Halaman


Memaparkan catatan dengan label FTM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FTM. Papar semua catatan

Khamis, 4 Disember 2014

GID dan Transgender di Malaysia, kemana?

Sebagai orang awam, isu ini mula menarik perhatian umum, dan pastinya sebagai seorang yang amat tertarik dengan isu seksualiti, aku tidak terkecuali.

Ada dua perkara yang aku lihat disini. 

1. Institusi mahkamah syariah mula dicabar.
2. Hak bersuara golongan LGBT mula menerobos ke ruang yang sering ditakuti.

Golongan doktor ada yang menerima baik dan mengatakan golongan ini perlu dirawat dan tidak disisihkan. Golongan pelampau agama mula memaki hamun golongan yang dikatakan sebagai golongan laknatullah ini. Dan golongan LGBT tegar pula semakin melaungkan hak bersuara yang menjadi gagasan dunia.

Golongan doktor melihat perkara ini dalam sudut paling liberal. Mereka perlu dirawat kata penulis drsyamirul.Baiklah, andai perlu dirawat, hasil yang bagaimana yang dikehendaki? adakah mereka yang keliru ini akan menerima jantina asal mengikut fisiologi mereka?

Satu lagi pertanyaan, kaliini kepada golongan transgender, mahukah anda dirawat untuk akhirnya menjadi yakin dengan gender asal? Lagi pertanyaan, adakah anda akui anda sebenarnya sakit jiwa dan perlu dirawat?

Terasnya disini adalah akidah, apabila anda tidak dapat menerima hukum tuhan dan kejadian tuhan, akidah anda, keimanan anda boleh dipersoal.  Sedangkan institusi keagamaan hanya menjalankan tugas mengikut hukum yang termaktub dalam syariah, mencegah kemungkaran yang lebih besar.

Persoalan disini, anda redha atau tidak Islam menjadi agama anda? Anda redha tak, Allah sebagai tuhan anda? Nabi Muhammad sebagai pesuruhNya?

Lantas apa yang digariskan didalam Islam, apa yang ditentukan oleh Allah dan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad itu adalah benar dan wajib diterima andai kau redha Allah tuhanmu.




Ahad, 3 Ogos 2014

Engkar, mungkir.

Jujurnya, aku tidak tahu untuk meletakkn tajuk. Jujurnya, aku hampir ingin meletakkan noktah kepada MG. Kerana aku merasakan kemelut yang aku hadapi dahulu sudah hampir hilang. Ramai yang bertanya, bagaimana..bagamana untuk berkahwin sedangkan mereka tidak dapat melupakan naluri.


Naluri, jujurnya aku belum temui kaedah penyelesaian. Aku cuma bertuah, kerana dikurniakan jodoh yang sangat memahami aku. Kadangkala, akulah menunjukkan padanya gadis-gadis cantik yang ada didepan mata, sama sahaja terujanya dia dan aku, kerana dia lelaki, jadi itu normal, kerana dia memahami aku, jadi dia tidak menempelak aku. Kerana dia tahu, sekadar itu-itu sahaja nakalku. Bukan juga dia membenarkan tingkah laku ku.


Namun, dia juga bukan selamanya untuk aku.


Ini bukan syurga, yang segalanya kekal disampingmu. Ini dunia. Dimana nanti kau juga akan hancur ditelan tanah, kecuali kau syahid atau penghafaz quran, atau mana-mana satu dari golongan itu. Jujurnya, perkahwinan ini juga, aku sebagai manusia biasa dan diuji dengan seksualiti, bukanlah mudah membuat keputusan. Aku cuma tenang selepas istikarah yang entah seberapa. Aku cuma tenang selepas meratap pada Yang Esa.


Kadangkala, aku masih mengkagumi kawan-kawan penk dan juga ftm. Betapa aku pernah dan teramat ingin seperti mereka. Tidak terbuang dalam diri sendiri. Namun realitinya kini, aku cuma isteri orang yang tidak pandai masak, berboxer dirumah dan sentiasa berambut pendek. Dunia ini juga pendek waktunya.


Biarlah aku menjadi aku dengan cara yang tidak engkar.


Bolehkah golongan kita berkahwin? Punya zuriat, hidup dijalan yang Allah redha?


Jawapan aku, yang juga kudapat dari seorang kawan.


Tiada yang mustahil bagi Allah.


Pertamanya, tinggalkan kekasih mu yang tidak diiktiraf dunia dan akhirat. Jangan beralasan tanggungjawab kerana kawan. Bila sahaja kau pernah merasakan dia lelaki mu atau dia isterimu itu tandanya kau di jalan yang tidak benar. Tinggalkan dia. Maaf, keras ayatku.  Tapi, untuk apa aku berlapik lagi, sampai bila?


Keduanya, lengkapkan solat dan aurat. Usaha, usaha hingga mati.


