Halaman

Khamis, 27 Jun 2013

Hati yang rumit

Semalam aku keluar bersama Adam. Dan pertemuan kami buat hati aku bagai kelam. Makan bersama dia dan dia yang membayar bil membuat aku rasa terhutang.

Sungguh aku tak gemar.

Aku telah biasa menjadi si 'lelaki', yang menguruskan semua.
Hampir sukar aku memandang wajahnya dalam pertemuan itu. Sukar juga aku berkata-kata. Ya, kami lebih banyak berdiam.

Dalam hati aku memohon..agar ada sepicing darinya yang buat aku bahagia. Tapi tidak muncul. Ah...hati ini dah terlalu biasa dengan gelak tawa gadis. Adam ini hampir tidak tahu dunia yang aku hidup.

Dan coklat ini sering menjadi hadiah darinya untuk pertemuan kami. Kali pertama dia meletakkan ditangan aku, katanya tanda kasih.

Tapi hati aku tiada untuk Adam. Dan aku tidak mampu memberitahunya. Kerana dia adam yang paling pernah mengasihi aku...

Note: kalian, doakan kejayaan program pertama kami. "Getting to near you".amin.

Jumaat, 21 Jun 2013

Semua si pencari

Aku tidaklah boleh mengatakan aku amat mengenali tuhan. Tetapi terlalu banyak kejadian  didalam hidupku yang membuatkan aku tidak perlu mencari-cari lagi. Di otak separa sedar ku, sudah lama syukuri nikmat tahu Ia wujud. Cuma minda sedar ini yang kerap diuji agar jadi lebih tahu.

Dan nafsu juga sering menjadi penghalang untuk menjadi taat.

Gadis yang pertama aku cintai separuh mati namanya Xola. Dia hadir dalam blog aku yang telah kupadam kerana mahu mematikan dia juga.

Dia gadis yang ku kenal sejak dia naif dan keseorangan dinegeri asing, aku me7lihat dia kecewa, gembira dan akhirnya kami bertemu. Dan kemudiannya..aku menyintai dia. Sayangnya, atau mungkin bagusnya ..dia biseksual, dalam mencari aku setiap minggu, dia juga didakap insan lain yang mempunyai apa yang tidak kupunya.

Kini dia telah lama menganuti agama kegembiraan. Melihat dia menjauhi amalan agama yang ku anuti..disebalik blog, muka buku dan instagram, buat aku pedih. Dan cuma tinggal doa.

Buat semua pencari tuhan. Moga kalian tidak berhenti, moga kalian menjadi manusia penyampai yang sohor apabila kalian menemukan tuhan.

Seorang Dom ku, seorang Amerika. Pernah memberitahuku, dia atheist kerana dia tahu dunia yang hebat ini pasti ada sesuatu yang maha hebat menciptanya, yang tidak sekali sama dengan apa-apa yang diciptanya. Dia menjauhi gereja kerana merasa jengkel bila mendapat tahu tuhan punya anak lalu siapa pula moyang-moyang tuhan? Lalu aku katakan Islam percaya tuhan yang maha besar sang pencipta alam yang tidak punya anak dan tidak juga diperanakkan. Itulah Allah.

Dia menyambut. "Maybe I am just Islamisme". Katanya sambil memberi senyuman sinis padaku.

Carilah, jangan berhenti. Kelak dalam pencarian itu. Membentuk dirimu insan yang tidak goyah dan yakin dengan satu kepastian.

Moga kau menemui..erti kalimah Lailahaillallah muhammdurasulullah.

Aminn.

Ahad, 16 Jun 2013

Dunia PLU dan aku.

Akhir-akhir ini aku kekerapan aku menulis blog dah semakin menipis. Banyak tumpuan aku lebih kepada Mukabuku, dalam group Jalan Pulang, yang selalu juga ada banyak perkara yang mencabar dan memberi pengajaran kepada aku.

Ada orang kata, jika mahu berubah, tinggalkan dunia itu. Tinggalkan semua. Aku akui, aku tidak kuat untuk itu, bila berubah, bila aku tinggalkan kemudiannya aku akan berpatah balik.

Kali ini, sedikit demi sedikit, aku mula tekad, aku mahu membawa rakan-rakan PLU ku ke jalan yang diredhai, inshaallah. Aku dan rakan-rakan cuba membentuk satu medium dimana kami tahu tujuan kami, kami tahu siapa kami dan kami faham hakikat diri.

Antara kami sudah tiada persembunyian, kami tewas, kami keluh kesah, kami sama-sama cuba beri kekuatan diri.

Berlainan andai kami terus meninggalkan rakan-rakan PLU. Kami akan bersembunyi dengan orang diluar sana, bila berkumpul akan rasa rendah diri, akan rasa ada satu pemberontakan..

