Halaman


Memaparkan catatan dengan label hitam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hitam. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Januari 2014

Keberlansungan hidup yang harus

Tinggal beberapa hari lagi.

Kalau kerana cinta, cinta aku pada sang adam, tidak lebih dari permukaan air. Kerana sebuah keperluan yang tidaklah begitu perlu andai mengikut kehendak, aku gagahi melupakan segala trauma yang kadangkala menunjal nunjal ruang memori separa sedar.

Memori trauma ini sangat jahat. Ia sering mengganggu aku dan adam ini. Trauma itu sering menggugat kepercayaan aku pada dia yang tidak sepatutnya berlaku. Ia membuatkan aku zalim.

Zalim ialat tidak.meletakkan sesuatu ditempatnya.

Zalim bila aku sukar nak mempercayai lelaki. Kerana kesalahan yang tidak dia lakukan. Zalim aku beranggapan negatif pada dia,hanya kerana dia lelaki.

Dia cuba sedayanya untuk membuatkan aku rasa yakin dan selamat. Walau kadangkala aku sedar dia hampir tidak tahu apa yang boleh dilakukan selain meminta aku berjanji untuk tidak mengulangi kerisauan aku yang tidak bersebab.

Zalim.

Tak sangka aku kena berhadapan dengan perkara yang lebih besar dari sekadar mengawal nafsu ku kepada hawa. Aku perlu berperang dan membunuh memori pahit aku.

Ah,apa sangat ujian yang aku hadapi.

Tapi kadangkala aku nak meluahkan yang aku dah hilang rasa diri sebagai perempuan kerana pernah dikatakan tidak cukup perempuan, dan pelbagai lagi kata kesat kerana seksualiti,kerana perwartakan aku oleh seorang lelaki yang pernah mengakad aku. Aku pernah hilang hampir seluruh benteng sewaktu aku baru mahu mula bangun.

Kata lelaki yang pernah mengakad aku dulu, dia tidak bernafsu pada aku kerana rupa paras aku.

Kamar itu terlalu panas bagi dia,kerana aku.

Ya,saat itu akulah umpama sial dalam dunia dia.

Allah...kenapa ni?

Kenapa semakin hari semakin hampir ingatan-ingatan itu mula datang kembali.

Pejam mata. Padam semua. Tolong.

Inshaallah.

Sabtu, 12 Mei 2012

Hak ini hak hakiki.

Hariini, aku berbincang dengan seorang kawan, yang tahu tentang keadaan aku, dia tahu aku biseksual. Aku berbincang dengannya, sebab kenapa sikurus melamar aku buat kali kedua.

Dalam diri aku, masih tersimpan rasa bersalah, kerana memohon perpisahan. Kadangkala aku rasa, aku tak boleh menyalahkan sikurus yang tidak berkeinginan pada aku. Dimata dia, aku adalah lesbian yang sedang menegakkan benang yang basah.

Ada satu kata-kata yang tersemat di kepala ni.

"Kau biseksual, kau tak berhak dapat nafkah batin sebagai isteri-isteri yang normal"

Sahabat ku itu, mengingatkan aku satu perkara. Nafkah batin adalah wajib. Kerana itu Islam meletakkan taklik. Ini hukum tuhan, haram berkahwin tetapi tidak menyetubuhi isterinya.

Tetapi aku tetap menyatakan...aku ni biseksual, pernah dengan perempuan, malah kadangkala lebih cenderung pada perempuan, mungkin sikurus jijik dengan keadaan aku. Tapi aku telah pun berterus terang dengan dia sebelum perkahwinan lagi.

"Awak...hukum tuhan ini tiada kompromi, awak ni mangsa..awak mangsa buli, awak tahu tak?"

Aku senyap apabila, kata-kata itu tertera diskrin.

"Jadi ..keputusan aku untuk berpisah adalah betul? Tapi, macamana saya nak padam dalam otak saya..yang saya ni ...tak layak untuk disetubuhi..sebab saya ni biseksual?"

Kawan aku tu menjawab sesuatu, yang harus aku telan.

"Awak, this is what they call mental abuse, awak kena banyak mengaji dan doa pada tuhan yang awak akan lupakan perkara ni."

Aku ni mangsa? mangsa penderaan mental? Jadi, ni semua bukan salah aku? Bukan salah aku berterus terang pada dia? Bukan salah aku meminta yang batin dari dia? Bukan salah aku nak minta yang normal sedangkan aku ni manusia abnormal?