Ketiga, cari ilmu, dengan ilmu kau akan semakin dekat dengan tuhan dan orang-orang yang baik.


Cukup, buat tiga ini dulu. Inshaallah kau akan temui yang lain. Andai salah satu langkah ini kau gagal istiqamah, atau tidak buat, tapi terusan meroyan akan nasibmu, akan jodohmu, akan rumitnya hidupmu..tandanya kau yang memilih itu semua. Kau yang memilih engkar.


note: Dalam 3 peringkat ini kau akan menderita, tapi yakinlah Allah bersama orang-orang yang berjuang.

Ahad, 7 Julai 2013

GNY:Aku dan Oswald

Program getting near you (GNY), menemukan aku dengan sahabat-sahabat yang tidak ternilai harganya, mari aku ceritakan sedikit demi sedikit.

Kisah pertama adalah kisah aku dan Oswald yang bertemu melalui group Jalan Pulang, dia salah seorang ftm yang hadir didalam group itu, selain Axl yang pernah aku temui.

Kami duduk sebilik, aku dan dia bagaikan dua sahabat karib. Dikatakan hubungan kami seperti hubungan kulit, Skinship. Hubungan tanpa tarikan seksual, mungkin kerana aku yang lesbian. Atau aku yang kurang perempuan, lalu kami boleh tidur sekatil tanpa sebarang masalah. Itu belum lagi kami saling berbangga dengan boxer dibadan.

Jujurnya, itu pengalaman pertamaku sebilik dengan plu. Tapi kalau aku sebilik dengan gadis yang memang femme, mahu melayang aku. Nasib kami telah awal-awal merancang letakan bilik peserta, sebarang risiko sebolehnya kami jauhi.

Kadangkala kami berpegang tangan, kerana Oswald rimas dengan sifat aku yang suka menoleh kebelakang andai dia dibelakangku, apalah yang mampu aku lakukan, sikap dominan ku kadangkala tak bertempat, sentiasa mahu orang yang bersama denganku selamat disisi.

Kadangkala kami bergasak macam budak-budak. Tapi aku kalahlah dengan kekuatanku yang tak seberapa. Paling seronok, Oswald menggunakan fizikalnya yang ternyata lebih kuat dari aku, untuk mengejutkan aku subuh. Cukup sekadar dia meletakkan kakinya menghempap kaki aku, dah cukup buat aku terjaga sambil merengus. Yelah, 3 hari aku dan kawan-kawan banyak menguruskan peserta, dan juga bersembang hingga lewat, menyebabkan tidur menjadi pilihan akhir.

Paling indah, bila kami solat bersama. Dan Oswald amat segera menunaikan solat dengan alarm nya yang setiasa dipasang, untuk kelima-lima waktu. Sedang aku, cuma memasang alarm untuk waktu tidur!

Sepanjang kuliah, aku menjadi penterjemah dan tanpa aku sangka, aku boleh juga menterjemah ke bahasa inggeris dengan spontan. Alhamdulillah. Harapnya terjemahan aku membantu Oswald dalam memahami ilmu yang cuba disampaikan oleh penceramah.

Kesibukan bersama rakan menguruskan situasi, kadangkala membuatkan aku terpaksa membiarkan Oswald bersendiri, ah, dia sememangnya sebenarnya amat berdikari, kawan ini telah banyak mengembara dan telah punya banyak pengalaman hidup yang mengkagumkan.

Akhir pertemuan, adalah apabila aku menghantarnya di balai berlepas, moga Allah menemukan kita lagi.

Dan sesungguhnya, aku menyayangi mu kerana Allah, sahabat.

note: akan menulis tentang perkongsian di program getting near you dan juga ukhwah antara teammate yang amat berharga.

Rabu, 15 Mei 2013

FTM, kami dan ujian seksualiti Part 3 (Definisi HRT dan kesan)



Pada waktu Oswald memberitahuku dia akan berusaha untuk menjadi muslimah, aku tahu, dia juga cuba untuk memberi aku faham, bahawa proses dari FTM untuk kembali ke fitrah, mungkin hanya sekadar rohani, adalah sukar untuk dia mengembalikan fizikal masculine nya kepada wanita, dia juga membuka minda aku, bahawa proses yang akan dia lalui bukanlah mudah. Dia mungkin terpaksa meneruskan penggunaan hormone, kerana tanpa itu, fizikalnya akan terdedah dengan risiko-risiko yang mungkin tidak diundang.

Lalu apabila, aku meminta Oswald untuk menulis satu entry yang akan aku paparkan di blog ku,dia menulis mengenai kesan Rawatan penggantian hormon. Sebelum ini, aku ada membaca dan mendengar mengenai T, suntikan atau ambilan hormon, yang sering didambakan oleh rakan-rakan pengkid dan juga, aku, satu waktu dulu.

