Halaman

Isnin, 26 Disember 2011

taa haa ayat 2

adik balik minggu ni..gembira aku. adik bawa aku ke darul syifa.tenang.

aku cerita segalanya pada adik. telus.

bagiku perkahwinan ni adalah satu kesilapan. tidak semua perkahwinan itu adalah wajar. adik menongkah,kata adik..lalu kenapa rasul galak semua umatnya berkahwin. kata adik perasaan aku dan dia ada dan wujud.. tapi ditahan oleh iblis.

jangan sia-siakan perkahwinan ini. kata adik. jangan sekadar menunggu 4 bulan itu. lakukan sesuatu. adik minta aku jangan meminta perpisahan. doa banyak pada tuhan. kalau tuhan mahukan kami berpisah..tuhanlah yang akan pisahkan.

lalu pagi ini aku hembuskan surah taa ha di ubun rambutnya sewaktu dia masih lena lepas kami jemaah subuh.

"kami tidak menurunkan al quran kepadamu (wahai muhamad) supaya engkau menanggung kesusahan" - taa haa ayat 2.

sampai diayat ini..aku menitiskan air mata.

tuhan, aku yakin kau tidak akan mensia-siakan hambamu.

Selasa, 20 Disember 2011

Benarkah?

dia: awak perasan tak segalanya berubah selepas majlis dirumah saya
aku: ya, sayang emmang amat tertanya-tanya kenapa selepas tu abang seolah membenci saya.
dia: abang syak kita dah kena sihir pembenci

ya Allah, beratnya dugaan. Memang benar perubahan pada dia amat ketara bila dirumah mentua, dia mesej padaku seolah dia menyayangi aku, tetapi sebaik sahaja dia sampai dirumah mak dan melihat aku, wajah dia seolah dia amat membenci aku. Puas aku berfikir apakah silap aku, malah aku tanya pada dia juga. Semalam, dia mengakui entah kenapa dia amat sukar untuk tidur disebelah aku, dan setiap kali nampak aku dia akan rasa benci dan marah.

Kadang-kadang hati aku berkata pada aku..kau memang ditakdir menjadi lesbian ,,kenapa kau lari dari kenyataan ini?

Sabtu, 17 Disember 2011

Kehendak yang paling agung

Semalam aku keluar bersama teman-teman lama yang akrab, berbual bersama mereka buat aku lupa pada dunia aku yang sebenar, kemudian aku kesinema bersama ex-housemate, sikurus tu pagi-pagi dah keluar pergi mengubat orang, ya dia pengamal perubatan tradisional, aku tak tahu dia begitu aktif tentang itu sebelum ni. Hari selasa dan jumaat dia akan pergi pagi dan balik lewat petang, pembantunya adalah adik angkatnya yang aku rasa lebih banyak masa dengan dia dari aku.

Disinema, ex-housmate nak menonton ombak rindu.

Hampir dihujung cerita, sikurus sms ku yang dia terlalu letih, sampai pening-pening dirumah adik angkatnya, hati aku terus basah dan sebak, betapa aku tahu dia sebenarnya meminta izin untuk tidak balik rumah, aku jadi sedih amat sangat sebab aku tahu dia sebenarnya tidak gemar pulang kerumahku, I have nothing to offer melainkan tanggungjawab. Kasih pun hampir sifar.

Kehendak paling agung seorang wanita yang juga isteri adalah disayangi sang suami, dikehendaki. Dan kehendak paling agung seorang wanita adalah juga untuk dicintai dan dimiliki. Dan masalah disini, aku dilahirkan sebagai wanita!

Ex-housemate hampir naik gila melihat aku yang tiba-tiba menitis air mata dari sinema, dalam kereta dan hinggalah aku menghantar dia didepan rumah. Hampir sejam kami berbual dan dia memberi ceramah pada aku.

dia: kalau kerana status, u dah ada status tu, kalau kerana wedding u dah lepas wedding tu, dan apa lagi yang membuatkan u nak terus derita dalam perkahwinan yang hanya status ni? u ingat i tak suffer yang i lepaskan u pada orang yang treat u teruk. U tahu tak, kalau ada gay marriage kat malaysia ni, i will never can marry you because u never fight for yourself, you got brain, you are smart, but the problem is you don't want to use that. You let things happen!

aku senyap, tahu semua kata-kata dia benar.

aku: i have to wait for 4 months, then baru boleh proceed ke mahkamah.
dia: okay i will wait that, u akan mempunyai i sebagai listener selama tempoh tu, tapi if after 5 months nothing happen,i cannot stick with you if you not fight for yourself. Or do you want me to go to your mum or punch that guy, fight for you, and who am i? i dont have that right.
aku:you have every right to do that, you yang dengar semua tentang i, you yang tengok apa yang berlaku kat i, but i have to fight for myself, not you.
dia: hah tahu pun, am glad you realize that. maybe, i boleh je ajar u to more feminine or manja with him, but the problem is kalau dia taknak..then dia taknaklah.

