Halaman

Selasa, 7 Disember 2010

Tanpa cinta

Tanpa cinta itu, umpama kau menelan butir-butir pasir dipantai. Lidah mu kesat dan bibir mu perih.Sesungguhnya patah hati itu membuatkan kan sedar yang kau hidup, hidup kerana hatimu merasa sakitnya luka itu. Lantas memberitahu akalmu yang kau masih hidup. kerana sakit luka itu membuatkan kau rasa betapa hirisan-hirisan itu mengenai setiap jantung dan hatimu. Lantas kau sedar kau sedang menghembuskan karbon dioksida dan juga menghirup oksigen, tetap. Walau hatimu bagai pecah menanggung sakit.

Namun, bila tiada rasa sakit dan juga tiada rasa cinta, kadangkala kau tertanya-tanya, masih mengalirkah darah di bawa adrenalin ke seluruh tubuh. Kerana kadangkala dunia sekadar bergerak dan masa sekadar berdetik, sedang kau tak ingin melangkah, sedang kau kadangkala tak ingin bernafas.Sedang kan kau kadangkala tidak tahu untuk apakah hari esok bagimu.

Untuk apa?

Khamis, 2 Disember 2010

Duhai perokok.


Wahai perokok, kau tahu tak yang tuhan bagi oksigen ni percuma? tuhan bagi udara ni percuma? Tapi kau merompak dan malah memperkosa oksigen ni sesuka hati kau.

Ahh..aku tahu kau akan marah, kata kami tak fahamlah, kau tak menyusahkan duit mak bapak kamilah, kau suruh kami pergi jauh-jauhlah. Dah masalahnya kalau kau merokok ditempat awam, dalam bas ke macamana kami nak jauh dari kau?

Kau tahu tak berapa ramai manusia yang kau orang susahkan? Sebab kau oranglah kanser paru-paru merebak, sebab kau oranglah pesakit asthma menderita, sebab kau oranglah kami tak boleh hidup senang.

Tulah dulu-dulu masa budak-budak kau ingat benda ni cool, sekarang dah ketagih, lebih baik dari hisap dadah, tak menyusahkan orang sebelah menyebelah, yang jahanam cuma kau dan konco-konco kau, tapi kau ni perokok, kongsi udara sama dengan kami, dan kau rosakkan pula.

Pergilah klinik, hospital, kerajaan banyak habiskan duit utuk kempen hentikan merokok, banyak buat program, kau daftar saja di hospital, kau akan diberi ubat untuk kurangkan ketagih, percuma!! Tolonglah, jangan sampai orang yang paling kau sayang mati sebabkan kau.

Seronok

AKu tak berapa gemar budak-budak dari madrasah mana tah datang minta derma waktu sedang makan. Aku tahu azam mereka ni tinggi. Tapi kenapa  resit derma tu dah ditetapkan RM10? Bukan derma boleh seikhlas mungkin ke?

Aku memang bengang kalau orang minta derma tapi dah tetapkan berapa kena menderma, ni nampak sangat taknak orang ikhlas derma. Bagi aku derma yang ikhlas tak perlu diminta-minta. Ya, boleh diwar-warkan tapi tak payahlah diminta-minta.

Imej peminta sedekah selalu menjadi ikon bagi orang islam, aku tak menolak..itu juga keistimewaan orang Islam, orang bukan Islam walau mungkin memandang rendah, tapi Islam yang sebenar memandang dunia ni memang hina, amat hina.

Aku pernah dengar..ceramah, semua keseronokan dunia..tuhan beri dengan jalan yang bukan dari suatu yang mulia, seks adalah antara dua kemaluan, arak akhinya muntah dan mengzahirkan sifat buruk manusia dan pelbagai lagi.

Ahh..aku malas nak cakap benda-benda macamni lagi, kadangkala aku rasa aku amat hipokrit, sebab aku hidup dalam berbagai alam, tapi..perlukah aku ambil kisah pandangan manusia? Aku hipokrit, jadi apa masalah aku dengan kau?

Isnin, 29 November 2010

Menulis


Aku minat menulis, dan menulis buku adalah salah satu cita-cita aku. Dari dulu masa di zaman uni dulu kawan-kawan aku selalu rajin meniru bahagian pendahuluan dalam tugasan aku, aku faham, tak semua manusia boleh menulis dengan baik. Ada orang boleh bercakap dengan petah dan bernas, tapi tak dapat menulis sebernas apa yang disampaikan. Dan ada orang amat sempurna kedua-dua perkara ni, seperti yang aku katakan, manusia umpama lima jari kita, ada fungsi dan ada kesempurnaan dalam ketidaksempurnaan mereka.

Dan, aku akui aku agak tidak betah dalam berkata-kata. Aku bukan manusia yang dapat menuturkan kata dengan spontan, malah jika marah pun, aku akan menjadi lebih tidak difahami kadang-kadang. Walaupun pekerjaan aku, memerlukan aku berkata-kata dengan baik, tetapi diluar pekerjaan, aku lebih selesa dan selamat berdiam diri.

Namun, aku gemar menulis. Walau tidak sempurna, namun, menulis adalah media terbaik untuk aku menyampaikan apa yang aku fikirkan.Tenang.

Dan aku tidak gemar tekanan. Dalam menulis. Dan aku juga tidak pandai memuaskan hati manusia lain dalam menulis, menulis bermaksud memuaskan naluri pelarian dalam jiwa aku.

Khamis, 25 November 2010

Renungan yang asing


Kau pernah bertemu seseorang yang amat menyerupai insan  yang pernah memberi pengertian yang mendalam dalam hidup kau?  Insan yang memberi perubahan emosi kepada diri kau.

Haritu, aku bertemu lelaki ini, yang wajahnya amat serupa dengan seseorang. Beberapa kali aku mencuri pandang. Beberapa kali aku merenung apabila mata kami tidak bertentang. Rindu keramat yang sukar untuk dimengertikan. Ya, rindu adalah suatu perasaan yang amat keji, kan, mengikat emosi kau dan menghambat masa-masa malam yang sukar untuk kau lelapkan mata.

Puas aku memerhati dia, ya sekadar menatap dan mengingatkan wajah yang dulu pernah mengikat hati dan emosi.

Tiba-tiba lelaki itu merenung aku kembali, lantas aku cuba mengawal reaksi wajah aku, emngawal emosi yang memberontak. Matanya terus kearah sepasang mata ini. Nasib sekadar renungan asing. Disebalik matanya, tiada memori tentang aku. Renungannya, renungan kosong. Renungan yang asing.

Sebaliknya, aku yang memutar memori.

