Halaman

Selasa, 31 Julai 2012

Kalau ada sumur di ladang...

Beberapa kali yang lepas, aku keluar dengan Zaid. Ke sinema dan makan-makan. Aku dengar dari seorang kawan, Zaid ada hati pada aku. Dan kini aku cuba untuk memberi ruang pada aku dan dia cuba mengenali lebih dari kawan biasa.

Tapi entahlah.

Entah kenapa, aku rasa kekok dan ada semacam rasa tertekan bila keluar dengan dia. Aku tak tahu kenapa. Walhal kami kawan dah lama, sebagai kawan biasa, dia memang rapat dengan aku, cuma selama ni, aku memang tak ambil pusing sangat tentang dia. Mungkin dia tidak begitu ada ciri dominan. Hanya ciri itu sahaja yang selalunya buat aku selesa.

Sejak akhir-akhir ni, hampir semua kawan lelaki, aku dah jarang berkomunikasi atau hangout. Satu tahap dulu, aku rasa benci pada mereka semua. Terutamanya sebab salah seorang dari mereka memang ternyata gay.

Aku seharusnya tidak ada masalah dengan lelaki homoseksual.

Tetapi, ada antara sikap kawan aku ini, yang buat aku kadang-kadang tak boleh tahan hati. Suka sangat mengutuk perempuan. Perkataan 'Bit.." tu mudah sangat keluar. Jumpa perempuan mengandung, kutuk. Akhirnya aku putus asa, makin lama, otak aku yang sedang trauma ni, lagilah membenci. Kerana satu silap, aku terus mendiamkan diri dari mereka.

Zaid..ah..Zaid. Dia baik, sampai kawan-kawan yang lelaki pun memang suka dia sebagai kawan, kata mereka Zaid terlalu baik, hingga kalau ada yang bawa gaduh, akan melutut balik pada Zaid, sebab kebaikan dia. Tapi, aku ada persoalan yang sering bermain di benakku. Zaid ni ada nafsu ke pada aku? Entah-entah kalau dah kahwin nanti baru tahu, sebenarnya bukan nak pada aku pun. Ah..ngeri.

Buat masa sekarang, aku amat selesa dengan diri aku. Entah kenapa aku ada rasa tertekan bila keluar dengan kawan-kawan lelaki. Apa sahaja yang mereka buat silap, aku mula prejudis.

Aku senang keluar sendiri, atau dengan Deanna. Sya dah kembali pada partner dia. Biarlah, asal dia bahagia. Deanna pun sibuk dengan pelajaran.

*tajuk tak berkaitan lansung dengan entry. Kehkehkehkeh.

Isnin, 30 Julai 2012

#Cekik- Ridhwan Saidi


Aku usai membaca dua buah buku Fixi. Salah satunya bertajuk Cekik. Buku ini memberi gangguan kepada fikiran ku sedikit. Kisah seorang budak lelaki yang telah dicabul sewaktu kecil oleh bapa angkatnya, dan kemudian bersekedudukan dengan kekasih yang rupanya adalah ibu kandungnya. Dan cerita ini berakhir dengan dia menjadi suspek utama pembunuhan seorang imam yang juga ditemui mati dengan kesan liwat.

Bagi aku, buku ni nak menunjukkan orang alim adalah gila seks. Ini nyata bila binaan mihrab diterangkan dengan teliti. Dan imam itu pada mudanya memperkosa seorang gadis berusia belasan tahun di mihrab masjid. Imam itu juga mati dicekik dan diliwat di mihrab tersebut.

Gadis itu digari. Dan diikat kaki.

Pertama disini, ingat mudah kah seorang kampung yang tiada internet nak memiliki gari? Gari pun bukan mudah untuk dimiliki bagi pengamal bdsm. Untuk pengetahuan, pihak courier dalam negara ni pun boleh menggeletar lutut nak menguruskan gari. Dan tak lepas di kastam pun. Pihak yang menjual gari ni, mesti punya kabel besar di balai.

