Halaman


Memaparkan catatan dengan label lgbt. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lgbt. Papar semua catatan

Ahad, 10 Mei 2015

Gay atau plu mahu hijrah.

KAMI TAK SENDIRIAN

Sejak akhir-akhir ini pelbagai pihak mula memberi respond apabila mendapat tahu ada golongan kami yang ingin kembali ke jalan yang benar. Walaupun bilangan kami yang benar-benar ingin berubah tidak begitu ramai namun setiap kami melalui perjalanan yang berlainan.

Permulaan terjadi bila 3 tahun lepas aku menyertai satu program sukarelawan anjuran Pertubuhan Positive Warriors Malaysia dan JAKIM, waktu itu ustaz Izwan Yusof yang sedang menyiapkan kajian untuk thesis beliau juga menghadiri program tersebut, mencari sample kes tentang LGBT dan quran. Aku secara sukarela menjadi sample beliau.

Kemudian aku suarakan kepada seorang rakan tentang aku ingin mencari kelas fardhu ain buat rakan2 plu aku yang lain. Seorang kakitangan Yayasan Ihtimam mula mencadangkan kem Getting Near You siri 1. Dari rentetan itu kami bekerjasama dengan Yayasan Ihtimam, JaWI dan MAIS untuk mengadakan usrah kecil dan kursus pengurusan jenazah.

Rakan-rakan yang pernah menghadiri Getting near you 1 (GNY), mula mencari kelas-kelas agama untuk mengisi kekosongan hati dan memberi kekuatan jiwa, untuk menjadi jalan meninggalkan cara hidup yang songsang.

Kemudian kumpulan kecil fb Straight struggle (plu lelaki) pula mula ditubuhkan dan kem Hello Hijrah dijalankan juga anjuran Yayasan Ihtimam. Dan group Hello Hijrah juga mula menjalankan usrah sebulan sekali dan gelas iqrak gabungan dengan rakan dari group gny (explu muslimat) dibawah bimbingan Ustaz Izwan Yusuf, secara percuma pada setiap hari ahad.

Dan aku sebenarnya hariini baru menghadiri taalim di Yayasan ta'lim di Taman Tun Dr Ismail. Yayasan Taalim, pula menawarkan kelas
Ta'lim khas untuk kami yang disampaikan oleh Ustaz Halim Hassan, secara percuma, malah tidak kisah samada kami nak pakai tudung atau tidak bagi yang perempuan, kelas dibuka untuk plu lelaki dan perempuan, tanyalah apa sahaja,kongsilah jika mahu,malah menyediakan tempat tinggal untuk kelas yang dibuat pd hari sabtu selama 3 jam itu, bagi yang datang dari jauh. Tidak cukup itu Yayasan Ta'lim juga menyediakan kelas fardhu ain dan kelas quran mengikut jadual sekiranya mahu.

Sungguh, aku tidak tahu nikmat apa lagi yang kau dustakan wahai teman.

Mari kawan, mari sahabat, tinggalkanlah hidup yang menyesakkan itu. Siapakah yang menggerakkan jantung mu saat kau tidur? Siapakah yang membuatkan nafasmu berfungsi saat kau lelap?

Ustaz Halim Hassan cakap, bayangkan kalau bila kita mati, Allah bawa roh kita tengok waktu kita dikapankan..Allah bisik, baru dua jam tadi aku minta kau bertaubat...apa agaknya perasaan kita masa tu.

Isnin, 16 Mac 2015

Perkahwinan bukan penyelesaian

Malam ni panas, jadi aku tak boleh tidur. Adalah lebih baik aku menulis. Kadangkala ada rakan tidak faham dan menegurku supaya jangan mematahkan semangat mereka, bila aku mengeluarkan kata-kata demikian.

Ada antara kita menyangka, perkahwinan akan menyelesaikan masalah mereka. Malah itu juga kadangkala pendapat yang diberi oleh guru-guru agama yang tidak memahami masalah sebenar golongan lesbian dan gay.

Dan ada juga golongan kami yang mahu berubah dan menyangka dengan perkahwinan akan menyebabkan mereka berubah. Tak kurang juga mak ayah yang baru mendapat tahu masalah anak-anak mereka dan menyangka boleh menutup atau membetulkannya dengan perkahwinan.

Perkahwinan adlah satu ikatan yang suci.

Bukan untuk dibuat permainan atau sekadar untuk dipertontonkan. Berapa ramai antara kita yang mementingkan persediaan majlis perkahwinan itu lebih dari sebuah perkahwinan itu sendiri.

Ya, benar..siapa yang tidak terusik hati melihat gambar perkahwinan yang indah-indah. Namun jangan menjadikan itu semua sekadar didalam album. Dan malamnya berhadapanlah dengan realiti. Lelaki nervous, isterinya menanti debaran disentuh, dia pulak risau tak berfungsi. Atau yang perempuannya, mulalah rasa nak menangis menyesal, nak menghadapi yang dia tidak tahu, yang dia tidak suka, yang dia tidak keinginan.

Jangan jadikan institusi perkahwinan sebagai permainan.

Haram berkahwin andai tiada niat menyentuh pasangan.Haram berkahwin andai tidak mahu menjalankan tanggungjawab, dan haram berkahwin andai sudah sedia curang, masih menyimpan cinta dimana-mana yang tidak akan halal.

Bila mahu berubah, cari cinta yang Esa dahulu. Jadi insan yang tahu agama, sebelum berniat menyempurnakan agama itu. Setelah merasakan dapat menjadi imam atau makmum yang baik barulah sedikit sebanyak belajar ilmu tentang tanggungjawab dalam rumah tangga.

Jujur aku katakan, perkahwinan menghalalkan yang haram. Ada ke disini yang nak sangat berkahwin tetapi tidak mahu disentuh atau menyentuh?

Jadi, kita PLU, bekas PLU, belajar apa yang perlu. Belajar bagaimana untuk menjalankan tanggungjawab itu. Cari buku permata yang hilang, yang boleh saja didapati percuma waima didalam perisian android pun.

Kalau tidak ada keinginan untuk bersedia sekurang-kurangnya didalam tanggungjawab dan perkara yang boleh mendapatkan zuriat ini. Maaf, anda tidak layak kahwin. yes, syurga boleh ditempah dengan tanpa berkahwin, kahwin itu tidak wajib bagi anda yang tidak ada keinginan untuk membahagiakan pasangan. Jadi mengapa berkahwin? Apa perlunya berkahwin bagi anda?

Contoh paling baik, seorang rakan ku yang mempunyai naluri gay, dia mahu berubah. Kebetulan keluarga sudah mengaturkan pertunangan. Apa yang dia lakukan, dia berusaha mencari ilmu, berurut, jumpa orang-orang tua, malah pergi kaunseling dengan pakar sakit tuan, sebelum majlis perkahwinan. Itulah namanya usaha.

Tiga bulan pertama adalah sangat genting, penyesuaian dan sebagainya. Kalau anda tidak kuat emosi dan menyalahkan pasangan dan juga diri sebagai PLU, jawabnya memang sekadar albumlah yang terindah anda miliki, sebaliknya perkahwinan itu adalah mimpi ngeri buat anda dan pasangan.

Sekurang-kurangnya anda telah membuka hati, bahawa anda akan menjadi suami, atau anda akan menjadi isteri, seumur hidup.

Perkahwinan juga bukan untuk orang yang mudah mengalah. Mengalah bukan pilihan. Sangat sedih bila anda telah berkahwin dan tiba-tiba baru menyedari anda tidak bersedia menjalankan tanggungjawab anda. Anda telah merugikan masa dan mengorbankan hidup orang lain dengan sia-sia.