Isnin, 22 November 2010

Get Happy I


GET HAPPY I
1. Take a 10-30 minute walk every day. And while you walk, smile. It is the ultimate antidepressant.

2. Sit in silence for at least 10 minutes each day.

3. Buy a DVR and tape your late night shows and get more sleep.

4. When you wake up in the morning complete the following statement, 'My purpose is to __________ today.'

5. Live with the 3 E's — Energy, Enthusiasm, and Empathy.

6. Play more games and read more books than you did in 2009.

7. Make time to practice meditation, and prayer. They provide us with daily fuel for our busy lives.

8. Spend time with people over the age of 70 and under the age of 6.

9. Dream more while you are awake.

10. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.

11. Drink green tea and plenty of water. Eat blueberries, wild Alaskan salmon, broccoli, almonds & walnuts.

12. Try to make at least three people smile each day.

13. Clear clutter from your house, your car, your desk and let new and flowing energy into your life.

14. Don't waste your precious energy on gossip, OR issues of the past, negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.

15. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.

16. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a college kid with a maxed out charge card.

17. Smile and laugh more. It will keep the nagative blues away.

18. Life isn't fair, but it's still good.

19. Life is too short to waste time hating anyone.

20. Don't take yourself so seriously. No one else does.

Ahad, 21 November 2010

Sushi dan unagi


Dah, aku malas nak menulis pasal aku, aku dah agak, bila aku menulis apa yang dalam perasaan, semua tulisan aku akan ke laut, macam tumpahan minyak yang kotor dan mengotorkan.

Kalau tak menulis tentang hal aku, nak menulis pasal apa? Entah, aku pun tengah fikir apa nak menulis.

Ada satu isu yang bermain dalam kepala aku ni. Antaranya pasal Sushi. Sebab ni makanan kegemaran aku. Paling sedap Unagi, ye yang ada belut tu. Yang memang berasakan belut la. Aku suka gila makan benda alah ni. Amat-amat suka ye. Aku ada juga terfikir, mungkin aku patut buat projek ternak belut. tapi mampus aku nak belajar cara buat unagi pula, masak telur goreng pun hangus, nak masak unagi.

Baru-baru ni aku dapat tahu, Unagi akan ada alkohol sekurangnya 0.05%. Dan aku tertanya-tanya adakah dia ikut tempat kedai sushi atau semua sushi tu ada alkohol. Maksud aku secara khusunya unagi. Kalau Sake ya memang betul hampir semua sushi menggunakan Sake, dan Sake selalu dikatakan alkohol, dan Sake sebenarnya adalah umpama tapai.

1. tapai haram makan tak? Ish aku pernah juga makan tapai.
2. Adakah alkohol itu haram? Ni aku selalu musykil, sebab alkohol atau etanol selalu juga digunakan sebagai bahan pengawet dalam makanan.

Tapi aku percaya ia menjadi haram apabila ia memabukkan. Tuak haram kerana ia memabukkan. Begitu juga buah beri yang di peram boleh memabukkan, jadi ia haram. Sudah, aku dah masuk bab yang rumit ni.

Ah..yang selamat ialah makan Sushi dekat Tesco atau pun Jusco, sebab sushinya murah dan setahu aku alkohol ni mahal, rugilah depa kalau letak alkohol pada sushi yang murah-murah ni. ye, yang sebenarnya aku ni degil, tetap nak makan Unagi juga. Kan?

Dari jauh


Apa perasaan kalian bila kalian ada saudara kandung yang hanya kalian belek dan tahu ceritanya dari blog dia saja, sebabkan hanya bertemu setahun sekali sahaja, itu pun nasiblah dapat jumpa. Dan saudara tu adalah seorang yang dulunya pernah amat rapat dengan kalian, pernah sama tidur satu bilik, pernah main lawan bantal, pernah masakkan sarapan, pernah ajar naik basikal, pernah main bola sepak sama-sama, pernah main layang-layang sama-sama. Dan separuh dari hidup anda, dialah yang jadi inspirasi, dia pernah mempengaruhi keputusan hidup anda. Malah kalau dia perempuan dan kalian lelaki, kalian pernah bertekad nak cari awek yang ada ciri-ciri macam dia. Dan kau memang amat bangga dengan dia.

Tapi kalian cuma dapat tahu berita tentang dia, dari blog saja. Sebab dia tak cukup terkenal, kalau terkenal, mahunya kalian cuma tahu berita tentang dia dari surat khabar saja.

Sakit, sakit hati kerana rindu dan juga sakit hati kerana sakit hati la.

Yep, aku ada abang dan aku cuma tahu tentang dia dari blog dia, yang hanya berkisar tentang kerjayanya saja. Gambar diatas juga aku curi dari blog dia,  hasil kerja dia.

Sabtu, 20 November 2010

Get Happy II


21. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

22. Make peace with your past so it won't spoil the present.

23. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.

24. No one is in charge of your happiness except you.

25. Frame every so-called disaster with these words: 'In five years, will this matter?'

26. Forgive everyone for everything.

27. What other people think of you is none of your business.

28. Remember God heals everything.

29. However good or bad a situation is, it will change.

30. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in touch.

31. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.

32. Envy is a waste of time. You already have all you need.

33. The best is yet to come.

34. No matter how you feel, get up, dress up and show up.

35. Do the right thing!

36. Call your family often.

37. Each night before you go to bed complete the following statements: I am thankful for_______. Today I accomplished ____.

38. Remember that you are too blessed to be stressed.

39. Enjoy the ride. Remember this is not Disney World and you certainly don't want a fast pass. You only have one ride through life so make the most of it and enjoy the ride.

40. Laugh when you can, apologize when you should, and let go of what you can't change

Khamis, 18 November 2010

Baik-baik sayang



Awak, tolonglah jaga diri awak, awak tahu, saya rasa nak menjerit setiap kali awak lukakan diri awak, setiap kali awak campak saya ke tepi. Saya sayang awak, DIA sayang awak, tapi kenapa awak selalu lupakan kami, kenapa? Awak, saya tahu awak marah, saya tahu awak sedih, saya tahu sangat, saya tahu sangat-sangat. Kenapa awak tak kembali pada DIA? Kenapa awak makin menjauh. Saya faham, tapi awak tak boleh terus memusnahkan diri awak.

Awak, saya menangis, menjerit, hati ni meronta, meronta amat sangat, minta awak kembali, tapi awak dah lepaskan semua. Awak marah sangat dan awak hukum semua kesalahan pada saya. Awak, awak lupa apa yang pernah awak ikrar pada saya?

