Halaman


Ahad, 30 Januari 2011

Sukarnya..

Susahnya nak berhenti bermaksiat. Ya, jika ada sesiapa yang singgah disini membaca, ye aku telah melakukannya, antara dosa besar itu. Sukarnya, sukarnya. Sungguh aku tidak bangga. Tapi bila hat ini kosong, sukar benar kau nak pertahankan diri kau sendiri..

Bila dia pergi, aku akan berhenti,kuat kah aku? Tuhan, aku nak berhenti lakukan ini. Tahu, aku tahu andai aku minta kau yang hentikan, takdir mu amat gerun aku hadapinya. Namun, aku tak kuat, dengar saja suaranya, aku dah lemah, aku dah goyah, puas aku menepis didalam hati, namun bila pujukan dan rayuan itu berlaku, aku kalah juga. Aku kalah juga.

Dia takkan faham. Dan aku tidak mampu untuk memahamkan.

Benarlah mereka yang menegakkan suruhan tuhan walau dibenci manusia, akan diberi keredhaan tuhan, kerna tuhan tahu ianya bukan mudah, dan tuhan juga berkata, andai sesiapa mencari kegermbiraan manusia dengan kemurkaan tuhan..pergilah dia pada manusia itu. Tuhan..kasihani aku.

Harini, aku tengok filem "Khurafat", babak yang paling menyentuh aku, adalah babak Johan pulang kerumah dan dia melihat dia adalah jenazah yang akan dikebumikan. Tuhan, benar, aku tidak tahu bila aku akan pergi menemui Mu, tuhan.

Rabu, 26 Januari 2011

Cinta itu tak semestinya suci

Kata adik aku kadangkala tuhan memang nak kita sakit atau terasa derita supaya kita dambakan syurga tuhan. Tapi ada jugak kata kawan aku benda sedap susah nak tinggal, walaupun benda tu akan bawa kita derita. Derita sebab ia tak kekal.

Kau mesti pernah sengsara, cinta amat sangat, tengok makanan teringat dia, tengok rumah, tengok sofa, tengok tv teringat dia, tengok senyum orang lain kau teringat dia, tapi sayang, kau dan dia tak boleh bersatu, walau cara apa pun, dia takkan dapat kau kejar secara halal.

Walau cinta itu suci.

Sakit, kan. Sakit sangat. Macam bercinta dari alam lain, macam bercinta dengan orang dari masa depan, macam filem-filem sains fiksyen dulu-dulu. Tapi ni, kalian dari alam yang sama, cuma, fitrah tak mengizinkan. Marah dan rasa nak memberontak memang ada, rasa nak pecahkan kereta, rasa nak pecahkan rumah semua ada. Tapi apa yang dapat, tangan yang luka dan hati yang semakin berdarah.

Sebab kita lupa, kita hamba. Tuhan dah kata, itu haram, kau buat juga, tuhan dah kata jangan, nabi pun dah palingkan muka, tapi kau tetap nak rasa, kau tetap nak tempuh, dan akhirnya bila tahu ia takkan bawa kemana, kau jadi marah hingga rasanya boleh nak gegar langit.

Tapi nak membunuh rasa cinta ni bukan mudah, sebab tu bunuh diri ni wujud. Bunuh cinta itu. Tuhan, bantu aku untuk bunuh cinta ini. Aku tak mahu buat keputusan pada sesuatu yang membelakangkan Mu.

Sabtu, 15 Januari 2011

Bila Dia menegur


Tuhan kalau nak tegur hanya dengan 'Kun-fayakun' saja, maka akan kau rasalah bahananya, akan kau rasa lah sekelumit azab dari Allah. Kalau kau sedar, maka termasuklah kau dikalangan orang yang beruntung, namun kalau kau masih ingkar dan derhaka, maka, tunggulah 'teguran' Allah yang lain.

Lantas bila diberi ujian sedikit, itu tandanya Allah masih amat sayangkan kau. Tapi benar, bukan mudah nak redha, kerana balasan Allah tu memang boleh memberi kejutan yang amat buat hambanya kadangkala. Pernahkah kalian bersedia untuk satu kemalangan, pernahkah kamu bersedia waima untuk terlanggar pokok dan bengkak di dahi?

Berat..amat berat kadangkala teguran Allah tu, kadangkala dia menduga, kadangkala dia sedang mengkisas. Tuhan, moga kau berlembut pada hambamu yang bodoh ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...