apsallah, aku ni perempuan tapi kalau tengok perempuan mula lah terbayang benda yang boleh tembus baju yang dipakai. Nampak perempuan pakai skirt, aku dah terbayang apa nak buat. Itulah nafsu. Jadi nak taknak kena kawal sajalah.

Pernah aku tanya pendapat orang, kalau setakat berkucupan, salah ke? Kalau cioum french kiss tu, salah ke, mungkin kat situ ada sikit salah sebab kau turutkan nafsu, tapi yang menentukan kau confirm dosa, ialah bila kau mula membuka aurat pasangan mu, selak skirt, buka butang baju dia, tarik baju dia, buka celana dia..dan seterusnya la, kang aku cerita lebih, aku pula yang panas....hahaha..ni pun dah terbayang. Dem..ketuk kepala sikit.

Tapi, satu je, jangan banggalah dengan dosa. Kalau kau dah berdosa. Memang kita semua pendosa, dan bila kau berzina sesama jenis, jangan lah kecoh. Perogol pun kalau boleh taknak mengaku dia perogol di mahkamah.

Khamis, 24 Mei 2012

Pilihan itu bukan hak aku

Aku pernah berkata pada sahabat, hidup ini adalah tentang pilihan yang kita pilih. Tapi sebentar tadi, dialog antara aku dan Dianne, nampak sangat kadangkala pilihan terbaik adalah tidak memilih apa-apa.

Ya, aku ada rasa sayang pada Sya. Tapi apa yang mampu aku buat? Bila Sya dah mula kembali balik pada bekas kekasihnya. Kata Dianne, aku harus memilih samada untuk mengejar atau tidak.

Aku tahu, aku boleh kejar Sya kalau aku nak. Perempuan, nak perlindungan dan kasih sayang. Amat mudah untuk aku tawarkan, aku tahu, kalau aku letak sedikit usaha, Sya boleh jatuh ke tangan aku.

Tapi, kata aku pada Dianne..

"I dont want this kind of relation, if I chase her, I will commit to her, and she will blame me if I leave her"
"Then, what? You dont want to be lesbian? then you want to be straight?"
"I just want nothing"
"We are human, we need something, you must want something"
"Yea, I only want someone belong to me"


 Dianne diam, dan kemudian mengatur bicara, tentang adakah aku akan berubah..sanggupkah aku berubah untuk seorang lelaki andai aku tidak mahu menjadi lesbian.

"No, I want nothing"

Dianne, banyak senyap.

"You sound bitter"

Aku ketawa.

"My life is bitter"

Kemudian dia bercerita tentang hidup dia yang berbagai derita jua, dan insan lain. Aku sekadar senyap.

"Do, something, anything as long as you happy" dia cuba memujuk aku.
"I will do anything as long as am not sad"

Ya, aku dah cukup. Cukup mencuba segalanya. Aku bukan perempuan yang tahu mengejar cinta lelaki, dan aku tidak mahu menyintai dan melunaskan nafsu pada kaum sejenisku.

Aku tiada pilihan, aku tahu aku bukan perempuan idaman lelaki, dan aku juga tidak boleh memilih untuk berzina setiap malam dan siang melunaskan nafsu bersama kaum sejenisku.

Aku, manusia sendiri, yang harus sendiri.

Sabtu, 19 Mei 2012

Lelaki, gay dan ego

Semalam aku keluar ke panggung dengan Arif, sebenarnya aku dah berjanji pada diri aku untuk tidak keluar dengan Arif, akibat bengang dengan Sya yang membatalkan plan saat akhir, aku terima ajak Arif.

Kenapa aku cuba berenggang dengan Arif?

Arif kenalan lelaki ditempat kerja, memang agak rapat. Dia tahu bagaimana gembiranya aku saat sikurus melamar ku buat kali kedua, dia tahu pergolakan antara aku dan sikurus sewaktu kami bertunang, dan dia lelaki pertama yang aku tanya apabila aku kehairanan kerana sikurus seolah membenci aku saat minggu pertama kami hidup sama.

Arif, takh berkahwin, katanya dia hidup bahagia cuma 2 tahun, kemudiaannya kerana orang ketiga, dia kini tiada hati lagi dengan isterinya, duduk serumah tapi hidup lain-lain, dia mengaku pada aku dia tiada hati pada isterinya lagi, pandang pun tidak, bila isteri cuba berbual atau bergurau, dia rasa jelik. Dia sering tiada dirumah. Dan benda ni berlansung lebih dari dua tahun. Maksud kalau isterinya nak taklik akibat ketiadaan nafkah batin, dah memang boleh.