Artikel ini adalah untuk kita memahami kesan HRT kepada FTM, dan juga andai ada rakan-rakan yang nak mengambilnya samada secara sah atau tidak.

HRT adalah Terapi Hormon Penggantian, Hormone Replacement Therapy.

Tidak semua memilih proses transisi FTM dengan pengambilan HRT, atas beberapa sebab. Tidak seperti pengambilan estrogen oleh MTF (Transwomen), FTM sebenarnya mempunyai perubahan fizikal yang lebih ketara dari pada MTF apabila ia dikaitkan dengan pengambilan hormon.

Testosterone membuatkan badan dan perasaan anda lebih maskulin melalui:

1. mengubah pembentukan lemak dipeha,punggung, pinggang dan dada, berpindah
    kepada perut.
2. Meningkatkan pengedaran otot-otot, melebarkan bahu, dan menebalkan tangan    
    dan kaki .
3. Peningkatan otot-otot dan perubahan pergerakan lemak, akan jelas menyebabkan
    wajah kelihatan lebih bersegi.
4. Sesetengah individu boleh mengurangkan berat badan dengan lebih cepat,
    kerana otot-otot yang telah terhasil dengan mudahnya membakar lemak dengan
    banyak dan mampu mengurangkan lemak diperut.
5. Sesetengah merasa lebih kuat sebaik sahaja selepas suntikan HRT
6. Peningkatan rerambut di tubuh dan juga wajah.
7. Suara akan semakin dalam dan halkum semakin menonjol.
8. Menebalkan kulit dan membuatkan anda semakin toelran dengan udara dingin.
9. Mengubah bau badan dan lebih berpeluh apabila panas.(saya suka bau
    perempuan!)
10. HRT memungkinkan sedikit tumbesar sekiranya terjadi anda tidak matang
     dengan maksima sewaktu proses baligh.
11.HRT menghentikan kitaran haida dalam tempoh 3 bulan.
12. Nafsu seks seolah-olah semakin meningkat begitu juga dengan selera makan.
13. Clitoris mula membesar sekitar 2 ke 5 cm. Clitoris dan penis adalah bermula
      dari sel yang sama dan HRT akan menyebabkan pembesaran.
14. Lebih mudah marah dan menjadi kasar dari segi fizikal dan emosi.

Tidak ada jangkaan masa yang pasti untuk semua proses ini, tetapi ianya akan lengkap setelah 6 bulan. Ada yang memulakan HRT dengan suntikan, pil atau tampalan, bergantung kepada dos, kaedah dan juga kos. Ada yang memulakan pembedahan bahagian atas terlebih dahulu kerana berasa tidak selesa memiliki payudara tetapi mempunyai hormon lelaki.


Pembedahan atas (Top surgery: Membuang tisu payudara dan membuatkan dada lebih maskulin. Mempunyai beberapa prosedur yang bergantung pada saiz dada, ketegangan kulit dan apa yang dikehendaki (seperti parut, masa pulih dan risiko/kelebihan).

Tiga pembedahan utama:


1.       Bilateral Mastectomy or Bilateral Incision
2.       Subcutaneous Mastectomy or Keyhole
3.       Subcutaneous Mastectomy or Peri-Areolar

Hysterectomy: membuang uterus. Kebiasaannya disatukan dengan with Bilateral Salpingo-oophorectomy, iaitu membuang ovari dan salur fallopian. Ini kerana testosterone akan menghentikan kitaran haid, dikatakan berhubungkait dengan pengaktifan kanser, namun tiada kajian yang khusus. Biasanya pembedahan ini akan dicadangkan dalam tempoh 5 tahun dalam memulakan testosterone.

Pembedahan bahagian bawah (Bottom surgery): pembinaan alat kelamin lelaki. Ada dua jenis:

Metaoidioplasty atau Phalloplasty (rujuk entri sebelum). Pada masa yang sama, penyambungan (extended) urethra dilakukan agar penis dapat membuang air kecil melaluinya. Boleh juga vagina ditutup atau dibuang, sekiranya belum lagi dilakukan. Scrotum atau buah zakar silikon juga boleh dimasukkan.

Tamatlah kisah secara terperinci tentang FTM didalam blog ku.
Oswald telah membina blog nya kerana amat ingin berkongsi pengalaman hidupnya dengan pembaca, dan memberi pendedahan tentang kebenaran tentang FTM.

Disini : Between Islam and Female-To-Male Muslim

Jumaat, 10 Mei 2013

FTM, kami dan ujian seksualiti, Part 2 (terjemahan)


Oswald adalah seorang FTM yang baru menyertai group Jalan Pulang.

Oswald:

Saya menerima satu email tentang Bengkel pengurusan Jenazah. Saya banyak berfikir tentang apabila saya mati, siapa akan menguruskan saya, lelaki muslim atau wanita muslim?. Saya adalah Transmen (Female to Male) post-op.

