Halaman


Khamis, 31 Januari 2013

Masa yang dicari



Segala puji bagi Allah, yang mendatangkan setiap kemanisan didalam hidup untuk dinikmati dan setiap ujian untuk mematangkan dan menguatkan lagi hati-hati hambaNya yang amat dikasihi.

Kadangkala, setiap masa kita amat sibuk dengan kerja dan kerja, dan aku amat kadangkala menantikan masa untuk keluar menonton wayang dengan rakan yang aku sering dan masih sayang, Deanna.

Walaupun dia adalah cabaran hebat bagiku, namun aku tahu dia adalah sahabat akrabku dialam realiti. Walau nafsu sering melonjak disaat aku merenung dia, namun akulah yang kena mengawal hati dan perasaan. Walau aku sedar kadangkala hati aku meraung, moga adalah sang adam yang dapat menggantikan tempat Deanna dihatiku. Namun aku harus paterikan dihati aku bahawa ALLAH sebaik-baik perancang. Andai ditakdir aku tidak punya hati untuk mana-mana Adam, atau Adam yang Allah sisipkan rasa hatiku pada mereka, tetapi tidak dizin untuk bersamaku, biarlah. Allah sebaik-baik perancang.

Semalam, Adam terluka denganku apabila aku cuba bersuara dengannya tentang ketidak yakinan aku pada dia. Namun, sebagai seorang hawa, aku tahu aku berhak untuk merasa yakin sebelum mula berfikir untuk membuat keputusan.

Lalu bagaimana andai dia terus pergi, walau sebagai sahabat?

Biarlah, andai dia tidak mampu bertahan, itu maknanya tuhan tidak takdirkan aku untuk dia.

Sayang,..bukan hanya dibibir..tapi pada perlakuan dan usaha.

Matlamat hidup aku bukan lagi terletak pada berkeluarga atau zuriat. Berkeluarga pun tidak semestinya akan ada zuriat, berkeluarga pun tidak semestinya akan menjamin segala.

Aku tidak mahu lagi membuat keputusan dengan ada sebarang keraguan.

Masa, kadangkala aku terfikir, aku tercari-cari masa dengan Deanna, untuk diri. Tetapi entah bila aku mampu menguntukkan masa untuk yang mencipta aku. Dunia, dunia, dunia, makin dikejar makin ia berlari, makin sibuk semakin lelah.

Baru-baru ini seorang teman yang tidak pernah aku kenal tetapi sering juga ku lihat-lihat, telah dijemput Illahi. Melihat kekuatan rakan-rakan Positive Warriors menghadapi ujian demi ujian dalam kehidupan, buat aku sedar...apalah sangat ujian hidup aku. Membaca kisah syahid dunia yang dimiliki pelajar UTEM, aku terfikir, dia pergi dengan tenang kerana redhanya pada ujian Allah, kerana kuatnya dia pada dakwah.

Apalah ada pada dunia...

Impian aku, aku nak belajar quran sungguh-sungguh, biar berguru dengan 8 guru pun, sekurangnya aku berusaha. Aku nak belajar bahasa Arab, supaya aku lebih tahu isi kandungan al-quran. Dan ada satu, aku nak belajar ilmu akidah, fiqah dan sebagainya, ilmu-ilmu ini aku mungkin agak lambat kerana ianya hanya mudah didapati secara tidak formal. Aku akan cuba berjinak-jinak dengan kuliah-kuliah agama. Setakat ni aku ada risik-risik surau dan masjid terdekat. Cuma kekangan masa yang sering membuntu kan.

Ini hidup aku, dan aku nak hidup untuk ini.

Aku yakin aku mungkin tidak lah dapat cemerlang atau menguasai ilmu-ilmu itu, tetapi aku yakin Allah memandang usaha.

Dan Dialah, sebaik-baik yang Maha Mengetahui.

Rabu, 23 Januari 2013

Tekanan dan kerinduan.