Satu, macamana aku nak bangun?
Dua, macamana aku nak padam?

ps:

Banyak aku belajar harini, ya aku mengaku, harini aku dok membelek blog AHP dan juga HIDUPMESTIDITERUSKAN.

Silap pertama aku, aku tak faham yang gay tidak boleh diubati.

Jadi, aku tak silap memohon perpisahan, tapi aku silap kerana menyangka aku boleh mengubah sikurus.

Dan satu lagi silap..aku kena belajar redha. Terima semua yang terjadi ni ketentuan tuhan. Bangun..bangun harimau bangun..ceh lagu lain plak. Bangun, kesilapan bermaksud..kau dah mencuba, dan baru kau tahu yang kahwin tu bukan mainan, dan baru kau tahu..bila lelaki tu tiada nafsu..tiadala..bongok. Dah..dah..jangan sedih-sedih lagi. Macamana nak padam? REDHA..pergi ..pergi solat tu.

Khamis, 10 Mei 2012

Kita serupa....

Petang tadi waktu aku solat asar disurau aku bertemu kak dira. Sebenarnya akhir-akhir ni, nak ke surau pejabat tu, aku rasa macam berat je. Jumpa staff-staff perempuan, yang kadangkala masih tanya aku..bila nak berisi la..cik abang macamana la..cuti tak honeymoon ke..hai..dulu soalan-soalan tu memang menghiris hati aku, sekarang ..sama ada aku senyum sumbing atau aku buat tak tahu. Yelah, staff pejabat aku ada dekat 200 orang, takkan lah mampu nak aku bagi tahu aku dah berpisah, janda..tiada edah..nak menyatakannya pun bukan mudah. Jadi ada segelintir yang tahu, tahulah, yang tak tahu tu lah yang masih mengusik, ikut hati aku, aku nak aja buat pengumuman di radio ke, ceh macam artis..hahaha. Yelah kahwin jemput orang..mak aku buat kad..dekat seribu keping jugaklah, kawan aku tak sampai 10 orang..hahah. Kalaulah boleh buat kad announce aku dah bercerai dekat seribu, senang kerja aku, tak payah nak berkata apa.

Okay, berbalik pada Kak Dira, kak Dira ni sebenarnya baru balik dari cuti dua bulan, cuti tanpa gaji, sebab dia mengandung alahan teruk, Kak Dira ni alim, dia handle kelas agama yang ada di pejabat kami. Aku suka brbual dengan dia sebab dia memang tak pandai lah nak bergosssip macam sesetengah pompuan kat pejabat aku. Nasiblah meja aku dekat department yang ramai cina, jadi memang aku tak bercampur sangat dengan perempuan-perempuan wanita melayu terakhir tu.

Aku tegur Kak Dira, cantik potong rambut pendek, dia senyum, katanya suaminya potong kan. Aku pun bertanya dimana ye ada kedai potong rambut muslimah, rambut aku ni dah dekat 5 bulan aku tak potong, lama sangat bagi aku, ye la..si kurus dulu tak bagi aku potong, jadi rambut ala-ala skin head aku dulu dah jadi rambut awan nano dah. Kak Dira bagi tahu ada satu kat bandar, tapi kena datang pagi. AKu mengeluh, bila pula nak pergi pagi. Kemudian keluarlah keluhan aku..

"Lainlah akak..boleh suruh suami tolong.."

Entah macamana, keluar keluhan tu, nasib hanya aku dan Kak Dira berdua je disurau.

"Eh, mana suami awak?"
"Kak....saya dah berpisah" aku sangkakan dengan kata-kata tu, Kak Dira akan terkejut, dahlah dia lemah je mengandung, ada juga termelahirkan tak cukup bulan disitu.

Sangkaan ku meleset, dia senyum. Dan tanya aku bila tarikhnya. Kemudian katanya sebenarnya, di awal perkahwinan haritu, dia dah dapat rasa sesuatu, sebab dia tengok wajah aku muram saja, yelah..baru berkahwin sangat..dan muram macam stress..Kemudian kami berbual sedikit..

"Dik, akak pun sama dulu, perkahiwinan akak yang pertama..juga 3 bulan sahaja, tiada edah"

Walllla....masa tu aku nak melompat peluk Kak Dira, dahlah Kak Dira tu comel..(heeeppp..mulalah tu). Aku salam Kak Dira..nasib sungguh dia sedang berbaring keletihan, kalau tak sumpah aku peluk dah.