MG: Saya  pernah menghadiri ceramah, yang memperkatakan tentang jenazah. Seorang MTF (Transwomen, Male to Female), akan diuruskan oleh lelaki muslim dan FTM diuruskan oleh wanita muslim.

Oswald: Oh, jadi bagaimana dengan muslim transgender yang mahu berkahwin? Bagaimana dengan menunaikan haji dan umrah?

MG: Perkahwinan dikalangan transgender adalah tidak sah. Kecuali FTM berkahwin dengan seorang yang memang dilahirkan sebagai lelaki. Satu fakta yang agak sedih untuk kita terima, semua ibadah mesti dijalankan mengikut jantina kita dilahirkan.

MG: Kecuali Khunsa, khunsa adalah kes yang berbeza, dimana mereka memang dilahirkan dengan dua jantina. Selalunya ia boleh dibezakan dengan adanya rahim atau kilang sperma. Jika seseorang itu boleh mempunyai sperma, sudah semestinya dia lelaki, sekiranya mempunyai rahim, sudah semestinya perempuan.

MG: Tapi ada wanita yang dilahirkan tanpa rahim. Kesimpulannya, khunsa akan disahkan oleh doktor samada seseorang itu benar-benar mempunyai dua jantina sejak dia dilahirkan. Ianya boleh ditentukan oleh hormon, struktur tulang, sperma, rahim malah kromosom. Kemudian mereka akan mengesahkan seseorang itu sebagao khunsa dan penjaga biasanya dinasihatkan untuk membuat pembedahan jantina kepada kanak-kanak itu.

Itu mengikut apa yang saya tahu dari syarie. Sekurang-kurangnya, itulah yang berlaku di Malaysia.

Pada awalnya, saya juga tertanya-tanya tentang ini, tapi didalam ceramah yang saya hadiri, fasilitator itu berkongsi dengan kami pengalamannya menguruskan jenazah MTF (wanita transgender/maknyah/transwoman). Jadi dari situ saya faham bagaimana hukum soal ibadat terhadap transgender.

Oswald: Terima kasih. Saya sebenarnya tidak berani untuk mengimpikan perkahwinan, bagaimana dengan menunaikan ibadat haji?

MG: Menunaikan haji, jika kita fikir secara rasional, dalam kad pengenalan anda adalah lelaki (Oswald adalah warganegara Singapura, mempunyai peruntukan undang-undang untuk menukar jantina, setelah pembedahan jantina dilakukan). Arab Saudi akan menerima itu. Tetapi samada ibadah itu sah atau tidak, ditakuti secara syarie ia Cuma akan sah jika ftm menunaikannya seperti muslimah.

Oswald: Pada masa kini, didalam jantina pada ID saya adalah lelaki, tetapi tidak pada sijil kelahiran.

MG: Arab Saudi akan terima, tapi..seperti saya terangkan tadi..
Oswald: Saya bersedia untuk menerima kenyataan ini. Saya tidak mahu hilan iman saya lagi.

MG: Sama seperti semua ibadah. Bagi syariah Islam, ianya akan mengikut jantina kelahiran, kecuali khunsa.

MG: Saya menyayangi kami! Dan tahu ianya tidak mudah, kawan.

Oswald: Memang  ternyata tidak mudah. Kita kembali kepada Allah seperti kita datang kesini dari Dia. Saya telah pun berbincang dengan teman saya tentang ini.

MG: Kerana itu saya menyayangi kamu! Sayang kerana Allah, semua kita boleh kembali pada Allah dan sesetengah kita melalui jalan yang sukar, tetapi Allah tahu dan kira setiapnya. Makin susah perjalanan itu, makin tinggi darjat iman seseorang itu.

Hidup ni tiada apa...redha Allah adalah amat sesuatu.

Oswald: Terima kasih kerana menyayangi saya, kawan. (terharu). Saya menghargai kebebasan dan pilihan yang Allah beri. Ya, hidup hanya sementara. Saya amat gembira menyertai group ini sejak jumaat lepas.

MG: Inshaallah. Moga Allah merahmati kita, moga kita kembali pada Allah dengan redhaNya, dan moga semua kita berjumpa disyurga.amin.

Mesejnya kepada ku:
Di masa hadapan, saya akan bersedia untuk menunaikan haji dan pergi kesana sebagai wanita. Selepas pulang, saya akan terus menjadi wanita, hingga akhir hayat.

Note:
Definisi ’pre-op’, post-op dan full op FTM:-
Pre-op: Tanpa pembedahan jantina. Hanya menggunakan suntikan hormon terapi (HRT).

Post-op: Telah menjalani pembedahan jantina(SRS): bahagian atas dan juga hysterectomy (membuang rahim). Terus menggunakan suntikan hormon (HRT).