Betapa hebat pun anda dimata orang lain, namun hak isteri dan hak suamilah yang berat. Jika anda sibukkan diri dengan kerja atau yang lain walau pun anda menyangka anda makin mendekati agama, namun jika pasangan anda tidak redha, semuanya sia-sia. Itulah letaknya akad nikah didalam Islam.

Dan buat yang berjaya melepasi, perkahwinan pula adalah satu lagi tahap ujian buat anda. Perkahwinan itu indah, jika anda cuba untuk membahagiakan. Bukan sekadar pelarian,.

Khamis, 4 Disember 2014

GID dan Transgender di Malaysia, kemana?

Sebagai orang awam, isu ini mula menarik perhatian umum, dan pastinya sebagai seorang yang amat tertarik dengan isu seksualiti, aku tidak terkecuali.

Ada dua perkara yang aku lihat disini. 

1. Institusi mahkamah syariah mula dicabar.
2. Hak bersuara golongan LGBT mula menerobos ke ruang yang sering ditakuti.

Golongan doktor ada yang menerima baik dan mengatakan golongan ini perlu dirawat dan tidak disisihkan. Golongan pelampau agama mula memaki hamun golongan yang dikatakan sebagai golongan laknatullah ini. Dan golongan LGBT tegar pula semakin melaungkan hak bersuara yang menjadi gagasan dunia.

Golongan doktor melihat perkara ini dalam sudut paling liberal. Mereka perlu dirawat kata penulis drsyamirul.Baiklah, andai perlu dirawat, hasil yang bagaimana yang dikehendaki? adakah mereka yang keliru ini akan menerima jantina asal mengikut fisiologi mereka?

Satu lagi pertanyaan, kaliini kepada golongan transgender, mahukah anda dirawat untuk akhirnya menjadi yakin dengan gender asal? Lagi pertanyaan, adakah anda akui anda sebenarnya sakit jiwa dan perlu dirawat?

Terasnya disini adalah akidah, apabila anda tidak dapat menerima hukum tuhan dan kejadian tuhan, akidah anda, keimanan anda boleh dipersoal.  Sedangkan institusi keagamaan hanya menjalankan tugas mengikut hukum yang termaktub dalam syariah, mencegah kemungkaran yang lebih besar.

Persoalan disini, anda redha atau tidak Islam menjadi agama anda? Anda redha tak, Allah sebagai tuhan anda? Nabi Muhammad sebagai pesuruhNya?

Lantas apa yang digariskan didalam Islam, apa yang ditentukan oleh Allah dan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad itu adalah benar dan wajib diterima andai kau redha Allah tuhanmu.




Ahad, 3 Ogos 2014

Engkar, mungkir.

Jujurnya, aku tidak tahu untuk meletakkn tajuk. Jujurnya, aku hampir ingin meletakkan noktah kepada MG. Kerana aku merasakan kemelut yang aku hadapi dahulu sudah hampir hilang. Ramai yang bertanya, bagaimana..bagamana untuk berkahwin sedangkan mereka tidak dapat melupakan naluri.


Naluri, jujurnya aku belum temui kaedah penyelesaian. Aku cuma bertuah, kerana dikurniakan jodoh yang sangat memahami aku. Kadangkala, akulah menunjukkan padanya gadis-gadis cantik yang ada didepan mata, sama sahaja terujanya dia dan aku, kerana dia lelaki, jadi itu normal, kerana dia memahami aku, jadi dia tidak menempelak aku. Kerana dia tahu, sekadar itu-itu sahaja nakalku. Bukan juga dia membenarkan tingkah laku ku.


Namun, dia juga bukan selamanya untuk aku.


Ini bukan syurga, yang segalanya kekal disampingmu. Ini dunia. Dimana nanti kau juga akan hancur ditelan tanah, kecuali kau syahid atau penghafaz quran, atau mana-mana satu dari golongan itu. Jujurnya, perkahwinan ini juga, aku sebagai manusia biasa dan diuji dengan seksualiti, bukanlah mudah membuat keputusan. Aku cuma tenang selepas istikarah yang entah seberapa. Aku cuma tenang selepas meratap pada Yang Esa.


Kadangkala, aku masih mengkagumi kawan-kawan penk dan juga ftm. Betapa aku pernah dan teramat ingin seperti mereka. Tidak terbuang dalam diri sendiri. Namun realitinya kini, aku cuma isteri orang yang tidak pandai masak, berboxer dirumah dan sentiasa berambut pendek. Dunia ini juga pendek waktunya.


Biarlah aku menjadi aku dengan cara yang tidak engkar.


Bolehkah golongan kita berkahwin? Punya zuriat, hidup dijalan yang Allah redha?


Jawapan aku, yang juga kudapat dari seorang kawan.


Tiada yang mustahil bagi Allah.


Pertamanya, tinggalkan kekasih mu yang tidak diiktiraf dunia dan akhirat. Jangan beralasan tanggungjawab kerana kawan. Bila sahaja kau pernah merasakan dia lelaki mu atau dia isterimu itu tandanya kau di jalan yang tidak benar. Tinggalkan dia. Maaf, keras ayatku.  Tapi, untuk apa aku berlapik lagi, sampai bila?


Keduanya, lengkapkan solat dan aurat. Usaha, usaha hingga mati.


Ketiga, cari ilmu, dengan ilmu kau akan semakin dekat dengan tuhan dan orang-orang yang baik.


Cukup, buat tiga ini dulu. Inshaallah kau akan temui yang lain. Andai salah satu langkah ini kau gagal istiqamah, atau tidak buat, tapi terusan meroyan akan nasibmu, akan jodohmu, akan rumitnya hidupmu..tandanya kau yang memilih itu semua. Kau yang memilih engkar.


note: Dalam 3 peringkat ini kau akan menderita, tapi yakinlah Allah bersama orang-orang yang berjuang.

Sabtu, 5 Julai 2014

Islam menyayangi golongan LGBT.

Semakin lama orang-orang diluar semakin memekik, ada dua arus yang bergelombang dan arus baru itu semakin menakluk. Arus lama semakin lemah dan keliru. Walau arus baru itu membawa kebenaran namun kerana senjata yang digunakan salah, lalu ia meracun seantro umat. Arus baru, semakin memekik, gembira dan mendabik dada, kata mereka, merekalah yang benar, walhal segenap hati mereka tahu mereka hanya memalsukan kebenaran yang mereka patrikan dihati.

Arus lama yang membawa kebenaran harus sedar, mereka harus menyuap dengan kebenaran dan keindahan, bukannya dengan gertak dan kemarahan serta kebencian.

Ibu-bapa yang baik akan mendidik anak-anaknya bukan sahaja disaat anak-anak itu tidak berbuat salah, tetapi juga saat anak-anak itu berbuat salah, itu lebih lagi. Kata Prof Muhaya.

Berapa ramai dari kita yang bersikap arus lama, bila rakan menyatakan mereka baru lepas berdosa, kita yang bagaikan orang yang tidak pernah berdosa, mengecam malah mencampak rakan itu jauh. Mungkin kerana kelemahan kita.

Sepanjang aku merapati rakan-rakanku, beberapa rakanku telah mengagungkan hidup tanpa agama, lebih merasakan mereka bahagia, walau tidak pernah sebenarnya. Untuk cinta, untuk kegembiraan dan ketenangan yang palsu, agama itu sangat-sangat menghalang, bagi mereka.

Kenapa mengatakan, lesbian itu haram, gay itu haram, transgender itu haram?  Di wajah pelaku yang memang telah lama tahu tentang itu. Itu sekadar umpama ludahan kemuka.

