Halaman

Isnin, 26 Disember 2016

I believe I can Fly

I believe I can fly oleh Johan Hamid.

Dari artikel the Star 25 Disember halaman 3

Idea ini sangat menarik bagi aku. Dan kalau boleh aku mahukan setiap buku ini berada di hospital di seluruh dunia. Bukan oleh kanak- kanak sahaja. Tapi semua penjaga dan semua pesakit.

Sejak ayah sakit dulu, aku pernah menjadi caretaker ayah. Dan sejak menyertai NGO berkaitan HIV ini, aku kerap melawat rakan dihospital. Dan aku dapat melihat, hospital adalah tempat penuh harapan dan juga tempat paling suram.

Semua hospital harus menempatkan badut yang menceriakan. Kadangkala situasi yang suram ini yang menyakitkankan. Bukan sakit yang ditanggung.

Ada program Clown oleh NGO doktor-doktor,tapi setakat ini hanya untuk pesakit kanser. Bagaimana dengan pesakit lain.

Dan Caretaker,iaitu mereka yang menjaga,juga perlukan kekuatan yang bukan calang-calang.

Dan buku seperti I believe I can fly ini, pasti akan boleh menjadi penawar buat masa-masa realiti yang suram dan pahit.

Ahad, 25 Disember 2016

Kawan

Satu aura apabila kau bersama rakan yang suka menulis. Kau macam jumpa kawan sejiwa.

Dan penulis rutinnya berdakwatkan derita.

Cerpen Hari Jumaat

Nasi Lemak Sambal Sotong oleh Syaihan Shafiq

Ahad, 4 Disember 2016

Aku dan HIV

1 Disember adalah sambutan Hari Aids Sedunia. Setiap tahun ada sambutan. Sejak tahun 2012, aku mula berkecimpung dalam bidang ni.

Aku hiv negatif.

Tapi perjuangan menyebarkan kesedaran untuk menentang stigma tentang hiv,telah pun didalam diriku,sejak aku mula kenal seorang insan yang aku panggil Pakcik Pie.

Tahun ini, aku dan rakan-rakan melahirkan Pertubuhan Islah Movement. Masih bertatih. Masih baru bermula. Belum ada apa-apa. Inshaallah kami ada misi kami.

Ianya juga menaikkan usaha Jalan Pulang LGBT bersama. Tanpa sebarang paksaan. Jika mahu bersama, sepuluh jari ditadahkan.

Aku ingin melihat orang tidak lagi memandang jijik pada orang hiv. Aku mahu sahabat-sahabat ini dianggap sama seperti manusia lain.

Langkah kami kecil,sangat kecil. Tapi sekurang-kurangnya kami melakukan sesuatu.

Andai aku HIV positif,mahukah bersahabat dengan aku? Mahukah menyintai aku?

Jika ada keraguan disitu, membawa maksud,anda punya stigma yang salah terhadap HIV.

Selasa, 1 November 2016

Jiwa yang gagal

Pernah tak kalian merasakan ingin membunuh diri?

Tidak, tidak, bukan aku. Kalau dulu ya, perkara itu sering bermain dikepala aku, lebih lagi kerana aku terasa terhimpit dengan naluri yang menyesakkan ini, dulu.

Ya, dulu kehidupan aku ada pelbagai rencah, bukan sekadar mencintai yang haram sahaja yang menyesakkan, namun pelbagai lagi. Cukup itu. Mungkin sekarang aku tidak lagi punya rasa terhimpit tu, walau api tu tidak pernah padam, namun buat masa ini, ianya didalam kawalan aku dengan bantuan Dia.

Cuma aku terfikir, kenapa, kenapa rasa ingin membunuh diri itu harus direalisasikan?

Bagi aku itu adalah kejayaan iblis yang paling besar. Membuatkan manusia berputus asa secara mutlak pada tuhan. Andai bukan tangan sendiri yang menjemput maut, selagi itu rezki telah Allah tulis, dan kita sebagai manusia harus berjuang untuk hidup.

Paling tidak, kita masih lagi menyebut nama Allah. Dan Dia sangat berbangga dengan hambaNYA yang menyebut nama Dia.

Lalu mengapa dibiarkan si iblis itu menang mutlak?

Bagi aku, itu adalah satu keputusan yang sangat pentingkan diri.

Saat semua sangat menghimpit. Kalimah Lailahaillahlah itu sangat berharga.