Dalam cerita ini, dipersoalkan tindakan imam itu membesar anak angkatnya tanpa didikan agama, imam selalu berada disurau sahaja.

Dan kenapa imam ni tidak berkahwin sehingga tua?

Nak kata tak bernafsu, boleh pula memperkosa.

Ya, maafkan aku, aku bernafsu nak membaca novel ini semata-mata kerana tajuknya. Dan, cerita ni berjaya sedikit mengungkap fetish cekik pada sesetengah manusia. Cekik digunakan didalam permainan kerana dua perkara. Pertama kerana ia mengundang rasa dominasi yang tinggi, melihat seseorang itu menggelepar dan kuasa berada ditangan pendominasi. Kedua, rasa sesak nafas dan ketidak upayaan mengawal diri juga boleh membawa keterujaan kepada orang yang didominasi.

Namun setelah mencecah muka akhir buku ini. Aku rasakan buku ini terlalu sinis kepada agama.  Aku harap orang Islam yang menulis buku ini tidak berniat menyindir Islam, sebaliknya sekadar menempelak penganutnya.

Oh, satu ilmunya dari buku ini. Ianya menyebabkan aku menggoogle "Homosexuality in animals".

Jumaat, 27 Julai 2012

Ma, Pa..benar dia kekasih saya.


Aku sebenarnya kadang-kadang dah pening nak kawal maklumat tentang diri aku pada keluarga.  Sejak aku sering keluar dengan Deanna kembali, Ma ada tertanya-tanya juga, kerap sangat aku keluar dengan Deanna. Kemudian, andai aku beli makanan, selalu akan kubungkuskan untuk Deanna juga.

Dalam instagram, gambar-gambar aku keluar dengan Deanna, captionnya kadangkala, bila aku baca balik, selalunya boleh nampak yang aku sayang Deanna lebih dari kawan. Dan dalam Instagram pula ramai kawan-kawanku yang senget, adalah yang komen merapu juga. Masalahnya applikasi tu ada juga keluargaku. Nasib FB rasmi ku memang aku kawal ketat.

Dalam twitter juga kadang-kadang kawan-kawan yang senget ni ada juga borak pasal awek, dan aku juga kadangkala ada crush dekat mana-mana kenalan twitter. Aku syak, rakan rapatku yang aku benarkan berad di twitter ku pada awal-awal dulu, dah boleh mengesyaki.

Ucu, adik ku yang pernah terserempak mengenali salah seorang teman wanitaku, memang dah lama dapat merasakan ada sesuatu tentang aku. Tetapi sebab dia lelaki, dia tak begitu ambil pusing. Dan aku tahu dia amat menyayangi aku. Aku pernah berterus terang dengan dia, kerana dia menjadi tempat pergantungan aku sewaktu aku menghadapi titik paling hitam dalam hidupku pada mac lalu. Aku nak dia adil dalam melihat kes aku.

Dan seorang lagi dalam adik beradikku, yang kami amat rapat. Pernah tanya samaada aku ada apa-apa hubungan dengan istimewa dengan Deanna. Aku cuma berkata..

"Deanna kan ada boyfriend"

Dan kenyataan ku itu menutup pertanyaan.Aku perlu melindungi Deanna walau dengan apa cara sekalipun.

Benar, kasih aku pada Deanna bukan sekadar teman biasa. Sejak akhir-akhir ini, aku juga amat memanjakan dia, hingga dia rasa bersalah.

Deanna: Kenapa you asyik belanja I ni?
aku: ah..nafkah batin tak dapat bagi, I bagi zahir ajalah

Kami gelak. Alhamdulillah, aku masih bertahan, rasanya dah 3 bulan kami tidak sekatil. Paling lama tu. Dan bukan sekali dua dia meminta, sampai dia dah tiada rasa segan lagi meminta, sebab aku tahu dia amat ingin. Tapi berbagai alasan yang aku beri.