Kenapa kau tidak mengatakan Allah sangat menyayangi hamba-hambanya yang bertaubat, Allah sangat menyayangi hambanya yang mengawal nafsu, Allah sangat mencintai hambanya yang berjuang dijalan yang benar, marilah, sama-sama ke bulatan gembira kami, dengar dulu tentang kasih sayang Allah, dengar dulu tentang kebesaran Allah.

Bergembiralah kerana kamu golongan yang diuji, dan ujian itu tanda kasih sayang Allah.

Katakanlah, kami sayang kamu dan ingin ke syurga bersama, mari kita cari jalan kesyurga. Dan syurga itu benar, sayang.

Pesanan yang benar

Doa buat semua pejuang yang mencari kebenaran, moga kita melihat kebenaran sebagai kebenaran.


Khamis, 5 Jun 2014

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

Dhuha di Air Terjun Sg Perdik, kenangan GNY2.

Dalam dikelilingi satu kumpulan yang unik, ujian sering berlegar-legar. Sebelum aku memulakan group Jalan Pulang, bila aku ajak rakan-rakanku yang kulihat telahpun kuat bersendirian, kerana waktu itu sumpah aku amat lemah, kata mereka, kenapa nak dikumpulan dalam satu kolam, akan ada yang menjadi mangsa dan dimangsakan, keluar, berjalan seorang, hijrah, tinggalkan semua.

Aku pernah berkali berseorang, dan setiap kali itu aku jatuh, kerana aku amat memerlukan yang memahami aku, ya aku sangat lemah, mungkin cinta tuhan belum kurasai mencukupi, kerana itu aku menolak kata-kata rakanku itu, aku perlukan teman untuk bangkit.

Sering berasa asing dimajlis-majlis agama, dan sering merasa sangat perit keseorangan dalam berjuang menahan diri, lalu terdetik hati, aku perlukan teman seperjuangan.

Lalu terbentuk Jalan Pulang.

Dan, ya, apabila berkumpul bersama, gurauan dan ujian itu sentiasa ada. Kadangkala menjadi dilema didalam diri, benarkah apa yang aku lakukan ini ALLAH redha. Namun, sentiasa ada satu jawapan. Kebanyakan kami solo. Kerana menjauhi fitrah naluri yang mahu dilunasi. Lalu kawan-kawan inilah yang sering menjadi kekuatan.

Contoh, bagi yang keluar dari satu perhubungan, kesunyian akan menjadi musuh yang membunuh. Bila ramai untuk sama berhubungan, sedikit sebanyak kesunyian itu dapat dilawan.

Cuma moga Allah jauhkan kami dari kelembah penzinaan dan pergantungan pada satu-satu individu atas nama cinta, sekali lagi. Moga Allah haramkan kami meletakkan agama hanya sebagai topeng bagi menutupi satu kemungkaran yang besar.

Jangan sampai ada yang jumpa partner di Group Jalan Pulang!

Aku telah berpesan, dan aku merasakan niat dan jalan kumpulan ini masih lebih banyak kebaikan dari kemudharatan. Kerana aku masih percaya tidak semestinya perlu berjuang seorang dalam menghampiri jalan kebenaran.

Bagi aku Jalan Pulang/ GNY hanyalah umpama support group kepada satu jalan yang lebih baik. Kelainan seksualiti bukanlah untuk dibanggakan, tetapi juga bukanlah untuk membuatkan kita menderita dan sesal lalu menyalahkan takdir. Kita hadapi dunia ini dengan cara yang ALLAH mahu. Dan apabila kekuatan itu telah diperolehi, terpulanglah kepada kawan-kawan samada terus menjadi Daie kepada rakan-rakan yang mendepani ujian yang sama ataupun terus kepada agenda kehidupan yang lebih luas.

Bagi aku, aku ingin kedua-duanya. Aku ingin menuntut ilmu, menegakkan kalimah ALLAH, walau aku jauh dari sempurna. Dalam masa yang sama, bersama teman-teman menghadapi ujian kecil dimata individu lain, tetapi tidaklah mudah pada kami.

Tunjukanlah kami jalan yang lurus. (Mohon ada yang membimbing, menunjukkan jalan, bukan meninggalkan kami dan membunuh niat yang masih baru bertatih).

Khamis, 6 Mac 2014

Kisah Anas dan Cikgu Reen

Pada 2 Mac yang lepas aku menghadiri Bengkel Kelab Sukarelawan Sosial yang dianjurkan oleh Jakim dan disertai oleh pelbagai Badan-badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).  Bengkel sehari ini banyak memberi pengalaman samada secara lansung atau tidak. Ini hanyalah Majlis Perasmian, yang boleh dikatakan sebagai bengkel asas sukarelawan bagi kelab ini. Untuk makluman,banyak NGO kini giat menjalankan bengkel-bengkel sukarelawan islam.

Untuk kelab ini, sukarelawan akan ditauliahkan selepas menghadiri 3 Training of Trainer.
Dibengkel ini aku sempat mendengar kisah lansung tentang Anas. Fasilitator bagi kumpulan kecil aku yang menjurus kepada masalah juvana.

Anas, pemuda dalam lingkungan 30 an,kini adalah petugas dari sebuah NGO yang menumpukan pada pemulihan akhlak remaja. Dialah salah seorang belia yang diselamatkan oleh pengasas NGO ini. Dia dulu seorang alcoholic, pengedar,bouncer, menganggotai kumpulan-kumpulan gelap. Dan entah apa lagi yang pernah dia lakukakan.

Bermula dari awalnya dia sering diejek kerana dia ber bin kan abdullah.
Antara detik turning pointnya ialah apabila dia cuma mencari kematian namun tidak menemukannya. Pistol telah diacu ke rongga mulut, peluru telah diisi, picu ditarik, namun peluru tetap tidak meluncur.

Lalu dia mula mencari agama.

Dan kini dia seorang pendakwah buat remaja-remaja dijalanan.
Bila ditanya apa yang membuat dia berubah? Jawapannya ..kematian.

Disini juga aku bertemu dengan Cikgu Reen. Yang dulunya seorang maknyah, dan kini giat berdakwah untuk rakan-rakan golongan maknyah. Tidak sempat berbual,berkali aku mengerling ke arahnya. Didalam kumpulan sokongan kecil yang lain, dia tidak teragak-agak mengatakan dia siapa. Seorang maknyah yang kini bertemu jalan hijrah.

Aku bertanya pada Anas, bagaimana untuk istiqamah. Jawabnya mudah, dekati majlis ilmu,dekati orang-orang baik,  jangan tinggal solat dan dekati masjid.

Melihat semua ini, aku teringat kisah seorang lelaki dizaman nabi. Lelaki ini seorang yang terkenal dengan sifatnya ahli maksiat. Ditakdirkan jenazahnya diuruskan oleh nabi kerana amalannya hanyalah dia tidak putus bangun malam untuk solat dan merintih pada tuhan betapa dia tidak mampu meninggalkan maksiat akibat ajakan dan godaan.

Allah tidak hairan manusia buat maksiat, namun yang hairannya bila manusia tidak taubat.

Cikgu Reen dan En. Nurfitri Amir Muhammad dari NGO UNGGAS

Sabtu, 1 Mac 2014

Doa yang mustahil

Ada waktu aku selalu menyangka naluri aku akan selamanya wujud. Apatah lagi kehendak atau segala keinginan belum pernah reda. Aku cuma selamat bila dirumah,diluar..adalah medan peperangan bagi aku.

Seorang sahabat,berkali menegah aku bila aku mengatakan aku selamanya begini,kerana aku selalu percaya naluri ini wujud sejak aku dilahirkan.

