Halaman

Ahad, 27 Disember 2015

Jadi bagaimana?

Seorang kawan yang pernah jatuh hati pada aku risau jika aku bercerita tentang gadis-gadis yang sering menjadi rakan maya. Lalu kata aku, bagaimana aku ingin hidup? Menghubungi lelaki boleh jadi fitnah dan menghubungi hawa juga bokeh merisaukan.

Baginaku yang penting aku jaga hati. Yang sedang cuba dan telahpun jadtuh pada si adam,legal partner. Aku hanya rakan kepada dia,dia dan siapa pun dia.

Aku tahu siapa aku.

Dan moga aku tidak jatuh lagi. Hingga bila-bila.


Sabtu, 19 Disember 2015

hentian sang kembara

Hujung minggu lepas aku pergi waterpark sendirian, haha. Satu kerja yang agak gila. Melihat orang lain dengan anak-anak, aku agak kesal tak bawa anak-anak saudara. En. Somi tak berapa sihat haritu dan dia rela lagi menjaga abah dari pergi waterpark. Aku faham, dia tak gemar tempat orang ramai, seperti aku juga, tapi aku masih hidup dahagakan adventure. Penat juga di waterpark, dan disitu baru aku sedar, aku dah tua. Haha. Anak-anak panggil aku makcik, bukan lagi kakak.

Satulah aku dari dulu memang tak gemar orang panggil aku puan, makcik, kakak. Entahlah, entah bila rasa itu akan pergi.

Dan aku juga dalam perbincangan untuk tubuhkan sebuah NGO yang akan meliputi isu LGBT,HIV dan golongan berisiko.

Akhir-akhir ini aku akui, aku hanya boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang berskala kecil, aku dan suami dah susah nak travel ke KL, untuk urusan-urusan aktiviti NGO. Abah bersama kami kini.  Jadi samada kami bergilir, bawa abah, atau melepaskan sahaja jemputan.

Ianya juga sedikit membataskan pergerakan aku yang dah biasa kemana sahaja. Namun bila aku fikir dalam-dalam, dia abah aku, yang mengajar aku mengaji dan solat, biarlah aku menjaga dia semampu aku, bagi masa yang masih berbaki.

Entah berapa lama lagi aku ada, entah berapa lama lagi dia ada.

PS: Sang Sembunyi, kenapa private blog kamu?

Ahad, 6 Disember 2015

Bantuan Sahabat





Assalamualaikum...
Akaun khas utk mmbantu sahabat kita ni dah ada...akaun ni mmg khas utk 2 org sahabat kita yg dlm kesusahan ni..sapa2 yg nak menderma boleh masukkan ke :
Acc No. - 7616696861
Bank - CIMB
Nama - Nor Hafiza Mohd Sukor
Mintak tolong sebarkan...
Terima kasih

Sila klik page Bantuan Sahabat untuk maklumat lanjut.

Berita penuh:
KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu individu yang terlibat dalam kes simbah asid ke atas dua remaja, Nurul Umira Azali and Nur Farziana Hussein Hasnor Harry masing-masing berusia 22 tahun, yang mengalami kecacatan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di tempat letak kereta di kondominium di Taman Setapak Indah Jaya, Setapak pada 24 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihak polis sedang menyiasat kes tersebut namun berhadapan dengan kesukaran kerana kekurangan kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.
“Tiada CCTV dan mangsa tidak mengenal pasti individu yang menyerang mereka. Mangsa tidak mempunyai masalah dengan sesiapa,” katanya.
Dalam sidang media pada Rabu, Nur Farziana memberitahu kehidupan mereka kini dalam ketakutan.
“Kami sangat takut untuk meninggalkan rumah. Kami berharap pihak polis dapat menangkap penyerang tersebut secepat mungkin,” katanya.
Nur Farziana berkata, kedua-dua mereka telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk tempoh lebih daripada sebulan dan masih menjalani rawatan susulan berikutan kecederaan teruk yang dialami.
Nur Farziana mengalami kecederaan serius di muka, kepala, mata dan tangan hingga membuat dia tidak dapat menutup kelopak mata sepenuhnya walaupun selepas menjalani pembedahan.
Nurul Umira yang turut melecur, tidak dapat menggerakkan tangan kirinya disebabkan oleh parut akibat serangan itu.
“Kami tidak mempunyai musuh untuk kami memikirkan apakah sebab kami diserang, dan kenapa penyerang itu terlalu kejam untuk menyimbah asid kepada kami,” kata Nurul Amira.
Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya akan mengumpulkan dana bagi membantu kedua-dua mangsa termasuk bantuan RM2,000 daripada pihaknya.
Orang ramai yang ingin memberikan sumbangan berupa cek kepada mangsa boleh menghantar ke Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam MCA, Tingkat 7, Wisma MCA, 163 Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Kedua-dua nama Nur Farziana dan Nurul Umira perlu ditulis di belakang cek berkenaan.
Sumber: mStar Online