"Dik, mereka ni kadang-kadang naluri tu memang semulajadi dan tak boleh nak dilentur, kecuali mereka yang berubah, walaupun mereka ni baik orangnya, tapi mereka akan jadi amat ego dengan kita"

Yippeeee, lagi sekali aku rasa nak peluk Kak Dira. Sesaat kemudian, ada pula orang lain masuk kesurau. Ces..aku pun terus solat..khusyuk memang taklah, ekor mata sesekali menjenguk Kak Dira yang sedang berbaring..kami seolah tak puas berbual lagi. Lepas tu, surau muslimat makin penuh..hmm..bila agaknya aku boleh jumpa lagi dengan Kak Dira secara personal, dahla dia lain department.

ps: Otakku ligat berputar..kenapa perkara macam ni dah semakin kerap terjadi. Aku bisexual, tak faham sangat part yang ada gay tegar, lempang aku pun belum tentu aku boleh telan bulat2, sebab aku dua-dua boleh..wakaka. Tapi part gay tegar ni aku akan ulas sikit lagi, sebab sebelum kawin dengan sikurus, aku ada buat kajian sikit, ahh..member aku pun ramai PLU.

Ahad, 22 April 2012

Biarkan dia pergi



Aku dan Deanna dah putus. Ianya berpunca dari aku mengamuk kerana dia dan rakan-rakannya menjemput aku disatu perjumpaan tetapi tak siapapun mengangkat telefon pada pagi yang dijanjikan. Aku tahu mereka mabuk malam tu. Tapi aku juga taklah begitu mahu menanti mereka. Hariitu panas dan jalanraya sesak. Ya, aku memang panas baran pada waktu-waktu sebegini.

Namun, kalau kau dah marah, takkan kau nak ketawa juga, kalau kau mampu buat, maaf aku tak mampu. Jadi aku terus beredar dari tempat perjumpaan. Terus balik kerumahku. Lagipun aku tidak mahu bertemu mereka dengan wajah yang sedang marah, buruk jadinya.

Deanna mengamuk, katanya aku kebudak-budakan, dan tidak matang, tidak pandai mengawal kemarahan. Ya, aku tahu ini bukan insiden pertama Deanna terpaksa menguruskan kemarahan..atau kebodohan aku.

Dan aku sebenarnya agak terkejut apabila dia mengawal kemarahan ku dengan kemarahan juga. Dan aku tahu, sudah masanya aku melangkah pergi. Dengan perhubungan yang tidak menghampirkan aku pada tuhan. Biarpun ini salahku, aku telah pun meminta maaf. Dan aku tiada hati nak memujuk.

Sejak aku berpisah dengan mamat kurus tu pun, Deanna tidak cuba untuk berada disamping aku waktu aku memerlukan. Dia tahu, bila dia perlukan aku, aku tidak akan menolak untuk membantu.

AKu tahu ni perancangan tuhan, kerana sejak aku berpisah dengan sikurus, tak henti aku berdoa agar tuhan menjauhkan aku dari maksiat, aku tidak mahu mencari cinta yang tidak halal itu lagi.

Ahad, 15 April 2012

Kasih tak sampai.

Hingga sekarang, aku masih menyayangi dia. Dan kini setelah kami berpisah, aku terpaksa berdoa kepada yang Esa agar aku dapat membunuh dan membuang rasa kasih pada dia. Kerana dia tidak mengasihi aku.

Dua hari lepas, ada majlis. Dan dia ada. Hati aku rasa hiba. Dan bila terpandangkan adik angkatnya, aku rasa marah amat sangat.Sangat, sangat.

Okay, akhir-akhir ni, memang aku rasa kekurangan. Aku perlukan seseorang untuk dibelai. Ya, baru aku sedar, sesuatu pada aku. Sejak dari remaja, aku memang suka membelai.

Ya, tuhan. Tabahkan hati aku. Perjalanan hidup aku, memang agak sukar. Menyintai insan berkali-kali, tapi belum kau izin untuk menjadi bapa kepada anak-anakku.

Ya, tuhan berikan jua aku ketabahan.

Selasa, 13 Mac 2012

hidup mesti terus

26hb, akan kemahkamah. Dalam pada tu, sikurus semakin membenci aku, dah kesumat hati dia membenci aku.Kami mula saling melukai dalam berkata-kata.

Dan sejak ke jabatan haritu, aku dah hampir menetap dirumah ibu.