Full –op: Telah menjalani pembedahan jantina (SRS): Pembedahan penis mengikut beberapa kaedah yang dipilih- phalloplasty (mengambil kulit lengan atau peha dan menstruktur zakar dan penis) ataupun Metoidioplasty (mengubah struktur clitorist, tanpa membentuk zakar). Meneruskan suntikan hormon.

Proses detransisi bukanlah mudah dan hampir mustahil, kerana Oswald telah pun lama mengambil suntikan hormon, dan telah menjalani pembendahan Post-op. Dan dia memerlukan kestabilan estrogenes untuk struktur tulang apabila telah tiada lagi rahim dan ovari.

Apapun, dunia hanyalah sementara. Siapa dan apa rupa kita dihadapan manusia, selagi perintah Allah kita turuti..kita hanya hamba Allah..dan Allah lah yang maha mengetahui niat dan usaha hambaNya.

Entry rujukan: apa itu pengkid dan FTM
Entry Part 1: respond seorang FTM.

Catatan dari Oswald: Between Islam and FTM 



Selasa, 7 Mei 2013

FTM,kami dan ujian seksualiti. Part 2

Ian Harvie, antara 10 orang transmen yang terkenal didunia. Sumber.

Entri ini adalah susulan dari entry respond seorang FTM di blog ini.
Sesungguhnya, aku tidak sabar untuk berkongsi dialog antara aku dan seorang rakan baru di Jalan Pulang.

Aku amat ingin memperkenalkan Oswald Orange, dimana aku amat tersentuh dengan dia yang amat cenderung untuk pulang ke fitrah. Dan, kawan, jalan yang telah dia lalui dan akan lalui bukanlah jalan yang mudah.

Dia memulakan post tentang beberapa hukum yang bersangkutan dengan FTM (Female to Male) di group Jalan Pulang. Buat pengetahuan kalian, aku telah meminta izin dia untuk meletakkan seluruh perbincangan kami, juga diizinkan menggunakan nama FB nya.

Jawapan-jawapan aku kepada Oswald hanyalah dengan sedikit ilmu yang aku dapat dari pembacaan dan ceramah, mungkin ada salah silap, bolehlah membetulkan aku diruang komen.

Oswald Orange:
I received email about the Islamic class on Jenazah Course / Islamic Funeral & Death Rites Course. I had been wondering about when I die, who performs on me - Muslim or Muslimah? I am post-op ( top and hysto surgeries, full surgery) FTM?
MG DA: I attended a talk about jenazah. A mtf will muslim, ftm will be muslimah.
Oswald Orange: I see. How about transgender muslin getting married?
Oswald Orange: How about performing haji and umrah?

MG DA: Married among transgender is not validate. Unless a ftm married to a guy, I mean biologicaly a guy. Oswald Orange, a sad fact all ibadah will be perform according to our biological gender.

MG DA: Unless khunsa, khunsa is a different case which they are really born with two genitals. Ands its define by sperm and womb. If tht person can hv sperm..definitely a guy. If tht person born with a womb, definitely a woman. If I not mistaken.

MG DA: But some woman born without womb. Conclusion..khunsa, the doctor will validate the person that he or she has 2 genitals..since they are born. Regarding their hormone, bone structure, sperm, worm and even chromosome. Then they will validate as khunsa and the parents will be advice to make gender surgery to their kid.

Thats what I know from syarie.

At least that what happen in malaysia.

At first I also wonder, but in that talk that I attended, the fasilitator really share his experiece handle a transwoman jenazah. So then I understand the syarie rules in ibadah about transgender.

Oswald Orange: Thanks for sharing this with me for the best understanding. Actually, I cannot dare to dream of getting married. how about performing haji?

MG DA: Oswald Orange, performing hajj..if we think rationally in your cert is male, right. And I think arab saudi will accept that. But whether the ibadah valid or not, i am afraid its only valid if a ftm perform as muslimah.

Oswald Orange: My current IC gender is legally male. But not my birth certificate.

MG DA: Arab saudi will accept IC. But as I said..
Oswald Orange: I am willing to accept these facts. I don't wish to lose my iman again. 

MG DA: It same as all ibadah, Oswald Orange. For islam syarie its according the gender that we born, unless khunsa.

MG DA: Oswald Orange, I love you buddy!. And I know its not easy.

Oswald Orange: It is obviously not easy. We return back to Allah as we came here from Him. I already talked to my partner about this issue.

MG DA: That's why I love you Oswald Orange. Love because of Allah, all of us can return back to Allah, and some of us have to been trough a really difficult path, but Allah counts every single of it. The tougher the path the higher level of iman that person will get.

Life is nothing ...Allah redha is really something.
(Tears).

Oswald: Orange Thank you for loving me, my buddy. (Touched). I appreciate Allah for giving freedom and choices. Yes, life here is only temporary. I am really glad to be member of this group since last Friday.