Itu juga yang kadangkala menjadi alasan dan benteng kita mempertahankan apa yang ingin dilakukan. Jujurnya,kadangkala.

Semalam, saat aku memandu dia yang rehat disebelahku membaca terjemahan surah yang mengkisahkan doa Nabi Zakaria yang risau akan umatnya. Lalu berdoa agar dia mendapat zuriat walhal dia tahu dia telah terlalu tua dan isterinya mandul.

Lalu bila doanya diperkenankan, Nabi Zakaria tertanya-tanya,mana mungkin,hampir mustahil.

Ya. Di akal manusia yang amat terbatas,ianya mustahil.

Namun sahut Sang Pencipta,Dialah yang mengadakan daripada tiada apa-apa.

Saat aku mendengar bacaan itu,hati aku seolah dihiris-hiris. Hampir sahaja menitis air mata.

Kemudian dituruti dengan kisah Maryam, yang tidak perlu aku ungkapkan disini. Yang bukan pertama kali pastinya aku dengar. Sungguh ayat-ayat quran bukanlah sekadar penenang saat resah,tapi ianya adalah kalam Allah. Sesuatu yang Allah katakan kepada hambanya.

Dengan doa,tiada yang mustahil. Lalu kenapa percaya pada yang mustahil. Tidak pernahkah kau dengar kisah Maryam dan Nabi Zakaria? Yang hanya cebisan kisah dari sifat kun fayakun Sang Pencipta.

Doalah,moga hidup dijalan yang Allah redha.

Khamis, 23 Januari 2014

Kelas Iqrak dan perjuangan

Seorang sahabatku telah mengusahakan satu kelas iqrak buat sahabat-sahabat kami yang mencari-cari kelas asas dalam menjalani kehidupan dijalan yang benar.

Kelas dibuat dimasjid,diwajibkan berpakaian sopan,pemakaian tudung, cap ,selendang dan sebagainya adalah mengikut keselesaan anda.

Kelas dijalankan pada hari ahad jam 10 pagi disebuah masjid di seri kembangan, selangor, untuk lokasi terperinci bolehlah hubungi saya melalui email atau fb.

Bagi aku,mereka yang hadir adalah mereka yang ingin mendekatkan diri pada Allah, siapapun kami, inilah perjalanan hidup kami. Mungkin pada orang lain memang dilahirkan dijalan perjuangan dengan ujian yang lain. Kami, inilah permulaan yang tidaklah mudah.

Inshaallah program Getting Near You 2 juga akan dijalankan pada bulan Mac.
Perjuangan ini tetap diteruskan hingga kehujung nyawa. Berhijrah wajib dengan ilmu,bukan dengan emosi.

Fight sampai mati!

Ahad, 5 Januari 2014

Rasa yang masih wujud

Sangkaku ujian ini mudah,
Sangkaku semuanya akan senang,
Sangkaku ia dipermudahkan,

namun..

Yang paling sukar tetap dia
Yang paling sukar tetap aku
Yang paling sukar tetap rasa
Yang paling sukar tetap jiwa

Sekali lagi perasaan itu menderu
Sekali lagi mimpi itu berkecai
Sekali lagi realiti itu menghentak
Sekali lagi rasa itu menikam

Hati ini tidak pernah lurus
Tidak pernah
Walau sesaat

Aku hampir milik orang
Segalanya telah dimudahkan
Telah banyak syukur yang diredahi

Mungkin aku dah mula lalai berdoa
Mungkin aku dah mula leka 
Mungkin aku dah mula alpa meminta

Aku bukan menipu, walau itu yang wajib berlaku

Musuh yang paling utama bukanlah sang iblis
Musuh yang paling kejam bukanlah nafsu
Musuh yang paling jahat bukanlah si pemfitnah
Musuh yang paling akbar adalah diri

Diri sendiri
Diri yang disempurnakan kejadian ini
Diri yang lupa hamba

Pejam mata, sayang..
Bahagia yang itu bukan milikmu.
Bakar diri kalau perlu.

Dan berbahagialah dengan kasih sayang Dia

Jangan musnah kerana cinta manusia!

ps: aku hampir mengecap bahagia, hingga menyangka aku ini lurus, rupanya, hati ini...tetap ingat asalnya.

Rabu, 18 Disember 2013

Bagaimana mendekati golongan LGBT? Perlukah?

Tajuk tak boleh blah kan. Ayat macam orang straight. Hahah. Setiap kali aku mendengar orang straight sebut LGBT, LGBT lalala, aku rasa nak gelak. Mungkin kerana orang-orang macam kita, rasa janggal nak sebut perkataan tu. Selalunya akan sebut PLU, kalau dikalangan kita senang sebut, budak senget gak. Bermaksud tidak straight.

Paling tak selesa bila ada sebut, normal dengan tak normal. Ahhh rasa macam makhluk asing. Memang macam wth sungguh.

Okay, aku, kau dan kita selalu salahkan orang-orang lurus atau dipanggil ahli-ahli syorga itu yang tak memahami kita, jadi apa sebenarnya yang kita nak mereka fahami? Apa yang nak mereka buat?

Apa? Apa?

Adakah sebenarnya tiada apa? Dan kita terus menyalak dinding bila rasa di salah fahami? Okay aku mahu respond kalian.

Terima kasih :)

Perlukah beb?

Sabtu, 2 November 2013

Kesedaran LGBT?

Bila aku melihat seminar-seminar yang diadakan oleh orang-orang lurus ni, kadangkala aku rasa kesian. Sedih pun ada. Matlamat tak sampai dan sekadar semakin memburukkan keadaan.

Bila seminar kesedaran ni sekadar memberitahu kewujudan, bagaimana mengenal pasti, memberitahu tentang kisah nabi lut..

Itu semua sekadar menambah kebencian golongan lurus terhadap kami. Dan bila kebencian dihadapi dengan kebencian, ianya sekadar menambah jurang. Dan akhirnya golongan kami makin jauh bersembunyi dan dalam masa yang sama semakin kuat.

Buat golongan kami yang menerima naluri ini dengan bangga dan merasakan Allah pasti memahami kemungkaran yang mereka buat, seminar-seminar sebegini akan sekadar menjadi alat untuk membina tembok yang lebih kukuh.

Ya, saya muslim, saya gay. Maaf. Aku menolak itu sekerasnya andai kau julang slogan itu dengan bangga.

Saya Islam, saya tahu naluri saya sekadar ujian. Noktah. Itu untuk aku. Untuk kalian aku percaya kalian boleh memilih jalan kalian.

Sayang aku tidak boleh menghadiri seminar ini kerana kekangan kerja. Walaupun tidaklah aku setuju dengan seminar ini.

Satu hari nanti aku percaya sesuatu harus dilakukan.

Ahad, 18 Ogos 2013

The last pillar: Tiang yang akhir

Disatu ketika, aku melenting apabila seseorang mengatakan pengkid menolak akidah. Aku berasa amat marah. Sangat-sangat marah. Aku rasa macam nak pancung orang yang sedap mulut berkata. Kau tu dah lahir lengkap sebagai lelaki dan resam kau memang maskulin, boleh lah kau cakap macam tu. Cuba kalu lahir sebagai lelaki, tapi kau suka pakai gaun, kau suka memasak, kau suka lelaki, hah baru kau tahu langit tinggi rendah.

Mudahnya, kau menuturkan kata. Dasar lelaki keparat.

Ha, macam tulah marah aku.

Dan disatu hari..


 entah bagaimana aku terbaca  gambar diatas dari gambar-gambar di muka buku.