Tipulah kalau aku tidak merindui dia, dan ada juga perasaan sesal ku dengan kata-kata yang aku hamburkan pada dia.

Tapi aku kena tekad, aku tak boleh hidup dengan dia.

Dan hidup aku sekarang, lebih berputar pada keluarga, Sya tanpa disangka menghubungi aku, dia baru saja putus dengan kekasihnya, Deanna..sibuk dengan urusannya. Deanna semakin serius dengan teman lelakinya.

Jadi..apalah yang mampu aku lakukan.

Kini..perkahwinan menjadi mimpi ngeri aku. Dan dunia berputas bagai vakum kembali..tidak berwarna.

Ahad, 4 Mac 2012

Jika ini takdir kita

Minggu lepas, akibat dia sukar dihubungi oleh pegawai jabatan agama, pegawai itu mencadangkan aku taklik. Dalam ketidak pastian, aku solat meminta petunjuk dari tuhan, jika perpisahan itu yang terbaik, tekad kan aku, tetapi jika tidak..berikanlah kami jalan.

Sampai di jabatan, rupanya dia akhirnya dapat dihubungi dan dia hadir. Waktu itu...katanya dah tiada apa yang dapat kami lakukan.

Katanya aku tak jujur.

Lantas, saat itu aku tahu..taklik adalah muktamad. Namun, dia bersetuju untuk lafaz dimahkamah, andai taklik..mungkin akan jatuh pada hariitu juga.

Dia menyangka aku meminta perpisahan kerana cinta aku pada Deana. Benar Deanna memberi tempoh pada aku. Tapi..sebenarnya aku dah bertekad yang aku boleh hidup tanpa Deanne.

Aku memohon perpisahan ini, kerana aku menyayangi dia. Dan juga diri aku. AKu tidak boleh hidup tanpa kasih sayang. Dan setiap detik aku mengeluh kesah dengan ketiadaan kasih sayang ini, dosa akan ada pada dia, dan tanpa kasih sayang..aku juga tidak akan boleh menjalankan tanggungjawab aku.

Demi tuhan, aku menyayangi dia. Lelaki yang tuhan izinkan untuk akad padaku. Lelaki yang halal bagiku. Perkahwinan ini mengajar aku naluri seorang isteri, betapa bahagia menghidangkan sarapan, bangun awal sebelum dia bangun, kucupan dari dia dan solat berimamkan dia. naluri isteri adalah naluri paling agung. Kerana itu juga,tuhan meletakkan isteri dibawah tanggungjawab suami beserta dengan hak-hak yang banyak. Andai dia dapat menyayangi aku, tidak akan aku pergi pada yang lain. Dan andai dia berusaha untuk memaknakan perkahwinan ini, aku akan amat setia padanya.

ALong, Dianne, tahu betapa aku menyayangi dia. Tapi kata along sama sahaja seperti kisah cinta aku yang lain...tidak dapat memiliki.

Benar, aku menyintai lelaki kurus ini, tetapi kerana dia tidak mampu menyintai aku buat masa ini..lalu jodoh kami hanya sekadar disini.

Abang, moga jodoh kita disyurga nanti. Untuk itu, saya doa agar abang akan berada tetap dijalan yang benar,pulang ke pangkal jalan (antara reason aku kepada jaim..adalah kerana sikurus mengamalkan perubatan tradsional yang meragukan). Dan aku..moga aku mampu bertahan...menjauhi zina..samaada dari kaum sejenis atau sebaliknya.

Ya, menjadi bisexual adalah satu sumpahan.

Namun Ya Allah, aku redha dengan takdirMu.

Selasa, 14 Februari 2012

Malam hari kekasih

Adalah kali pertama aku melihat sikurus mengamuk dengan amarah yang amat. Ya, mungkin salah aku, sepanjang dua hari kami bersms dan sepanjang itu berkali aku meminta dia melafaz cerai, entah mungkin ini peristiwa kali ke 5 dalam tempoh dua bulan.

Dua kali dia berpesan pada aku sebelum ini, dia nak perkahwinan ini bertahan paling kurang setahun.

Tapi, dua bulan aku rasakan masa berjalan terlalu lambat. Amat-amat lambat. Dalam tempoh dua hari dah pelbagai yang kami hamburkan didalam telefon.

Kemuncaknya, aku pulang agak lewat dari hari biasa haritu, aku keluar makan dengan kawan sepejabat.