"Ahh..kalaulah kalian tahu"

Dan apabila bersama rakan PLU yang tidak tahu niat dan perjuangan, kami juga akan bersembunyi, takut ditempelak, takut diejek.

Benar, jangan dipandang pandangan orang, tetapi berapa ramai yang dapat mencapai tahap iman begini? Aku manusia biasa, lemah dan masih bertatih. Hidup seorang dalam diri, masa yang sama berjuang menentang nafsu, itu namanya menentang fitrah.

Fitrah manusia berkasih sayang, berpasang-pasangan. Andai berpasangan itu tidak menjadi hak bagi diri, salah kah kami melunaskan fitrah berkasih-sayang sesama rakan yang memahami?

Group jalan pulang juga banyak cabarannya, bila mengumpulkan hampir semua kategori PLU dan berlainan tahap ilmu agama. Kadangkala perkara santai menjadi debat, dan perkara debat makin tidak difahami. Cuba juga dielakkan, kadangkala aku yang lebih emosi dan meroyannya, haha.

Moga ada juga asbab kebaikannya.

Lalu bila berkumpul dalam satu persamaan, tidak dapat dielak bila menghadapi ujian yang lazim.

Jatuh hati.

Atas sebab cinta dan berpasangan itu fitrah, apa yang tiada di syurga namun Adam dambakan Hawa. Berkali, dan kali ini aku jatuh hampir kepada dalam. Namun kami berdua sedar situasi kami, akhirnya berkali kami menggigit jadam yang pahit, saling mengingati, bahawa ianya bukan pilihan kami.

Dalam pada itu juga, aku sebenarnya cuba mengusahakan untuk mendapatkan yang halal. Orang selalu kata...wei..cari la yang boleh menjadi halal. Ya, aku cuba, juga seperti biasa, tidak berjaya, sekali lagi Allah belum mengizinkan.

Diakui, kadangkala ia sampai kepada takah putus asa, namun bila berfikir balik, apalah yang aku dapat andai berputus asa, dahla tuhan paling benci orang yang berputus asa apatah lagi dengan rahmatnya. Andai aku kata Allah memang tak beri hak pada aku untuk berkahwin, itu maksudnya aku berburuk sangka pada ALLAH, aku berputus asa dengan sifat rahmatnya.

Berusaha, dan andai ada rezki, syukur.
Berusaha, dan andai gagal, yakin, jika tidak disini, disana nanti.

Lansungkan sahaja hidup ini dengan usaha dan haramkan diri dari melakukan kemungkaran, andai tewas, jangan sampai hilang rasa berdosa.

Pengajaran yang wajib aku pelajari juga, bila dalam berusaha membawa rakan-rakan pada jalan yang ada nilai kembali pada jalan yang benar (siapa aku ni nak membawa ke jalan yang benar, benar sangat ke aku ni? diri pun belum betul sangat,  moga tuhan kasihani aku dan sentiasa betulkan niat aku, aku hanya menyampaikan yang sedikit yang aku tahu) ialah, semua yang menghampiri aku adalah amanah. Jika aku tergoda dengan cara mereka, aku lah yang salah kerana tidak memimpin diri, jika aku tertarik dengan diri mereka, akulah yang salah kerana tidak membetulkan keadaan.

Perit, pahit, susah, kejam.. semua rasa ada.

Namun, dosa itu adalah yang membuatkan kita resah, membuatkan kita takut diketahui.

Buat aku, dan buat semua rakan-rakan yang sedang berjuang, andai anda telah tahu apa yang dinamakan kebenaran dan apa yang dinamakan kebatilan (tidak benar/palsu), berdirilah, berdirilah dan bangunlah walau berjuta kalipun anda rebah.

Bayangkan seperti orang yang berdiri tegak dipadang pasir, dipanah busur berkali kali kerana anda yakin akan sesuatu, anda akan mati, semua orang akan mati, tapi sebelum mencapai kematian itu, adakah anda berusaha bangun apabila panahan busur itu melukakan anda, mencederakan anda? Itu yang Allah kira.

Inshaallah.


Rabu, 12 Jun 2013

Moga dirimu mendapat syurga

Disatu ketika, aku meroyan, lalu membanjiri fascebook aku dengan status yang amat negatif. Kemudian juga me whatssap kononnya dengan niat nak mengadu nasib.

Mengadu sana ditendang, mengadu sana dibelasah.

Akhirnya tidak tahu kemana. Lupa. Lalu ..tiba, sewaktu sedang sibuk bercerita, berbual dengan seseorang melalui skype. Satu panggilan menerjah telefon rumah.

Dia, seorang kawan yang aku kagumi ketabahannya, walau kehidupan kalau dilihat dari mata kasar, berganda ketidak adilannya.

