Halaman


Jumaat, 11 Januari 2013

Untuk awak..

Saya tidak tahu samada awak akan membaca entry saya atau pun tidak. Tapi saya tahu awak berhak mendapat penjelasan.

Saya akui, saya kejam.

Pentingkan diri.

Sayang saya pada awak bersulamkan nafsu. Awak dan saya tahu.

Kalau awak kata apa salahnya sedangkan kita tidak berjumpa, bagi saya salah. Salah. salah.salah.salah. Bukan salah awak. Salah saya. Salah saya kerana bernafsu pada perempuan. Salah saya kerana masih berkata manis dengan perempuan, walau hakikatnya itu perasaan saya.

Betapa peliknya hidup saya bila hari pertama bangun tanpa mesej awak beritahu yang waktu subuh dah sampai. Betapa kosongnya bila dalam tergesa ke tempat kerja, tiada lagi panggilan dari awak ke tempat kerja.

Handphone yang saya baru beli tu, macam dah tak berguna, tiada panggilan dan tiada sms.

Saya sibukkan diri saya. Baca buku dan baca buku, dengar ceramah dan dengar ceramah.

Tiba-tiba saya sedar, Allah tidak mahu saya bergantung pada sesiapa.

Saya racun bagi awak.
Saya buat awak derita.

Dark Angel, awak suka nama tu. Saya tahu nama tu membawa orang tertanya-tanya, nama tu misteri, nama tu buat orang nak dekat. Nak tahu. Bila saya tukar pada malaikat gelap, tetap sama, bila saya tukar pada MGDA, lebih lagi.

Awak tak kenal saya, kita hanya berhubungan setahun ini, berjumpa hanya sekali. Saya memang kejam. Kerana kejam saya, saya telah meninggalkan ramai orang.

Boleh saya bagitahu sebabnya?

Sebabnya saya perempuan.
Sebabnya adalah takdir.

Tapi saya suka menulis. Identiti tu, telah saya putuskan hanya untuk blog ini. Saya tidak akan berjumpa sesiapa dengan nama ini. Lagi. Yang telah berlaku biarlah berlaku, yang telah berlalu biarlah berlalu.

Saya telah letih dengan cinta. Saya boleh sahaja memberontak lagi...

"Allah! Kenapa kau jadikan aku ini wanita yang menyintai wanita, kenapa pada lelaki yang sedikitnya aku jatuh hati, kau tidak takdirkan buat aku, kenapa..kenapa..kenapa?"

Tidak. Cukuplah sudah.

Masa saya didunia ini bukan untuk bercinta. Kasih saya pada awak, cuma boleh saya titipkan menjadi doa. Kenapa? Kenapa saya tidak boleh menghubungi awak lagi? Kenapa saya tidak boleh mengangkat telefon lagi?

Sebab saya ada nafsu pada awak. Terus terang. Itu saya.

Sejak kita jumpa, berapa malam dah saya hampir kena mandi wajib bukan sebab haid.

Cukup.

Ini salah saya. Saya yang gila seks. Orang boleh kata, awak boleh kata, kenapa tak boleh kawan, kenapa tak boleh bersahabat. Tapi, ini semua salah saya. Dengar suara awak, dah buat kepala saya lain, bayangkan awak saya dah bayang lain.

Kalau saya lelaki, saya dah pergi rampas awak dari kekasih awak, peduli apa kalau muka dia ganas dan saya ni orang nampak tak ganas lansung.

Tapi saya perempuan.

Iman saya tak kuat. Saya tidak dapat menahan nafsu. Memang saya bodoh, sebab tak dapat kawal nafsu saya.

Saya lah yang bersalah kerana tidak mampu menahan pandangan, pendengaran dan minda.

Perkara ini terjadi, kerana salah saya. Salah saya. Sila benci saya. Saya memang kejam.

Maafkan saya. Saya memang tidak boleh mengasihi mana-mana orang, sebab semuanya Allah belum izin..

Namun, apa yang pernah saya sebut pada awak, tentang cita-cita saya dan awak. Itu tetap impian saya..doa saya.

Genap kali ke 10.

3 ulasan:

  1. Insyallah..awk kuat. sy doakan awk brjaya mengharungi hari2 yg mendatang. chayookk! hehehe

    BalasPadam
  2. sy doakan awk tetap dgn jln yg telah dipilih ini. itu je mampu sy katakn krn tak mungkin sy memahami rasa awk itu. sy fhm itu. takpe la sy doakn yg terbaik utk awk dan dia moga kalian bersahabat baik. amin.

    -MFM-

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...