Sampai dirumah, aku lihat keretanya dah pun ada diparkir. Sepertia biasa, bagai mengheret kaki, aku melangkah masuk. Dia mandi. Aku pun naik ke atas dan mandi. Usai mandi, aku mengetuk pintu bilik dan mengajaknya solat isya sama. Tak berjawab, lalu aku buka.

"Kau tutup pintu tu."

Wajahnya membara.

"Taknak"..aku berdegil, biarlah, biarlah kali ni aku mengadap marahnya, daripada sekadar teks ditelefon.
"Kau, aku tahu ni rumah kau, aku taknak kau tengok aku marah, tutup aku kata"
"Tak nak, marahlah, pukullah kalau nak" entah angin degil mana waktu itu yang datang. Walaupun tangan ku ketar juga melihat dia yang amat berlainan dari aku kenal sebelumnya. Melihat amarahnya, tak mustahil kalau tangannya sampai pada aku. Waktu tu aku dah berfikir dah, boleh ke aku melawan guru silat ni dengan sekadar kelebihan saiz fizikal aku saja.

"Kau keluar dengan kawan, aku tak halang, tapi aku keluar kau banyak cerita, ni dengan siapa pula kau keluar, tu Diana (bekas teman serumah) kau dah taknak keluar dengan dia, kau taknak kawan dengan dia, kau memang macam tu kan, bosan tinggal, bosan tinggal, aku ni pun baru dua bulan kau nak tinggal, cepat bosan, semudah tu sayang kau, macam sampah."

"saya lapar..saya pergi makan.."

"Kau, diam, kau saja betul, aku semua salah"

Dia ambil iron board, iron bajunya sendiri, sejak semalam dia mula menggosok bajunya sendiri, sejak aku kata..aku sebenarnya malas nak gosok baju.

Aku biarkan dia membebel, memarah. Saat itu juga, aku teringat El. Kata-kata El, di pertemuan kami yang paling akhir..dibilik yang sama.

"Satu hari nanti, saya harap awak akan jumpa orang yang buat awak 'stay'." Kata El sambil memeluk aku. Pelukan terakhir.

Benar aku mudah bosan. Aku kata pada sikurus, aku tidak mahu bermalam dirumah Diane lagi kerana Diane meminta aku failkan perceraian, itu antara sebab. Sebab utama ialah aku nak berhenti melakukan dosa yang satu itu.

Malam tu, dan esok paginya, aku memohon maaf..sikurus hanya diam.

Tuhan, tunjukkan kami jalan yang lurus.

Isnin, 30 Januari 2012

Tuhan..tunjukkan jalan..

Ya, itu sekarang doaku. Jika perpisahan adalah yang terbaik, maka aku menurutinya.

Didalam artikel ini...aku sedar aku tidak boleh hidup dengan sikurus selama mana dia tidak dapat memnuhi kehendak batinku.

Aku menyintai dia..dan bila tiba masanya..aku akan melepaskan dia dari dosa ini.

Sabtu, 21 Januari 2012

Biar cinta ini nanar

Biar cinta ini nanar, menggila. Kerana aku menyintai pada yang halal. Aku menyintai pada insan yang tuhan takdirkan untukku.

Hari ketiga perkahwinan kami adalah hari paling bahagia dalam hidup aku. Disentuh oleh seorang yang halal untuk aku.

Ya, aku nekad, aku aku akan berjuang untuk ini, berjuang untuk mendapatkan dia kembali..yang asal. Menyintai seseorang tanpa dicintai kembali adalah sesuatu yang paling perit. Namun aku tahu Allah maha mengetahui, dan orang yang aku cintai ini adalah orang yang telah Allah redha atas ku padanya.

Biar aku jadi Zulaikha, antara nafsu dan kehendak. Aku cuma mahu dia kembali kepada siapa dia yang sebelum ini. Kalau kehendak Zulaikha kerana nafsu, tapi aku ingin dia menjadi seorang yang bertanggungjawab, itu sahaja. Kalau cinta Zulaikha, Allah kabulkan, kenapa bukan cinta aku.

Memang, kawan, saudara mengatakan aku bodoh, dimangsakan. Tapi, aku yakin pada janji tuhan, sabar itu ada ganjarannya, jika bukan disini, dinegeri yang abadi.

Sekarang, aku cuma bertahan untuk tidak berlaku curang, berzina, dengan lelaki atau perempuan. peluang ada dimana-mana, dan menjadi insan biseksual adalah kutukan yang celaka.