Kami berbual, bergelak ketawa..akhirnya..sampai pada tujuan dia menelefon aku. Tentang status-statusku di FB, lalu..lagi terang bersuluh, aku mengatakan aku dalam kesedihan. Walau kesedihan itu bukan yang baru pun.

Dia: kau tak sembahyang ke?
Aku: err..sembahyang.
Dia: Kau tak minta?
Aku: Minta?
Dia: Kau tak minta dekat tuhan apa yang kau nak, kau tak bagitahu pada tuhan apa yang kau fikir?
Aku: Aku...ya..(ya..aku telan dalam hati, jarang aku berdoa tentang perkara yang paling meresahkan aku)
Dia: Kau minta lah pada tuhan, apa saja. Dia yang buat kau, kenapa kau tak minta pada dia?
Aku: Ada aku minta..
Dia: Habis sekali dua je, kau ingat minta harini esok dapat?
Aku: Err..mungkin..akulah yang termasuk orang yang sombong pada tuhan, tak mahu meminta, malu meminta..
Dia: Ha, tahu takpe, kau sombong dekat tuhan kenapa? Kata solat, tapi bersedih macam tu. Kau tak minta kat tuhan la ni. Kau nak dekat pada tuhan tapi tak boleh berubah. Aku cuba untuk dekat dengan tuhan walaupun aku tahu aku belum berubah.

Kalau siang tadi aku kena belasah. Malam tu aku kena penampar terus.

Kawan, moga dirimu mendapat syurga. amin.

note: Jumpa link tafsir yang ada audio penjelasan tafsir quran, menarik.

Selasa, 11 Jun 2013

Satu ruang yang aku lupakan.

Dalam hidup aku, ada sesuatu yang amat berat aku tanggung. Yang aku hadapi setiap kali aku bangun pagi, dan juga setiap kali aku ingin melelapkan mata. Ada kala aku bangun dengan rasa kelam yang amat sangat, dan ada kala aku tidur dengan gusar yang amat sangat.

Dan aku menghadapinya sejak kecil.

Sejak kecil aku bercita-cita untuk hidup merantau, seorang. Aku hampir berjaya, hinggalah satu detik, Allah ragut kehidupan itu, lalu Allah letakkan aku pada kehidupan yang menafikan semua yang aku pinta.

Allah nak aku hadapi apa yang aku tutup dan hindarkan, apa yang aku larikan diri. Aku faham. Kadangkala bila fikiran aku letih, aku memujuk hati aku, untuk redha. Benar kata seorang kawan yang semakin jauh dari aku, inilah ujian yang sebenarnya lebih hebat dari ujian seksualiti aku.

Dan kerana itu, ianya tidak pernah akan dapat kuceritakan. Untuk ini aku tidak mampu berlari atau melarikan diri. Ianya perlu aku hadapi.

Pagi ini, video inilah penawar, dan aku perlu simpan dalam video ini dalam otak dan juga hati.

note: diruang gadget, sudah ada kemudahan terjemahan google.


Sabtu, 8 Jun 2013

Tiada apa yang perlu dikejar

Aku mudah sayang pada orang yang menyayangi aku. Orang yang kejar aku, aku akan jatuh cinta tanpa sebab.

Aku tidak memilih rupa atau apa. Bila kau menyayangi aku, kau akan tahu betapa kasih aku mungkin tak dapat kau tampung.

Sayangnya, andai Adam. Sepanjang yang aku kenal, mereka akan mula kendur dan menghilang apa bila sedar tali yang mereka hulur, juga mendapat rentapnya.

Kata orang jangan dikejar..

Sedari dulu, aku banyak hargai dan mudah mengasihi hawa kerana kasih mereka yang kuat dan tulus. Hidup bagai syurga.

Namun pahitnya terpaksa kutelan kerana tidak akan dapat diakad.

Kata orang jangan dikejar..

Kerana aku seorang hawa. Walau lelah dengan bahagia cinta dari sang hawa..aku tetap harus mengecewakan. Dan hati aku lebih parah, tiada yang endah.

Kadangkala ada bisikan mengatakan..sudahlah..memang takdirmu untuk sang hawa. Apa lagi ditongkah bahagia bertalu.

Kata orang jangan dikejar..

Benar, hati cuba mengejar redha Allah. Tapi..rasa terlalu jauh dan terlalu sukar.

Kata seorang ustaz, kecewa tidak mengapa, tapi jangan berputus asa..

Tapi, hati aku cuma kenal cinta sang hawa.

Astaghfirullahalazim..
Mana cinta Allah yang kau lupa? Ingat, Dia tidak kejam.

Ya Allah, matikan aku bila sekehendakMu. Tapi rayuku, jangan kau matikan hatiku dengan putus asa.

Selasa, 4 Jun 2013

"Getting to near you"

Buat pertama kalinya, inshaallah group jalan pulang PLU akan terlibat dengan sebuah program yang dinamakan Getting to near you, khusus untuk PLU perempuan, penkid atau andro ataupun ftm.

