Aku tidaklah boleh mengatakan aku amat mengenali tuhan. Tetapi terlalu banyak kejadian didalam hidupku yang membuatkan aku tidak perlu mencari-cari lagi. Di otak separa sedar ku, sudah lama syukuri nikmat tahu Ia wujud. Cuma minda sedar ini yang kerap diuji agar jadi lebih tahu.
Dan nafsu juga sering menjadi penghalang untuk menjadi taat.
Gadis yang pertama aku cintai separuh mati namanya Xola. Dia hadir dalam blog aku yang telah kupadam kerana mahu mematikan dia juga.
Dia gadis yang ku kenal sejak dia naif dan keseorangan dinegeri asing, aku me7lihat dia kecewa, gembira dan akhirnya kami bertemu. Dan kemudiannya..aku menyintai dia. Sayangnya, atau mungkin bagusnya ..dia biseksual, dalam mencari aku setiap minggu, dia juga didakap insan lain yang mempunyai apa yang tidak kupunya.
Kini dia telah lama menganuti agama kegembiraan. Melihat dia menjauhi amalan agama yang ku anuti..disebalik blog, muka buku dan instagram, buat aku pedih. Dan cuma tinggal doa.
Buat semua pencari tuhan. Moga kalian tidak berhenti, moga kalian menjadi manusia penyampai yang sohor apabila kalian menemukan tuhan.
Seorang Dom ku, seorang Amerika. Pernah memberitahuku, dia atheist kerana dia tahu dunia yang hebat ini pasti ada sesuatu yang maha hebat menciptanya, yang tidak sekali sama dengan apa-apa yang diciptanya. Dia menjauhi gereja kerana merasa jengkel bila mendapat tahu tuhan punya anak lalu siapa pula moyang-moyang tuhan? Lalu aku katakan Islam percaya tuhan yang maha besar sang pencipta alam yang tidak punya anak dan tidak juga diperanakkan. Itulah Allah.
Dia menyambut. "Maybe I am just Islamisme". Katanya sambil memberi senyuman sinis padaku.
Carilah, jangan berhenti. Kelak dalam pencarian itu. Membentuk dirimu insan yang tidak goyah dan yakin dengan satu kepastian.
Moga kau menemui..erti kalimah Lailahaillallah muhammdurasulullah.
Aminn.
=)
BalasPadamsinggah ziarah. iman adalah stinggi2 nikmat..
BalasPadambetul, pakcik pie...
PadamHijrah itu PENGORBANAN.tidak akan berjaya seseorg jika tiada pengorbanan hatta seorg Rasul.dan Rasul insan yg paling berat diuji.manakala Kita insan yg paling ringan diuji.aku terdiam sedih meihat dosaku lebih bnyk utk dibawa keakhirat nanti.aku sedar aku lemah,dan lemah itu adlh tipudaya syaitan rupanya.aku ditipu lagi
BalasPadamkitalah manusia yang tertipu dan menipu
Padamteruskan berjuang! :)
BalasPadamdoakan kami
Padam