MG DA: Inshaallah Oswald Orange, may Allah bless all of us, may we return to Allah with His redha and may all of us meet together in jannah.amin

Mesejnya kepadaku:

In near future, I am ready for haji and go there as a woman. After return, I continue being a woman till my death.

Impian Oswald adalah ingin menunaikan haji, dan hidup sebagai muslimah, beliau akan berusaha untuk menukar kembali dokumentasi dirinya. Ya Allah, dia pulang kembali semata-mata kerana Allah. Indahnya perjuangan yang hanya Kerana Allah. Dan tiada siapa yang dapat menyangkal, jalannya bukanlah mudah. Beliau telah mula solat, dan katanya padaku, akan membeli telekung.

Sedikit info:

Definition of pre-op, post-op and full-op FTM:-
Pre-op: without SRS surgery. Continue male hormones replacement therapy (HRT)injection.
Post-op: SRS surgery: top and hysterectomy surgeries done. Continue male hormones replacement therapy (HRT)injection.
Full-op: SRS surgery: penile surgery methods of your choice – phalloplasty (long length) and metoidioplasty (short length with skin balls). Continue male hormones replacement therapy (HRT)injection.

Perlukah entry ini diterjemahkan sepenuhnya ke dalam Bahasa Melayu?
Perkenalan aku dan Oswald membuka mata padaku tentang betapa ujian yang aku lalui, tiada apalah sangat.

Part 1.

Sabtu, 4 Mei 2013

FTM,kami dan ujian seksualiti. Part 1.

Minggu lepas, group Jalan Pulang telah disertai beberapa orang FTM, transgender female to male. Kerana itu aku telah repost article aku tentang pandangan aku dan apa yang aku fahami tentang FTM.



Lalu group kami mula membincangkan secara agak terbuka tentang FTM. Dan dalam masa yang sama, dua hari lepas, aku menerima komen di entry :Kau Gay dalam diri.

Untuk itu aku paparkan respond anonymous tersebut, tanpa edit.

I already transform my body , and I never ever regretting it .. Dah hampir 2tahun sy hidup sebagai lelaki , dan I do enjoy it alot .. This is my story , bukan utk djadikan pemakin 
semangat atau jalan utk pengkid2 lain .. 

Pgl sj sy qie , umur 35 asal dr johor . Dari kcil , mmg sy rasa lain sungghh dgn diri sy ni .kenapa sy kena brmbot pnjg , hri raya kne pki bju kurung ? dan mcm2 lg bemain di fikiran ..sy sukakan perempuan dr umur sy 9thun lg .. She was my childhood friend . Dipendekkan cerita , sy berubah menjadi pengkid since sy berumur 12 thun ..I start binding my breast ..Sakit , sgt sakit .. Lgpulak masatu xwujud lg proper binder , so I use bandage , rollover my chest .. Tp hidup sy mmg xpnh aman .. I been questioning all day all years .. Dan paling teruk , sy xhabis2 memaki allah .. Its true , Its all true ..

Sy terlalu bencikan diri sendiri .. You know , this dysphoria getting worst until sy jadik manusia yg sgt2 anti-social .. Yelah , bekawan dgn org sejantina , some of them mcm2 takot2 nk berkawan .. Takut sy sukakn diorg agaknye .. Kwn dgn lelaki pulak , sy rasa sy xsetaraf , yelah sy rasa sy cuma seorg manusia fake .. Pelik .. Nk berkawan dgn manusia2 pengkid , lglah sy malu .. Yelah , manusia hina , bile berkumpul rmai2 , byk mata memandg .. Lg lah terasa sy ni pelik .. So , bila sy berumur 15 , sy stop berkwn dgn sesiapa pn .. That time , sy terfikir kalau sy sendiri pelik dgn diri sendiri , apatah lg org lain ..

Mak n abah sy , xdelah menghalang , xpulak menggalakkan sy jdk mcm ni .. Tp mcm mana pn ble umur dh menginjak , ad jugkla mereka berbunyi .. And that hurt me alot .. Sy terlalu sygkn mak abh sy , dn bila ayat " abah kecewa kau potong rmbot mcm tu " , sy btol2 kecewa .. Sy tak berkwn , xmerayau , xhisap dadah , xminum arak , bila bapak sy kata mcm tu , sy btol2 kecewa .. Sbb , he never said like that to my brother masa abg balik dr berjudi .. Heh , he never said he kecewa bila abg nk gadai kereta abah sbb xdpt baya hutang judi dia yg setakat 500 .. You know , dibandingkn dgn abg yg nk jual kereta abh sbb hutg judi , dgn sy yg cuma cukur sikit rmbot sy , abh lg kecewa dgn sy .. Waktu tu umur sy 19 , so sy pack baju , and sy terus keluar rumah ..