Aku terfikir, bagaimana jika selain Ucu, ada ahli keluarga ku yang menjejak sisi gelap ku? Bolehkah mereka terima? Akan terputus kah kasih sayang mereka pada aku. Adakah aku memalukan mereka?

ps: ada reader tanya bagaimana nak follow aku, pertanyaan ditinggalkan di formspring. Aku sebenarnya sengaja tidak meletakkan fungsi follower, untuk menjadikan blog ini tidak terlalu awam, tetapi, bagi aku..kalau pembaca tu nak follow..dia akan menemui caranya.

Khamis, 26 Julai 2012

Aku, insan fakir,dark angel dan ramadhan

Sejak akhir-akhir ini, aku dah agak rapat dengan beberapa orang sengetians, yang datang ketempat aku dan mula menghubungi aku, sekadar hangout, makan dan berbual.

Dulu, sewaktu aktif di forum, memang selalunya aku menolak mentah-mentah untuk bertemu. Aku segan dengan prejudgement, yelah..kelak nanti ada golongan sengetians yang berkata..hek eleh..pakai tudung bagai tapi senget macam kita-kita juga. Masa tu aku terfikir juga berkali-kali, nak jaga imej orang bertudung ke, nak jaga stigma masyarakat pada golongan lesbian. Dan aku sedar pun lesbianisme adalah salah dan tidak patut terjadi pada orang yang tahu ianya salah, dan andai terjebak juga, haram bermegah dengan dosa.

Aku tahu, masih ramai lagi orang yang punya tanggapan buruk pada perempuan yang bertudung.."pakai tudung..tapi..bla..bla..bla..." ..apatah lagi dapat tahu..pakai tudung tapi pernah ada awek..pernah zina dengan awek..tu belum masuk pernah jadi pengamal bdsm lagi tu. bak kata orang..WIN! La.

Dan ada juga pengamal bdsm ..master-master yang punya fetish pada perempuan bertudung. Yang ini memang aku jauhi. Rasa tercalar maruah agama aku.

Serta apatah lagi kalau padangan orang-orang sekeliling apabila melihat aku bersama dengan golongan sengetians...pasti ada yang kata.."ish dia ni nampak je baik..tapi kawan dengan diorang ni"...takpun.."ooh..hah confirmlah dia ni pengkid, pakai tudung semua tu fake je"...dan macam-macam lagi.

Tapi...sejak bulan 3 haritu, aku macam dah tak kisah apapun pandangan orang. Apatah lagi, bukanlah mudah untuk aku memaklumkan rakan sekerja tentang kes perceraian aku. Tapi aku perlu lakukan, kerana antara tujuan aku memohon perceraian adalah tidak mahu menipu masyarakat. Biarlah aku dipandang hina sesiapa pun bila aku mengakui bahawa aku yang memohon perceraian tu. Orang lelaki..mungkin ada yang kata..aku ni jenis pompuan menggegar tiang arash. orang pompuan mungkin kata, dia ni biol ke apa..tu nak kacau laki kita pula lah tu, tak pun..ni mesti pompuan tak tahu buat kerja rumah.

Haha. Memang aku..bab kerja rumah ni ada kureng sikit. Aku tak cekap didapur. Tapi aku percaya, bila ada keinginan, semua perkara boleh jadi.

Dan, memang. Ada kawan aku tuduh aku mohon cerai sebab aku tak tahan nak masak 3x sehari. Nak tergelak keh..keh..keh aku mendengar. Bodohlah aku andai itu alasan aku untuk perpisahan tu.

Okay balik pada topik asal.  Aku temui gembira bila bersama dengan kawan-kawan sengetians, mereka single, bercakap bukan tentang suami, anak, resepi..bab mengandung. Banyak cakap pasal kerja, movie dan awek. Tapi bila gembira bersama mereka, ada satu keresahan pada aku, aku tak mahu terlalu dalam dengan mereka, kelak nanti mulalah jumpa yang single, flirt..dan...kemuncaknya, aku juga akan dicaci kerana tinggalkan perempuan tu. Dan mereka tidak akan faham, kenapa aku meninggalkan.