"Diri ini hanya Hamba"

Awak memberontak dan tinggalkan saya, awak lunaskan semua nafsu awak, saya derita, saya sedih, tapi saya sayang awak, sebab saya tahu kadang-kadang awak akan duduk diam, kelu dan tunduk menyesal sebab lupakan saya, tapi itu cuma sesaat dua, sedang banyak masa awak terus bagaikan layang-layang yang putus tali.

Awak, saya sayang awak, jangan bunuh saya, jangan hilangkan saya dari diri awak.

-Iman

Ahad, 14 November 2010

Antara hati dan nafsu


Kadangkala hati itu benar, hati itu amat ingin kebenaran. Tapi nafsu selalu berlebihan, selalu tak endahkan semua, selalu menentang arus. Pernahkah nafsu itu terjatuh dan mendarat dijalan benar? Dan yang terlarang itu godaan, dan nak mendapatkan yang halal itu amatlah payah. Dan kadangkala tak dapat, lansung tak dapat.

Hati yang sabar, akan memujuk, sabar..tuhan itu maha tahu, tuhan itu takkan sia-siakan hambanya. Tapi sejauh mana nafsu itu akan biarkan dirinya tewas, nafsu tetap mahu menang. nafsu selalu minta dibelai, nafsu selalu minta untuk dilunaskan, nafsu merayu untuk ditunaikan, walaupun dengan jalan yang haram.

Tuhan, bila ia menang, satu pinta ku, berikanlah masa untuk aku bertaubat.

Ahad, 7 November 2010

Daun-daun kering..


Kadangkala aku tertanya diri aku, siapa yang aku cinta, siapa yang aku paling sayang. Aku tak pernah benar-benar perjuangkan cinta aku. Aku jatuh cinta banyak kali, dan aku tetap melansungkan kehidupan dengan se 'aku' nya.

Setiap manusia yang masuk dalam hati aku, umpama daun-daun yang akhinya menjadi kering. Ada yang mengkhianati aku waktu aku dah benar-benar menyerahkan hati, dan ada yang telah berkali memberi amaran agar aku tidak mudah untuk jatuh cinta pada mereka. Dan yang sinisnya, mereka bukan orang pertama, dan mungkin bukan yang terakhir.

Ah..telefon tu menyanyi lagi..biarkan..biarkan.

Dan bukan seorang yang pernah aku kecewakan..

Apa yang aku cari, apa yang aku mahu, aku sendiri tiada jawapan. Malah kalau orang bertanya, siapa yang lukakan hati aku, pun aku tak dapat jawab. Entah dia kah, atau si polan manakah.

Benar, aku takut untuk memberi hati sepenuhnya, kerana terlalu banyak kali juga aku terluka, membuatkan aku boleh juga menjadi kejam.Dingin.

"Will you agree to sacrifice yourself for a guy?"

Dalam hati aku, yeah kalau lelaki tu benar-benar buat aku yakin. Tapi, lelaki mana yang nak terima aku yang juga kadangkala macam lelaki?

Be strong



Aku ambil video ni dari sini

Benar..

Jumaat, 5 November 2010

Tiada lagi..

Tiada gunanya segala yang kau usahakan pada yang lepas, apabila putus asa mendatangani kamu. Hidup seolah..sekadar satu berlansungan. Tiada harap, tiada doa.

Tiada lagi sinar dalam hati, tiada lagi kekuatan yang minta kau pertahankan segala yang ada. Tiada. tiada, bila harapan yang paling menggunung, hancur didepan mata. Lantas, dihujung solat, kau jadi kelu.

"Tuhan, tiada apa yang mampu aku ucapkan, kerana hati ini sudah tiada rasa, hati ini sudah mati, kuserahkan segalanya padaMu. Kerana aku tidak lagi tahu apa yang aku ingin doakan. Cuma satu..

Tetapkan aku dijalanMu, dan matikan aku saat aku telah bertaubat padaMu"

Kau mungkin sudah jemu, dengan aku yang mudah patah semangat, dengan aku yang mudah tersasar. Namun, Tuhan, aku telah tidak tahu apa yang aku harapkan lagi dalam hidup ini.

Tiada lagi yang dapat aku pertahankan. Tewas. Kalah. Hati aku bagaikan sebuah gurun yang amat kering kini. Tiada lagi...

Sabtu, 23 Oktober 2010

Aku pejuang..


Tahun 2010, adalah tahun yang ajaib bagi aku. Tahun yang perit pun ya juga. Aku putus kasih sebanyak empat kali, dengan orang yang berlainan. Nak kata aku yang bodoh atau aku yang bernasib malang, tak adil, sebab manalah aku tahu bila aku putus yang ni, yang lain pun akan putus jugak. Hidup ni memang suratan dan kebetulan.

Kebetulan aku terjatuh hati dengan dia, tapi aku rasa tiada masa depan, lepas tu aku jatuh hati pula dengan seorang lagi, rupa-rupanya aku bergantung pada dahan yang rapuh, dan lepas tu aku jatuh hati pula dengan orang lain, tapi ada sebab menyebabkan aku tak boleh teruskan, dan kemudiannya yang akhir..ni entahlah, aku tak tahu.

Empat kali dalam setahun, mungkin akan ada orang kata aku patut mandi bunga, mungkin ada orang kata aku 'loser', tapi ah..peduli apa aku, hidup ni bukan aku yang takdirkan, kadang-kadang bagai nak rak merancang, tapi tuhan tunda, tapi tuhan tak izin, jadi, aku cuma hamba Tuhan. Apalah yang mampu aku buat.

Jadi, kata tuhan, manusia dilahir sebagai khalifah, maksudnya pemimpin, pemimpin kena berjuang, berjuang untuk hidup sendiri.


Walau macamana sedih pun, walau manacaman palat pun hidup ni, esok masih ada, esok masih ada matahari. Dan, yang penting, aku ada tuhan! Syukurlah aku masih boleh melafaz dua kalimah syahadah, dan syukur juga aku masih mengaku yang aku beragama Islam. Ada kawan-kawan, dah tak mengaku Allah itu tuhan dan Islam agamanya, disebabkan sedihnya dia dan kecewanya dia pada hidup ni.

Tuhan!!! Aku masih ada Engkau, Ya Rabb!!

Sabtu, 9 Oktober 2010

Majlis perkahwinan adam dan hawa

Yang halal ni susah betul nak cari kan. Aku baru balik dari kenduri kahwin. Tanya member aku tu berapa habis, dia kata lebih kurang 20k, giler. Dengan DeeJay la dengan pengantin perempuan pakai dan tukar baju 4-5 kali mahunya tak habis ribu-ribu. Kalau kau kaya, dan sebulan gaji 10 ribu tak kisah ler, tapi ni gaji bersih tinggal rm1000, apa macam nak kahwin? Akhirnya pinjam bank, sampai 10 tahun, anak dan sekolah kau masih berhutang. Pagi ni depan rumah aku ada rumah kena simbah cat merah, kerja Ah long lah tu.

