"Bad things happened, but you still can live"-Super 8(2010) (Demi malam apabila telah sunyi,Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada pula benci kepadamu, Dan sesungguhnya akhir itu (akhirat) lebih baik bagimu dari permulaan(dunia).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Ad Duhha: ayat 2 hingga 5)
Khamis, 25 November 2010
Renungan yang asing
Kau pernah bertemu seseorang yang amat menyerupai insan yang pernah memberi pengertian yang mendalam dalam hidup kau? Insan yang memberi perubahan emosi kepada diri kau.
Haritu, aku bertemu lelaki ini, yang wajahnya amat serupa dengan seseorang. Beberapa kali aku mencuri pandang. Beberapa kali aku merenung apabila mata kami tidak bertentang. Rindu keramat yang sukar untuk dimengertikan. Ya, rindu adalah suatu perasaan yang amat keji, kan, mengikat emosi kau dan menghambat masa-masa malam yang sukar untuk kau lelapkan mata.
Puas aku memerhati dia, ya sekadar menatap dan mengingatkan wajah yang dulu pernah mengikat hati dan emosi.
Tiba-tiba lelaki itu merenung aku kembali, lantas aku cuba mengawal reaksi wajah aku, emngawal emosi yang memberontak. Matanya terus kearah sepasang mata ini. Nasib sekadar renungan asing. Disebalik matanya, tiada memori tentang aku. Renungannya, renungan kosong. Renungan yang asing.
Sebaliknya, aku yang memutar memori.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
fuiyoo.. main tenung plak.. hehehe..
BalasPadamsiapa dia?siapa dia??siapaa diaaaaa?
BalasPadamheidi,tenung tak salah kan?
BalasPadamcdot, adalah...