Dulu, ada seorang dari sengetians, sama denganku, nak berubah, taubat, menolak lesbian, tapi akhirnya menjadi pula salah seorang pejuang LBGT kini. Tak mustahil aku akan jejaki langkahnya.

Tuhan maha pembolak balik hati manusia. Ah..jauhkan aku dari menyalahkan tuhan dalam hidupni.

Dalam dunia sengetians, aku dikenali sebagai Dark Angel, aku tak pernah sangka nama tu besar, sehingga salah seorang awek aku dulu bagitahu aku yang dia terus setuju nak serius dengan aku adalah kerana nama Dark Angel tu. Dark Angel adalah aku, suka menulis. Tak sangka ada yang terpikat.

Golongan sengetians benci orang biseksual, jadi dikalangan mereka juga aku terpaksa bersembunyi dan berpuara-pura kadangkala. Yelah, golongan biseksual mudah membuat keputusan untuk meninggalkan partner, itu tanggapan mereka.

Ohh..nama aku dalam forum bdsm, rasanya aku takkan tulis disini. Walaupun golongan bdsm mudah menerima aku,kerana kami menerima apa saja yang ada dilangit dan bumi, haha. Tapi, aku tahu, tak kurang kawan-kawan bdsm yang menempelak aku kerana meletakkan seks sebagai limit dan bagi mereka kadangakala aku off dari forum adalah kerana aku terasa alim.

Insan fakir, adalah nama pena aku dikolum-kolum puisi waktu aku berusia 22 tahun. Tahun itu, aku terima hidayah Allah bahawa Islam itu benar dan Allah itu wujud. Tahun itu baru bermulanya aku mencari ilmu-ilmu agama, setelah bertahun Islam hanya pada nama.

Malu nak guna balik nama tu.

Tapi, dengan rasa malu tu juga, aku tujahkan pada kepala aku bila mula nak derhaka pada tuhan.

Ish..panjang sangat tulis, nak pergi tandas ah.Lol.

Selasa, 24 Julai 2012

Lesbian kahwini gay, haram.



Sekarang macam dah jadi trend, lelaki gay mencari perempuan lesbian untuk dikahwini. Pertama, niat dah salah dan apatah lagi tujuan perkahwinan tu pun menyimpang. Dan lesbian pun tak kurang yang setuju dengan perkahwinan begini.

Bagi aku, haram kalau tak merancang untuk berubah. I made that mistake and I learned its a terrible mistake. Tapi, niat asal aku masa tu memang nak jadi isteri dan aku menyintai sikurus itu, cuma silap aku, aku ingat perkahwinan tu akan berjaya walaupun andai aku gagal merubah dia.

Andai sekadar nak tutup pandangan masyarakat yang anda homoseksual (gay/lesbian), bermakna anda orang paling hipokrit dalam dunia.

Kepada kawan-kawan senget, tolong jangan buat macam tu. Kalau lelaki tersebut tidak menyintai kalian atau kalian tidak menyintai, dan anda berniat nak simpan partner anda, tolongla jangan gatal nak menikah.

Dan yang paling best, ada yang kata kat aku, ala banyak dah terjadi, kahwin ni sekadar untuk mengisi borang, senang banyak benda rasmi dipermudah kalau kahwin, tapi bab seksual tu cari la partner memasing yang tak dapat nak dikahwini secara sah tu. Ni confirm korang cari neraka. Mempermainkan institusi kekeluargaan Islam. Lelaki kalau tidak memberi nafkah batin kepada isteri, haram. Dan fikir sendirilah, Kalau sang isteri bermain permainan batin ni dengan orang lain, tidak kira lelaki atau perempuang, tetap dikira curang.

