Halaman


Rabu, 26 Januari 2011

Cinta itu tak semestinya suci

Kata adik aku kadangkala tuhan memang nak kita sakit atau terasa derita supaya kita dambakan syurga tuhan. Tapi ada jugak kata kawan aku benda sedap susah nak tinggal, walaupun benda tu akan bawa kita derita. Derita sebab ia tak kekal.

Kau mesti pernah sengsara, cinta amat sangat, tengok makanan teringat dia, tengok rumah, tengok sofa, tengok tv teringat dia, tengok senyum orang lain kau teringat dia, tapi sayang, kau dan dia tak boleh bersatu, walau cara apa pun, dia takkan dapat kau kejar secara halal.

Walau cinta itu suci.

Sakit, kan. Sakit sangat. Macam bercinta dari alam lain, macam bercinta dengan orang dari masa depan, macam filem-filem sains fiksyen dulu-dulu. Tapi ni, kalian dari alam yang sama, cuma, fitrah tak mengizinkan. Marah dan rasa nak memberontak memang ada, rasa nak pecahkan kereta, rasa nak pecahkan rumah semua ada. Tapi apa yang dapat, tangan yang luka dan hati yang semakin berdarah.

Sebab kita lupa, kita hamba. Tuhan dah kata, itu haram, kau buat juga, tuhan dah kata jangan, nabi pun dah palingkan muka, tapi kau tetap nak rasa, kau tetap nak tempuh, dan akhirnya bila tahu ia takkan bawa kemana, kau jadi marah hingga rasanya boleh nak gegar langit.

Tapi nak membunuh rasa cinta ni bukan mudah, sebab tu bunuh diri ni wujud. Bunuh cinta itu. Tuhan, bantu aku untuk bunuh cinta ini. Aku tak mahu buat keputusan pada sesuatu yang membelakangkan Mu.

1 ulasan:

  1. do it slowly. nothing happens in a day. but u will get there, insyaallah. do your best ok.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...