Halaman


Isnin, 3 Jun 2013

Orang macam kita (PLU)


Orang macam kita, kadangkala senyum sendiri melihat sidia,
Mahu disapa, kita sedar kita siapa,
Mahu mengejar, ah itu andai dia pun juga ..orang macam kita,
Lalu, kita cuma mampu memandang dihujung mata,
Memerhati kadangkala, sambil sembunyi diri..

Orang macam kita, kadangkala sakit..
Sakit menanggung hati yang kadangkala tidak mengenal batasan,
Sakit bila tak dapat menghiburkan nafsu..
Sakit bila memandang dia dari jauh,dengan pelbagai rasa..
Sakit menerima redha..yang kadangkala dipaksa-paksa..

Orang macam kita, sebenarnya istimewa..
Kadangkala..perkahwinan bukan hak kita..
Kadangkala..yang mudah dimata orang, kita tiada rasa..
Kadangkala..lebih faham apa yang tidak difahami..
Kadangkala..tak faham lansung, apa yang semua orang faham..

Orang macam kita, jiwanya merana..
Bila waktu, mula sedar..sendiri itulah halal..
Bila waktu, cinta menyapa bertalu-talu..
Bila waktu, akur, semua itu tiada hakiki

Orang macam kita..
Andai tidak ada rasa bertuhan,
Kita calon utama di hospital bahagia,
Menentang fitrah bukanlah mudah,
Memendam rasa boleh merosak,

Orang macam kita..
Wajib lebih dekat pada tuhan
Supaya nafsu jadi tunduk
Memang benar bila sendiri jadi kekurangan s.e.k.s
Namun bukankah kekurangan itu halal?
Penawarnya hanya ada pada tuhan, sang pemberi ujian
Sang pencipta yang tidak pernah zalim

Orang macam kami..
Kadangkala mohon pengertian
Kadangkala mohon kemaafan
Kerna tahu, keunikan kami menuntut kebencian kadangkala
Kerna tahu, keunikan kami buat kami menjadi onar kadangkala
Kerna tahu, keunikan kami telah meruntuh banyak rumahtangga
Kerna tahu, marah kami kadangkala sukar difahami

Orang macam kami..
Kadangkala minta ditunjuk
Kadangkala minta diajar
Kadangkala minta perhatian..
Kadangkala pelupa, kita semua manusia biasa punya ujian tersendiri.

Orang macam kami..
Juga hamba tuhan..walau kadangkala, kami terlupa.
Wajib belajar erti redha lebih dalam..
Juga minta tidak dihakimi,

Orang macam kami..
Ada dimana-mana..bantu, bukan jauhi
Sayangi, bukan dibenci.

Hanya Allah yang membalas segala kebaikan dan penawar segala ujian.


13 ulasan:

  1. Kerana orang macam kita bukan semuanya mengerti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerana kita jua kadangkala tidak mengerti diri sendiri..kadangkala

      Padam
  2. Regardless PLU or non-plu, we try not to be too judgemental towards each other based on our sexual orientations. Likewise, we are weaker under our skins but our spirits are willing to seek for Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. agree..we sometimes judgemental to others too

      Padam
  3. Memang, orang macam kita kena banyak sabar. Hanya orang macam kita yang faham masing2 macam mana, orang lain boleh cakap dia faham tapi nasihat dia orang kadang2 susah nak hadam.hanya mampu doa dan sabar untuk kita kita.okay

    BalasPadam
    Balasan
    1. yep, ada yang cuba memahami..dan syukur kerana mereka wujud..harapnya kita juga akan cuba saling memahami

      Padam
  4. Bila dgr luahan lgbt,dr sudut hati mereka tersiksa.saya cuba ingin memahami,benarkah sukarnya memiliki naluri sebegitu,atau terlalu ikut kata hati ja dgn mudah,semua ada nafsu,bukan mudah menunduknya klu tiada kekuatn dan usaha dgn bantuan yg maha esa.Pada saya semua yg dilrg wajib ditinggalkan baik yg normal@lgbt.cuma saya terfkr,bnrkah sshnya golongan ini memiliki naluri sedimikian,apa formula utk mengubahnya.cth beribdt siang mlm tp ada yg terjebak kembali.saya tidak menyokong krn dlm carta hukuman tuhan,ia dilarang keras oleh Allah swt.homoseks lebih dahsyat dr zina,wlu zina pun hukuman nya dah menggerunkan.Tapi dgn kasihsyg saya turut simpati,cuba memahami golongan ini.Moga semuanya kembali normal dgn izin Allah swt.akhir kata saya turut simpati dan ingin memahami golongan ini.Wallahualam hr21

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih hr21, benar tak benar..hanya diri yang tahu. namun bukankah setiap kita ada ujian...dan hanya kita yang tahu jerihnya

      Padam
  5. Kenapa tak keluar gambar penuh pakcik. : )

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe..nanti pakcik minta royalti..hahahah, Ingat tak gambar ni pakcik tersipu2 malu...nanati mesej tak sampai..sebab pembaca tengok muka pakcik..hahah

      Padam
  6. Tersentuh jiwa seorang PLU ini...

    BalasPadam
  7. membaca nukilan anda membuatkan jiwa saya tersentuh .....

    plu sepi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...