Perihal anak.

Juga andai kalian fikir nak dapatkan anak melalui persenyewaan luar, tanpa kalian mencuba secara semulajadi, yelah apapun, undang-undang di Malaysia dan juga undang-undang islam tidak menghalalkan mengambil sperma lelaki yang tidak anda kahwini, sebelum tu fikir sikit apa yang akan terjadi dekat anak tu. Dan Islam pun memang tak menggalakkan persenyawaan luar, apatah lagi andai memang tanpa percubaan secara semulajadi.

Dan hubungan batin hanya sekadar untuk dapat anak, dalam hubungan suami isteri memberi kesan psikologi kepada isteri dan lelaki. Senang cakap la, seolah, kau tu berguna kerana ada rahim dan kepada lelaki..kau tu hanya berguna kerana ada sperm. Ianya membatalkan semua fungsi perkahwinan, dimana fungsi perkahwinan adalah untuk berkongsi kehidupan.

Perihal anak angkat.

Sedang perkahwinan heterosexual yang normal pun institusi keluarga boleh pincang, inikan pula yang sekadar nak menempel dimata masyarakat. Baik jadi penjaga tunggal. Tak merosakkan psikologi anak tu. Tu belum masuk kes pasangan homosexual yang ambil anak angkat. Derita anak tu menghadapi masyarakat kalian tak fikirkah? Kalian mungkin dah immune dengan pandangan masyarakat, tetapi anak kecil tu, bagaimana nak hadapi?


Masyarakat sekarang dah rosak, sila jangan jadi penyumbang kepada yang lebih teruk.

Apapun, andai anda berkahwin kerana ingin berubah dan tahu kewajipan anda untuk menyintai pasangan anda, teruskan, aku menyokong dari belakang, malah jika perkahwinan itu gagal sedang anda dah berusaha bersunguh-sungguh, sokongan aku tetap penuh, malah tuhan juga tahu.

Tuhan tahu, setiap nadi yang berdenyut, setiap dedaun yang terbang..semuanya tak lepas dari pengetahuan Yang Esa.

Sabtu, 21 Julai 2012

Nafsu, andai Lesbianisme bukan dosa

Deanna demam, dia tiada selera makan, dua hari lepas. Memujuknya, aku pun membawanya makan. Patutnya aku puasa ganti haritu. Tapi, aku batalkan, hanya kerana aku was-was dengan hari tasyrik.

Hari tasyrik haram puasa tetapi tidak bagi puasa ganti. Ah, kerana Deanna kan, aku mudah membuat keputusan. Kerana cinta, manusia jadi bodoh.Tu tak masuk berapa kali aku terleka bila bersama dia dan lupa waktu solat. Buat masa ni, ada dua cinta yang terkesan pada aku. Deanna antaranya.

Deanna, pandai meraih cinta aku, pandai melemahkan segalanya pada aku. Melihat matanya melirik manja dan bibir mulus dia, berahi aku pada dia mudah membuak.

Lepas bawa makan, haritu. "Bulan puasa saya tak boleh naughty" kataku pada dia.

Dia senyum. "Ada dua hari lagi kan", masa ni tangan aku dah nak merayap dah pada dia. Entahlah, ni mesti kesan semalam ni.

"hehe, kalau sempatlah", aku tak tahu, kenapa, sehari dua ni, aku macam susah nak kawal..

 Dan nasib, jam sudah menunjukkan masa rehat pejabatku telah habis, dan aku perlu kembali kepejabat.

Beberapa hari lepas, aku berbual dengan seorang ustazah. Bertanya tentang aurat antara perempuan yang bukan seagama. Kata ustazah tu,ada khilaf bila datang perkara tentang aurat wanita yang bukan seagama. Sebenarnya, ada mengatakan hanya sekadar alat sulit. Sumpah, masa tu aku boleh rasa, mataku seolah bersinar gembira. Kemudian nak bertanya, lalu yang dikatakan bagaimanakah lesbianismne itu berdosa? Tapi tak tergamak nak bertanya, kelak orientasi aku pula dipersoal.