Sejak akhir-akhir ni, aku rasa bersalah keluar dengan Arif, aku ambil masa dia dengan isterinya. Dia menyuarakan hasrat nak bercerai sejak tahun lepas lagi, tapi dia nak aku teman dia ke jabatan agama islam, geram aku, takkan aku nak ambil cuti kerana kes rumah tangga orang. Ya, aku selalu gelar dia ni 'jantan tiada testikel' dalam hati, apabila dia nak aku teman dia kemana-mana. Dahla handsome, smart..jambu tu. Cuma dia bukan lembut. Aku tak kisahlah kalau dia gay, tapi berhentilah menganiaya.

Dan, minggu lepas aku dapat tahu, seorang sahabat baik ku, gay. okay, aku namakan dia..Jebon. HAHA. Aku ni, entahlah, member lelaki yang rapat dengan aku semua ada potensi gay..sampaikan kahwin pun dengan yang potensi tu. Silap aku kot, naluri aku tidak begitu perempuan.

Jebon, adalah sahabat aku, kami pernah bergaduh teruk kata mengata di dalam blog dan FB, tapi akhirnya berbaik semula, dia banyak tenangkan aku disaat-saat aku paling jatuh. Kami pernah berangan nak kahwin, disebalik-sebalik sindiran dan gurauan maut. Dia dominan, aku pernah menangis 4 tahun lepas apabila menjumpai profilenya didalam Manjam.com masa tu aku ada hati pada dia, dan dia juga amat menyayangi aku sebagai sahabat. Yea, lelaki..pandaikan memainkan kata, perempuan bula bodoh asyik kena makan je. Masa aku jumpa dia, dia dahpun bertunang, dan kemudiannya berkahwin, perkahwinannya hanya kekal 2 tahun, tahun kedua tu dia turun naik mahkmah dah.Dia amat sukar nak ditafsir, jujur ke, baik ke niatnya. Kadangkala dia seolah sahabat yang paling baik, tapi ada waktu sindirannya amat tajam. Dia selalu cuba menepis anggapan orang yang dia adalah gay.

Bagi aku, its not wrong to born as a homosexual, what make its wrong when you lie to the world and make it as disaster to others.

Minggu lepas, aku berpeluang berbual online dengan salah seorang teman lelakinya, dan dapat maklumat, yea..pasti Jebon adalah gay. Yang aku geram kenapa dia pernah nyata hasrat nak berkahwin dengan aku? Tak apalah, sekarang, aku sekadar menjawab sms dan panggilannya bila perlu, aku tak mahu ambil risiko, sekali lagi.

Apa yang aku pelajari dan paling peritnya pengajaran yang aku terima dari sikurus, aku belajar apa itu ego lelaki. Kerana ego, Jebon menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami sewaktu dia bergelar suami, kerana ego, Arif masih tidak melepaskan isterinya, kerna ego juga sikurus hampir melakukan penderaan mental pada aku.

Ada orang kata, siapa lelaki tanpa ego, bagi aku, lelaki yang sebenar akan meletakkan ego dia untuk melindungi isterinya..dan disaat dia menggunakan egonya untuk memusnahkan wanita yang telah diakad..dia bukan lagi layak untuk menjadi suami.

Sabtu, 12 Mei 2012

Sepi

Malam ni Zack dan partner dia datang kerumah, Zack akan pindah minggu hadapan, partner nya dah dapat kerja dah. Hari ni kami balun 3 movie, dan sempat juga aku tinggalkan mereka sekejap sebab member aku ajak aku ke fast food.

Balik tadi, aku belikan mereka nasi lemak, merekan mainkan pula filem 'Sepi' di pemain cakera. Lihat mereka makan bersuap, hati aku tersentuh juga, dahla menonton filem yang memang sedih ni.

Aku teringat, El, satu-satunya perempuan yang mengajar aku rasa dipunyai. Ah..El dah pun bahagia dengan partner dia, aku juga yang aturkan..sebab tak sanggup lihat dia terseksa apabila aku menerima lamaran si kurus.

Bila tidak dipunyai, ruang yang tinggal dalam diri kau hanyalah kesepian. Saat ni juga aku tak rindu sesiapa.

Berkali aku bercinta, akhirnya aku berkahwin dengan orang yang tidak menyintai aku, dan akhirnya aku seorang kembali.

Orang yang aku pernah suapkan makan adalah El dan Deanna, cita-cita nak suapkan makanan kat suami tak sampai pula.

Sekarang ni aku sedang cuba untuk tidak meninggalkan tanggapan yang buruk buat kaum adam dan juga perkahwinan.