Lepas tu kerana nak kumpul duit, kau dating hari-hari pegang tangan, pegang pinggul, pegang dada..pegang rambut, kau tak malu? Tapi majlis kahwin sederhana kau malu. Baguslah Meleis.

Nak yang halal ni memang susah kan?

Nak haram senang je.

Tiap-tiap hari boleh kahwin, nikah nya 2-3 tahun lagi la, nak kumpul rm50k buat kenduri kahwin semeriah mungkin, tu pun kalau tak luak lah, tu pun kalau tak termenggandung lah.

Yang lelaki, nak jaga ego, yang perempuan nak pakai cantik-cantik sangat nak glamour. Lepas tu, kahwin 3 bulan cerai..sebab dah takder duit nak lansung kehidupan.

Aku cakap dah, kenduri doa selamat pun jadilah, hantaran senaskah alquran ..nikah, susah sangat ke nak halal?

Isnin, 27 September 2010

Kenyataan buat sebuah kehidupan

Catatan pada 13 Ogos 2010

Tuhan..delusikah itu?

Sehari dua ni aku berfikir sesuatu. Aku menerima tentang sementaranya hidup ini, mati itu pasti. Namun kemana semuanya setelah mati?

Macbeth:To-morrow, and to-morrow, and to-morrow,Creeps in this petty pace from day to day,To the last syllable of recorded time;And all our yesterdays have lighted foolsThe way to dusty death. Out, out, brief candle!Life's but a walking shadow, a poor player,That struts and frets his hour upon the stage,And then is heard no more. It is a taleTold by an idiot, full of sound and fury,Signifying nothing.

Adakah benar selepas kematian itu adalah kosong? sirna? nill? Kalau hanya itulah kehidupan yang sekadar berakhir dengan kematian, maka sia-sialah segalanya, malah tidak perlu dilahirkan pun manusia ini. Dan kalau adanya kehidupan setelah kematian iaitu dialam barzakh, maka Islam itu benar, dan tuhan itu benar. Maka beragama itu adalah naluri sejati manusia. Tanpa agama, hidup ini sekadar berakhir dengan kematian. Kenapa susah berjuang dalam satu kehidupan kalau sekadar hanya bertitik noktahkan kematian. Pendapat atheis mengatakan hidup ini hanya satu amali sains, jadi apa penerangan sains tentang roh manusia? Roh manusia itu wujud, jika tidak semua manusia itu sekadar zombie, sekadar bernadi dan berotak tapi tidak tahu tentang rasa sayang dan cinta. Lantas siapa yang memastikan bumi tetap dipaksinya?

Pasti ada sesuatu..pasti ada sesuatu..pasti wujudnya tuhan. Pasti wujudnya pencipta, yang maha besar. Yang hanya satu, yang tidak beranak apatah lagi diperanakkan. Pasti ianya amat agung dan tidak memerlukan perantaraan. Tidak memerlukan berhala untuk diwakili.

Agama terbaik ialah Islam. Yang menerangkan terperinci kehidupan selepas kematian. Dan kehidupan itu kekal. tidak lagi ada kematian. Islam mengatakan, mati itu hanya sekali. Dan selepas ini akan dibentangkan beberapa kehidupan lagi, alam barzakh dan alam akhirat. Tiada agama yang menerangkan dengan terperinci tentang ni. Jangan sebut tentang kelahiran semula, ia akan menjadikan kehidupan ini sekadar lawak jenaka.

Jadi Islam itu benar? Lantas segala hukumnya benar? Dan Islam menyebut tuhan yang mencipta segalanya adalah Allah. Dan quran itu benar? Takkan mungkin Muhammad seorang manusia itu dapat menghasilkan quran. Mustahil!! Kerana Quran itu terlalu indah dan terlalu ajaib isinya, ia menerangkan segala misteri kehidupan, takkan mungkin dihasilkan oleh manusia..walau seagung mana pun dia!

Diakhirat kelak, kehidupan itu digambarkan sebagai kuda yang gagah dan tegap yang berada antara kehidupan dunia dan akhirat, sementara 'mati' itu pula hanyalah sekadar kambing hitam yang gemuk yang hanya menunggu untuk disembelih, kambing itu akan mati dan tiada lagi, tetapi kuda itu tetap gagah berdiri dengan empat kakinya. Saat itu golongan kafir akan resah dan tergamam, kerana kematian telah tiada, walau seteruk mana pun neraka, mati itu tiada, mereka tidak akan mati, mereka akan tetap diseksa. Seperti juga penghuni syurga bersyukur kerana mereka akan tetap hidup selama-lamanya disyurga dengan rahmat ALLAH.

Akhirat itu wujud sebagaimana mati itu pasti.Allah itu wujud sebagaimana rasionalnya wujudnya alam ini, dunia ini tidak terjadi sendirinya dengan segala zarah dan habuk, pasti ada sesuatu yang penciptanya. Pencipta itu adalah sesuatu yang amat agung, yang tidak mati, yang tidak dirperanakkan atau beranak, dan ia tidak perlu diwakili. Itulah Allah!!

Wahai aku, terimalah kebenaran itu. Islam itu benar dan mati itu pasti. Dan Allah itulah yang Maha Besar pencipta seluruh alam, dan Nabi Muhammad itu adlah pesuruh Allah!

Asyhaudu Allah illahillallah, muhammadur rasullulah!

ya, kenyataan ini pahit kerana, BENAR! HIDUP INI SEMENTARA! MATI ITU PASTI! DAN SYURGA ITU KEKAL!

Ahad, 26 September 2010

Magika (2010)



Akhirnya ada juga penggiat filem yang boleh dibanggakan di Malaysia. KRU!

Filem ni amat menghiburkan, dengan telatah watak-watak deongeng didalam filem ini. Aku rasa yang paling kelakar adalah pak pandir dan juga geng hang tuah, ya dan juga gelagat Awang pulang ke dayang. Cuma aku rasa agak tak selesa dengan beberapa skrip yang lawaknya berunsur double meaning. Filem tontonan satu keluarga tak perlu itu semua. Unsur ini ada pada watak 'orang minyak' dan juga 'pak pandir', kepada penggiat filem, sila jangan letak unsur erotik pada filem sebegini, lawak lucah bukan lawak bagi sebahagian penonton kita.