Apa yang banyak mengukuhkan pada aku yang mengatakan lesbian salah, ialah aurat.

Tapi kata-kata ustazah ni, seolah membuka ruang pada aku kembali untuk mempersoalkan andai lesbianisme itu tidak berdosa. Namun kenapa hati ini tidak tenang?

Benar, hubungan lesbian menyebabkan kami sering bersama tanpa seurat benang pun. Dan ada waktunya kami menggunakan sesuatu (seganlah aku nak tulis)..dan ia boleh aku katakan zina. Tetapi homoseksual cuma diharamkan kerana akibat kaum lut yang melakukan anal seks. Jadi sebenarnya, dimana letaknya salah lesbianisme? Aku pernah berforum di bicaramuslim, ada yang mengeluarkan hadis-hadis dari sirah rasulullah.

Namun apa yang masuk pada akal aku ialah apabila hukum aurat dinyatakan, bahawa aurat sesama wanita yang paling asas adalah antara pinggang dan lutut bagi yang seagama, andai bukan seagama ianya hampir sama dengan lelaki yang bukan muhrim. Dan dikira zina andai memasukkan sesuatu untuk memuaskan nafsu didalam alam kelamin. Sama hukumnya dengan berzina dengan tangan sendiri. Dua dalil ini aku pegang yang membawa kepada hampir haramnya lesbian.

Namun, aku pernah terbaca.."Apa sahaja perlakuan yang membuat kita tidak tenang, ianya menghampiri dosa" .

Kali pertama aku bersetubuh dengan Xola (perempuan pertama ), aku kemurungan selama seminggu, aku menangis berhari-hari. Aku rasa aku terlalu kotor disisi tuhan. Perasaan itu datang semulajadi. Seolah memberi isyarat kepada aku, apa yang aku lakukan itu menghampiri murka tuhan. Lalu kalau lesbian itu tidak salah, mengapa hati aku tidak tenang?

Dan kalau ia salah, dimana yang salahnya? Berkucupan juga salah? Adakah yang bertanya ini nafsu aku yang ingin menghalalkan segala?

Kalau tak dosa, kenapa kau tak berani war-war pada orang? Ah..berkucupan..pegang-pegang..sentuh sana sini..akhirnya..zina juga kau tujukan.Okay, confirm Lesbian dosa. 

Cinta dunia, kau hampiri diri jadi keparat. Carilah cinta pada tuhan, tolonglah, aku rayu pada kau, memang sendiri itu amat sukar, nabi pun tidak sendiri, tapi ingat..tolonglah ingat (mengalir pula air mata aku ni)...orang yang asing ini, tuhan bersama dia.

Tolonglah...ramadhan ni,jangan kau siakan. Tolonglah...

Sabtu, 14 Julai 2012

ulangtahun aku dan dia

Harini meraikan hari ulangtahun aku dan Deanna. Sama bulan lain tarikh. Cuma sekadar dengan kekCarambule dan laksa singapore kegemaran aku. Dia bertanya bagaimana dia dapat membayar belanjaku pada harini. Aku hanya geleng kepala. Memang sekadar merailan. Kemudian dia menghantar pesanan ringkas ke telefon bimbitku..."in bed". Aku hanya senyum. Tuhan,bantulah aku.

