Halaman


Khamis, 26 Julai 2012

Aku, insan fakir,dark angel dan ramadhan

Sejak akhir-akhir ini, aku dah agak rapat dengan beberapa orang sengetians, yang datang ketempat aku dan mula menghubungi aku, sekadar hangout, makan dan berbual.

Dulu, sewaktu aktif di forum, memang selalunya aku menolak mentah-mentah untuk bertemu. Aku segan dengan prejudgement, yelah..kelak nanti ada golongan sengetians yang berkata..hek eleh..pakai tudung bagai tapi senget macam kita-kita juga. Masa tu aku terfikir juga berkali-kali, nak jaga imej orang bertudung ke, nak jaga stigma masyarakat pada golongan lesbian. Dan aku sedar pun lesbianisme adalah salah dan tidak patut terjadi pada orang yang tahu ianya salah, dan andai terjebak juga, haram bermegah dengan dosa.

Aku tahu, masih ramai lagi orang yang punya tanggapan buruk pada perempuan yang bertudung.."pakai tudung..tapi..bla..bla..bla..." ..apatah lagi dapat tahu..pakai tudung tapi pernah ada awek..pernah zina dengan awek..tu belum masuk pernah jadi pengamal bdsm lagi tu. bak kata orang..WIN! La.

Dan ada juga pengamal bdsm ..master-master yang punya fetish pada perempuan bertudung. Yang ini memang aku jauhi. Rasa tercalar maruah agama aku.

Serta apatah lagi kalau padangan orang-orang sekeliling apabila melihat aku bersama dengan golongan sengetians...pasti ada yang kata.."ish dia ni nampak je baik..tapi kawan dengan diorang ni"...takpun.."ooh..hah confirmlah dia ni pengkid, pakai tudung semua tu fake je"...dan macam-macam lagi.

Tapi...sejak bulan 3 haritu, aku macam dah tak kisah apapun pandangan orang. Apatah lagi, bukanlah mudah untuk aku memaklumkan rakan sekerja tentang kes perceraian aku. Tapi aku perlu lakukan, kerana antara tujuan aku memohon perceraian adalah tidak mahu menipu masyarakat. Biarlah aku dipandang hina sesiapa pun bila aku mengakui bahawa aku yang memohon perceraian tu. Orang lelaki..mungkin ada yang kata..aku ni jenis pompuan menggegar tiang arash. orang pompuan mungkin kata, dia ni biol ke apa..tu nak kacau laki kita pula lah tu, tak pun..ni mesti pompuan tak tahu buat kerja rumah.

Haha. Memang aku..bab kerja rumah ni ada kureng sikit. Aku tak cekap didapur. Tapi aku percaya, bila ada keinginan, semua perkara boleh jadi.

Dan, memang. Ada kawan aku tuduh aku mohon cerai sebab aku tak tahan nak masak 3x sehari. Nak tergelak keh..keh..keh aku mendengar. Bodohlah aku andai itu alasan aku untuk perpisahan tu.

Okay balik pada topik asal.  Aku temui gembira bila bersama dengan kawan-kawan sengetians, mereka single, bercakap bukan tentang suami, anak, resepi..bab mengandung. Banyak cakap pasal kerja, movie dan awek. Tapi bila gembira bersama mereka, ada satu keresahan pada aku, aku tak mahu terlalu dalam dengan mereka, kelak nanti mulalah jumpa yang single, flirt..dan...kemuncaknya, aku juga akan dicaci kerana tinggalkan perempuan tu. Dan mereka tidak akan faham, kenapa aku meninggalkan.

Dulu, ada seorang dari sengetians, sama denganku, nak berubah, taubat, menolak lesbian, tapi akhirnya menjadi pula salah seorang pejuang LBGT kini. Tak mustahil aku akan jejaki langkahnya.

Tuhan maha pembolak balik hati manusia. Ah..jauhkan aku dari menyalahkan tuhan dalam hidupni.

Dalam dunia sengetians, aku dikenali sebagai Dark Angel, aku tak pernah sangka nama tu besar, sehingga salah seorang awek aku dulu bagitahu aku yang dia terus setuju nak serius dengan aku adalah kerana nama Dark Angel tu. Dark Angel adalah aku, suka menulis. Tak sangka ada yang terpikat.

Golongan sengetians benci orang biseksual, jadi dikalangan mereka juga aku terpaksa bersembunyi dan berpuara-pura kadangkala. Yelah, golongan biseksual mudah membuat keputusan untuk meninggalkan partner, itu tanggapan mereka.

Ohh..nama aku dalam forum bdsm, rasanya aku takkan tulis disini. Walaupun golongan bdsm mudah menerima aku,kerana kami menerima apa saja yang ada dilangit dan bumi, haha. Tapi, aku tahu, tak kurang kawan-kawan bdsm yang menempelak aku kerana meletakkan seks sebagai limit dan bagi mereka kadangakala aku off dari forum adalah kerana aku terasa alim.

Insan fakir, adalah nama pena aku dikolum-kolum puisi waktu aku berusia 22 tahun. Tahun itu, aku terima hidayah Allah bahawa Islam itu benar dan Allah itu wujud. Tahun itu baru bermulanya aku mencari ilmu-ilmu agama, setelah bertahun Islam hanya pada nama.

Malu nak guna balik nama tu.

Tapi, dengan rasa malu tu juga, aku tujahkan pada kepala aku bila mula nak derhaka pada tuhan.

Ish..panjang sangat tulis, nak pergi tandas ah.Lol.

3 ulasan:

  1. DA,
    t kasih atas sokongan dan pengertian yg mendalam terhadap perjuangan pakcik.
    sempena ramadhan ini pakcik doakan Allah limpahi kita dengan cahaya keimanan dan kebahagiaan hakiki yang berkekalan.

    BalasPadam
  2. amin ya rabbal alamin. moga kebahagiaan hakiki dan mati dalam kerinduan pada yang esa menjadi milik kita, pakcik ahp.

    BalasPadam
  3. hanya Allah y tahu.. sabar..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...