Sehari-dua ni aku amat sibuk dengan kerja. Dan biasalah, waktu sibuk macamni, segalanya akan bertimpa, masa tu lah orang-orang yang tak disangka, akan menghubungi aku, sama nak menambahkan sibuk aku.

Philip menghubungi aku beberapa kali, tapi aku tidak mengangkat panggilan, ku balas dengan pesanan ringkas, memang aku amat sibuk.

Dan dalam sibuk, banyak kali pula fikiran ku melayang.

Melayang pada play session yang mengasyikkan. Ada waktu, hampir juga ,mahu aku mengangkat telefon dan meluahkan pada Philip. Tapi, itu namanya aku mencari maut, saja menghulur leher ke mulut buaya. Selain Philip, master ku yang kedua juga pun pernah menawarkan..

"Tell me, anytime you want"

Ha, amik tu memang tawaran tahap tinggi.

Gian.

Ya, gian tu dah datang. Teringin sahaja aku hubungi Deanna. Aku tahu dia ada cara untuk menolong aku, walau penawar yang diberi tak sehebat yang diberi oleh dom atau master. Tapi tiada rotan, akar pun berguna. Segalanya akan berakhir dengan nafsu juga.

Namun terlintas difikiran aku, tentang kisah yang pernah diceramahkan oleh Ustaz Ebit Lew.

Ada seorang pemuda, penagih dadah. Dia telah bertaubat. Kemudian kerjanya, menjaga kedua ibu bapanya yang sudah tua. Tetapi dia tidak pernah sembuh dari ketagihan. Bila sampai waktu ketagihnya, dia masuk kesatu bilik kosong dirumahnya, berkurunglah dia disitu, meraung dan merana sendirian, menangis dan menjerit. Demi menahan ketagihannya.

Tak silap aku, pemuda itu akhirnya pergi dalam pemergian yang baik.

Kalau penagih dadah boleh menahan diri, kenapa aku tidak.

Ini perjuangan aku.

Aku tergolong dalam golongan yang apabila stress atau sibuk, hormon atau nafsunya juga akan memuncak, dan nafsu ku bukanlah pada lelaki atau wanita pada waktu ini. Tetapi pada kecenderungan ku yang asing. Ianya juga bukanlah berunsur seksual semata.

Tidak pernah aku nyatakan dengan jelas, apa kecenderungan aku yang sebenarkan? Biarlah aku simpan.

Inshaallah, satu demi satu nafsu ini akan kujinakkan. Boleh, kerana hidup ini hanya ujian.




Sabtu, 19 Januari 2013

Sekejap cuma..



Aku punya seorang kawan, kawan sepejabat. Seorang lelaki kurus berbangsa tiong hua. Kami kerap keluar bersama, dulu. Pergi ke menonton wayang. Dan kami berdua memanglah kaki wayang tegar waktu itu.

Dia ni di pejabat, selalu seorang, kerana dia lelaki sebaya aku, yang masih bujang. Mana ada orang lelaki cina sebaya dia belum kahwin, ditempat aku. Jadi kami selalu berbual.

Pernah dia kehausan selepas sibuk mengambil gambar untuk majlis di pejabat kami. Dia terus kemeja aku, meminta aku air mineral ditangan ku. Kawan sepejabat lain mula bergossip. Apa hubungan aku dan dia hingga dia tiada segan dengan aku. Aku tetap hulurkan air mineral tu. Kemudian dibelakangnya, aku letak tepi untuk dibuang. Pernah dengar berkongsi tempat makanan atau minuman dengan lelaki bukan muhrim umpama zina? yep, aku percaya itu, walau tak berapa tahu kesahihannya.

Kalau dia lewat ke mesyuarat, aku akan hubungi dia, atau dia juga akan teks aku jika tak nampak aku.

Selalu dia mengusik aku dengan tentang bosannya dia dengan kewujudan aku dipejabat.

Sejak akhir-akhir ini, aku agak leka dengan telefonku. Banyak kali dia menghampiri aku untuk berbual, aku layan endah tak endah.