Beriman dengan qada dan qadar, buat aku tersentak. Bagaimana tanda beriman dengan qada dan qadar?



Lalu, adakah semua ketentuan Allah tidak boleh diubah? Ada yang boleh diubah, ada yang memang telah ditentukan. Itu pendapat aku. Dan kelahiran kita didunia adalah antara takdir yang tidak boleh diubah. Terutama jantina.

Melainkan seseorang itu khunsa. Iaitu mempunyai dua alat jantina atau sistem peranakan. Persoalan khunsa atau tidak seseorang itu, hanya dapat diketahui oleh tuan empunya diri sahaja, dan golongan khunsa ini berhak mendapat jantina yang mendominasi tubuhnya.

Jika anda berpakaian seperti jantina lawan, dengan niat untuk menyerupai jantina lawan dengan sengaja,  dimana sifat redha dan berimannya anda pada tiang iman yang ke enam? Mungkin ramai yang kata..kerana perkerjaan, kerana cara hidup. Ya. Terpulang, semuanya atas niat anda. Niat anda pada tuhan.

Jika anda mempersoalkan kenapa anda dilahirkan sebagai perempuan, dimana percaya nya anda pada qada dan qadar.

Jika anda membenci diri anda yang dilahirkan bukan dengan jantina yang anda kehendaki, dimana sifat Islam anda yang bermaksud menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah?

Lalu salahkah andai anda dikatakan telah hampir kepada menolak akidah Islam?

Berapa ramai antara kita yang mengamuk andai dikatakan bukan Islam? Tapi, berakidah Islamkah kita sebenarnya? Dalam sedar tak sedar ramai antara kita yang kelam akidah, termasuk aku bila aku meratap tangis, kenapa aku bukan lelaki lalu aku tidak boleh menikahi kekasihku.

Redha dengan siapa anda sewaktu anda dilahirkan, khususnya bab jantina. Kalau lahir lelaki, tetapi lembut, kalau lahir perempuan tetapi maskulin, semua itu tidak menjadi salah dimata Allah. Jadi sahaja lelaki, walaupun lembut, jadi sahaja perempuan, walaupun kasar. Asalkan sahaja tidak membenci kejadian sendiri dan mengikut kehendak diri yang Allah tak redha.

Aku hanya memberitahu, jauh sekali menghakimi.

Moga setiap kita, mati sebagai hamba ALLAH.Amin.

Isnin, 29 Julai 2013

Menghakimi, bukan aku.

Dimana aku berdiri?

Usai usrah dan gathering minggu lepas, alhamdulillah syukur yang amat sangat. Dapat jumpa kembali adik-adik, kawan-kawan yang berada dijalan yang sama.

Dan pulang dari bulatan kegembiraan itu, aku mula rasa aku perlu menyatakan pendirian aku, kepada pembaca blog, yang senyap atau tidak.

Aku tak pernah berbangga dengan pengalaman yang lepas. Entri-entri aku yang lepas telah memaparkan pencarian aku. Perlukah aku ulang apa pendirian aku?

Aku, memegang pendirian,. seks diluar nikah itu haram. Lalu tiada ruang untuk hubungan seksual samaada anda gay atau tidak. Jika anda tidak mahu orang mempersoalkan tentang kisah bilik tidur anda, apa perlunya anda mengaku dan berbangga bahawa anda adalah gay?

Jadi definisikanlah diri anda sebagai, teman serumah, rakan, sahabat, kalau anda yakin itu adalah anda.

Apabila anda dan pasangan saling merasakan diri dan mewar-warkan anda adalah suami isteri dalam satu perkahwinan, disitu datangnya hukum menafikan akad nikah didalam Islam dan mazhab shafiie. Dalam Islam, cuma mengiktiraf anda adalah suami isteri apabila berlakunya akad.

Jika aku menghakimi, itu bukan aku. Aku cuma berpegang pada apa yang aku yakini. Dan dalam masa yang sama aku menerima diri aku, dan juga sesiapa sahaja yang membawa kepada niat kepada kebaikan. Aku tidak pernah peduli siapa anda, punya partner atau tidak, gay atau tidak.

Aku pernah hidup punya partner dan aku tahu apa yang sukar dan apa yang mudah.

Aku terima orang straight dan aku juga sedar aku tergolong dalam orang yang tidak straight. I am one of PLU but I never proud of it.

Pendirian aku, aku tidak bersetuju dengan mana-mana individu yang menyatakan gay itu halal. Aku paling yakin ini, dan aku amat tenang ini. Ini adalah ketenangan yang paling tenang aku kecapi setelah bertahun menjalani kehidupan yang meresahkan.

Namun, menghakimi adalah bukan sikap aku, kerana itu aku menerima sesiapa sahaja sebagai rakan.

Jika anda tidak rasa bersalah, tidak perlu pula menjatuhkan hukum kepada orang lain. Kebenaran tidak perlukan hakim.


Jumaat, 12 Julai 2013

PLU, stigma dan prejudis

Situasi A:

Lisa: Aku menyintai kau, semua dunia ini berputar diatas dirimu, Sara.
Sara: Tapi, yang, my mum dah dapat bau tentang I dan U, I rasa kita kena slow down.
Lisa: Tapi, I tak boleh tak jumpa you, dunia ni macma kelabu je bila tak dapat jumpa you. Arghh, your mum tak faham la.
Sara: I tahu, masa you pergi kursus haritu, I giler rindu dekat you. Tapi my mum dah tak bagi jumpa you lagi. 
Lisa: What??? Ah...macamana ni.

Situasi B:

Mak: aish, saya tengok anak kita tu melekat je dengan si Lisa tu, kesana kemari dengan budak pengkid tu, nama Lisa, cantik dah, tapi perangai mengalahkan jantan.

Ayah: Hmm, nak buat macamana dah dari dulu si Lisa tu macam tu.

Mak: ish, haritu, saya nampak mereka berpeluk-peluk dalam kereta, ishhh, tak senonoh.

Situasi A + Situasi B:

Mak: Budak-budak pengkid ni tak tahu ke yang diorang tu haram, macam jantan tu haram, berkepit dengan perempuan sesama jenis tu haram. 

Lisa: Ya, allah kenapalah sukarnya aku nak melupakan dia, kenapalah aku ada naluri ini, kenapa kau lahirkan aku dengan naluri ini. Argh, mak si Sara ni pula memang tak faham, aku dan anak dia cinta suci!

Situasi C:

Sekumpulan lelaki: Woi, pengkid, kalau aku rogol kau, kau mengandung tak?!


Ini adalah contoh segala picu stigma dan prejudis. Kalau boleh aku katakan, umpama katak bercakap dengan itik. Katak terus meng ong-ong dan itik terus menyudu.

Orang heterosexual, penuh dengan rasa jijik terhadap PLU dan kebencian terhadap manusia jenis kami.

Orang homosexual, menyampah dan juga penuh dengan dendam kesumat terhadap orang heterosexual.

Lalu dimana titik pertemuan?

Golongan agama dianggap tidak memahami tetapi cuba menyampaikan dakwah. Dan golongan yang didakwah akan terus-terusan menganggap  golongan agama ini golongan yang harus dijauhi.

Kesannya? Dakwah tidak sampai, dan golongan PLU akan semakin tergapai-gapai, ada yang mencari, ada yang hilang. Sedangkan berdakwah itu wajib sebaik sahaja seseorang itu beragama Islam dan tahu erti syahadah.

“If you want to do da'wah to a person, do da'wah to them, not about them.”