Sabtu, 28 November 2015

Orang macam aku

Siapapun kita, ujian tu sentiasa datang dan keinginan tu kadangkala sangat menghantui. Malah kemanisan yg orang lain lihat,terasa tawar dihati kita, dan apa yang orang lain rasakan kelat,menjadi sangat-sangat manis dihati kita.
Allahu.
Allahu.
Allahu.
Hanya kaulah yang maha Mengetahui. Hanya kau sahaja.
Sang iblis datang dari segenap arah,kadangkala kau lemah,walau kau tahu gagal tidak boleh ada dalam pilihanmu. Lalu,kau hanya bertahan walau hati sangat koyak, bagaikan kain buruk yang menanti rabak. Jiwa bagaikan perisai yang berlubang-lubang dek ditembusi pedang yang bertalu.
Dunia seolah tanpa warna, kerana hati sedang jerih menolak gagal.
Kadangkala bertanya bila semuanya berakhir. Namun selagi bernafas ia takkan bernoktah,kawan.
Redha Allah.
Jannah..
Bukan percuma.
Allahu.
Allahu.
Kuatkan hati kami.

...

Orang macam aku, hanya mampu meluah dengan kata-kata yang kelam. Sering orang menyangka, aku telah berkahwin, lalu ujian aku dah selesai, dah habis. Kadangkala aku sekadar senyum, bila kawan sendiri berkata demikian. Walhal kawan itu dulu yang mengatakan kalaulah ada button on/off untuk plu. Dan tidak waras andai kau menyangka dengan sebuah akad, maka kau berjumpa button off itu. Silap sayang.
Orang macam aku, cuma hati yang kena kuat. Kerana yakin apa yang aku buat betul, dan itupun syaitan akan jadikan modal setiap saat. Hati, anytime berbolak balik. Kadangkala ada saat hati tu terlintas juga yang bukan-bukan. Dan ada juga menyangka dengan kahwin, lalu kau jadi straight, nope, kau cuma belajar menerima fitrah.
Orang macam aku, kalau aku kata aku gagal, orang akan panggil aku pengkhianat pada ikatan yang sah itu. Tanpa sekelumit pun faham, akan usaha dan perjuangan hati yang kadangkala boleh jadi lemah bila-bila masa.
Hidup macam roda, harini kita menasihati, esok lusa kita pula perlu nasihat. Sejak akhir ini, setelah kehilangan seorang mentor, aku sebenarnya banyak bergantung pada kekuatan diri sendiri. Moga Allah sentiasa memberi kekuatan itu. Dia sebaik-baik tempat pergantungan. Tanpa Dia, debu aku pun takkan ada.

Jom, banyakkan baca ayat-ayat cinta Dia bila hati merusuh.