Hariini:

dia: hey, you ni, I bosanlah.
aku: ah..you pergi duduk tempat u, kacau saja.

Tiba-tiba seorang kawan ku memberi tahu. Kawan sepejabatku menerima arahan pindah ke cawangan lain. Berkuatkuasa harini. Tanpa disangka..tanpa apa. Aku sangka, aku dan dia akan terus membujang di jabatan ini.

Hampir terjerit aku. Aku lihat dia, dia sengeh sahaja. Sejujurnya aku hampir tidak percaya dengan berita itu.

Sejujurnya, aku ada hati pada dia.

Dan petang itu, pejabat seolah kelam. Hati aku sedikit hiba. Dalam ramai, mereka usik mengusik, ada yang ucap tahniah pada dia. Tapi aku, sedih ini hanya dapat kusimpan dihati.

Tak mengapa, biar rasa itu pudar, biar rasa itu hilang, biar rasa itu kunafi. Seperti biasa.

Selasa, 15 Januari 2013

Sekadar tulisan..

Semalam aku berfikir sesuatu..

Sejak akhir-akhir ini aku kerap kemana-mana dengan Adam. Dan aku juga ingin sangat menghadiri majlis-majlis ilmu dimana-mana sahaja.

Lalu kerana perjalanan ketempat yang tidak aku begitu mahir aku lebih yakin tidak seorang.

Kenapa tidak hadir majlis ditempat aku? Ya itu juga sedang aku cuba lakukan, gembira hati bukan kepalang bila masjid-masjid yang aku singgah ada kuliah.
Aku ada juga hadiri usrah dengan ikram, tapi tak cukup rasanya, aku nak berguru, itu sebenarnya. Usrah ikram selalunya lebih kepada perkongsian.

Baca buku, aku tak puas hati, ada yabg rumit untuk kuhadam. Dengar dan tonton video aku rasa sayu, sebab alangkah indah andai aku berada dimajlis itu.
Dan si adam yang agak mahir dengan jalan sering jadi peneman.

Aku tahu aku boleh mengawal diri dengan lelaki, tapi adam? Aku selalu kurang tahu perasaannya.

Terdetik hati aku untuk punya ikatan yang sah dengan dia, tapi aku tahu dia belum sedia.

Kalau tanya aku, mudah. Boleh saja bagiku tempoh sedikit, untuk buat kenduri walimah, dia cuma perlu tunaikan mas kahwin. Hantaran apa sahaja yang dia mampu, walau sekadar mengajar aku mengaji. Majlis walimah dah kupesan ibu, tak lebih rm2000 dan akan kutanggung semua.

Namun, akan semudah itukah sebuah perkahwinan? Perkahwinan bukan sekadar sebuah walimatulurus. Mampukah aku redha menjadi tunggak keluarga memandangkan dia masih belum menepati ciri itu. Mampukah aku redha untuk memegang peranan  menanggung keluarga secara total?

Aku tidak mahu ada ragu lagi andai aku mula buat keputusan.

Its not easy to just walk out if things fall apart expecially not for the second time.

Lalu sampai bila dia menjadi peneman aku ke majlis-majlis ilmu. Kemana-mana. Dan aku sebenar amat membenci apa sahaja yang boleh mengundang fitnah.

Kerana aku perempuan.

Note:bulan kelahiran rasulullah, mari banyakkan selawat.

Ahad, 13 Januari 2013

Ujian dan takwa

Setiap ujian andai kita sabar dan nengharap pada yg esa, Allah akan untukkan kira jalan penyelesaian. Allah akan temukan kita dengan insan yang memberi kita ilham pada jalan keluar.

Manusia yang beruntung adalah manusia yang tidak bergantung pada orang lain.

Orang tang tawakal, iaitu pada tuhan saja.

Manusia itu lemah. Lantas kenapa bergantung pada orang juga?

Indah hidup ini andai hanya bergantung pada Allah. Cinta yang tidak pernah kecewa, cinta pada sesuatu yang amat berkuasa.