Jumaat, 16 September 2016

Lipstick

Semalam aku masuk kek kedai make up. Ni pengalaman baru bagi aku sebab aku memang tak gemar masuk kedai macamni. Satu sebab aku jahil tentang benda ni, dua aku tahu sale assistant kalau tengok aku memang tak macam pelanggan berpotensi pun.

Tapi lately, aku gemar tengok model-model pakai lipstick. Dengan bibir yang penuh, buat aku geram nak gigit. Haha.

Jadi, silap aku, aku mencuba semua tester yang agak aku suka. Aku suka warna gelap matte ditulis kat situ. Kadang-kadang, aku tak tahulah apa benda matte tu, brand ke, jenis ke, apa ke. Kalau cat matte kereta aku tahu dan suka. Beberapa gambar, aku snap dan bagi pada husband. Dia suka. Tapi natijahnya, bibir aku kering sampai keesokan paginya.

Dan akhirnya aku beli satu.

Ianya kadangkala aku tak tahu, diantara merindui gadis berlipstik untuk aku cumbui, atau aku suka tengok muka aku dengan lipstick.


Sabtu, 10 September 2016

Realiti kapal kecil kami

Husband adalah pengurus rumah sepenuh masa. Dan sejak kami tubuhkan NGO, husband lebih kepada menguruskan aku. Haha.

Dulu dia pekebun kelapa sawit selepas keluar tentera dan ikut rakan-rakan komuniti menjaga shelter home dan sebagainya. Bila kami berkahwin, ladang keluarganya diambil alih tugas oleh abangnya. Beberapa kali husband mencari pekerjaan, tapi dengan usianya yang agak berumur, jadi agak sukar. Jujurnya, aku lebih mudah bila husband sekadar menguruskan rumah. Husband lipat baju lebih cantik dari aku kemas, mengemop lantai lebih bersih dari aku mop dan pastinya lebih pandai memasak dari aku yang lansung tak tahu masak.

Husband resah juga kerana seolah dia tidak memberi nafkah kepada ku.Kataku aku tidak kisah, alhamdulillah rezki kami tidak pernah putus. Kami juga ada buat sedikit perniagaan online, yang suami selalu uruskan bila ada permintaan.

Jujurnya aku sangat bahagia, bila suami menguruskan rumah. Suami sediakan pakaian untuk aku ke tempat kerja, bekalkan makanan untuk kepejabat, sesungguhnya tidak ada apa lagi yang aku minta. Tapi aku tahu, husband segan bila berjumpa rakan-rakan dan ada yang bertanya dia kerja apa. Bagi aku husband adalah pengurus bisnes kecil kami dan jug membantu aku dalam perjalannan NGO kami yang memang mengikut kemampuan kami.

Harini kami balik kampung, jaga mak. Dan husband memang mempunyai kemahiran tinggi menjaga orang. He is good in that. Suapkan mak, pujuk mak, layan mak. And I fall in love with him more and more because of this :)

Isnin, 15 Ogos 2016

Projek tulisan

Aku dan anonymous B sedang dalam projek untuk menghantar penulisan kami ke mana-mana penerbitan. Kebanyakan penulisan itu akan diambil dari blog ini dan juga hasil penulisan anonymous B. Aku gemar menulis. Dan menulis adalah satu terapi yang sangat indah bagi aku.

Menyingkap balik penulisan aku yang dulu-dulu, aku dapati tulisan aku sangat dalam sewaktu aku dalam keresahan atau jiwa yang paling tertekan.  Mungkin itu kesan positif. Dan dengan menulis semua pemikiran aku dapat dibaca oleh mereka yang memerlukan.

Aku mahu orang diluar sana tahu struggle kami dalam bertahan berada dijalan yang benar. Jujurnya aku tak pandai berkata-kata melainkan being sweet talker with a girl. Kalau memberi ucapan ke, aku hampeh, gagal. Haha.

I am not good in public speaking.

Kepada yang sedang dalam dunia yang sangat gelap, lakukanlah apa yang membuatkan jiwa anda terisi. Bertahanlah dalam mencari cahaya. Dan jangan disuap keinginan yang tidak memberi mu bahagia yang sebenar.

Kenapa kita masih hidup? Kita hidup untuk buat Allah happy.

Isnin, 23 Mei 2016

Buku dan perkahwinan plu


Dia dan aku suka membaca buku-buku lama. Ya, kami orang lama. Buku pilihan aku adalah buku bukan fiksi. Aku tak gemar buku fiksi. Buat apa, tenggelam dalam perkara yang sekadar mimpi dan ilham sang penulis. Ya, kecuali buku-buku Harry Potter tolak itu.