Aku rasa amat hina kadangkala, seluruh hidup aku, aku ingin dikehendaki, a feeling that i belong to someone. Lelaki terakhir yang buat aku rasa begitu punya penyakit paling durjana walau sebagai insan dia amat baik, dan wanita yang buat aku rasa begitu pula, aku tinggalkan semata-mata kerana lelaki yang sebenarnya bukanlah berkehendakkan aku.

Kehendak agung aku adalah aku ingin dimiliki oleh orang yang amat berkehendakkan aku sebagai diri aku. Dan keran aku perempuan orang itu harus berjantina lelaki agar diiktiraf undang-undang dan agama. Namun perkara paling teruk adalah bila dimiliki tapi tidak dikehendaki.

Welcome to hell.

Jumaat, 16 Disember 2011

Bila segalanya sifar

Indah khabar, kasih sikurus untuk aku sekadar hari-hari awal itu.  Dan hati aku mula mereda, bila cinta tidak bersambut, apalah yang ada, lalu yang berlaku sekadar tanggungjawab. Juga, kami tidak menjalankan tanggungjawab pada satu perkara kerana kehendak itu hampir bersifat sifar. Kami.

Bekas teman tidur ku, secara semulajadi juga kami melansung kehidupan dengan hidup kami sendiri, rasa sayang masih ada, tapi paling terbaik adalah sekadar sahabat.

Ibu dah mula bertanya soalan-soalan sensitif, dan aku tahu aku perlu jawab dengan jujur, kerana ibulah yang akan jadi penyokong andai perkara ini perlu berakhir dengan undang-undang.

Buat kesekian kalinya, aku berada disatu tempat yang tidaklah begitu asing pada aku, satu takah dimana tidak ada emosi yang diperlukan. Aku menjalankan tanggungjawab aku sedaya mungkin, beritahu dia kemana aku pergi dan sejujurnya menerangkan profil orang yang aku bersama dan temui. Dia mula mengenali teman-teman yang aku selalu ke sinema atau sekadar berbual.

Dia: teman serumah dulu awak tu..pasti..bukan lesbian?
Aku: hahaha..dia ada boyfriend la bang.
Dia: betul kamu dua tiada apa-apa?
Aku: takder la, dia ada bf..gile apa.

Dan yeah, jawapan aku tu adalah untuk sekarang, sekarang kami tiada apa-apa, sekadar pergi makan..dan berbual. Aku tahu dia tak begitu sakit, kerana aku bukan satu-satunya dihati dia. Walau dia pernah jadi satu-satunya dihati aku. Dan kini, dihati aku..tiada apa-apa. Cuma ada..tanggungjawab.

Jumaat, 9 Disember 2011

Kepercayaan dan curang

dia sibuk minggu ni, persiapan majlis untuk rumah dipihak lelaki. Aku yang telah jatuh cinta pada dia mula kemurungan. Jika aku kesana, dia akan seolah tidak sedar kehadiran aku, kerana stress dan keletihan. Dan juga kata orang tak manis aku kesana, kerana aku dan keluarga masih belum bertandang secara rasmi.

dia: minta tolong ex-housmate awak temankan awak boleh tak? abang risau awak tinggal seorang.
aku: ok2lah.

Lalu aku tahu itu tanda kepercayaan dia pada aku. Lelaki. Memang sewaktu bersama dia aku teringat xhousemate aku yang seorang, perempuan penuh dengan kemanjaan dan belaian, tetapi lelaki..walaupun halal kadangkala keras dan juga sifar manjaannya, lalu kau seolah jatuhdari tempat yang tinggi. Dia cuba jadi teman yang terbaik, sekurangnya buat saat ini.

Lalu telah dua malam, exhousmate aku menemankan aku tidur, dia menakal, memujuk dan mencari belaian dari aku. Tuhan takdirkan nafsu pada dia sudah tak membuak seperti dulu, namun, kucing tetap kucing.

aku: i cannot kiss, you i afraid..i will lost the love that i start to have with him.
dia: i taknak faham, even i boleh faham.

aku membelai dia juga, dalam fikiran aku asyik memikir apa yang aku tidak boleh buat dan apa rasionalnya.

dia: what i can and what i cant when i sleep with you.
aku: just do whatever a two friends do when they sleep together.

ada bisikan dihati aku, alah selagi kau menutup aurat, apa salahnya kau belai dan buat dia puas. Tapi separuh dari diri aku berkata, lalu apa bezanya kau dulu dengan sekarang, apa bezanya perkahwinan ini, andai kau masih berzina dengan dia.

aku: curang bermaksud curang dihati dan perbuatan.
dia: define that
aku: curang hati maksudnya punya hati pada orang tu, perbuatan maksudnya berzina, namun hanya berzina sahaja boleh dijatuhi hukum.
dia: i can understand that.do you love me? you said after you get married thing won't change.
aku: i love you, its never change.

Kami berdua senyap, dan akhirnya tertidur. Namun hingga kini, aku masih tertanya, apa definisi curang, curangkah aku, dan benarkah jika aku memuaskan nafsunya itu dikira berzina? Curangkah apabila aku menyintai seorang perempuan dan waktu yang sama cuba belajar menyintai sang suami?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...