Cara Pak Pandir meraba peha Ayu dan muka gatal Pak Pandir buat aku ras kurang senang. Ini kah yang kalian nak suruh kanak-kanak lihat?

Dan aku terasa juga samada filem ini ingin menyampaikan secara sindiran atau pun sebenarnya ada kaitan lain, tentang anjing yang mengejar. Mungkin mereka ingin kaitkan dengan dunia luar yang baya Ayu dan Malik sedang bersama misi mencari menggunakan anjing K-9, atau juga sengaja menyentuh sensitiviti orang melayu yang super sensitif bila disebut tentang anjing.

Tapi secara keseluruhan filem ini, aku rasa puas hati, KRU dah memang matang, cuma jalan cerita tidak sempurna macam filem-filem yang memang dari hasil penerbit yang tersohor.

Babak akhir bila Ayu merindui Badang, amat indah bagi aku. Cinta dari dua alam yang berbeza, rindu yang tiada penghujung.

Muzikal, aku tahu KRU dah lama nak buat filem muzikal, dan kali ni mereka agak berjaya, cuma mood belum begitu cantik macam filem-filem muzikal yang memang dah sempurna, contoh..Kuch-kuch hota hai.lol.

Ada aku kisah kau melayu?

Aku paling sensitif bab perkauman, tak tahu kenapa. Aku rasa nak lempang je kalau orang yang bercakap mula menggunakan sentimen ini. Dan bangga dengan kaum dan keturunan adalah salah satu penyakit masyarakat kita. Peduli apa kau bangsa banjar atau syeikh syarifah. Kau kentut bukan keluar bunga pun.

Dekat akhirat nanti tuhan tak tanya kau bangsa apa la, nak masuk pagar neraka dengan syurga tu agama yang pakai, tuhan apa yang kau sembah yang akan ditanya. Jadi kalau aku dilahirkan sebagai apa pun didunia ini. Malah kau boleh bising ke kalau kau dilahirkan sebagai anak luar nikah pun? Dan orang-orang yang mencaci anak luar nikah, kalian tunggulah dan jagalah keturunan kalian. Aku selalu percaya, apa yang kau buat mesti dapat balasan, harini kau caci anak luar nikah, esok lusa ..kau faham-fahamlah..tak dari kau akan dari keturunan kau pula. Kutuklah kelakuan zina itu, tapi bukan anak hasil zina itu, malah penzina itupun tidak wajar kalian kutuk, sebab kalau kalian diletakkan disituasi mereka, belum tentu kalian juga tidak berzina. Orang yang berdosa bila bertaubat, taubat mereka tu mampu mengalihkan sebuah gunung!

Aihhh..lari tajuk pulak. Ni dah entry aku ke berapa tah pasal zina. Selagi saraf ni masih berfungsi, adalah ingatan tu.

Dah, peduli apa kau melayu, hari-hari kau buat dosa gak, yang penting tu, kau mati nanti kau boleh ucap kalimah tak.

Jumaat, 24 September 2010

Dadah terlarang


Aku rasa blog aku serius sangat, I mean literally serius, taklah serius macam obefiend yang serius menghiburkan. Tapi serius macam berkhutbah. Aku sedar bukan tak sedar, tapi blog ni sebenarnya cerita tentang apa yang aku fikir, dan selalunya aku tulis sebagai peringatan buat aku.

Tajuk kalini dadah terlarang, lagi serius maut. Tapi aku nak luah apa yang aku fikir. Bagi aku dadah yang paling tegar bukannya DADAH, tapi DADA, hahaha. Sebenarnya aku nak maksudkan seks. Ye S.E.K.S atau bahasa penjajahnya S.E.X yang diluar nikah, atau secara terusnya islah zina.

Zina itu nikmat dunia yang terlarang. Bila sekali kau dah merasa, kau akan gian, dan selalu berfikir pasal benda ni, dua puluh empat jam. Dalam jaga dan juga dalam mimpi, kau akan fikir benda ni. Dalam jaga kau boleh kawal lagi, bila dalam tidur memang punah, dah tak boleh kawal, faham-fahamlah apa yang terjadi bila kau bangun.

Kau ingat semua orang yang pernah berzina tu gembira? Gembira pernah berzina, dah rasa nikmat dunia yang terlarang, yang haram. Tidak kawan. Ada antaranya yang derita, siang malam merintih, minta otak ni lupakan perkara tu, kalau boleh minta otak ni berhenti, memang dah minta dah. Semua benda didepan mata boleh mengingatkan kami kepada dadah ni.  Dan kalau tutup mata pula ada saja dalam fikiran.

Sebab tu, hukum kepada zina adalah rejam bagi yang dah berkahwin, dan sebat 100 kali bagi yang belum berkahwin. Ya, tuhan. Kerana dengan hukuman tu, dosa penzina itu tadi telah tertebus dan mereka menjadi suci lagi bersih dari dosa tersebut, dan juga menghapuskan derita hati si penzina. Dan andai si penzina menemui ajal tatkala mendapat hukuman tersebut (aku masih tak pasti kalau hukum 100 kali sebat akan hidup, tapi aku rasa 100 kali sebat ikut hudud yang sebenar, boleh je hidup.(rujuk sini). Dan yang dihukum rejam tu memang pasti menemui maut, sesungguhnya aku yakin pasti ada yang direjam tu amat bersyukur hukuman itu dikenakan.

Yang berzina, akan rasa nak berzina lagi..akan teringat nikmatnya, tapi...dalam masa yang sama..terfikir dosa yang dah bertampuk dalam kitab amalan.

Boleh gila beb, bangun pagi fikir..nak tidur fikir..dan masa tidur pun mimpi. Goshhh...kenapa hudud tak dijalan kan di Malaysia?

Selasa, 21 September 2010

Jemari


Dulu cikgu aku pernah berpesan..Buatyang terbaik dengan apa yang tuhan anugerahkan kita. Dan terimalah kelemahan orang lain kerana kelemahan itu juga anugerah tuhan buat hambanya. Setiap manusia normal dianugerahkan jari jemari untuk melengkapkan fizikal, dan setiap jemari yang berlainan ukurannya ini punya fungsi yang berbeza, dan fungsi-fungsinya itu melengkapkan fungsi kesemua jemari.

Ibu jari paling pendek, namun ia paling penting fungsinya.