Aku dan dia jiwa orang lama. Buku sastera lama. Sebelum tidur kami berkongsi bahan baca. Dia agak baru dalam dunia-dunia dakwah moden yang istilahnya banyak diadaptasi dari bahasa inggeris. Dia, teman hidup aku.

Banyak orang bertanya, kenapa aku berkahwin sedang aku boleh sendirian dan tidak perlu pun bergantung pada sesiapa. Aku akui perkahwinan aku dan dia banyak berlandaskan tawakal, hampir sekelip mata, aku telah diijabkabul. Dan dia anugerah tak ternilai buat aku.  Teman hidup paling sempurna buat aku.

Kerana fitrah manusia, mencari teman hidup dan Allah telah nyatakan dalam al quran, pilihan yang Dia redha.

Kerap kali dalam beberapa perjumpaan bersama teman-teman, aku nyatakan perkahwinan bukan penyelesaian. Tapi sehari dua ini aku mula berfikir dari sudut yang berlainan. Andai perkahwinan itu telah datang dalam fikiran, dan dia yang kau rasa serasi dengan dirimu, kenapa tidak melangkah ke alam perkahwinan? Kenapa harus berfikir dengan ceteknya tawakal? Anggap sahaja teman hidup, teman serumah dengan beberapa tambahan tanggungjawab.

Dan dia yang Allah redha.

Jumaat, 8 April 2016

Jauh Sudah

https://youtu.be/qtuXi96T0-g

Bila aku dengar lagu ni. Hati aku benar- benar tersentuh. Berulang kali aku dengar hingga menitis air mata.

Mungkin ada yang bertanya,andai aku bahagia dengan keputusan aku,kenapa aku perlu rasa sedih?

Hidup ini bukan selamanya,hidup ini kan sekadar ujian,andai kau sentiasa gembira dan tidak terasa diuji, mungkin juga kau memilih syurga didunia dengan melunas segala keinginan mu tanpa mengira kasih dan nikmat dari pencipta.

Kadangkala cinta yang gelap itu masih mengetuk hati aku, dan aku tahu aku akan berjuang menenangkan dia sepanjang hayat aku.

Aku tidak mahu terjebak lagi kerana aku takut aku tidak tahu untuk bangun lagi. Terpulanglah pada kau yang mahu terus menentang segala undang-undang didunia dan disana.

Aku temui bahagia dalam sakitnya nafsu dan rasa ini. Tiada apa yang pasti didunia ini melainkan kematian.

Lalu atas hukum apa nanti kau dikebumikan? Andai hukum Dia kau tentang habisan.

AZIZI - JAUH SUDAH
    

Ya Allah
Lindungilah diriku
Jauhi aku dari kesesatan
Aku tidak mahu hanyut
Ya Allah
Aku tidak mahu
Ya Allah
Ampunilah aku

Jauh sudah aku melangkah kaki
Menuju jalan ujian dariMu
Melepaskan semua yang ada
Yang diberikan padaku

Kau berikan aku sakit tak menentu
Tiada yang tahu tiada yang mengerti
Apa yang ku rasa
Hanyalah sekasih cinta Kau padaku

Ya Allah lindungi hidupku
Aku tidak mahu untuk hanyut sekali lagi
Jauhi aku dari kesesatan
Saat aku habiskan masa-masa duniaMu

Isnin, 28 Mac 2016

Cradle

kadang-kdang ada benda yang aku nak buat dalam hidup ni, dalam perjuangan aku yang tak pernah kesudahan ada beberapa perkara yang aku ingin lakukan, walaupun aku tahu ianya akan menolak aku dari comfort zone. Aku insan simple-simple, but when I do something I do my best. Tapi, banyak perkara bila kita cuba buat sesuatu dalam masyarakat, kita juga akan berhadapan dengan insan-insan lain yang kadangkala diuji juga. bukankah hidup sekadar ujian, apatah lagi zaman komunikasi di alam maya, terlalu banyak hubungan yang putus akibat salah faham dalam komunikasi yang kononnya semakin canggih.
lalu, kadangkala, aku mula retreat, kembali kesarang, kembali ke comfort zone, menjadi diri aku yang dulu, introvert, sangat introvert, hingga aku seorang yang sangat kekok dengan orang yang asing.
Apatah lagi situasi kebelakangan ini memang banyak menuntut aku untuk percaya pada orang yang asing, menjadi saudara, menjadi rakan, menjadi musuh, menjadi orang yang membenci aku, buat terlalu banyak benteng diri yang telah aku pecahkan.
Semua ini membentuk aku untuk percaya dan kadangkala hilang percaya juga pada seseorang. And its freaking kicking me from my comfort zone, my safe place.
Let me back to my cradle for a while. To rest in peace.(literally?)

