Halaman


Selasa, 1 November 2016

Jiwa yang gagal

Pernah tak kalian merasakan ingin membunuh diri?

Tidak, tidak, bukan aku. Kalau dulu ya, perkara itu sering bermain dikepala aku, lebih lagi kerana aku terasa terhimpit dengan naluri yang menyesakkan ini, dulu.

Ya, dulu kehidupan aku ada pelbagai rencah, bukan sekadar mencintai yang haram sahaja yang menyesakkan, namun pelbagai lagi. Cukup itu. Mungkin sekarang aku tidak lagi punya rasa terhimpit tu, walau api tu tidak pernah padam, namun buat masa ini, ianya didalam kawalan aku dengan bantuan Dia.

Cuma aku terfikir, kenapa, kenapa rasa ingin membunuh diri itu harus direalisasikan?

Bagi aku itu adalah kejayaan iblis yang paling besar. Membuatkan manusia berputus asa secara mutlak pada tuhan. Andai bukan tangan sendiri yang menjemput maut, selagi itu rezki telah Allah tulis, dan kita sebagai manusia harus berjuang untuk hidup.

Paling tidak, kita masih lagi menyebut nama Allah. Dan Dia sangat berbangga dengan hambaNYA yang menyebut nama Dia.

Lalu mengapa dibiarkan si iblis itu menang mutlak?

Bagi aku, itu adalah satu keputusan yang sangat pentingkan diri.

Saat semua sangat menghimpit. Kalimah Lailahaillahlah itu sangat berharga.

8 ulasan:

  1. Pernah satu tika dulu.
    Sekarang juga. Kadang - kadang ~

    BalasPadam
  2. Setiap hari aku bangun dengan persoalan. Kenapa aku? Kenapa aku? Kenapa aku? Ujian yg besar Allah bg aku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerana Allah mahu kau berjuang dgn ujian itu
      -MG

      Padam
  3. Susahnyer nak tinggalkan hubungan sejenis. Dah berpuluh kali putus. Lepas dua tiga hari, bersama semula. Hari ni putus lagi. Doakan aku kuat untuk move on dan ignore dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seumur hidup,berjuang dgn derita atau tewas menderhaka,pilihan ditangan.

      Padam
  4. Pernah dahulu...siap buat plan...nk bunuh diri cara excident, konon2 kalau mati, family dpt la gak insuran and leh bayar hutang..yes HUTANG yg buat nk bunuh diri dulu..tp cm mamat pernah ckp , masih ada iman yg senipis kulit bawang tu..jd masih igt kat DIA...and alhamdulillah, bila kita igt ALLAH, ALLAH igt kita...i wouldnt say its easy..but its not impossible..so skrg, kalay ada problem, dah boleh 'rilex je handle sbb dah pernah handle benda yg wayyyyyy bigger...

    anyway, being gay is not the end of the world...Kalau betul tu takdir kita, face it like a man..,make the best out of it...masih ada cahaya untuk mencium bau syurga....berdoalah dan terus berdoa..dan berusaha...the rest..tawakal...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...