Begitulah kehidupan. Setiap kita ada kelebihan..dan setiap pekerjaan yang halal itu juga ada fungsinya. Teringat aku kata-kata dari seorang pakai motivasi H.M Tuah Iskandar, setiap manusia ada fungsi kejadiannya, kerana setiap perkara, makhluk yang Allah jadikan mesti ada sebab dan hikmahnya. Seorang pencuri wujud untuk mengfungsikan pekerjaan seorang polis, begitu juga seorang pengemis lahir kerana mahu menguis sifat dermawan manusia.

Kau dilahirkan untuk jadi sahabat aku, untuk jadi tempat aku berbicara, dan aku dilahirkan, untuk menjadi sahabat kepada seorang teman.

Seorang kawan yang tidak sama pekerjaan denganmu, yang hidupnya berlainan latar denganmu, menjadi pelengkap untuk kamu. Supaya kau hargai kehidupan mu. Seorang rakan yang fikrahnya berlainan dengan mu, yang mengetahui semua jenis air setan di bar sedang kau naif dengan tempat-tempat itu, membuat kau bersyukur dengan hidayah yang tuhan beri. Dia juga pelengkap kau, kawan.

Aku pernah hadir disatu majlis ilmu, dimana kebanyakan ahlinya lahir dari keluarga-keluarga yang punya latar belakang agama yang kuat, yang telah lama berakar dan mereka sekadar menterjemah hasil tarbiyah yang diserap oleh ibu-bapa mereka. Mereka ini tidak faham kenapa bohsia, gay dan segala gejala hedonisme diagungkan oleh seglongan yang lain. Kerana hidup mereka bersih, lantas mereka tidak tahu betapa deritanya jiwa yang melalui jalan yang mereka katakan kotor dan hina itu.

Seorang rakan sibuk dengan hujah dan bangga dengan ilmu yang dimiliki, sedangkan memberi kefahaman kepada orang tidak berilmu itulah menterjemah amalan ilmunya.

Aku? aku cuma penulis yang lelah dengan dunia diluar kadangkala.

Ahad, 19 September 2010

Cahaya Hati-Opick


Allah Engkau Dekat
Penuh Kasih Sayang
Takkan Pernah Engkau
Biarkan Hamba Mu Menangis
Karna Kemurahan Mu
Karna Kasih Sayang Mu
Hanya Bila Diri Mu
Ingin Nyatakan Cinta
Pada Jiwa Jiwa Yang Rela
Dia Kekasih Mu
Kau Yang Selalu Terjaga
Yang Memberi Segala
Allah Rohman Allah Rohim
Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rohim
Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Di Setiap Nafas Di Segala Waktu
Semua Bersujud Memuji Memuja Asthma Mu
Kau Yang Selalu Terjaga
Yang Memberi Segala
Setiap Makhluk Bergantung Padamu
dan Bersujud Semesta Untuk Mu
Setiap Wajah Mendamba Cinta Mu Cahaya Mu

Sabtu, 18 September 2010

Bila nak have sex dan selepas have sex

Maksud aku bila kau nak have sex tanoa nikah la, senang cakap bila kau nak berzina. Ini pesanan untuk aku juga.

Pertama bila rasa dah susah nak kawal diri, pertama sekali fikir mak bapak, kalau tak fikir tuhan. Adeh, aku rasa tak jalan ni. Bila nak berzina mana ada fikir-fikir dah, akan terfikir nikmat saja. Yela, yang terlarang tu godaan, sebab nikmat dia macam 7 petala langit.

Memanglah puas aku mengamuk ke apa ke, cakap bangang betul bebudak ni tak tahu nak pergi beli kondom, tapi fikir-fikir kadang-kadang benda ni memanglah tak boleh jangka. Yelah, bilah dak asyik berdua saja, berkepit, mana nak ingat dunia, dunia ni ana yang punya.

Macamnilah. Bila kau dah berzina, boleh tak kau pergi telefon talian nur 15999, kau pergi kat pusat perlindungan. Tolong!!

Tolonglah jangan buang anak tu, tolonglah jangan jadi pembunuh.TOLONG okay. Tolong berhenti benda ni.

Jumaat, 17 September 2010

Mahmoud Ahmadinejad- Presiden Iran


Akan lahir tak PM Malaysia yang sebegini? Mungkin masa tu baru aku mula mengundi.

Khamis, 16 September 2010

Melayu bodoh, cina makan babi, india penipu.


Semalam aku buka facebook ada tag dekat Ali Rustam pasal kes peguam yang terlibat dalam pembunuhan Susilowati. Komen-komen tentang peguam yang berbangsa India tu memang panas.


Kerana peguam ini berbangsa India lalu komen semua macam dah tiada tamadun. Okay, kalian mungkin akan kata, alah..kalau orang melayu pun , bangsa lain akan kutuk lagi teruk. Lantas itukah lesen besar kalian untuk ikut sama mengutuk? Kutuk perbuatan jahat itu adalah sesuatu yang benar, tapi bila kaliam kutuk bangsa si pelaku tersebut, nampak sangat kurangnya nilai moral kalian.

Eh, aku dah penat lah dengan sikap perkauman ni. Kalian yang beragama Islam dan majoritinya berbangsa melayu, kena hentikan dahulu benda ni, kalau kalian tu beragama Islam. Sebab kenapa? sebab Rasuullah yang menjadi junjungan kita tu dah ajar akhlak dengan orang yang bukan Islam. Orang Islam harus beri contoh terbaik, ini peringatan buat aku juga.

Kalian sedap-sedap kutuk India..cina, apa kalian tak pernah pergi Hospital dan dirawat oleh orang bangsa bukan melayu ke? apa kalian pergi sekolah semua cikgu tu bangsa melayu ke? tak pernah ada bangsa lain yang bersikap baik dengan kalian? Kalian persendakan bangsa dan kejadian mereka, apa bangsa kalian dan kejadian kalian tu baik sangat? Cuma iman saja menjadi perbandingan.

Dan pedulikanlah bangsa atau orang agama lain mengutuk kalian. Sebab kalian dah diberi nikmat iman, kalian ni khalifah, kalian harus jadi lebih baik dari mereka!

Hentilah!

Rabu, 15 September 2010

Perpisahan yang panjang

Perpisahan yang panjang ialah apabila perginya insan yang itu ke alam lain...

Selasa, 7 September 2010

Qadar


Jika malam ini malam lailatul qadar, malam inilah dimana tuhan menulis Qadar kita, ketentuan kita. Perancangan tuhan adalah yang paling lengkap dan paling sempurna. Pernah tuhan berfirman:-

"Jika tidak mahu menerima takdirku, carilah tuhan yang lain"

Keras kan? Sebab Allah nak ingatkan yang kita ni hamba je. Kita datang didunia ni tanpa apa, kosong dada kosong segalanya, tapi bawa pulang menemui tuhan dengan pahala dan dosa.,

Ah, malas pula aku sebab blog ni dah berbaur ceramah agama pula.