Indahnya andai kita dapat merasa cinta itu.

Namun percayalah andai anda cuba dan mencari jalan itu. Allah lebih lagi mengalukan.

Sabar wahai sahabat. Dan moga jangan sekali-kali ujian ini membawa pada putus asa atau menjadikan kita derhaka padaNya. Doa dan minta. Dia maha mendengar. Moga aku, kau dan dia nenjadi manusia yang hadam makna tawakal dan memakai pakaian takwa.

Jumaat, 11 Januari 2013

Untuk awak..

Saya tidak tahu samada awak akan membaca entry saya atau pun tidak. Tapi saya tahu awak berhak mendapat penjelasan.

Saya akui, saya kejam.

Pentingkan diri.

Sayang saya pada awak bersulamkan nafsu. Awak dan saya tahu.

Kalau awak kata apa salahnya sedangkan kita tidak berjumpa, bagi saya salah. Salah. salah.salah.salah. Bukan salah awak. Salah saya. Salah saya kerana bernafsu pada perempuan. Salah saya kerana masih berkata manis dengan perempuan, walau hakikatnya itu perasaan saya.

Betapa peliknya hidup saya bila hari pertama bangun tanpa mesej awak beritahu yang waktu subuh dah sampai. Betapa kosongnya bila dalam tergesa ke tempat kerja, tiada lagi panggilan dari awak ke tempat kerja.

Handphone yang saya baru beli tu, macam dah tak berguna, tiada panggilan dan tiada sms.

Saya sibukkan diri saya. Baca buku dan baca buku, dengar ceramah dan dengar ceramah.

Tiba-tiba saya sedar, Allah tidak mahu saya bergantung pada sesiapa.

Saya racun bagi awak.
Saya buat awak derita.

Dark Angel, awak suka nama tu. Saya tahu nama tu membawa orang tertanya-tanya, nama tu misteri, nama tu buat orang nak dekat. Nak tahu. Bila saya tukar pada malaikat gelap, tetap sama, bila saya tukar pada MGDA, lebih lagi.

Awak tak kenal saya, kita hanya berhubungan setahun ini, berjumpa hanya sekali. Saya memang kejam. Kerana kejam saya, saya telah meninggalkan ramai orang.

Boleh saya bagitahu sebabnya?

Sebabnya saya perempuan.
Sebabnya adalah takdir.

Tapi saya suka menulis. Identiti tu, telah saya putuskan hanya untuk blog ini. Saya tidak akan berjumpa sesiapa dengan nama ini. Lagi. Yang telah berlaku biarlah berlaku, yang telah berlalu biarlah berlalu.

Saya telah letih dengan cinta. Saya boleh sahaja memberontak lagi...

"Allah! Kenapa kau jadikan aku ini wanita yang menyintai wanita, kenapa pada lelaki yang sedikitnya aku jatuh hati, kau tidak takdirkan buat aku, kenapa..kenapa..kenapa?"

Tidak. Cukuplah sudah.

Masa saya didunia ini bukan untuk bercinta. Kasih saya pada awak, cuma boleh saya titipkan menjadi doa. Kenapa? Kenapa saya tidak boleh menghubungi awak lagi? Kenapa saya tidak boleh mengangkat telefon lagi?

Sebab saya ada nafsu pada awak. Terus terang. Itu saya.

Sejak kita jumpa, berapa malam dah saya hampir kena mandi wajib bukan sebab haid.

Cukup.

Ini salah saya. Saya yang gila seks. Orang boleh kata, awak boleh kata, kenapa tak boleh kawan, kenapa tak boleh bersahabat. Tapi, ini semua salah saya. Dengar suara awak, dah buat kepala saya lain, bayangkan awak saya dah bayang lain.

Kalau saya lelaki, saya dah pergi rampas awak dari kekasih awak, peduli apa kalau muka dia ganas dan saya ni orang nampak tak ganas lansung.

Tapi saya perempuan.

