Halaman


Jumaat, 9 Disember 2011

Kepercayaan dan curang

dia sibuk minggu ni, persiapan majlis untuk rumah dipihak lelaki. Aku yang telah jatuh cinta pada dia mula kemurungan. Jika aku kesana, dia akan seolah tidak sedar kehadiran aku, kerana stress dan keletihan. Dan juga kata orang tak manis aku kesana, kerana aku dan keluarga masih belum bertandang secara rasmi.

dia: minta tolong ex-housmate awak temankan awak boleh tak? abang risau awak tinggal seorang.
aku: ok2lah.

Lalu aku tahu itu tanda kepercayaan dia pada aku. Lelaki. Memang sewaktu bersama dia aku teringat xhousemate aku yang seorang, perempuan penuh dengan kemanjaan dan belaian, tetapi lelaki..walaupun halal kadangkala keras dan juga sifar manjaannya, lalu kau seolah jatuhdari tempat yang tinggi. Dia cuba jadi teman yang terbaik, sekurangnya buat saat ini.

Lalu telah dua malam, exhousmate aku menemankan aku tidur, dia menakal, memujuk dan mencari belaian dari aku. Tuhan takdirkan nafsu pada dia sudah tak membuak seperti dulu, namun, kucing tetap kucing.

aku: i cannot kiss, you i afraid..i will lost the love that i start to have with him.
dia: i taknak faham, even i boleh faham.

aku membelai dia juga, dalam fikiran aku asyik memikir apa yang aku tidak boleh buat dan apa rasionalnya.

dia: what i can and what i cant when i sleep with you.
aku: just do whatever a two friends do when they sleep together.

ada bisikan dihati aku, alah selagi kau menutup aurat, apa salahnya kau belai dan buat dia puas. Tapi separuh dari diri aku berkata, lalu apa bezanya kau dulu dengan sekarang, apa bezanya perkahwinan ini, andai kau masih berzina dengan dia.

aku: curang bermaksud curang dihati dan perbuatan.
dia: define that
aku: curang hati maksudnya punya hati pada orang tu, perbuatan maksudnya berzina, namun hanya berzina sahaja boleh dijatuhi hukum.
dia: i can understand that.do you love me? you said after you get married thing won't change.
aku: i love you, its never change.

Kami berdua senyap, dan akhirnya tertidur. Namun hingga kini, aku masih tertanya, apa definisi curang, curangkah aku, dan benarkah jika aku memuaskan nafsunya itu dikira berzina? Curangkah apabila aku menyintai seorang perempuan dan waktu yang sama cuba belajar menyintai sang suami?

2 ulasan:

  1. tidak payah cuba mencari definisi curang, kerana itu tanda awak mahu curang. jangan takut pada suami, takut pada Allah. im disappointed u still do this. but dont worry abt what i think of u. u should think what u think of u.

    BalasPadam
  2. bukan ke kau single dan tak berkahwin lagi ke? ke kau janda?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...