Langit dan masjid selalu indah

Khamis, 26 November 2015

Sekadar sementara

Kini ayah tinggal bersama kami, kekasih kini fulltime househusband, demi untuk menjaga ayah yang perlukan pemerhatian. Kadangkala aku tidak tahu bagaimana untuk berterima kasih atas pengorbanan dia. Ayah kini dalam rawatan pskiatri, sebulan sekali di hospital. Walaupun semuanya umpama repeatation yang kadangkala agak melelahkan namun, sentiasa aku doa moga kami sentiasa diberi kesabaran, demi keselamatan ayah.

Aku juga dalam rawatan pcos aku, ketidastabilan hormon yang aku hadapi rupanya banyak memberi jawapan kepada semua yang berlaku dalam hidup aku. Namun tidaklah memberikan jawapan yang mutlak.

Deanna kadangkala aku hubungi bertanya khabar, kata dia aku dan dia tetap akan berkasih sehingga bergelar warga emas, aku cuma senyum. Andai kasih ini ada, sentiasa kumohon untuk dilenyapkan. Kerana kekasih halal ini telah terlalu banyak berkorban dan menerima aku seadanya, andai dia pergi saat umur aku masih berbaki,kumohon agar tidaklah aku kembali pada cinta yang tidak ada redhaNya.

Hidup ini sementara, entah amal apa yang aku bawa. Aku ingin tenang-tenang sahaja, menguatkan diri dan menjalankan amanah yang ada ditangan.

Jumaat, 25 September 2015

Ujian demi ujian

Kadangkala aku rasa sangat kalah. Buntu, kecewa. Ujian kaliini datang dari orang yang pernah aku sayangi dan kagumi. Ayah. Ayah bukan lagi seorang ayah. Ayah mula membenci sesiapa sahaja yang mahu menjaganya. Aku tidak tahu apa hikmahnya menyebabkan terlalu sukar untuk menjaga seorang yang pernah menjadi ayah.

Aku mula berdoa hingga menangis. Kerana sangat buntu.

Kadangkala aku rasa tak berdaya untuk hidup, dek kerana ujian yang tak pernah berhenti. Doa aku, moga aku bertemu dengan jalan penyelesaian dan diberi kekuatan.

Kadangkala, takiut untuk hidup walau untuk hari esok.

Khamis, 3 September 2015

Pandang selangkah kedepan

Beberapa hariini fikiran aku agak serabut, kerana memikirkan tentang bagaimana mencari dana untuk NGO yang menyambung perjuangan pakcik Pie. Jemaah kami sangat memahami dan saling dekat seperti sebuah keluarga. Dah kalau dikatakan seperti keluarga, pastilah ada hari bergaduh, ada hari bergelak ketawa.

Disamping itu aku juga sedang cuba merancang dengan baik tentang rancangan aku dan suami untuk menubuhkan rumah perlindungan untuk kanak-kanak HIV. Lelaki bawah 10 tahun dan perempuan bawah 7 tahun. Umur dikira kerana mengikut muhrim sesama kami, umur selepas baligh akan menyukarkan kami didalam isu muhrim. Dan sekiranya masih belum mencecah umur 2 tahun, inshaallah boleh aku cari jalan untuk susukan.

Kadangkala terfikir, bukankah sama sahaja adai aku mengambil anak angkat? Namun anak-anak HIV perlukan fokus lebih kepada rawatan dan perubatan, hinggalah dewasa, Walaupun mereka boleh hidup sihat, namun rawatan adalah seumur hidup, seperti juga semua kita yang HIV -, tetap harus jalani ujian kesihatan bila-bila perlu.

Inshaallah, untuk itu banyak yang perlu aku tanya kepada otai-otai diluar sana.

Erti hidup dengan memberi :)

Khamis, 13 Ogos 2015

Hidup macam strawberry

Pertama sekali, hari ni aku sangat gembira kerana berjaya membuat lunch box yang sangat sedap. Iaitu strawberry dengan roti,chees dan coklat nutella, haha. Syurga.

