Halaman

Selasa, 14 Februari 2012

Malam hari kekasih

Adalah kali pertama aku melihat sikurus mengamuk dengan amarah yang amat. Ya, mungkin salah aku, sepanjang dua hari kami bersms dan sepanjang itu berkali aku meminta dia melafaz cerai, entah mungkin ini peristiwa kali ke 5 dalam tempoh dua bulan.

Dua kali dia berpesan pada aku sebelum ini, dia nak perkahwinan ini bertahan paling kurang setahun.

Tapi, dua bulan aku rasakan masa berjalan terlalu lambat. Amat-amat lambat. Dalam tempoh dua hari dah pelbagai yang kami hamburkan didalam telefon.

Kemuncaknya, aku pulang agak lewat dari hari biasa haritu, aku keluar makan dengan kawan sepejabat.

Sampai dirumah, aku lihat keretanya dah pun ada diparkir. Sepertia biasa, bagai mengheret kaki, aku melangkah masuk. Dia mandi. Aku pun naik ke atas dan mandi. Usai mandi, aku mengetuk pintu bilik dan mengajaknya solat isya sama. Tak berjawab, lalu aku buka.

"Kau tutup pintu tu."

Wajahnya membara.

"Taknak"..aku berdegil, biarlah, biarlah kali ni aku mengadap marahnya, daripada sekadar teks ditelefon.
"Kau, aku tahu ni rumah kau, aku taknak kau tengok aku marah, tutup aku kata"
"Tak nak, marahlah, pukullah kalau nak" entah angin degil mana waktu itu yang datang. Walaupun tangan ku ketar juga melihat dia yang amat berlainan dari aku kenal sebelumnya. Melihat amarahnya, tak mustahil kalau tangannya sampai pada aku. Waktu tu aku dah berfikir dah, boleh ke aku melawan guru silat ni dengan sekadar kelebihan saiz fizikal aku saja.

"Kau keluar dengan kawan, aku tak halang, tapi aku keluar kau banyak cerita, ni dengan siapa pula kau keluar, tu Diana (bekas teman serumah) kau dah taknak keluar dengan dia, kau taknak kawan dengan dia, kau memang macam tu kan, bosan tinggal, bosan tinggal, aku ni pun baru dua bulan kau nak tinggal, cepat bosan, semudah tu sayang kau, macam sampah."

"saya lapar..saya pergi makan.."

"Kau, diam, kau saja betul, aku semua salah"

Dia ambil iron board, iron bajunya sendiri, sejak semalam dia mula menggosok bajunya sendiri, sejak aku kata..aku sebenarnya malas nak gosok baju.

Aku biarkan dia membebel, memarah. Saat itu juga, aku teringat El. Kata-kata El, di pertemuan kami yang paling akhir..dibilik yang sama.

"Satu hari nanti, saya harap awak akan jumpa orang yang buat awak 'stay'." Kata El sambil memeluk aku. Pelukan terakhir.

Benar aku mudah bosan. Aku kata pada sikurus, aku tidak mahu bermalam dirumah Diane lagi kerana Diane meminta aku failkan perceraian, itu antara sebab. Sebab utama ialah aku nak berhenti melakukan dosa yang satu itu.

Malam tu, dan esok paginya, aku memohon maaf..sikurus hanya diam.

Tuhan, tunjukkan kami jalan yang lurus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...