Khamis, 19 Januari 2012

Pada Mu..

”…dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” [Al-Thalaq 65: 2-3]

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. [Al-Inshirah 94: 5-6]

Tuhan, aku ingin bertakwa padaMu..aku ingin jadi orang yang bertakwa padaMu...

Tolong aku, tuhan...tolong hambaMu.

Selasa, 17 Januari 2012

Bagaimana?

Bekas teman serumahku a.k.a sekatil dulu telah memberi hampir kata dua padaku, katanya andai aku tidak memperjuangkan perceraian selepas 4 bulan, dia mungkin tidak akan menjadi kawanku yang setia mendengar luahan dan tangisan ku.

Along juga agak marah bila aku katakan sikurus pernah berkata dia ingin mencuba perkahwinan ini selama setahun. Kata along itu terlalu lama.

Dan bagi aku pula, 4 bulan bagai terlalu singkat untuk aku memberi masa padanya. Bagai terlalu tidak adil. Sikurus kulihat sedang cuba membiasakan keadaan. Dia cuba sentiasa bertenang. Dan entah kenapa, aku pula mula semakin menerima kehidupan kami.

Aku sedar aku pun telah tiada kehendak pada dia. Memang naluriku, aku tidaklah mudah untuk punya nafsu pada kaum adam.

Aku mula rasa indah berjemaah subuh dengan dia, mula rasa secebis bahagia bila dia menghabiskan hidangan yang aku masak. Sentuhan dia walau sekadar kucupan didahi sering mendamaikan hati aku.

Mahukah aku berjuang untuk melepaskan semua ini?

Kata adik kalau aku sabar, hadiahnya syurga. Dan benar, kata para pejuang, berjuang itu pahit..kerana syurga itu manis. Dan aku tahu, pahit ujianku ini hanya sezarah kalau nak dibanding dengan apa.

Kata tuhan, tuntutlah hak mu apabila dizalimi, namun redha dan sabar itu lebih besar ganjarannya.

Tapi mampukah aku?

Selasa, 3 Januari 2012

Sexual to asexual

Setelah berbincang dengan dia, aku kini faham..aku akan derita. Dia tidak dapat menunaikan hak aku buat masa ni..dan entah buat masa bila lagi. Dan dia juga redha andai selepas 4 bulan, aku meminta perpisahan.

Lalu apa selepas perpisahan?

Dan antara masa itu, apa yang akan berlaku? akan bertahan kah aku? Bersendirian..aku mula teringat segala sentuhan, betapa aku dulu tidak perlu merayu untuk itu.

Aku bukan malaikat, dan seminggu sebelum aku diijabkabul, aku masih lagi bersama teman sekatil sesuka hati aku. Dan tiba-tiba hampir sebulan aku tidak menyentuh dan disentuh. Macam penagih dadah..yang tiba-tiba dimasukkan ke serenti.

Perasaan sendirian..dan sunyi mula menghantui aku. Perasaan putus asa pada tuhan mula bertamu kembali. Dan mengharap kasih pada orang yang tak sudi adalah paling sukar. Paling sukar.

Tuhan..pandanglah aku tuhan. Tolonglah aku.

Isnin, 26 Disember 2011

taa haa ayat 2

adik balik minggu ni..gembira aku. adik bawa aku ke darul syifa.tenang.

aku cerita segalanya pada adik. telus.

bagiku perkahwinan ni adalah satu kesilapan. tidak semua perkahwinan itu adalah wajar. adik menongkah,kata adik..lalu kenapa rasul galak semua umatnya berkahwin. kata adik perasaan aku dan dia ada dan wujud.. tapi ditahan oleh iblis.

jangan sia-siakan perkahwinan ini. kata adik. jangan sekadar menunggu 4 bulan itu. lakukan sesuatu. adik minta aku jangan meminta perpisahan. doa banyak pada tuhan. kalau tuhan mahukan kami berpisah..tuhanlah yang akan pisahkan.

lalu pagi ini aku hembuskan surah taa ha di ubun rambutnya sewaktu dia masih lena lepas kami jemaah subuh.

"kami tidak menurunkan al quran kepadamu (wahai muhamad) supaya engkau menanggung kesusahan" - taa haa ayat 2.

sampai diayat ini..aku menitiskan air mata.

tuhan, aku yakin kau tidak akan mensia-siakan hambamu.