Hidup agak sibuk, terutamanya bila kita semakin melekat dengan gadget, dan hanya itu menandakan hidup sosial kita. Kerja yang semakin sibuk, group whatssap yang semakin banyak. Membuatkan kadangkala hidup makin menggila.

Hujung bulan ini Positive Warriors akan ada program. Pertama kali,program tanpa pakcik pie. Mahu atau tidak, kita yang hidup tetap harus menggalas amanah.

Dan hidup sangat indah bila ianya semakin bererti, dan yang paling indah, bila kita tahu tidak ada kecelaruan atau pemilihan antara kebenaran dan kebatilan disitu, walaupun apa yang kita lakukan itu secara lahiriahnya bukan untuk kita, tapi sebenarnya ia untuk kita belajar mengharung hidup.

Seperti strawberry, masam selepas turun dari cameron highland, tapi tetap sedap nila dimakan dengan coklat. Kesimpulannya kita yang menentukan samaada ia enak atau tidak.

I love you,bebeh.

Sabtu, 20 Jun 2015

Salam ramadhan 2015

Ramadhan selepas pemergian ibu tidak akan sama seperti sewaktu ibu ada. Apa tah lagi, setelah ibu ada, adik beradik semakin jauh, dari segi fizikal dan kemesraan. Syukur kerana aku ada seseorang disamping aku. Dan aku tahu ia juga tidak akan kekal, satu hari nanti aku akan tetap sendiri juga. Namun buat masa ini, ku sangat syukuri nikmat ini. Ini tahun kedua kami berpuasa bersama.

Dia lebih pandai memasak, jadi dia yang menyediakan juadah berbuka dan sahur kami. Sederhana sahaja, bubur lambuk masjid menjadi kewajipan. Kerana gastrik ku, dia selalu bertanya, tak tahan jangan paksa, sama seperti perbuatan abah sewaktu aku kecil. Haha.

Untuk syawal ini, kami merancang dan memikirkan untuk beraya bersama abah, tahun lepas dah dirumah dia dikampung. Abah, yang bukan lagi abah. Abah stroke survivor, boleh berjalan dan sihat, namun pemikirannya sangat merosot, apatah lagi sejak ketiadaan ibu. Namun abah masih boleh menjaga diri sendiri, cuma sekadar dia tidak lagi berfungsi sebagai abah. Sukar untuk aku terangkan disini. Jadi syawal, mungkin syawal yang baru untuk kami, ya, dengan cabaran baru dan pengalaman baru mungkin.

Kami juga akan cuba mencari masa beraya di Temerloh, melawat keluarga arwah Pakcik Pie yang juga dah jadi sebahagian keluarga kami.

Jujurnya, dulu aku sangat membenci syawal, dek kerana terlalu banyak beban disana. Kini, sejak pemergian ibu, Allah didik aku untuk menghargai setiap yang didepan mata, walau sekecil-kecil nikmat.

Beberapa hari ini, ada beberapa kes yang bermain difikiran aku. Rakanku yang sama-sama cuba mencari kebenaran semakin bergelut dengan masalah akidah. Pernah aku lalui, namun perjalanan semua orang tidak akan sama. Moga dia tergolong didalam orang-orang yang diberi hidayah. Golongan LGBT antara golongan yang mudah terjebak dengan masalah akidah. Kata kuncinya ialah redha. Tanpa redha itu, kita tidak akan tenang walau dengan wujudnya kita didunia.

Isu pelajar lepasan sekolah agama terjebak dalam budaya lesbian dan gay pun dah sememangnya semakin menular. Ah ini bukan isu, ini kisah ujian yang Allah nak bagi dimana-mana, namun bila ia dianggap biasa dan dibanggakan itulah yang menjadi kerosakan kepada akidah tersebut. Jangan sampai ada imam gay yang bangga dengan cara hidup songsang nya di negara ini. Mohon jangan.


Salam raamdhan, walau apapun didunia ini, tidak akan kekal.