Iman saya tak kuat. Saya tidak dapat menahan nafsu. Memang saya bodoh, sebab tak dapat kawal nafsu saya.

Saya lah yang bersalah kerana tidak mampu menahan pandangan, pendengaran dan minda.

Perkara ini terjadi, kerana salah saya. Salah saya. Sila benci saya. Saya memang kejam.

Maafkan saya. Saya memang tidak boleh mengasihi mana-mana orang, sebab semuanya Allah belum izin..

Namun, apa yang pernah saya sebut pada awak, tentang cita-cita saya dan awak. Itu tetap impian saya..doa saya.

Genap kali ke 10.

Khamis, 10 Januari 2013

Jambatan..

Semalaman aku jadi buntu. Apa yang harus aku lakukan. Ujian demi ujian walau dalam kenikmatan.

Mungkin aku dah terlalu jauh.

Dari dulu aku menyangka blog ini akan sekadar penyimpan sisi gelap aku. Tapi kini dah jauh. Damn. Orang kenal aku sebagai MGDA. Aku hadir disana sini sebagai MGDA.

Sebenarnya masalah ini hanya melibatkan dua keputusan sahaja. Samada terus kekal sebagai MGDA dan kena berani hadapi semua cabaran dan ujian tu, atau berani menjadi diri aku yg sebenar di luar sana.

Berat menanggung dua identiti. Penat bersembunyi dan berlari.

Dalam masa yang sama ia mula membina tanggungjawab.

Dan aku sebenarnya dah mula hidup dengan MGDa.

Semalam, sms dr Adam kuterima saat aku buntu. Lalu kuceritakan sedikit apa yg mampu.

Aku sebenarnya berat dan tidak ada keinginan untuk membuat dia tahu. Tidak ada sesiapa yg tidak mengenali MGDA untuk tahu siapa itu MGDA.

Lalu..katanya.

" awak, stop segala sumber, saya tak suka."

Apa yang dia tahu terlalu sedikit.

Namun kata-katanya lebih buat aku merusuh.

Melalui tulisan aku, aku tak pernah minta dan sangka, untuk didekati.

Rabu, 9 Januari 2013

Apa yang harus ...

Dia membuat aku rasa sedikit bahagia. Jujurnya hanya dia yang aku hubungi dengan kerap akhir-akhir ini. Hampir setiap hari.

Selalu aku berpesan pada diri aku, sayang aku pada dia tidak akan jauh. Kerana dia faham aku tidak akan melangkah garisan yang aku lukiskan sendiri. Tekad aku, tidak akan, dan aku tidak redha diri aku kembali ke daerah itu. Namun Allah sentiasa ada perancangannya, akan datang.. bukanlah ketentuan aku.

Tapi orang sekeliling dah nampak aku bahagia berhububg dengan dia. Perkara itu bagaimanalah untuk aku sorokkan.

Entah kenapa...tinggi cita2 ku untuk sama2 dengannya mencari jalan ke syurga.

Sayang nya, sayang kami ini sudah mula menimbulkan fitnah.

Saat ini, aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Jika ini tidak salah kenapa aku mula merasa resah, jika ia salah...entahlah.

Pada Adam aku semakin dingin. Aku tahu, hati andai mula rasa bahagia dengan sesuatu, dia mula berpaksi. Yang diluarnya sekadar...di luar.

Isnin, 7 Januari 2013

Tak pernah berhenti..

Dunia ni selagi tidak sampai ke penghujungnya tidak akan lengkap putarannya.

Ujian demi ujian. Ada waktu aku amat syukur kerana medan perang aku seolah telah aman. Aman mungkin kerana aku kejam pada diri, membunuh apa sahaja yang menghalang laluan, adakalanya sakit akibat luka itu, perit. Tapi, peduli apa aku tentang sakit. Juga kejam pada manusia yang jujur menyayangi aku, aku yang sukar untuk jujur, kerana sayangku sering seiring nafsu.Moga tuhan terus beri aku kekuatan melawan nafsu.