Selasa, 20 Disember 2011

Benarkah?

dia: awak perasan tak segalanya berubah selepas majlis dirumah saya
aku: ya, sayang emmang amat tertanya-tanya kenapa selepas tu abang seolah membenci saya.
dia: abang syak kita dah kena sihir pembenci

ya Allah, beratnya dugaan. Memang benar perubahan pada dia amat ketara bila dirumah mentua, dia mesej padaku seolah dia menyayangi aku, tetapi sebaik sahaja dia sampai dirumah mak dan melihat aku, wajah dia seolah dia amat membenci aku. Puas aku berfikir apakah silap aku, malah aku tanya pada dia juga. Semalam, dia mengakui entah kenapa dia amat sukar untuk tidur disebelah aku, dan setiap kali nampak aku dia akan rasa benci dan marah.

Kadang-kadang hati aku berkata pada aku..kau memang ditakdir menjadi lesbian ,,kenapa kau lari dari kenyataan ini?

Sabtu, 17 Disember 2011

Kehendak yang paling agung

Semalam aku keluar bersama teman-teman lama yang akrab, berbual bersama mereka buat aku lupa pada dunia aku yang sebenar, kemudian aku kesinema bersama ex-housemate, sikurus tu pagi-pagi dah keluar pergi mengubat orang, ya dia pengamal perubatan tradisional, aku tak tahu dia begitu aktif tentang itu sebelum ni. Hari selasa dan jumaat dia akan pergi pagi dan balik lewat petang, pembantunya adalah adik angkatnya yang aku rasa lebih banyak masa dengan dia dari aku.

Disinema, ex-housmate nak menonton ombak rindu.

Hampir dihujung cerita, sikurus sms ku yang dia terlalu letih, sampai pening-pening dirumah adik angkatnya, hati aku terus basah dan sebak, betapa aku tahu dia sebenarnya meminta izin untuk tidak balik rumah, aku jadi sedih amat sangat sebab aku tahu dia sebenarnya tidak gemar pulang kerumahku, I have nothing to offer melainkan tanggungjawab. Kasih pun hampir sifar.

Kehendak paling agung seorang wanita yang juga isteri adalah disayangi sang suami, dikehendaki. Dan kehendak paling agung seorang wanita adalah juga untuk dicintai dan dimiliki. Dan masalah disini, aku dilahirkan sebagai wanita!

Ex-housemate hampir naik gila melihat aku yang tiba-tiba menitis air mata dari sinema, dalam kereta dan hinggalah aku menghantar dia didepan rumah. Hampir sejam kami berbual dan dia memberi ceramah pada aku.

dia: kalau kerana status, u dah ada status tu, kalau kerana wedding u dah lepas wedding tu, dan apa lagi yang membuatkan u nak terus derita dalam perkahwinan yang hanya status ni? u ingat i tak suffer yang i lepaskan u pada orang yang treat u teruk. U tahu tak, kalau ada gay marriage kat malaysia ni, i will never can marry you because u never fight for yourself, you got brain, you are smart, but the problem is you don't want to use that. You let things happen!

aku senyap, tahu semua kata-kata dia benar.

aku: i have to wait for 4 months, then baru boleh proceed ke mahkamah.
dia: okay i will wait that, u akan mempunyai i sebagai listener selama tempoh tu, tapi if after 5 months nothing happen,i cannot stick with you if you not fight for yourself. Or do you want me to go to your mum or punch that guy, fight for you, and who am i? i dont have that right.
aku:you have every right to do that, you yang dengar semua tentang i, you yang tengok apa yang berlaku kat i, but i have to fight for myself, not you.
dia: hah tahu pun, am glad you realize that. maybe, i boleh je ajar u to more feminine or manja with him, but the problem is kalau dia taknak..then dia taknaklah.

Aku rasa amat hina kadangkala, seluruh hidup aku, aku ingin dikehendaki, a feeling that i belong to someone. Lelaki terakhir yang buat aku rasa begitu punya penyakit paling durjana walau sebagai insan dia amat baik, dan wanita yang buat aku rasa begitu pula, aku tinggalkan semata-mata kerana lelaki yang sebenarnya bukanlah berkehendakkan aku.

Kehendak agung aku adalah aku ingin dimiliki oleh orang yang amat berkehendakkan aku sebagai diri aku. Dan keran aku perempuan orang itu harus berjantina lelaki agar diiktiraf undang-undang dan agama. Namun perkara paling teruk adalah bila dimiliki tapi tidak dikehendaki.

Welcome to hell.