Imam Omar Suleiman


Setiap manusia saling memerlukan, kalau nak diwujudkan masjid untuk PLU itu tidaklah menepati nilai Islam yang universal. Kenapa tak sahaja diminta satu planet yang semuanya PLU, perghhh fantasi aku tu, semua satu planet ni perempuan. Dan untuk lelaki satu planet yang lain pula. Bila dah nak pupus, barulah dipaksa membiak. Ambik kau, nak?

Pertama sekali, aku selalu sampaikan pada kawan, dan semua orang PLU ni kadangkala cemburu nak mampus, dekat orang straight yang boleh menghalalkan naluri mereka. Kerana nafsu itu fitrah, lalu sakit jiwa lah orang yang sukar untuk mencari redha Allah dengan nafsu.

Benar, setiap manusia ada ujiannya, dan sebesar-besar nikmat adalah iman. Seperti dakwah kepada non-muslim, andai seorang pendakwah Islam gagal memahami agama atau kepercayaan non-believer itu, adalah sukar untuk pendakwah itu menyampaikan dakwahnya. Bolehkah anda berdakwah dengan mengatakan..

"Babi ni haram, dahlah kotor, tu pasal agama Islam is the best"

Kalau tak kena penampar, dah cukup baik.

Takkah sama dengan..

"Tahu tak gay ni haram, Islam laknat"

Benar, kenyataannya betul, tapi adakah dakwah akan sampai, adakah kebenaran itu akan sampai pada hati orang yang didakwah, tidak. Sukar.

Andai ada yang menganggap, memahami golongan PLU adalah sukar dan meletihkan, maka, sabar sahaja penawarnya. Umpama seorang Psychiatrist dengan pesakitnya, jika tidak tahan, mungkin akan menzalimi pesakit dan dirinya sendiri.

Apa yang aku ceramahkan ni?

Aku juga pernah berkali-kali putus asa dengan kawan-kawan PLU sendiri yang resam manusia pelbagai, entah esok lusa aku gagal lagi dan putus asa lagi. Dan sebagai seorang yang cuba untuk menambah ilmu, aku tidak dapat lari dari menghormati ustaz di tempat mengaji, ustaz yang memberi ceramah, ustazah yang adalah bini ustaz tempat mengaji tadi.(lol)

Benar, hanya PLU yang memahami PLU, tetapi hidup ini tidak akan berlansung dengan indahnya hanya dengan PLU sahaja. Dan benar, PLU ini pengamal aktiviti yang Allah larang, tapi andai anda tidak memahami kami dan tidak cuba membawa kami mendekati jalan yang benar, dimasa depan bagaimana anda nak memahami andai ada insan yang anda sayang adalah peminat kaum sejenis.

Islam tidak pernah menghalalkan stigma dan prejudis.

Rabu, 10 Julai 2013

GNY:Pengalaman tak ternilai

GNY=Program Getting To Near You 2013

Alhamdulillah telah selesai semua. Hikmahnya program ini diadakan seminggu sebelum ramadhan.

Program ini dihadiri oleh 20 orang peserta, peserta pelbagai latar belakang dan proffesion tetapi memegang satu label yang sama. Andai anda mahu melabelkan. Dan, niat yang sama. Mahu menuntut ilmu.

Penceramah terdiri dari Ummie Ros (Raudhatus Sakinah), NurSyuhada (Perunding Imej), Sifu Hanafi (Penceramah bebas, selalu di tv9 rancangan tanyalah Ustaz, dan sering mengadakan program bersama transgender), fasilitator-fasilitator dari Yayasan Ihtimam dan Ustazah Laila (Perunding Motivasi).

Diruang yang terhad ini (yelah fikiran dah sampai ke bazar ramdhan, lol) tak mampu aku nak rumus semua pengalaman yang telah ditimba dan tercipta antara kami disini.

Di program ini kami mengenali Ummie Ros yang penuh dengan sifat keibuan, banyak bercerita tentang pengalamannya menguruskan Raudhatus Sakinah, brkongsi ilmu tentang ukhwah dan persaudaraan didalam islam.

Perunding imej, Puan Suraya menyebabkan kami faham betapa indahnya seorang wanita itu, menambah pengetahuan kami yang terdiri dari pecinta wanita.

Sifu Hanafi menyentak kami dengan kepentingan alfatihah, menyelusuri diri kami untuk lebih mengenali diri, menilai diri yang fitrahnya adalah hamba Allah dan mempunyai pelbagai latar belakang yang menjadikan kami siapa hariini. Tiada pengalaman yang sia-sia termasuklah kisah seorang peserta  yang memancitkan tayar gurunya, kemudian diberi idea untuk membaling telur busuk dan juga kisah seorang peserta yang dibesarkan didalam keluarga islam, namun kemudiannya memeluk buddha dan kristian, akhirnya kini kembali kepada Islam.

Fasilitator-fasilitator memberi penerangan tentang asas ibadat seperi taharah, rukun wudhu dan solat. Soalan demi soalan menjadi topik hangat perbincangan, apa sahaja, apa sahaja hinggalah kepada dilema kami sebagai PLU antara kewajiban mandi wajib selepas bersihaqah dan meladeni nafsu. Moga kami berjaya berjuang untuk tidak lagi melakukannya. Kemudian praktikal solat dan juga wudhu di surau.

Akhir sekali adalah slot bersama Ustazah Laila yang dikenali sebagai ustazah paling cantik. Seorang perunding motivasi. Berkongsi dengan kami bahawa hidup sebenarnya bukanlah ujian, tetapi adalah pilihan yang didatangkan dari Allah.

Tidak lupa juga slot sharing as PLU, kami berkongsi pengalaman suka duka sebagai orang-orang senget. Bagaimana kami bermula, bagaimana kami menyedari naluri ini wujud, pelbagai cerita benar yang amat berharga. Hinggakan tak sedar kami hampir menghabiskan beberapa dulang sandwich dari pihak hotel. Dari jam 11 malam hingga ke 3 pagi. Dan pastinya setiap cerita sekadar untuk kami yang mula membina ukhwah dan saling baru berkenalan.

Banyak pengalaman dan ilmu yang ditimba. Dan pengalaman pertama terlibat dalam program yang melibatkan PLU dan orang-orang straight pastinya sekadar mimpi andai mahukan kesempurnaan. Setiap cabaran adalah peluang untuk memperbaiki diri.

Pertembungan golongan agamawan dan PLU pastinya memberi banyak ruang dan peluang untuk saling sama mengenali.

Dan dari program ini juga akan terhasil kelompok kecil perbincangan ilmu dan bersama-sama lagi ke taman-taman syurga. Inshaallah.

Ada rezki, jika ada pihak lagi yang sudi menaja, inshaallah program ini akan diadakan lagi. Kepada urusetia dan penaja yang kupilih untuk meng anonymiti kan mereka, sungguh hanya Allah mampu membalas pahala kalian, dan moga sentiase berusaha mendidik kami untuk berdakwah dan mengikut jejak kalian.

Segala puji bagi Allah. Alhamdulillah.
Selamat menyambut Ramadhan, moga ramadhan ini hijrah, moga ramadhan ini kita dikalangan yang dirahmati.


Note: Group FB Jalan Pulang PLU telah pun dijadikan secret group demi menjaga identiti group dan kerahsiaan ahli-ahli, sekiranya ingin menyertai, sila email saya. Terima kasih.

Rabu, 3 Julai 2013

Getting to near you

Ya, aku dan rakan-rakan ku baru usai program ini. Bagi aku yang tidak pernah mengendalikan mana-mana program sebegini, aku agak penat. Tidur agak kurang. Dan bila pulang, tanggungjawab sedia ada tetap ada.