Sabtu, 12 Mac 2016

Cinta PLU yang gelap (HIJRAH)



CINTA PLU YANG GELAP (HIJRAH)
Ramai mungkin tidak faham bagaimana menyintai namun tidak boleh untuk melunaskan perasaan cinta. Itulah perasaan seorang plu yang cuba memilih jalan sendirian. Ia menolak untuk gembira dan mematri cinta bersama pasangannya. Dunia plu yang bercinta sakan, memang indah bagaikan bendera lambang LBGT itu sendiri, tiada halal haram yang menjadi label dan sempadan. You are my darling, and I am yours. Papa, mama. baby, sayang, dan segalanya semua. Sangat warna warni. Bahagia umpama syurga itu berada ditapak kaki sahaja.
Dan ada juga yang mengimpi bahagia hingga ke jannah, sama- sama ke masjid, menghadiri usrah, kuliah agama, sambil merasai dia milik aku dan akulah milik dia, umpama hukum tuhan itu boleh dikuis umpama lalat dihidung. Ada yang bersembunyi, masih merasa dosa namun berpegang pada Allah amat memahami, ada pula yang tanpa segan silu mengiiktiraf, okay yang ini tidak mahu kusentuh situasi mereka.
Namun cinta seorang plu yang menahan diri adalah sangat gelap. Gelap kerana tidak mampu dia ungkapkan dengan kata-kata, tidak mampu untuk dia bercerita buat meringan beban. Orang yang dia rasa sangat serasi, sangat dekat dihati, dia lepaskan, dia biarkan pergi, demi kerana sebuah larangan, yang dia junjung dengan hati yang sangat kerdil. Mungkin pernah bersama lalu berpisah, mungkin pernah bercinta lalu melupakan, kerana sebuah hidayah yang nurnya umpama mishkat.
Gelap.
Cuma Allah yang tahu.
Dan bagaimana pula plu yang berkahwin, ikhlas mahu berubah, ya yang mahu berlakon juga ramai. Namun ada yang benar menyintai pasangannya, tapi tidak mampu memfungsi diri seperti orang normal sebaiknya. Tidak mampu meluahkan cinta seperti layaknya seorang adam menyintai hawa, bolehkah diterjemah rasa itu?
Lalu dalam diam, segalanya sendiri, kecewa kerana tidak betah, tidak tahu. Dan tidak mampu melangkah.
Plu yang berhijrah, siapapun mereka, mereka cuma mampu meluah pada yang Esa, sebenar-benar luahan. Keterasingan adalah nafas yang sentiasa dihela.
Tabahlah, dunia ini sekejap.
Ya, dunia ini sekadar ujian. Dunia bukan tempat untuk gembira, melainkan bahagia yang Allah beri nikmat kepada sesiapa yang redha dengan ujian, anugerah dan nikmat. Kadangkala rasa syukur atas ujian dan bahagia kerana hidayah mahu hadir menyapa, kadangkala juga nafsu merasa sakit dan perit.
tadi radio menyiarkan lagu ini....

Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan
Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi asing
Perit membakar diri
Sebuah cinta dan harapan
Menjadi mimpi berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu
Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali
Pemergianmu mengisi kekosongan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka



Khamis, 18 Februari 2016

Teh hijau dan teh halia

Aku bukan pecinta teh, aku meminati mocha. Ya, aku penagih coklat yang tegar. Namun sejak aku mula menjaga makan, aku harus elakkan gula dalam apa bentuk pun, kecuali stevia, stevia bukan gula, dia pemanis.

Sebelum saya mati, saya nak kurus.

Itu tekad aku. Seumur hidup aku, aku adalah seorang yang obese. Tidak mudah. Banyak penyakit mudah datang. Dan sedikit demi sedikit aku mula merasainya, umur akan mencapai 40an, beberapa tahun lagi, dan aku perlu usaha sebelum umr itu, umur itu metabolisme akan rendah, dan peluang semakin tipis.

Jadi aku beralih pada minuman ini. Disamping pemakanan rendah carbs dan no sugar. Si dia menjadi tukan masak aku yang setia. Syukur.

Doakan aku kurus dan sihat ya kawan-kawan. Sejak september lepas hingga kini, aku sudah turun 15kg, dan kalau boleh aku mahu turun 30kg lagi. Jadi jalannya tidak mudah.