Aku rindu untuke letak kepala diatas riba Deanna, sambil dengar ombak ditepi pantai. Sambil lihat awan yang cuma dihiasi bintang.

Tuhan, apa akhirnya kisah aku?

Hak ini hak hakiki.

Hariini, aku berbincang dengan seorang kawan, yang tahu tentang keadaan aku, dia tahu aku biseksual. Aku berbincang dengannya, sebab kenapa sikurus melamar aku buat kali kedua.

Dalam diri aku, masih tersimpan rasa bersalah, kerana memohon perpisahan. Kadangkala aku rasa, aku tak boleh menyalahkan sikurus yang tidak berkeinginan pada aku. Dimata dia, aku adalah lesbian yang sedang menegakkan benang yang basah.

Ada satu kata-kata yang tersemat di kepala ni.

"Kau biseksual, kau tak berhak dapat nafkah batin sebagai isteri-isteri yang normal"

Sahabat ku itu, mengingatkan aku satu perkara. Nafkah batin adalah wajib. Kerana itu Islam meletakkan taklik. Ini hukum tuhan, haram berkahwin tetapi tidak menyetubuhi isterinya.

Tetapi aku tetap menyatakan...aku ni biseksual, pernah dengan perempuan, malah kadangkala lebih cenderung pada perempuan, mungkin sikurus jijik dengan keadaan aku. Tapi aku telah pun berterus terang dengan dia sebelum perkahwinan lagi.

"Awak...hukum tuhan ini tiada kompromi, awak ni mangsa..awak mangsa buli, awak tahu tak?"

Aku senyap apabila, kata-kata itu tertera diskrin.

"Jadi ..keputusan aku untuk berpisah adalah betul? Tapi, macamana saya nak padam dalam otak saya..yang saya ni ...tak layak untuk disetubuhi..sebab saya ni biseksual?"

Kawan aku tu menjawab sesuatu, yang harus aku telan.

"Awak, this is what they call mental abuse, awak kena banyak mengaji dan doa pada tuhan yang awak akan lupakan perkara ni."

Aku ni mangsa? mangsa penderaan mental? Jadi, ni semua bukan salah aku? Bukan salah aku berterus terang pada dia? Bukan salah aku meminta yang batin dari dia? Bukan salah aku nak minta yang normal sedangkan aku ni manusia abnormal?

Satu, macamana aku nak bangun?
Dua, macamana aku nak padam?

ps:

Banyak aku belajar harini, ya aku mengaku, harini aku dok membelek blog AHP dan juga HIDUPMESTIDITERUSKAN.

Silap pertama aku, aku tak faham yang gay tidak boleh diubati.

Jadi, aku tak silap memohon perpisahan, tapi aku silap kerana menyangka aku boleh mengubah sikurus.

Dan satu lagi silap..aku kena belajar redha. Terima semua yang terjadi ni ketentuan tuhan. Bangun..bangun harimau bangun..ceh lagu lain plak. Bangun, kesilapan bermaksud..kau dah mencuba, dan baru kau tahu yang kahwin tu bukan mainan, dan baru kau tahu..bila lelaki tu tiada nafsu..tiadala..bongok. Dah..dah..jangan sedih-sedih lagi. Macamana nak padam? REDHA..pergi ..pergi solat tu.

Khamis, 10 Mei 2012

Kita serupa....

Petang tadi waktu aku solat asar disurau aku bertemu kak dira. Sebenarnya akhir-akhir ni, nak ke surau pejabat tu, aku rasa macam berat je. Jumpa staff-staff perempuan, yang kadangkala masih tanya aku..bila nak berisi la..cik abang macamana la..cuti tak honeymoon ke..hai..dulu soalan-soalan tu memang menghiris hati aku, sekarang ..sama ada aku senyum sumbing atau aku buat tak tahu. Yelah, staff pejabat aku ada dekat 200 orang, takkan lah mampu nak aku bagi tahu aku dah berpisah, janda..tiada edah..nak menyatakannya pun bukan mudah. Jadi ada segelintir yang tahu, tahulah, yang tak tahu tu lah yang masih mengusik, ikut hati aku, aku nak aja buat pengumuman di radio ke, ceh macam artis..hahaha. Yelah kahwin jemput orang..mak aku buat kad..dekat seribu keping jugaklah, kawan aku tak sampai 10 orang..hahah. Kalaulah boleh buat kad announce aku dah bercerai dekat seribu, senang kerja aku, tak payah nak berkata apa.