Bagi aku, program ini adalah program perintis bagi golongan orang macam kami. Bersama didalam majlis ilmu, disamping saling mengetahui siapa diri sendiri.

Mulanya, kami merasakan seperti sedang melanggar satu tembok, iaitu stigma diri dan juga masyarakat sekeliling. Kalau kita mengharap kita akan berjaya memecahkan tembok itu tanpa luka dan dengan cantiknya, kita bukanlah rasional.

Tapi, kita berada dalam kesatuan, semua saling menggengam tangan dengan niat yang satu.Lalu hadirlah satu ukhwah yang bagi aku amat indah. Saling berkenal antara satu sama lain, dengan satu niat, untuk menimba ilmu tentang ibadat.

Aku yakin, kalau putus asa tiada didalam kamus, impaknya amat hebat. Senyumlah dengan menyebut tiga, anda akan mendapat senyuman yang paling indah.

:)

Isnin, 3 Jun 2013

Orang macam kita (PLU)


Orang macam kita, kadangkala senyum sendiri melihat sidia,
Mahu disapa, kita sedar kita siapa,
Mahu mengejar, ah itu andai dia pun juga ..orang macam kita,
Lalu, kita cuma mampu memandang dihujung mata,
Memerhati kadangkala, sambil sembunyi diri..

Orang macam kita, kadangkala sakit..
Sakit menanggung hati yang kadangkala tidak mengenal batasan,
Sakit bila tak dapat menghiburkan nafsu..
Sakit bila memandang dia dari jauh,dengan pelbagai rasa..
Sakit menerima redha..yang kadangkala dipaksa-paksa..

Orang macam kita, sebenarnya istimewa..
Kadangkala..perkahwinan bukan hak kita..
Kadangkala..yang mudah dimata orang, kita tiada rasa..
Kadangkala..lebih faham apa yang tidak difahami..
Kadangkala..tak faham lansung, apa yang semua orang faham..

Orang macam kita, jiwanya merana..
Bila waktu, mula sedar..sendiri itulah halal..
Bila waktu, cinta menyapa bertalu-talu..
Bila waktu, akur, semua itu tiada hakiki

Orang macam kita..
Andai tidak ada rasa bertuhan,
Kita calon utama di hospital bahagia,
Menentang fitrah bukanlah mudah,
Memendam rasa boleh merosak,

Orang macam kita..
Wajib lebih dekat pada tuhan
Supaya nafsu jadi tunduk
Memang benar bila sendiri jadi kekurangan s.e.k.s
Namun bukankah kekurangan itu halal?
Penawarnya hanya ada pada tuhan, sang pemberi ujian
Sang pencipta yang tidak pernah zalim

Orang macam kami..
Kadangkala mohon pengertian
Kadangkala mohon kemaafan
Kerna tahu, keunikan kami menuntut kebencian kadangkala
Kerna tahu, keunikan kami buat kami menjadi onar kadangkala
Kerna tahu, keunikan kami telah meruntuh banyak rumahtangga
Kerna tahu, marah kami kadangkala sukar difahami

Orang macam kami..
Kadangkala minta ditunjuk
Kadangkala minta diajar
Kadangkala minta perhatian..
Kadangkala pelupa, kita semua manusia biasa punya ujian tersendiri.

Orang macam kami..
Juga hamba tuhan..walau kadangkala, kami terlupa.
Wajib belajar erti redha lebih dalam..
Juga minta tidak dihakimi,

Orang macam kami..
Ada dimana-mana..bantu, bukan jauhi
Sayangi, bukan dibenci.

Hanya Allah yang membalas segala kebaikan dan penawar segala ujian.


Rabu, 15 Mei 2013

FTM, kami dan ujian seksualiti Part 3 (Definisi HRT dan kesan)



Pada waktu Oswald memberitahuku dia akan berusaha untuk menjadi muslimah, aku tahu, dia juga cuba untuk memberi aku faham, bahawa proses dari FTM untuk kembali ke fitrah, mungkin hanya sekadar rohani, adalah sukar untuk dia mengembalikan fizikal masculine nya kepada wanita, dia juga membuka minda aku, bahawa proses yang akan dia lalui bukanlah mudah. Dia mungkin terpaksa meneruskan penggunaan hormone, kerana tanpa itu, fizikalnya akan terdedah dengan risiko-risiko yang mungkin tidak diundang.

Lalu apabila, aku meminta Oswald untuk menulis satu entry yang akan aku paparkan di blog ku,dia menulis mengenai kesan Rawatan penggantian hormon. Sebelum ini, aku ada membaca dan mendengar mengenai T, suntikan atau ambilan hormon, yang sering didambakan oleh rakan-rakan pengkid dan juga, aku, satu waktu dulu.

Artikel ini adalah untuk kita memahami kesan HRT kepada FTM, dan juga andai ada rakan-rakan yang nak mengambilnya samada secara sah atau tidak.

HRT adalah Terapi Hormon Penggantian, Hormone Replacement Therapy.

Tidak semua memilih proses transisi FTM dengan pengambilan HRT, atas beberapa sebab. Tidak seperti pengambilan estrogen oleh MTF (Transwomen), FTM sebenarnya mempunyai perubahan fizikal yang lebih ketara dari pada MTF apabila ia dikaitkan dengan pengambilan hormon.

Testosterone membuatkan badan dan perasaan anda lebih maskulin melalui:

1. mengubah pembentukan lemak dipeha,punggung, pinggang dan dada, berpindah
    kepada perut.
2. Meningkatkan pengedaran otot-otot, melebarkan bahu, dan menebalkan tangan    
    dan kaki .
3. Peningkatan otot-otot dan perubahan pergerakan lemak, akan jelas menyebabkan
    wajah kelihatan lebih bersegi.
4. Sesetengah individu boleh mengurangkan berat badan dengan lebih cepat,
    kerana otot-otot yang telah terhasil dengan mudahnya membakar lemak dengan
    banyak dan mampu mengurangkan lemak diperut.
5. Sesetengah merasa lebih kuat sebaik sahaja selepas suntikan HRT
6. Peningkatan rerambut di tubuh dan juga wajah.
7. Suara akan semakin dalam dan halkum semakin menonjol.
8. Menebalkan kulit dan membuatkan anda semakin toelran dengan udara dingin.
9. Mengubah bau badan dan lebih berpeluh apabila panas.(saya suka bau
    perempuan!)
10. HRT memungkinkan sedikit tumbesar sekiranya terjadi anda tidak matang
     dengan maksima sewaktu proses baligh.
11.HRT menghentikan kitaran haida dalam tempoh 3 bulan.
12. Nafsu seks seolah-olah semakin meningkat begitu juga dengan selera makan.
13. Clitoris mula membesar sekitar 2 ke 5 cm. Clitoris dan penis adalah bermula
      dari sel yang sama dan HRT akan menyebabkan pembesaran.
14. Lebih mudah marah dan menjadi kasar dari segi fizikal dan emosi.

Tidak ada jangkaan masa yang pasti untuk semua proses ini, tetapi ianya akan lengkap setelah 6 bulan. Ada yang memulakan HRT dengan suntikan, pil atau tampalan, bergantung kepada dos, kaedah dan juga kos. Ada yang memulakan pembedahan bahagian atas terlebih dahulu kerana berasa tidak selesa memiliki payudara tetapi mempunyai hormon lelaki.


Pembedahan atas (Top surgery: Membuang tisu payudara dan membuatkan dada lebih maskulin. Mempunyai beberapa prosedur yang bergantung pada saiz dada, ketegangan kulit dan apa yang dikehendaki (seperti parut, masa pulih dan risiko/kelebihan).