Khamis, 11 Jun 2015

gastrik dan sahur

Ada beberapa hari lagi aku perlu ganti puasa, sejak setahun dua ni macamnilah keadaan aku. Puncanya, aku mula kena gastrik. Sangat teruk, dan semuanya berakhir dengan aku perlu muntah, bila perut kosong lebih mengerikan, kerana sakitnya seolah tidak pergi-pergi.

Dulu aku gelak bila dengar orang tak puasa kerana gastrik, rupanya memang benar, sukar juga nak puasa andai gastrik dah mula wujud dalam diri.

Cubaan sahur dengan roti 3 keping dan kepingan keju. Minum milo satu mug besar. Gagal.

Semalam, aku cuba makan nasi dengan ayam goreng, dan kuah masak asam yang aku bungkus semalam. Harini setakat jam 1.33 petang masih ok.

Aku tengok politik makin parah Malaysia ni.

Sabtu, 30 Mei 2015

Perpisahan yang panjang, Pakcik pie (akuhivpositif)

Awal minggu ini aku sepatutnya menulis tentang Kem GNY 3 yang telah berlansung dengan jayanya. Sungguh, kem ini paling membuat aku teruja. Pihak penaja mula matang dalam menyediakan penceramah dan juga dalam menjaga kebajikan peserta.

Tapi, sejak dua minggu lepas, sejak pulang dari pusat komuniti di Temerloh, hati aku seolah-olah mengatakan kami akan kehilangan.

Jadi aku cuma dapat menulis sedikit tentang kem tersebut di page Jalan Pulang LGBT 

Sejak perjumpaan di pusat komuniti, pakcik mula sakit perut yang amat sangat, sebelum ni pun ada berlaku sejak seminggu dua sebelum itu. Pakcik tak boleh bangun. Cuma malam sebelum  training itu sahaja pakcik dapat berbual dengan kami. Hinggalah malam sebelum kami pulang, pakcik gagahkan diri berbual lagi, masa tu kami memang nak angkat pakcik ke hospital, tapi degil orang tua ni memang lain macam. Dan esoknya kami pulang dengan perasaan bercampur baur.

Sepanjang seminggu dua itu, kami cuma dapat mengetahui tentang pakcik dari ummi dan mak melalui aplikasi telegram. Hati kami dah sangat rengsa. Tapi hidup perlu diteruskan, kerja, dan hubung menghubung tentang kem. Pakcik deaktivate facebook, dan orang mula bertanya bagaimana keadaan pakcik. Kami pula diberi amanat untuk tidak memberitahu sesiapa, pakcik mahukan privacy dengan keluarga. Ya, ini saat genting. Bila pakcik tinggalkan whatssap group, aku dah tahu pakcik dah mula putuskan hubungan dari dunia dalam talian, tempat pakcik selalu memberi kaunseling tentang HIV, tentang perkahwinan malah tentang kehidupan, apa sahaja..

Hinggalah kemuncaknya pada 27haribulan Mei, kami menerima mesej dari ummi.

"Tolong..tolong doakan, abah kritikal"

Saat itu aku dan suami dah tak terkata apa. Ya, pakcik Pie, yang kami anggap abah, dia yang selalu memberi nasihat, dia yang sangat penting dalam hidup kami. Sedang nazak. Allahuakbar.

Dan dia pergi pada malam itu.

Benarlah, kematian itu datang tanpa menunggu sesiapa. Pemergian dia membuatkan garis masa FB aku dibanjiri dengan ratapan dan keluh sedih sesiapa sahaja yang pernah mengenali beliau, samada pernah berjumpa atau tidak, semua tersentuh. Benarlah dia, datangnya dirai, perginya ditangisi.

Sehingga aku menulis entry ini, aku masih menghadam bahawa dia telah tiada. Hanya satu ayat yang membuat aku melepaskan dia setiap kali ingatan tentang dia datang ialah..