Aku pernah mengalami saat yang buruk, saat aku fikir tuhan tu dah benci pada aku, dah tak mahu melihat aku, lalu aku lakukan segala yang haram, tapi dalam hati aku merintih, tuhan, adakah aku akan mati dalam keadaan begini? Dan kemudiannya tuhan keluarkan aku dari lembah tu, saat hati aku dah pecah kerana kecewa. Tapi tuhan ada perancangannya.

Kadangkala tuhan beri kita keliru, sampai kita merintih minta petunjuk, dan kadangkala bantuan tuhan tu amat lambat sekali, hampir kita dah putus asa, tapi kita merintih lagi, sebab kita percaya, tiada siapa yang Maha Kuasa selain Dia. Dan kemudian tuhan kabulkan doa kita, entah 5 atau 6 tahun kemudiannya, mungkin kita dah lupa pun dengan permohonan kita, mungkin kita dah puas merajuk, dah membentak-bentak, malah mungkin dah terpesong hati pula. Saat tu tuhan makbulkan doa kita, umpama kita dah hilang kad pengenalan, dah kena tangkap polis dan disangkakan pendatang asing, dah kena masuk lokap, atau mungkin dah hampir dihantar ke tempat tahanan sementara, tiba-tiba, polis kita mereka dah jumpa kad pengenalan kita. kita bebas! Kita bebas, kita boleh telefon mak ayah, kita boleh pergi toilet bersih, kita boleh tidur atas tilam empuk dan paling best, kita boleh melayari facebook kembali.

Rasa bebas seolah bertemu barang hilang yang paling kita cari. Masa tu kita akan rasa bahagia, semua air mata seolah tak pernah wujud, semua derita seolah luput.

Allah nak beri kita kegembiraan itu!

Dan Allah nak kita selalu meminta pada Dia. Allah tak pernah jemu, Allah tak pernah menyampah tengok muka kita, tak macam kita nak minta kelulusan projek dari YB Ali Rustam ke (contoh je), sekali dua dia okay lagi, bila dah selalu sangat, silap-silap kena halau dengan setiausahanya.

Tapi Allah tak begitu! Makin kita minta makin Dia sayang pada kita. Percaya pada Allah, redha, dan tawakkal, pada yang diluar kemampuan kita, Allah akan beri yang terbaik.

Berlapang dada lah.

Isnin, 6 September 2010

Pilihanraya

Dengar kata che det suruh buat pilihanra umum selepas hari raya. Dengar katalah, aku taktahulah sahih ke tak. Nampak sangat strategi kotor, kalau benar PRU selepas raya. Pekerja awam dah diberi insentif raya rm500 dan dijanjikan dengan bonus atau kenaikan gaji pada akhir tahun  ni.

Kenapa perlu taktik kotor? Agaknya sebab tak percaya pada diri sendiri. Aku bukan pro pembangkang. Tapi aku dah semestinya juga bukan pro BN. Aku tak mengundi sebab aku tak percaya pada mana-mana ahli politik. Dan aku selalu percaya aku tak berseorangan, ramai golongan muda yang macam aku, kami tak mengundi, kalau mengundi pun sebab kena paksa, mungkin kamilah penyumbang utama undi rosak. Alah kau kecoh undi rosak, kau tak tengok undi pos yang sentiasa diragui? Kau tanya polis dan askar apa hak diorang mengundi? diorang takder hak, selagi polisi askar dan polis kena sokong BN, sampai mati pun negara ni tak adil.

Aku akan mengundi bila di kawasan aku benar-benar ada orang yang berkaliber, tak kisah lah parti bebas atau apa.

Ahad, 5 September 2010

Syawal

pemberita: apa nasihat puan pada pengguna yang membeli belah di saat akhir.
orang CAP: tengok betul-betul harga, buat simpanan, jangan beli saat akhir.
pemberita: puan dah membeli belah untuk raya?
orang CAP: Dah, dari awal tahun lagi saya membeli sedikit demi sedikit.
pemberita: terima kasih puan.

komen aku:
kau ni membeli belah sepanjang tahun ke? kau ingat raya ni agenda utama dalam hidup? samapai nak kena menyimpan dari awal untuk persiapan raya, kau nak beli apa untuk raya?

Raya ni untuk apa? Syawal ni untuk apa? Aku rasa Ramadhan lagi banyak hikmah, kenapa orang sibuk nak bagi Ramadhan berlalu awal.

Melayu..melayu..aiiiiiiiiiiiiiii..Melayu.

Sabtu, 4 September 2010

Facebook


Facebook pemusnah hidup. Tak percaya? Pernah dengar pasangan bercerai kerana cemburu pada komen-komen di facebook? pernah dengar fitnah meluas di facebook? pernah dengar putus sahabat kerana remove dari senarai kawan di facebook? Jadi apa lagi kalau tak memusnahkan hidup?

Manusia...sampai bila nak diperkotak-katikkan oleh media. Sampai bila nak jadi pak pandir dan lebai malang, menang sorak kampung tergadai, memburu yang tak pasti yang dikendong berciciran.

Manusia kini lebih senang bergaduh sms, bergaduh dalam Facebook, cerai. Putus. Sudah hilangkah indahnya komunikasi secara fizikal, sudah hilangkah keberanian untuk bertemu muka, sudah hilangkah rasional untuk berbincang dan sama-sama berbicara dari hati ke hati?

Manusia, kenapa bodoh sangat sampai biar diri diperalat?

Ada otak pakai, ada mata pandang, ada telinga dengar. Lupa? dah lupa lagu Pak Pandir ni? Manusia..terutamanya melayu, memang mudah lupa.

Apa perasaaan kalian, bila bertemu, ya, dah rancang dari jauh, balik kampung, jumpa kawan-kawan, jumpa dikedai mamak, masing-masing sibuk picit-picit telefon genggam tengok Facebook sebab ada wifi, dan ada juga yang tak segan silu, letak iPad dan terus beronline tengok Facebook.

Bak kata Ustaz Eliaz Kassim, dalam satu ceramah, orang yang tidak ada didepan mata dilayan, orang yang didepan mata tidak diendahkan.

Kawan, senjata, kalau pandai guna boleh jadi alat untuk mempertahankan diri, tapi kalau salah guna, berus gigi pun boleh jadi alat untuk membunuh. Gunalah akal dengan lebih bijak dizaman yang media lebih bijak dari anda ni.