That time was really hard .. Sy berjalan tanpa henti .. Sy takde kwn utk dihubungi .. I got nothing .. Duit pada sy waktu tu cuma ad RM 90 .. 2 hari sy melilau takde tujuan .. Sampaila sy junpa flyers ejen kerja di Singpore .. Dipendekkan cerita , sy terus menetap di sini .. 

Walau umur dah berganjak , sy msih lg sy .. xboleh nk diubah ..puas dah dahi ni besujud , mtk petunjuk Allah , masih xde jawapan .. Hinggalah 2thun lepas , sy berkenalan dgn seorg aktivis hak asasi .. Dia org 1st yg sy luahkn isi hati , curahkn semua benda yg sy simpn dn pendam .. Alhamdullilah , jalan terbuka luas 
.. Sy terus ambil suntikan hormon 3mgu sekali , buat penukaran nama and everything .. She collected money for me to perform my post op surgery ..

I done .. Im much more happier now .. This 2 years of mine was the greatest .. I enjoyed every second of the time and I do make alot of friends too ..33 thun sy hdup dlm kesedihan , kesakitan , dn sy xpernah menyesal walau sesaat buat kputusan mcm ni .. 


Respond kedua dari anonymous yang sama..

agama ?? Sy masih lg seorg Islam .. Biarlah apa org nk kata , sy masih lg salah seorg dr berjuta hamba2nya yg pelik .. Sy masih lg menghadap arah kiblat yg sama .. Sy masih lg membaca alquran yg sama .. Walaupun teman hdup sy sarankn utk sy convert ke agamanya supaya kami boleh berkawin , akal dn hati sy masih lg menghalang .. Semoga sy terus teguh dn diterima allah .. Doakan sy kwn ..

Tujuan sy menulis , bukan utk dhamburkan hinaan , diberi nasihat .. bukan bongkak , tp percayalah sy dah terima lebih dr nasihat , lebih dr ayat .. Alquran dah sy tilik , berwirid , berzikir , semua sy dah lakukan .. 

Tujuan sy cuma satu .. Semua org bakal mempunyai zuriat .. Didiklah , sokonglah , jagalah hati anak .fikirlah yg terbaik , jgn diabaikan perasaan mereka .. Jgn biarkan kaki mereka melangkah ke tapak yg sy pijak sekarang 

Percayalah , perit dimaki hamun , dipandg hina org , tak sesakit disindir Ibu bapa sendiri .. Tak seteruk perasaan bila dah kecewakn ibu bapa kita .. 

And to all haters out there , you do hve a good intention but low of manners .. We don't need the bad word , all we need is time .. Nak teruskan juga memaki golongn pondan , pengkid , gay , lesbian ?? Teruskanlah .. Tp tolonglah sematkan dekat akal tu , we were born like this .. Siapa je nk hidup dlm celaan manusia / malaikat atau allah ?? Kamu nak ke hidup mcm tu ?? 

And never ask a fool question .. " kenpa dah lahir2 perempuan , tbe2 nk jadik lelaki ?" , " apa perasaan jadik mcm ni " and so on .. 

Katakanlag kamu sekarang seorg lelaki , mencintai seorg perempuan , tba2 sy suruh kamu jdk wanita .. Paksa dn terus paksa .. Kamu suka ke ?? Suka ke klau sy paksa kamu jadik perempuan dn kalau kamu tknk , sy maki dan hina ?? 

Thats all I got .. :) have a good day everyone . 



Namun didalam Jalan Pulang ada seseorang yang buat aku kagum, masa yang sama bersyukur kerana bertemu dengan dia di dalam group.

Kami berbincang mengenai hukum-hukum syarie terhadap FTM.



Oswald Orange
I received email about the Islamic class on Jenazah Course / Islamic Funeral & Death Rites Course. I had been wondering about when I die, who performs on me - Muslim or Muslimah? I am post-op ( top and hysto surgeries, full surgery) FTM?

lihat entry seterusnya...(panjang sangat kan, mana pernah entry aku panjang-panjang, jadi, hadam dulu,ya)

ps: buat anonymous, saya faham peritnya, walau bukan keseluruhannya, ya, saya doakan pengakhiran yang baik buat kamu dan semua.amin yarabbalalamin.


Isnin, 18 Februari 2013

Pengkid, ftm dan transgender.

Sebelum aku mula bicara, mari aku bercerita tentang definisi yang dipakai. Namun harap maklum, definisi yang terang hanyalah sekadar penilaian aku dari pergaulan, pembacaan dan pengalaman.

Pengkid:
Golongan yang dilahirkan sebagai perempuan namun mempunyai cara hidup seperti lelaki, cara berpakaian, cara bercakap dan bergaul. Kebanyakan mereka tidak selesa dikenali sebagai perempuan melalui panggilan nama seperti kakak, cik dan sebagainya. Malah nama panggilan yang dipilih juga selalunya menyerupai nama lelaki.

