Halaman


Rabu, 12 Jun 2013

Moga dirimu mendapat syurga

Disatu ketika, aku meroyan, lalu membanjiri fascebook aku dengan status yang amat negatif. Kemudian juga me whatssap kononnya dengan niat nak mengadu nasib.

Mengadu sana ditendang, mengadu sana dibelasah.

Akhirnya tidak tahu kemana. Lupa. Lalu ..tiba, sewaktu sedang sibuk bercerita, berbual dengan seseorang melalui skype. Satu panggilan menerjah telefon rumah.

Dia, seorang kawan yang aku kagumi ketabahannya, walau kehidupan kalau dilihat dari mata kasar, berganda ketidak adilannya.

Kami berbual, bergelak ketawa..akhirnya..sampai pada tujuan dia menelefon aku. Tentang status-statusku di FB, lalu..lagi terang bersuluh, aku mengatakan aku dalam kesedihan. Walau kesedihan itu bukan yang baru pun.

Dia: kau tak sembahyang ke?
Aku: err..sembahyang.
Dia: Kau tak minta?
Aku: Minta?
Dia: Kau tak minta dekat tuhan apa yang kau nak, kau tak bagitahu pada tuhan apa yang kau fikir?
Aku: Aku...ya..(ya..aku telan dalam hati, jarang aku berdoa tentang perkara yang paling meresahkan aku)
Dia: Kau minta lah pada tuhan, apa saja. Dia yang buat kau, kenapa kau tak minta pada dia?
Aku: Ada aku minta..
Dia: Habis sekali dua je, kau ingat minta harini esok dapat?
Aku: Err..mungkin..akulah yang termasuk orang yang sombong pada tuhan, tak mahu meminta, malu meminta..
Dia: Ha, tahu takpe, kau sombong dekat tuhan kenapa? Kata solat, tapi bersedih macam tu. Kau tak minta kat tuhan la ni. Kau nak dekat pada tuhan tapi tak boleh berubah. Aku cuba untuk dekat dengan tuhan walaupun aku tahu aku belum berubah.

Kalau siang tadi aku kena belasah. Malam tu aku kena penampar terus.

Kawan, moga dirimu mendapat syurga. amin.

note: Jumpa link tafsir yang ada audio penjelasan tafsir quran, menarik.

11 ulasan:

  1. Kita selalu beranggapan bahawa Allah da tahu isi hati kita, so x payah la meminta dan berdoa. tetapi sebenarnya Allah mahu mendengar rintihan dan suara kita yg berdoa kepada Nya. Allah rindu kt awak tu..so selalu la mengadu kt Dia :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2, tq awak. err,...rindu kat saya tu..siapalah saya...tapi ALlah yang menciptakan hambanya...sedasng ibu yang melahirkan anaknya pun selalu merindukan..apatah lagi ALlah, kan..namun kitalah yang harus merindu pada yang mencipta kita, kan.kan.

      Padam
    2. Betul tu..tp Allah tahu hambaNya lemah dan cepat lupa plk, tu yg Dia cuit kita tu (dlm bentuk uijan) ;)

      Padam
  2. betol kan. Kdg2 kita rasa mcm ada org yg kita rapat pun, kita susah nak cerita masalah kita walaupun dia orang pernah ckp dia orang sudi nk dgr. Tuhan jugak yang maha sudi dgr luahan kita kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul, kita je ni..yang lari..lari...dari siDia yang sentiasa cuba mendengar

      Padam
  3. Bagus
    Alhamdulillah & tahniah.
    Cbe share d PWSG

    BalasPadam
  4. Bagus
    Alhamdulillah & tahniah.
    Cbe share d PWSG

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...