Jumaat, 16 Disember 2011

Bila segalanya sifar

Indah khabar, kasih sikurus untuk aku sekadar hari-hari awal itu.  Dan hati aku mula mereda, bila cinta tidak bersambut, apalah yang ada, lalu yang berlaku sekadar tanggungjawab. Juga, kami tidak menjalankan tanggungjawab pada satu perkara kerana kehendak itu hampir bersifat sifar. Kami.

Bekas teman tidur ku, secara semulajadi juga kami melansung kehidupan dengan hidup kami sendiri, rasa sayang masih ada, tapi paling terbaik adalah sekadar sahabat.

Ibu dah mula bertanya soalan-soalan sensitif, dan aku tahu aku perlu jawab dengan jujur, kerana ibulah yang akan jadi penyokong andai perkara ini perlu berakhir dengan undang-undang.

Buat kesekian kalinya, aku berada disatu tempat yang tidaklah begitu asing pada aku, satu takah dimana tidak ada emosi yang diperlukan. Aku menjalankan tanggungjawab aku sedaya mungkin, beritahu dia kemana aku pergi dan sejujurnya menerangkan profil orang yang aku bersama dan temui. Dia mula mengenali teman-teman yang aku selalu ke sinema atau sekadar berbual.

Dia: teman serumah dulu awak tu..pasti..bukan lesbian?
Aku: hahaha..dia ada boyfriend la bang.
Dia: betul kamu dua tiada apa-apa?
Aku: takder la, dia ada bf..gile apa.

Dan yeah, jawapan aku tu adalah untuk sekarang, sekarang kami tiada apa-apa, sekadar pergi makan..dan berbual. Aku tahu dia tak begitu sakit, kerana aku bukan satu-satunya dihati dia. Walau dia pernah jadi satu-satunya dihati aku. Dan kini, dihati aku..tiada apa-apa. Cuma ada..tanggungjawab.

Jumaat, 9 Disember 2011

Kepercayaan dan curang

dia sibuk minggu ni, persiapan majlis untuk rumah dipihak lelaki. Aku yang telah jatuh cinta pada dia mula kemurungan. Jika aku kesana, dia akan seolah tidak sedar kehadiran aku, kerana stress dan keletihan. Dan juga kata orang tak manis aku kesana, kerana aku dan keluarga masih belum bertandang secara rasmi.

dia: minta tolong ex-housmate awak temankan awak boleh tak? abang risau awak tinggal seorang.
aku: ok2lah.

Lalu aku tahu itu tanda kepercayaan dia pada aku. Lelaki. Memang sewaktu bersama dia aku teringat xhousemate aku yang seorang, perempuan penuh dengan kemanjaan dan belaian, tetapi lelaki..walaupun halal kadangkala keras dan juga sifar manjaannya, lalu kau seolah jatuhdari tempat yang tinggi. Dia cuba jadi teman yang terbaik, sekurangnya buat saat ini.

Lalu telah dua malam, exhousmate aku menemankan aku tidur, dia menakal, memujuk dan mencari belaian dari aku. Tuhan takdirkan nafsu pada dia sudah tak membuak seperti dulu, namun, kucing tetap kucing.

aku: i cannot kiss, you i afraid..i will lost the love that i start to have with him.
dia: i taknak faham, even i boleh faham.

aku membelai dia juga, dalam fikiran aku asyik memikir apa yang aku tidak boleh buat dan apa rasionalnya.

dia: what i can and what i cant when i sleep with you.
aku: just do whatever a two friends do when they sleep together.

ada bisikan dihati aku, alah selagi kau menutup aurat, apa salahnya kau belai dan buat dia puas. Tapi separuh dari diri aku berkata, lalu apa bezanya kau dulu dengan sekarang, apa bezanya perkahwinan ini, andai kau masih berzina dengan dia.

aku: curang bermaksud curang dihati dan perbuatan.
dia: define that
aku: curang hati maksudnya punya hati pada orang tu, perbuatan maksudnya berzina, namun hanya berzina sahaja boleh dijatuhi hukum.
dia: i can understand that.do you love me? you said after you get married thing won't change.
aku: i love you, its never change.

Kami berdua senyap, dan akhirnya tertidur. Namun hingga kini, aku masih tertanya, apa definisi curang, curangkah aku, dan benarkah jika aku memuaskan nafsunya itu dikira berzina? Curangkah apabila aku menyintai seorang perempuan dan waktu yang sama cuba belajar menyintai sang suami?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...