FTM (Female to male):
Mereka ini bukan sekadar berpakaian atau hidup seperti lelaki, mereka sentiasa menganggap diri mereka lelaki, dan merasakan terperangkap dengan tubuh biologi mereka. Mereka didefinisikan ftm sepatutnya hanya setelah mereka membuat pembedahan membuang buah dada. Ada yang memulakan dengan mengambil pil Testoran atau dipanggil 'T'. Selepas fasa ini biasanya mereka akan melengkapi diri mereka dengan pembedahan Metoidioplasty, untuk memiliki penis yang membolehkan mereka sekurang-kurangnya membuang air berdiri. Dan terakhir adalah pembedahan buang rahim, agar mereka tidak mengalami haid.

Transgender:
Golongan FTM ataupun MTF. Dimana FTM dipanggil Transmen dan MTF dipanggil Transwomen.

Pengkid biasa dilihat namun, FTM pada awalnya hampir tidak wujud. Namun, mereka sebenarnya ada. Terlalu sukar untuk dibezakan, kerana mereka biasanya amat low profile, amat. Mereka tidak pernah menganggap diri mereka lesbian, mereka adalah lelaki.

Aku sering dan suka mengkaji kehadiran FTM sejak 3 tahun lepas, dan komuniti di Malaysia telah ada, namun jarang disedari kerana mereka terlalu terpencil.

Membaca dari artikel The Transmen is still overshadowed  aku merasa sesuatu.

Aku dapat merasakan sedikit kemelut dijiwa mereka. Ya, aku tahu mencapai impian namun tidak akan pernah diiktiraf, apalah ada pada pengiktirafan kewujudan, jika di bandingkan dengan kepuasan yang diperolehi. Di Malaysia, penukaran gender didalam dokumen hanya dibolehkan kepada golongan khunsa, iaitu yang disahkan doktor memiliki dua jantina.

Pertama sekali, prinsip aku, kita semua manusia, masyarakat yang menghakimi dan menjadikan dunia ini memaksa banyak perkara. Kalau ikut hati aku, aku memang nak buat pembedahan, dan migrate ke luar negara..lalu hilanglah semua ketidak puasan.

Ingat dalam diri kami tiada tuhan? Kucing pun tunduk pada kekuasaan Illahi. Perkara paling besar dan anugerah paling berharga adalah kalimah Allah didalam hati. Dan ini tidak akan dapat dinilai oleh sesiapa.

Berhakkah orang lain mengatakan orang transgender ini harus dibakar dilaknat Allah, tak diterima bumi, harus dipulaukan, harus ditentang, malah ada yang mengatakan harus dibunuh.

Mereka mengatakan dan melantik diri menjadi hakim kerana mereka tidak pernah merasa betapa peritnya rasa janggal dalam setiap perkara, merasa tidak pasti dalam setiap perkara, merasa keliru dalam setiap perkara, merasa asing pada tubuh sendiri.

Sewaktu berusia 18 tahun, aku ingat bagaimana seluruh keluarga menentang aku, abang merayu, kakak menempelak, Pa dan Ma melontarkan bahawa aku memalukan keluarga. Namun pemberontakkan hati itu hilang kah? Tidak. Ia cuma hilang, bila Allah beri hidayah pada hati, iaitu beberapa tahun kemudian.

Lalu pada semua prejudis dan kebencian yang dilemparkan, adakah ada impak pada setiap jiwa yang telah tekad? Jawapannya tidak, ianya sekadar menguatkan dan membina benteng disegenap ruang hati, lalu mencari jalan keluar.

Sewaktu mengikuti program street dakwah dahulu, aku panas telinga bila ada rakan se program yang mengadu kawan mereka tidak menutup aurat dan sebagainya. Ingin sahaja aku memberitahu, perkara paling utama adalah syahadah, adalah iman dan kalimah Allah. Ramai sahaja orang bukan islam yang bertudung litup, tetapi tiada syahadah dihati.

Membenci, tidak akan menyelesaikan apa-apa, kerana dunia ini hanya sementara. Yang utama adalah masih memegang kalimah syahadah. masih mengaku diri ini Islam. Dan aku tahu itupun mahal harganya bagi segelintir muslim secara biologi.

Doa aku buat semua, siapa pun anda, bagaimana pun diri anda, walau ada yang mengatakan anda tidak layak hidup dibumi ini, peganglah kalimah Allah, dan akuilah rasulullah itu pesuruhnya, ada banyak perkara, hanya Allah dan anda sahaja yang tahu. Solatlah cara mana pun. Selagi anda mengaku anda Islam, anda adalah saudara seIslamku.Moga kita sama-sama sentiasa mendapat hidayahNya.

Link: Videoblog ,PLUcommunity, wikipedia, Iranian Transmen

Salah seorang FTM selepas mastectomy, pembedahan dada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...