Ianya adalah program motivasi, sharing as plu dan bengkel solat. 3 hari 2 mlm, percuma.

Tarikh 28-30 hb Jun 2013.

Syarat penyertaan ialah..PLU, muslim, biologically perempuan dan 18 tahun ke atas.

Sekiranya berminat, sila email..dan bersedia untuk ditemuramah oleh saya.lol.

Tarikh tutup untuk hantar nama ialah 7hb june.

Sila email detail anda di malaikatgelapdarkangel@gmail.com. lokasi dan butiran lanjut akan diberitahu melalui email sekiranya anda terpilih.

Terima kasih.

Isnin, 3 Jun 2013

Orang macam kita (PLU)


Orang macam kita, kadangkala senyum sendiri melihat sidia,
Mahu disapa, kita sedar kita siapa,
Mahu mengejar, ah itu andai dia pun juga ..orang macam kita,
Lalu, kita cuma mampu memandang dihujung mata,
Memerhati kadangkala, sambil sembunyi diri..

Orang macam kita, kadangkala sakit..
Sakit menanggung hati yang kadangkala tidak mengenal batasan,
Sakit bila tak dapat menghiburkan nafsu..
Sakit bila memandang dia dari jauh,dengan pelbagai rasa..
Sakit menerima redha..yang kadangkala dipaksa-paksa..

Orang macam kita, sebenarnya istimewa..
Kadangkala..perkahwinan bukan hak kita..
Kadangkala..yang mudah dimata orang, kita tiada rasa..
Kadangkala..lebih faham apa yang tidak difahami..
Kadangkala..tak faham lansung, apa yang semua orang faham..

Orang macam kita, jiwanya merana..
Bila waktu, mula sedar..sendiri itulah halal..
Bila waktu, cinta menyapa bertalu-talu..
Bila waktu, akur, semua itu tiada hakiki

Orang macam kita..
Andai tidak ada rasa bertuhan,
Kita calon utama di hospital bahagia,
Menentang fitrah bukanlah mudah,
Memendam rasa boleh merosak,

Orang macam kita..
Wajib lebih dekat pada tuhan
Supaya nafsu jadi tunduk
Memang benar bila sendiri jadi kekurangan s.e.k.s
Namun bukankah kekurangan itu halal?
Penawarnya hanya ada pada tuhan, sang pemberi ujian
Sang pencipta yang tidak pernah zalim

Orang macam kami..
Kadangkala mohon pengertian
Kadangkala mohon kemaafan
Kerna tahu, keunikan kami menuntut kebencian kadangkala
Kerna tahu, keunikan kami buat kami menjadi onar kadangkala
Kerna tahu, keunikan kami telah meruntuh banyak rumahtangga
Kerna tahu, marah kami kadangkala sukar difahami

Orang macam kami..
Kadangkala minta ditunjuk
Kadangkala minta diajar
Kadangkala minta perhatian..
Kadangkala pelupa, kita semua manusia biasa punya ujian tersendiri.

Orang macam kami..
Juga hamba tuhan..walau kadangkala, kami terlupa.
Wajib belajar erti redha lebih dalam..
Juga minta tidak dihakimi,

Orang macam kami..
Ada dimana-mana..bantu, bukan jauhi
Sayangi, bukan dibenci.

Hanya Allah yang membalas segala kebaikan dan penawar segala ujian.


Sabtu, 1 Jun 2013

Hidup ini sekadar menguruskan ujian.

6 bulan lepas..
Aku: aku nak buat group plu,untuk sama-sama cari kekuatan dengan aku.

Kawan: pendapat aku, payah, kau sedia ke nak jadi pemimpin dalam kumpulan yang pelbagai ragam?

Aku sekadar senyum. Saat itu, terus terang aku kata aku tak fikir panjang. Naifnya aku, aku berkata pada diri, ah...kalau group pengkid lesbian berlambak di fb kenapa tak boleh aku buat group yang nak bawa pada kebaikan.

Satu ketika seorang lagi sahabat pernah berkata..

"Kalau nak buat benda untuk Islam ni memang badi, ujiannya bukan alang-alang"

Ya harini baru aku tahu. Baru aku belajar permulaan sepak terajang, benda yang aku ingat mudah dulu.

Moga Allah beri aku kekuatan. Berjuta kali dah aku nak remove diri dari group. Yang ada waktu benar-benar mencabar jiwaa lemah aku ini.

Benarlah, tuhan beri ujian bukan untuk menzalimi tapi tanda kasih untuk mendidik kekuatan jiwa.

Dan tuhan sentiasa mewakilkan insan-insan yang membantu sepanjang perjalanan.

Moga sesuatu yang kita buat untuk kebaikan itu, baik juga akhirnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...