Deanna demam, dia tiada selera makan, dua hari lepas. Memujuknya, aku pun membawanya makan. Patutnya aku puasa ganti haritu. Tapi, aku batalkan, hanya kerana aku was-was dengan hari tasyrik.
Hari tasyrik haram puasa tetapi tidak bagi puasa ganti.
Ah, kerana Deanna kan, aku mudah membuat keputusan.
Kerana cinta, manusia jadi bodoh.Tu tak masuk berapa kali aku terleka bila bersama dia dan lupa waktu solat.
Buat masa ni, ada dua cinta yang terkesan pada aku. Deanna antaranya.
Deanna, pandai meraih cinta aku, pandai melemahkan segalanya pada aku. Melihat matanya melirik manja dan bibir mulus dia, berahi aku pada dia mudah membuak.
Lepas bawa makan, haritu.
"Bulan puasa saya tak boleh naughty" kataku pada dia.
Dia senyum.
"Ada dua hari lagi kan", masa ni tangan aku dah nak merayap dah pada dia. Entahlah, ni mesti kesan semalam ni.
"hehe, kalau sempatlah", aku tak tahu, kenapa, sehari dua ni, aku macam susah nak kawal..
Dan nasib, jam sudah menunjukkan masa rehat pejabatku telah habis, dan aku perlu kembali kepejabat.
Beberapa hari lepas, aku berbual dengan seorang ustazah. Bertanya tentang aurat antara perempuan yang bukan seagama. Kata ustazah tu,ada khilaf bila datang perkara tentang aurat wanita yang bukan seagama. Sebenarnya, ada mengatakan hanya sekadar alat sulit. Sumpah, masa tu aku boleh rasa, mataku seolah bersinar gembira. Kemudian nak bertanya, lalu yang dikatakan bagaimanakah lesbianismne itu berdosa? Tapi tak tergamak nak bertanya, kelak orientasi aku pula dipersoal.
Apa yang banyak mengukuhkan pada aku yang mengatakan lesbian salah, ialah aurat.
Tapi kata-kata ustazah ni, seolah membuka ruang pada aku kembali untuk mempersoalkan andai lesbianisme itu tidak berdosa.
Namun kenapa hati ini tidak tenang?
Benar, hubungan lesbian menyebabkan kami sering bersama tanpa seurat benang pun. Dan ada waktunya kami menggunakan sesuatu (seganlah aku nak tulis)..dan ia boleh aku katakan zina.
Tetapi homoseksual cuma diharamkan kerana akibat kaum lut yang melakukan anal seks. Jadi sebenarnya, dimana letaknya salah lesbianisme?
Aku pernah berforum di bicaramuslim, ada yang mengeluarkan hadis-hadis dari sirah rasulullah.
Namun apa yang masuk pada akal aku ialah apabila hukum aurat dinyatakan, bahawa aurat sesama wanita yang paling asas adalah antara pinggang dan lutut bagi yang seagama, andai bukan seagama ianya hampir sama dengan lelaki yang bukan muhrim.
Dan dikira zina andai memasukkan sesuatu untuk memuaskan nafsu didalam alam kelamin. Sama hukumnya dengan berzina dengan tangan sendiri.
Dua dalil ini aku pegang yang membawa kepada hampir haramnya lesbian.
Namun, aku pernah terbaca.."Apa sahaja perlakuan yang membuat kita tidak tenang, ianya menghampiri dosa" .
Kali pertama aku bersetubuh dengan Xola (perempuan pertama ), aku kemurungan selama seminggu, aku menangis berhari-hari. Aku rasa aku terlalu kotor disisi tuhan. Perasaan itu datang semulajadi. Seolah memberi isyarat kepada aku, apa yang aku lakukan itu menghampiri murka tuhan.
Lalu kalau lesbian itu tidak salah, mengapa hati aku tidak tenang?
Dan kalau ia salah, dimana yang salahnya? Berkucupan juga salah?
Adakah yang bertanya ini nafsu aku yang ingin menghalalkan segala?
Kalau tak dosa, kenapa kau tak berani war-war pada orang?
Ah..berkucupan..pegang-pegang..sentuh sana sini..akhirnya..zina juga kau tujukan.Okay, confirm Lesbian dosa.
Cinta dunia, kau hampiri diri jadi keparat. Carilah cinta pada tuhan, tolonglah, aku rayu pada kau, memang sendiri itu amat sukar, nabi pun tidak sendiri, tapi ingat..tolonglah ingat (mengalir pula air mata aku ni)...orang yang asing ini, tuhan bersama dia.
Tolonglah...ramadhan ni,jangan kau siakan. Tolonglah...
kawin dengan pakcik jelah DA...
BalasPadamsenang kita sama2 baiki diri. kesian pakcik tengok tapi apakan daya pakcik dah tak berapa mampu zahir batin. hahaha...
..speechless kejap...
PadamDA,
Padamramai yg pandang kekuatan dalaman berbanding sejarah dan fizikal kita. cinta tanpa iman takkan ke mana kecuali ke neraka. Allah tak menilai hasil tapi effort.
selagi belum jumpa seseorg yg betul2 ikhlas menerima DA sbg isteri, bermakna pemilik sebenar tulung rusuk DA belum DA temui kerana Allah lebih tahu yang terbaik utk DA.
Pakcik percaya ujian DA lalui ini kerana ada keistimewaan tertentu dlm diri DA utk memperbetulkan keadaan. sekurang2nya kpd yang mahu berfikir.
sebenarnya nak jawab komen pakcik ahp yang awal tu...nafkah zahir kurang takper ..tapi batin kena cukup..hohoho..larikkk..(harap pakcik ahp tak baca dah komen2 nih)
PadamInsyallah ... semoga sahabat dapat melalui dugaan ini.. doa banyak2 mana tahu jumpa pasangan yang akan menjadikan diri awak lebih baik dan semakin baik.. insyallah.
BalasPadamdoa tentang pasangan kini adalah doa yang saya takut untuk sampaikan pada tuhan. Kadang2 saya fikir, kita ni tak tahu apa yg tuhan rancangkan, kita ni hamba yang bodoh. minta itu dan ini, tapi bila yang minta itu dapat, allah uji lagi dengan permintaan kita tu, dan masa tu kita akan jadi keliru dengan pemberian tuhan.
Padamalhamdulillah hidup saya penuh dengan kasih sayang mak, ayah dan adik beradik walaupun mereka tidak tahu hati saya dalam-dalam, punya kerjaya yang baik dan punya sedikit harta untuk melansung kehidupan dengan amat sederhana. ada orang tidak kecapi apa yang saya kecapi..
jadi..apa kelebihan saya yang tuhan nak kurnia semua permintaan saya, dan kadangkala permintaan saya tu bukan baik pun bg saya sebenarnya.
jadi cuma satu doa saya sekarang ni..ianya ttg saya dan tuhan, itu saja yang saya berani doa.
apapun, insyaallah, tq.
:) hehe semoga hubungan awak dengan tuhan bertambah baik, semoga awak dapat melihat wajah Allah di akhirat kelak sahabat!
Padamhmm....speechless..ehhee..but skema ar kau ne..hehe
BalasPadampabila dosa menghambat...
BalasPadamKau rasa tertambat
pada iblis yang sudah nyata akan dihambat..
cewahh
vibrator ke korang gune?
BalasPadamKita serupa..boleh jd kwn ni malaikatgelap..to becoming better and better than yesterday.. Tp i masih suci lg...juz a feelin tk penah terjebak dgn hubungan sulit lg, takat pernah ada seseorang yg i suka..
BalasPadam