Okay, berbalik pada Kak Dira, kak Dira ni sebenarnya baru balik dari cuti dua bulan, cuti tanpa gaji, sebab dia mengandung alahan teruk, Kak Dira ni alim, dia handle kelas agama yang ada di pejabat kami. Aku suka brbual dengan dia sebab dia memang tak pandai lah nak bergosssip macam sesetengah pompuan kat pejabat aku. Nasiblah meja aku dekat department yang ramai cina, jadi memang aku tak bercampur sangat dengan perempuan-perempuan wanita melayu terakhir tu.

Aku tegur Kak Dira, cantik potong rambut pendek, dia senyum, katanya suaminya potong kan. Aku pun bertanya dimana ye ada kedai potong rambut muslimah, rambut aku ni dah dekat 5 bulan aku tak potong, lama sangat bagi aku, ye la..si kurus dulu tak bagi aku potong, jadi rambut ala-ala skin head aku dulu dah jadi rambut awan nano dah. Kak Dira bagi tahu ada satu kat bandar, tapi kena datang pagi. AKu mengeluh, bila pula nak pergi pagi. Kemudian keluarlah keluhan aku..

"Lainlah akak..boleh suruh suami tolong.."

Entah macamana, keluar keluhan tu, nasib hanya aku dan Kak Dira berdua je disurau.

"Eh, mana suami awak?"
"Kak....saya dah berpisah" aku sangkakan dengan kata-kata tu, Kak Dira akan terkejut, dahlah dia lemah je mengandung, ada juga termelahirkan tak cukup bulan disitu.

Sangkaan ku meleset, dia senyum. Dan tanya aku bila tarikhnya. Kemudian katanya sebenarnya, di awal perkahwinan haritu, dia dah dapat rasa sesuatu, sebab dia tengok wajah aku muram saja, yelah..baru berkahwin sangat..dan muram macam stress..Kemudian kami berbual sedikit..

"Dik, akak pun sama dulu, perkahiwinan akak yang pertama..juga 3 bulan sahaja, tiada edah"

Walllla....masa tu aku nak melompat peluk Kak Dira, dahlah Kak Dira tu comel..(heeeppp..mulalah tu). Aku salam Kak Dira..nasib sungguh dia sedang berbaring keletihan, kalau tak sumpah aku peluk dah.

"Dik, mereka ni kadang-kadang naluri tu memang semulajadi dan tak boleh nak dilentur, kecuali mereka yang berubah, walaupun mereka ni baik orangnya, tapi mereka akan jadi amat ego dengan kita"

Yippeeee, lagi sekali aku rasa nak peluk Kak Dira. Sesaat kemudian, ada pula orang lain masuk kesurau. Ces..aku pun terus solat..khusyuk memang taklah, ekor mata sesekali menjenguk Kak Dira yang sedang berbaring..kami seolah tak puas berbual lagi. Lepas tu, surau muslimat makin penuh..hmm..bila agaknya aku boleh jumpa lagi dengan Kak Dira secara personal, dahla dia lain department.

ps: Otakku ligat berputar..kenapa perkara macam ni dah semakin kerap terjadi. Aku bisexual, tak faham sangat part yang ada gay tegar, lempang aku pun belum tentu aku boleh telan bulat2, sebab aku dua-dua boleh..wakaka. Tapi part gay tegar ni aku akan ulas sikit lagi, sebab sebelum kawin dengan sikurus, aku ada buat kajian sikit, ahh..member aku pun ramai PLU.

Dosa paling kesumat

Semalam Philip telefon, katanya dia mudah bercerita dengan aku pasal kerjanya, dan dia menawarkan aku untuk kerja dengannya sehari dua. Philip antara rakan BDSM yang aku boleh percaya, kami orang-orang bendul yang terjebak dalam satu komuniti yang penuh kedurjanaan.

Namun dari BDSM juga aku kenal Xola, Deanna dan juga Amir.

Dari BDSM yang membuat aku kenal siapa aku sebenarnya. Atau mungkin, mengenali BDSM adalah satu titik hitam yang paling hitam dalam hidup aku.

Xola, insan pertama yang membawa aku merealitikan kecenderungan aku dalam BDSM. BDSM adalah satu lagi lapis dalam diri aku yang paling dalam. Mungkin kerana itu juga kadangkala aku sukar nak membuang kawan-kawan dari komuniti ini, kerana mereka mengenali aku yang paling dalam. Walaupun mereka tidak mengenal aku secara pribadi.

Aku agak kesal kerana Amir masih meneruskan aktiviti BDSM, walaupun aku tahu dia amat bertanggungjawab mengambil semua langkah keselamatan, tetapi sebenarnya, aku lebih berharap dia berhenti kerana aku nak dia terima takdir ini sebagai peluang kedua dan buat sesuatu yang lebih bermakna, ah tapi siapa aku nak menghakimi keputusan dia.