Sabtu, 6 Februari 2016

Selamat ulang tahun sayang

Tahun ini akan masuk tahun ketiga. Dan tahun ini, kami akan mula untuk ttc,setelah tahu rawatan yang patut aku ambil sebagai pcoserian.

Dua tahun, dan dia selalu kata dia mungkin tidak dapat hidup lama, kami tahu bahawa hayat bukan milik kami. Tapi selalu aku pesan pada hati,hargai dia sewaktu kami masih disini.

Dan ..selalu katanya.

Abang akan cari awak disyurga setelah abang bayar dosa-dosa abang. Ya, kebahagiaan yang hakiki buat orang yang beriman ialah bertemu semula disyurga. Moga aku dan dia akan tergolong dalam golongan orang-orang yang hidup kekal disyurga. Minta yang positif,inshaallah Allah makbulkan.

Andai aku sendiri hingga akhir hayat nanti, moga aku istiqamah dijalan yang benar.

Deanna ada hubungi aku. Dan aku akan jadikan dia sebagai kawan. Boleh kah? Sedang ikatan kami dulu sangat kuat. Dia tak pernah rasa kami putus. Biarlah dia dengan anggapan itu. Aku, akan berlari hingga ke akhir.

Escape..

Sabtu, 2 Januari 2016

Bila dia my legal partner

Tahun 2016 mula menjelma, dan aku semakin banyak menghabiskan masa menjaga abah, dan cuba untuk membahagiakan dia. Tahun 2015 banyak perkara berlaku, seperti tahun-tahun yang lepas. Pemergian mentor aku iaitu pakcik pie, banyak membuatkan aku buntu kadangkala. Namun hidup mesti diteruskan.

Tahun 2015, aku menjadi fasilitator dalam 2 program, kedua-duanya melibatkan plu. Dan 2 program bersama jawatankuasa PPWM dan jakim. Beberapa program usrah, namun sebenarnya tak begitu banyak berbanding tahun 2014.

Fokus kini, adalah pada dia, legal partner aku. Kawan-kawan yang lain semakin menjauh, masa untuk aku mengikuti program-program juga sangat terbatas. Kadangkala hidup ni, tak perlu untuk terlalu fokus pada yang lain, sebaliknya fokus pada diri dan apa yang disamping kita.Dia dan aku dari dunia yang berbeza, banyak yang perlu aku develop, dan dalam masa yang sama, aku harus belajar mengenepikan ruang-ruang yang boleh kembalikan aku pada dunia songsang aku.

Aku dah tekad, dan aku faham, kerana itu juga, ramai yang dulu rakan semakin jauh, bila mereka mengadu, dan aku nyatakan apa yang mereka buat adalah bertentangan dengan prinsip aku, dan mereka mula menjauh, walaupun kerana sebagai kawan, aku rindukan persahabatan yang lalu, namun ianya tidak sama lagi. Siapa yang hadir aku raikan, siapa yang menjauh, aku tak mampu berbuat apa-apa.

Ada yang bertanya dan menyangka aku mudah menjalani hidup setelah berkahwin, yang memudahkan kerana Allah anugerahkan aku dengan orang yang faham, namun dalam pada itu ada juga cabaran-cabaran yang aku kena tempuh sendiri. Tak mudah bila dah biasa buat semua keputusan, bila dah biasa sebagai seorang yang dominan, tak mudah bila dah biasa mengambil role yang maskulin.

Tapi aku gembira kerana apa yang aku buat, bukanlah yang Allah tak redha. Indah, sebab apa yang kami buat, bukan lagi salah disisi agama.

Kadangkala bila fikir balik, betapa resahnya hidup aku dulu. Banyak kepedihan dan kegembiraan dengan sesuatu yang Allah tak suka, dan  kemudian Allah anugerahkan pula dia pada aku, entah nikmat apa lagi yang aku hitung. Namun benar, perkara paling payah dahulu, ialah, hijrah meninggalkan segala yang Allah tak suka.

Tak tahu berapa lama Allah pinjamkan aku dan dia dalam hidup kami. Kerana tiada yang kekal disini.

Tahun ni, kami nak sama-sama perbaiki bacaan Al-Quran kami, nak khatam, sekali pun jadilah. Nak istiqamah dhuha dan sebagainya. Sama-sama mencuba bidang homestay, dan aku wajib fokus pada kerjaya. Kerja-kerja NGO, harus aku buat dengan santai, pupuk semangat kerjasama, bukan onemanshow.

Inshaallah. Selamat tinggal 2015!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...