Selasa, 10 Julai 2012

She will be loved- Maroon 5



"She Will Be Loved"

Beauty queen of only eighteen
She had some trouble with herself
He was always there to help her
She always belonged to someone else

I drove for miles and miles
And wound up at your door
I've had you so many times but somehow
I want more

I don't mind spending everyday
Out on your corner in the pouring rain
Look for the girl with the broken smile
Ask her if she wants to stay awhile
And she will be loved
She will be loved

Tap on my window knock on my door
I want to make you feel beautiful
I know I tend to get so insecure
It doesn't matter anymore

It's not always rainbows and butterflies
It's compromise that moves us along, yeah
My heart is full and my door's always open
You can come anytime you want

I don't mind spending everyday
Out on your corner in the pouring rain
Look for the girl with the broken smile
Ask her if she wants to stay awhile
And she will be loved
And she will be loved
And she will be loved
And she will be loved

I know where you hide
Alone in your car
Know all of the things that make you who you are
I know that goodbye means nothing at all
Comes back and begs me to catch her every time she falls

Tap on my window knock on my door
I want to make you feel beautiful

I don't mind spending everyday
Out on your corner in the pouring rain
Look for the girl with the broken smile
Ask her if she wants to stay awhile
And she will be loved
And she will be loved
And she will be loved
And she will be loved

[in the background]
Please don't try so hard to say goodbye
Please don't try so hard to say goodbye

Yeah
[softly]
I don't mind spending everyday
Out on your corner in the pouring rain

Try so hard to say goodbye


Bukan mudah nak melupakan cinta. Hingga kini aku masih mencintai Deanna, rasa cinta yang dalam. Dan keinginan yang tinggi pada dia. Dia juga menahan hati kerana tidak mahu aku lukai dia dengan penolakan. Tiada siapa yang sabar dengan penolakan. Kadang-kadang aku mahu sangat pada dia, tapi kemudian sesal. Berkali berlaku.

Sabtu, 7 Julai 2012

bakal suami atau suami anda seorang gay?



Rasa perlu menulis tentang ini apabila membaca entry dari blog Hidup Mesti Diteruskan.

Pertama sekali ingin aku tekan kan disini, gay tidak salah. Andai tidak melanggar hukum tuhan. Hukum tuhan yang bersabit dengan kesalahan golongan homosexual adalah liwat. Liwat, heterosexual pun haram. Benar, ada golongan gay yang memang lahir semulajadi, namun mereka ini adalah golongan yang baik andai mereka tidak menzalimi diri sendiri dan orang lain. Mereka ini derita melawan hawa nafsu, kerana memang punya nafsu dengan golongan sejenis, tetapi berjuang untuk tidak melunaskannya. Dan mereka ini juga tergolong kategori haram berkahwin, andai mereka tidak menyintai wanita yang nak dikahwini. Itu ujian mereka. Jadi jangan sekali pandang seorang atau rendah pada golongan ini, ujian mereka bukan calang-calang. Dan bagi mereka, tuhan cukuplah sebagai pelindung dan peneman.

Ada beberapa tanda lelaki gay.

1. Punya kawan lelaki yang amat rapat.

Samada yang lebih muda dari mereka atau sebaya, atau lebih tua. Mereka meletakkan rakan mereka ini nombor yang paling satu, tiada apa yang akan menghalang mereka. Mereka dan kawan rapat ini mungkin tidak melakukan sebarang maksiat, tetapi mereka sebenarnya sedang dilamun cinta.

2. Tidak begitu berinisiatif didalam perhubungan.

Mereka takut membuat keputusan, sebaliknya menyerahkan segala keputusan dan keperluan penting kepada wanita, mereka tiada naluri bahwa lelaki itu pelindung dan pemimpin kepada wanita.

3. Tidak merasakan anda, teman wanita, tunang atau isterinya, adalah hak dia.

Mereka tak kisah andai anda punya teman lelaki sibatalion, malah mereka tidak hirau, andai anda di ngorat dihadapan mereka, mereka tidak rasa salahnya. Mereka tidak merasa bahawa mereka adalah penjaga maruah anda.

Andai teman lelaki anda begini, fikir2 lah dan siasat-siasatlah. Andai ada profile disini Manjam.com, sudah pastilah mereka ni berminat pada kaum adam. Dan sedang mencari-cari keseronokan bersama sang adam yang lain.

Sila jaga diri anda jangan jadi kes macam nidan macam ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...