Sejak Deanna dah tak hubungi aku, aku hampir tak tahu lagi perkembangan komuniti. Dah berapa kali aku berundur, tapi masih juga akhirnya muncul, biarlah aku senyap hingga tuhan tahu bila waktunya.

Kerana perkahwinan yang gagal itu, along tahu yang aku pernah berzina dengan perempuan, along mendesak juga dengan siapa aku berhubungan, keluarga mungkin dah mengesyaki Deanna dan Sya, tapi aku sekadar berdiam dan..menafikan. Itu maruah mereka, itu juga perlindungan terakhir dari aku buat mereka. Biarlah aku dituduh dan diaibkan, tapi bukan mereka. Mereka banyak berkongsi kesedihan aku, aku tak mahu mengheret mereka.

Aku tak tahu apa pandangan along pada aku, setelah dengan berat nya aku mengaku didepannya yang aku pernah terlibat dengan perkara itu, ahh..dia belum tahu lagi tentang bdsm, kalau tahu mampus aku dipancung sepuluh kali.Didepan aku, along nampaknya memahami, katanya..manusia mana yang tidak melakukan kesilapan, aku tahu along mungkin ingat aku sekadar terjebak sekali dua, kalaulah along pernah tahu yang..aku pernah berniat nak migrat dengan Deanna ke thailand atau juga aku pernah nak hidup sepenuhnya dengan El..pasti gugur jantung along. Itu belum cakap ibu dan abah lagi.

Adik, mungkin faham, tapi akan ceramah aku dulu sebelum melapor pada JAIM, haha.

Jadi yang tinggal hanya aku dan bdsm, seorang dua kenalan, ajak aku play balik. Entahlah, sesungguhnya aku tidak mahu. Kalau play dengan perempuan pun aku berzina, jadinya karang, kalau play dengan lelaki lagilah dosa juga. Kiri kanan depan belakang semua dosa.

Aku dah cuba nak dapat yang halal ok!! Tapi tengok apa jadi??

Amir takut akan risiko yang tinggi andai kami berdua akad. AKu faham, walaupun air mata aku menitis jugalah bila dia menyatakan keputusan dia. Dia sahaja yang paling faham dan satu-satunya lelaki yang menerima aku setelah mengetahui semua layer aku. Tapi kuat jugakah aku nak hadpi hidup dengan dia?

Tulah, aku katakan...sumpahan betul pada aku ni, nak dapat yang halal kemain susah.

Aku syak, aku akan mati sebagai virgin, hahaha. Tapi...kalau yang halal itu disyurga, bukankah itu satu perjuangan yang hakiki dan agung?

Itupun kalau aku mampu, BDSM pernah buat aku hampir pada syirik.

Hai...kalau orang lain melihat aku dari luaran, mati hidup balik tak percaya aku pernah buat benda-benda ni. Hipokritkah aku? Lantaklah, yang pasti aku tak pernah bangga dengan semua yang aku buat, dan...demmmm...aku memang nak berhenti semua ni.

Hidup agak perlahan sekarang, bosan..sebab tiada benda-benda menarik..ya yang menarik tu semua yang berdosa. Mampukah aku? Entah, kalau Deanna datang malam ni belum tentu aku mampu jujur pada tuhan. Ahh..yang penting dengan Philip juga aku harus tegaskan..aku dan dia kalau kerja sama pun sekadar kerja. Mampu kah??

Rabu, 9 Mei 2012

Moga dunia berhenti berputar

Hidup aku sekarang, agak jauh dari apa yang aku dah tinggalkan, Deanna dat tak hubungi aku dan Sya juga dah senyap dari aku. Sya, kadangkala sukar juga aku nak elak, dia memang tak mahu aku sentuh dia, sebab dia amat mementingkan cinta, hati dia bukan pada aku, jadi apatah lagi membenarnkan dia dia disentuh ..tidak sekali. Tapi keinginan aku bila dengan dia, jangan cakaplah..hanya tuhan yang tahu.

Lebih-lebih lagi, kewangan aku sekarang tak berapa stabil, banyak mak ayah yang tanggung, nasiblah aku perempuan. Tapi bila dengan perempuan ni, aku memang tak gemar dibelanja,dah terbiasa..mereka adalah perempuan aku, bila bersama mereka, jadi...segalanya aku tanggung.

Dengan member BDSM pun, dah tak online, cuma seorang dua, sekadar teman. Dalam forum memang aku dah senyap, dah dekat dua bulan. Dah tak teringin pun ke forum lagi.

Kalau dunia berhenti berputar sekarang, aku boleh redha, sebab aku dah kurang buat maksiat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...