Rabu, 1 September 2010

Solat insan berdosa


Sesetengah kita beruntung dididik untuk solat dari kecil, dididik untuk tahu tentang kepentingan solat sejak kecil. Tapi ada juga diantara kita yang tidak kenal erti solat atau apa pun tentang solat hinggalah masuk sekolah rendah. Di sekolah diajar tentang solat, sekadar salah satu silibus. Dan bila sekolah menengah pula sibuk kena paksa solat waktu amali solat, masa tu memang asyik lari jelah, ponteng kelas lah bagai.

Dan ada yang lebih ...kurang beruntung..dilahirkan dalam keluarga yang bukan islam, pastinya iman itu amat berharga bagi mereka. Tak seperti orang melayu, Islam dicampak-campak ke mana yang mereka mahu. Yelah barang percuma kadangkala tidak mudah dihargai, berbanding barang yang harus dibayar dengan air mata dan darah.

Solat adalah perkara yang sukar kau lakukan apabila kau jauh dari tuhan. Paksalah, rotanlah atau sindirlah, sukar sekali untuk melakukannya.

Malah kalau kau hampir dengan maksiat pu, sukarnya untuk mendirikan solat.

Katalah, hidup kau dulunya dah biasa solat dari kecil, kemudian kau terjebak dengan maksiat. Yelah bila dah bercinta nak asyik berdating kemudian mula hampiri zina, bila dating tak jaga segala adab, dah hampiri zina, lepas tu mula berzina. Hmmm..zina ni macam dadah. Sekali kau terjebak dan terasa nikmatnya susah nak kau tinggalkan. Sama juga dengan bila berzina dengan tangan sendiri, namanya boleh dikatakan berzina juga. Waktu ni kau akan rasa solat berat sekali. tapi buat jugalah sebab dah biasa, dan kadangkala solat jugalah sebab nak jaga reputasi. Apa apa pun, kau dengan tuhan, kau sedar yang kau dah jauh, solat makin sukar.

Tapi...pernah dengar bahwa Tuhan itu lebih dekat dari urat leher manusia, dan tuhan juga akan datang pada kau berlari jika kau datang padanya berjalan. Cuba semak tafsir quran, cari ayat tu, aku malas nak google, bilalah umat manusia nak buat sistem al-quran macam sistem google. Taip je lirik lagu sebaris, keluar lah nama lagu dan lirik penuh. Kalau ada google quran, taip je beberapa perkataan yang kau ingat dalam ayat tu, klik dan keluarlah ayat berapa surah apa. Tapi bagus juga..tidak wujudnya sistem ini buat kau syahdu bila muncul ayat ni waktu kau tergeran nak baca tafsir.

Jadi bila hati kau tergerak dan dapat hidayah untuk mencari tuhan kembali. Biasanya waktu kau susah, sedih, masa ni baru kau akan terfikir balik tentang tuhan, dan masa tu kau mula buka balik tafsir kau yang dah berhabuk tu, dan kemudiannya baru kau tergerak nak solat balik, masa tu akan mudah balik untuk mendirikan solat.

Tapi..lagi lagi tapi..bila kau tak terniat nak berhenti maksiat, jawap nya nak solat dan dekat pada tuhan..payah. Tapi hidayah milik tuhan, tu hak tuhan. Bila kau payah nak berhenti maksiat tu. Yelah dah hari-hari sang kekasih merayu rayu, nafsu dah memang berumah tangga, memanglah payah,kan. Lebih-lebih lagi bila tinggal serumah, lagilah payah. Yelah konon nak jimat sewa bilik, jadi banyaklah benda yang boleh jimat, tidur pun boleh sekatil.

Moga hidayah akan sampai pada kita.

Kunci mudah nak kerjakan solat, tinggalkan maksiat. Kau pergi google filem "Kiamat susah dekat" beli cd tu atau download lah. Solat kena solat, sebab kiamat dah dekat. Solat tanda kau bertuhan.

mati itu benar dan syurga itu benar. Kalau tiada rasa bertuhan, bila mati nak jawab apa beb?

Selasa, 31 Ogos 2010

Merdeka 53, 2010




Merdeka, juga bermakna pada malam itu adalah parti seks, buat anak muda yang pulang dari gembiranya mereka setelah berhibur dimalam merdeka. Hmm..apa bezanya dengan hari hrai yang lain, tetap ada zina dimana-mana oleh anak melayu, anak melayu yang beragama Islam.

Moga taubat akan sampai pada mereka. Jangan sekali pinggir mereka,apa kau ingat kau baik sangat? Kalau mereka-mereka ini bertaubat, mereka akan lebih suci dari kau yang hari-hari mengumpat. Dari kau yang hari-hari berbohong. Dari kau juga yang hari-hari menelan riba. Apa kau ingat letak saham di bank itu tidak riba? Itu riba dunia akhir zaman, riba wajib, letaklah disegala akaun al- apa pun, belum tentu suci seratus peratus. Kata orang Bank Islam itu..bank nya yang Islam, orang yang berurusan disitu belum tentu. Hah..mengumpat lagi kau disitu, kesian dengan kakitangan bank Islam!

Tahun ini ulang tahun 53.

baru tadi aku putar saluran diradio. Semalam, maaf. Berita politik tentang ahli politik cina yang masuk kesurau memberi ceramah. Ceramah apa ya? gambar yang aku lihat ialah gambar YB itu memberi bantuan hamper dan beliau memegang mikrofon. Dia ceramah apa? Ini yang aku nak tahu sangat, sampai segala sultan marah, segala Yang Berhormat yang kerjanya menghabis duit rakyat untuk memplastikkan muka mula bercakap pasal agama.

"Haram orang kafir masuk surau, masjid"

Kau pernah baca sirah nabi, dimana seorang badwi kafir yang benci pada Rasullulah telah membuang air kecil didinding masjid, Sayyidina Umar ingin saja membunuh sang badwi itu, tapi rasulullah cuma minta untuk dibersihkan saja. Maksudnya zaman nabi ada orang kafir masuk masjid.

Okay, aku taknak besarkan hal ini, bagi saja tugas membesarkan issu ini pada sang politikus yang tiba-tiba gian nak bercakap pasal agama tu, walhal entah semalam baru letak agama ditepi katil atau dibawah botol.

Yang aku nak nyatakan disini, kenapa kau mainkan isu agama dan bangsa wahai politikus? kenapa? Kenapa kau buat negara kami ni makin jelik? Makin penuh dengan kebencian? Kenapa bangang?!

Itu merdeka? Kau yang menjajah negara ini sekarang, kau jajah dengan kebencian dan dendam kesumat. Kau cincang perpaduan yang kononnya kau cuba bangunkan? Pendusta!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...