Tapi keamanan itu juga satu ujian.

Aku mungkin tak mampu menjadi orang baik, tapi aku akan cuba untuk jadi orang baik. Sebab, aku tak rela hidup sia-sia. Biarpun aku akan mati mencuba.

Syurga tu nampak tinggi sangat. Tapi semua manusia akan masuk bukan kerna amal. Tapi kerana redha Allah.

Boleh kah Allah redha padaku? Aku terbaca, Allah ialah apa yang kita sangka. Dan janji Allah adalah pasti. Jadi andai aku berburuk sangka pada Allah, aku lah yang akan rugi.

Didalam quran ada menyebut, syurga akan ada apa sahaja yang dikehendaki nafsu. Tapi..kalau hidup buat amal untuk syurga, macam berjual beli pula. Kata Rabiatul Adawiyah, andai dineraka ada redha Allah..dia sanggup kesana. Tinggi sungguh cinta dia pada Allah.

Aku mungkin tak mampu nak mencari syahid atau mendapat jalan seperti para isteri. Tapi cukuplah aku memperbaiki diri dan menjaga diri, dan kalau boleh, bawa orang yang aku sayang bersama.

Indahkan, kalau kita dapat memiliki orang yang kita cinta itu tanpa mengira jantina disyurga.

Ahh..kau minta macam2..jadi kau buat banyak perkara untuk apa? Syurga saja? Redha Allah lebih tinggi.

Bertuah andai kita semua memiliki hati emas, namun boleh sahaja kita mati mencuba, kan.

Harini hari lahir sikurus.. moga dia sentiasa dilindungi Allah. Dan tabah menghadapi kehidupan. Aku tahu dia derita. Moga Allah bersama dia.

Selasa, 1 Januari 2013

Hidup tentang pilihan

Ditakdirkan aku mudah sayang, mudah cinta pada Wanita.

Bagi aku wanita adalah satu anugerah yang tak ternilai Dari Allah buat penduduk bumi. Dan amat bertuah makhluk Allah yang ditakdirkan dapat menghargai wanita Dan tahu letaknya.

Normal aku bukanlah jatuh hati pada semua Wanita yang aku temui. Selalunya sikap juga memainkan Peranan yang penting.

Lalu aku boleh saja untuk memilih terus menjadi lesbian. Perjuangkan cintaku. Rebut. Dan rampas andai perlu.Bawa kejajahanku dan jadikan permaisuri disinggahsana Ku..Dan buat apa saja yang Kami ingin Dan suka.

"The greatest gift from God is Choice"  -The Crispo, Spud by John Milton.

Kita hanya hamba dan dalam banyak situasi Kita hanya boleh memilih untuk menjadi tabah. Namun dalam banyak situasi juga Allah beri Kita peluang untuk memilih.

Lalu aku memilih untuk rasa Syukur Kerana diberi peluang untuk mengecapi rasa Kasih ini. Namun aku memilih untuk jadikan perkara ini kepada yang lebih baik• Lebih syukur. Tuhan beri aku banyak Kasih sayang Dan kasih sayang manusia juga amat Wajib untuk Aku syukuri. Lalu syukur ini Kupilih untuk tidak kumaknakan dengan perbuatan yang Allah tidak redha.

Awak,bila awak rasa peritnya rasa cinta ini. Syukur pada tuhan Kerana diberi nikmat untuk rasa kasih ini.Tapi jangan lupa, Dia Pemberi Kasih sayang ini. Pastinya Kasih sayang Dia adalah lebih hebat. Rasailah nikmat dan kasihNya dalam setiap nikmat dan rasa yang dianugerahkan.

Saya gembira dengar suara awak dan juga gembira bertemu awak. Dan ini dengan izin Dia. Lalu Saya tak sanggup engkar dengan mengecapinya.... lebih.

Awak...bila sedih atau rasa perit. Istighfar dan yakin, tidak Allah jadikan sesuatu dengan sia-sia.

Hidup ini hanya ujian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...