Tiga pembedahan utama:


1.       Bilateral Mastectomy or Bilateral Incision
2.       Subcutaneous Mastectomy or Keyhole
3.       Subcutaneous Mastectomy or Peri-Areolar

Hysterectomy: membuang uterus. Kebiasaannya disatukan dengan with Bilateral Salpingo-oophorectomy, iaitu membuang ovari dan salur fallopian. Ini kerana testosterone akan menghentikan kitaran haid, dikatakan berhubungkait dengan pengaktifan kanser, namun tiada kajian yang khusus. Biasanya pembedahan ini akan dicadangkan dalam tempoh 5 tahun dalam memulakan testosterone.

Pembedahan bahagian bawah (Bottom surgery): pembinaan alat kelamin lelaki. Ada dua jenis:

Metaoidioplasty atau Phalloplasty (rujuk entri sebelum). Pada masa yang sama, penyambungan (extended) urethra dilakukan agar penis dapat membuang air kecil melaluinya. Boleh juga vagina ditutup atau dibuang, sekiranya belum lagi dilakukan. Scrotum atau buah zakar silikon juga boleh dimasukkan.

Tamatlah kisah secara terperinci tentang FTM didalam blog ku.
Oswald telah membina blog nya kerana amat ingin berkongsi pengalaman hidupnya dengan pembaca, dan memberi pendedahan tentang kebenaran tentang FTM.

Disini : Between Islam and Female-To-Male Muslim

Jumaat, 10 Mei 2013

FTM, kami dan ujian seksualiti, Part 2 (terjemahan)


Oswald adalah seorang FTM yang baru menyertai group Jalan Pulang.

Oswald:

Saya menerima satu email tentang Bengkel pengurusan Jenazah. Saya banyak berfikir tentang apabila saya mati, siapa akan menguruskan saya, lelaki muslim atau wanita muslim?. Saya adalah Transmen (Female to Male) post-op.

MG: Saya  pernah menghadiri ceramah, yang memperkatakan tentang jenazah. Seorang MTF (Transwomen, Male to Female), akan diuruskan oleh lelaki muslim dan FTM diuruskan oleh wanita muslim.

Oswald: Oh, jadi bagaimana dengan muslim transgender yang mahu berkahwin? Bagaimana dengan menunaikan haji dan umrah?

MG: Perkahwinan dikalangan transgender adalah tidak sah. Kecuali FTM berkahwin dengan seorang yang memang dilahirkan sebagai lelaki. Satu fakta yang agak sedih untuk kita terima, semua ibadah mesti dijalankan mengikut jantina kita dilahirkan.

MG: Kecuali Khunsa, khunsa adalah kes yang berbeza, dimana mereka memang dilahirkan dengan dua jantina. Selalunya ia boleh dibezakan dengan adanya rahim atau kilang sperma. Jika seseorang itu boleh mempunyai sperma, sudah semestinya dia lelaki, sekiranya mempunyai rahim, sudah semestinya perempuan.

MG: Tapi ada wanita yang dilahirkan tanpa rahim. Kesimpulannya, khunsa akan disahkan oleh doktor samada seseorang itu benar-benar mempunyai dua jantina sejak dia dilahirkan. Ianya boleh ditentukan oleh hormon, struktur tulang, sperma, rahim malah kromosom. Kemudian mereka akan mengesahkan seseorang itu sebagao khunsa dan penjaga biasanya dinasihatkan untuk membuat pembedahan jantina kepada kanak-kanak itu.

Itu mengikut apa yang saya tahu dari syarie. Sekurang-kurangnya, itulah yang berlaku di Malaysia.

Pada awalnya, saya juga tertanya-tanya tentang ini, tapi didalam ceramah yang saya hadiri, fasilitator itu berkongsi dengan kami pengalamannya menguruskan jenazah MTF (wanita transgender/maknyah/transwoman). Jadi dari situ saya faham bagaimana hukum soal ibadat terhadap transgender.

Oswald: Terima kasih. Saya sebenarnya tidak berani untuk mengimpikan perkahwinan, bagaimana dengan menunaikan ibadat haji?

MG: Menunaikan haji, jika kita fikir secara rasional, dalam kad pengenalan anda adalah lelaki (Oswald adalah warganegara Singapura, mempunyai peruntukan undang-undang untuk menukar jantina, setelah pembedahan jantina dilakukan). Arab Saudi akan menerima itu. Tetapi samada ibadah itu sah atau tidak, ditakuti secara syarie ia Cuma akan sah jika ftm menunaikannya seperti muslimah.

Oswald: Pada masa kini, didalam jantina pada ID saya adalah lelaki, tetapi tidak pada sijil kelahiran.

MG: Arab Saudi akan terima, tapi..seperti saya terangkan tadi..
Oswald: Saya bersedia untuk menerima kenyataan ini. Saya tidak mahu hilan iman saya lagi.

MG: Sama seperti semua ibadah. Bagi syariah Islam, ianya akan mengikut jantina kelahiran, kecuali khunsa.

MG: Saya menyayangi kami! Dan tahu ianya tidak mudah, kawan.

Oswald: Memang  ternyata tidak mudah. Kita kembali kepada Allah seperti kita datang kesini dari Dia. Saya telah pun berbincang dengan teman saya tentang ini.

MG: Kerana itu saya menyayangi kamu! Sayang kerana Allah, semua kita boleh kembali pada Allah dan sesetengah kita melalui jalan yang sukar, tetapi Allah tahu dan kira setiapnya. Makin susah perjalanan itu, makin tinggi darjat iman seseorang itu.

Hidup ni tiada apa...redha Allah adalah amat sesuatu.

Oswald: Terima kasih kerana menyayangi saya, kawan. (terharu). Saya menghargai kebebasan dan pilihan yang Allah beri. Ya, hidup hanya sementara. Saya amat gembira menyertai group ini sejak jumaat lepas.

MG: Inshaallah. Moga Allah merahmati kita, moga kita kembali pada Allah dengan redhaNya, dan moga semua kita berjumpa disyurga.amin.

Mesejnya kepada ku:
Di masa hadapan, saya akan bersedia untuk menunaikan haji dan pergi kesana sebagai wanita. Selepas pulang, saya akan terus menjadi wanita, hingga akhir hayat.

Note:
Definisi ’pre-op’, post-op dan full op FTM:-
Pre-op: Tanpa pembedahan jantina. Hanya menggunakan suntikan hormon terapi (HRT).

Post-op: Telah menjalani pembedahan jantina(SRS): bahagian atas dan juga hysterectomy (membuang rahim). Terus menggunakan suntikan hormon (HRT).

Full –op: Telah menjalani pembedahan jantina (SRS): Pembedahan penis mengikut beberapa kaedah yang dipilih- phalloplasty (mengambil kulit lengan atau peha dan menstruktur zakar dan penis) ataupun Metoidioplasty (mengubah struktur clitorist, tanpa membentuk zakar). Meneruskan suntikan hormon.

Proses detransisi bukanlah mudah dan hampir mustahil, kerana Oswald telah pun lama mengambil suntikan hormon, dan telah menjalani pembendahan Post-op. Dan dia memerlukan kestabilan estrogenes untuk struktur tulang apabila telah tiada lagi rahim dan ovari.

Apapun, dunia hanyalah sementara. Siapa dan apa rupa kita dihadapan manusia, selagi perintah Allah kita turuti..kita hanya hamba Allah..dan Allah lah yang maha mengetahui niat dan usaha hambaNya.

Entry rujukan: apa itu pengkid dan FTM
Entry Part 1: respond seorang FTM.

Catatan dari Oswald: Between Islam and FTM 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...