Semalam aku berfikir sesuatu..
Sejak akhir-akhir ini aku kerap kemana-mana dengan Adam. Dan aku juga ingin sangat menghadiri majlis-majlis ilmu dimana-mana sahaja.
Lalu kerana perjalanan ketempat yang tidak aku begitu mahir aku lebih yakin tidak seorang.
Kenapa tidak hadir majlis ditempat aku? Ya itu juga sedang aku cuba lakukan, gembira hati bukan kepalang bila masjid-masjid yang aku singgah ada kuliah.
Aku ada juga hadiri usrah dengan ikram, tapi tak cukup rasanya, aku nak berguru, itu sebenarnya. Usrah ikram selalunya lebih kepada perkongsian.
Baca buku, aku tak puas hati, ada yabg rumit untuk kuhadam. Dengar dan tonton video aku rasa sayu, sebab alangkah indah andai aku berada dimajlis itu.
Dan si adam yang agak mahir dengan jalan sering jadi peneman.
Aku tahu aku boleh mengawal diri dengan lelaki, tapi adam? Aku selalu kurang tahu perasaannya.
Terdetik hati aku untuk punya ikatan yang sah dengan dia, tapi aku tahu dia belum sedia.
Kalau tanya aku, mudah. Boleh saja bagiku tempoh sedikit, untuk buat kenduri walimah, dia cuma perlu tunaikan mas kahwin. Hantaran apa sahaja yang dia mampu, walau sekadar mengajar aku mengaji. Majlis walimah dah kupesan ibu, tak lebih rm2000 dan akan kutanggung semua.
Namun, akan semudah itukah sebuah perkahwinan? Perkahwinan bukan sekadar sebuah walimatulurus. Mampukah aku redha menjadi tunggak keluarga memandangkan dia masih belum menepati ciri itu. Mampukah aku redha untuk memegang peranan menanggung keluarga secara total?
Aku tidak mahu ada ragu lagi andai aku mula buat keputusan.
Its not easy to just walk out if things fall apart expecially not for the second time.
Lalu sampai bila dia menjadi peneman aku ke majlis-majlis ilmu. Kemana-mana. Dan aku sebenar amat membenci apa sahaja yang boleh mengundang fitnah.
Kerana aku perempuan.
Note:bulan kelahiran rasulullah, mari banyakkan selawat.
hmm..am thinking bout 'this' too..
BalasPadamu and adam..pun boleh bawa fitnah..
my mak cik and her husband. even husband dia xde la nampak sgt ciri2 kepimpinan itu..tp aku nampak derang hepi. saling melengkapi gitu. biasa kan org kata..kita akan dpt org yg boleh melengkapkan kita. mungkin kau terlalu dominan kot..
makanya its okay kalau dpt yg kurg dominan supaya x 'meletup'..am i right? pandangan je la..
Am not really dominant when am with someone who is dominant. And not my nature actually.
BalasPadampasal nak berguru tuh..
BalasPadamaku ada cadangan..tp borak later la..lps xm aku esok,inshaAllah. Kita borak panjang,k?
okie sayang adinda ku.huhu
PadamAlhamdulilah..sy doakn niat yg baik itu dpmudahkn..jika ada niat baik pasti de jalan nya krn rasulullah pernah bersabda dan ia juga secara spesifik merujuk kpd psangn yg tdk berkemampuan utk berkahwin dr segi kewangan iaitu "Allah akan perluaskn rezeki org yg berusaha". Ttp harus juga mnimbang perkara2 lain yg muncul dlm perkahwinan.
BalasPadamUsaha la jika dia jodoh awk..sy sentiasa doakn yg terbaik..lps ni korg blh sma2 pergi ke majlis ilmu dgn lbh mudah dan lbh diberkati insyaAllah..amin..klu jd majlis jgn lupa jemput :)
-MFM-
hmmm..tak tahu..lagi lorr
Padammuslimah..
BalasPadamjngn bersedih atas kisah semalam,
jngn berduka akan duka yg terpalit di dada,
muslimah..
mgkn kata org bila mndgar dirimu punya rasa itu
tidak enak didgar
malah x enak ditelan
muslimah..
ingin aku katakan..
sbgai satu kaum dgn mu
sbgai satu saudara seagama dgn mu
aku bangga pabila tjumpa laman ini
muslimah..
kau mengajar dirimu
bahawa semua ini adalah ujian bt mu
sedang ada kalangan mereka yg lain masih menyalahkan diri
muslimah..
aku bngga dngn mu pabila ilmu akhirat suka kau cari
tidak seperti mereka yg masih larut dlm noda dunia
muslimah,,
lebih ku bangga kan
nafsu diri mu tetap kau penjara
penampilan mu ttp kau jaga
serta akhlak mu cuba kau baiki
muslimah..
aku tahu sukarnya pejalananmu
mgkn rasa tsungkur itu ada
namun ku pohon jgn mengalah..
ku pohon dirimu agar setia meraih cinta Yang Esa..
muslimah..
jgn mudah menyerah kalah
krna dunia ini hanya sementara
muslimah..
jika kau benar buntu
pohon pada Nya
x perlu kau beri intan permata sbgai balasan
doa mu yg kudus pasti dibalas nya
mgkn cepat, mgkn lambat
dan mgkn x dibalas disini
tapi di akhirat kelak
muslimah..
jgn hanya krna nafsu, dirimu tewas
jgn hanya syaitan, engkau ke lembah hina
cukuplah Allah sbgai tuhan bagi mu
cukuplah Muhammad sbgai pendamping mu
muslimah
maaf jika catatan ini menggangu mu
maaf jika coretan ini membt mu tdak selesa
dari syah
:) hiasi dirimu dgn senyuman..krna itu sedekah yg paling mudah
Speechless saya Syah. Terima kasih sangat2. Perkataan muslimah tu terlalu jauh rasanya..
BalasPadam