"Allah merindui dia"

Ya, siapalah kita untuk menahan setiap dari Yang Esa, Yang Maha besar. Selalu pakcik pesan pada aku, minta pada Allah, mustahil ada yang mustahil bagi Allah. Lalu bukankah setiap pertemuan itu nikmat dan perpisahan itu pasti.

Dulu ramai orang menegur aku, jangan taksub dengan manusia yang seorang ini, ini bukan taksub. Sahabat jujur, sahabat yang
ikhlas, yang tidak gentar memohon maaf walaupun dari seorang yang menyakiti beliau bila sedar ada khilafnya. Orang begini tidak datang banyak kali dalam hidup, dan tidaklah salah andai hadirnya dihargai, dan belajar banyak dari sikapnya yang baik.

Ya dia insan hebat. Satu-satunya aku terkilan bila dia menyatakan dia bangga dengan aku dalam satu forum tertutup dan pertama yang aku dan dia dijemput bersama. Aku sangka aku khilaf dengar, dan aku tidak memberikan apa-apa respon sebaliknya sekadar berdiam diri. Walhal aku ingin sangat mengatakan dialah yang banyak mengajar aku untuk terus berjuang dengan diri sendiri dan kebenaran yang aku sangat pasti.


Pakcik, baru dua hari pakcik pergi, kerinduan kami telah sangat tak tertampung. Beberapa mesej dari rakan menyatakan kerinduan dan kesedihan sampai di telefonku. Dan aku semat dalam diri untuk menukarkan semua rasa kerinduan ini sebagai tekad untuk meneruskan perjuangan pakcik.

Mungkin masa ini masa bertenang, demi untuk sama menyokong keluarga pakcik yang pastinya lebih-lebih lagi terasa dengan kehilangan. Kita boleh meneruskan kehidupan seperti biasa, tapi mereka, banyak yang perlu dibina kembali, banyak urusan yang harus diselesaikan. Demi sebuah kehilangan. Inshaallah PERTUBUHAN POSITIVE WARRIORS MALAYSIA akan kembali mengatur strategi dalam tempoh terdekat.

Pakcik, kami merindui pakcik.
Dan akan kami titipkan alfatihah setiap kali ingatan itu hadir.

Pakcik Pie 20/4/1967-27/5/2015







Ahad, 10 Mei 2015

Gay atau plu mahu hijrah.

KAMI TAK SENDIRIAN

Sejak akhir-akhir ini pelbagai pihak mula memberi respond apabila mendapat tahu ada golongan kami yang ingin kembali ke jalan yang benar. Walaupun bilangan kami yang benar-benar ingin berubah tidak begitu ramai namun setiap kami melalui perjalanan yang berlainan.

Permulaan terjadi bila 3 tahun lepas aku menyertai satu program sukarelawan anjuran Pertubuhan Positive Warriors Malaysia dan JAKIM, waktu itu ustaz Izwan Yusof yang sedang menyiapkan kajian untuk thesis beliau juga menghadiri program tersebut, mencari sample kes tentang LGBT dan quran. Aku secara sukarela menjadi sample beliau.

Kemudian aku suarakan kepada seorang rakan tentang aku ingin mencari kelas fardhu ain buat rakan2 plu aku yang lain. Seorang kakitangan Yayasan Ihtimam mula mencadangkan kem Getting Near You siri 1. Dari rentetan itu kami bekerjasama dengan Yayasan Ihtimam, JaWI dan MAIS untuk mengadakan usrah kecil dan kursus pengurusan jenazah.

Rakan-rakan yang pernah menghadiri Getting near you 1 (GNY), mula mencari kelas-kelas agama untuk mengisi kekosongan hati dan memberi kekuatan jiwa, untuk menjadi jalan meninggalkan cara hidup yang songsang.

Kemudian kumpulan kecil fb Straight struggle (plu lelaki) pula mula ditubuhkan dan kem Hello Hijrah dijalankan juga anjuran Yayasan Ihtimam. Dan group Hello Hijrah juga mula menjalankan usrah sebulan sekali dan gelas iqrak gabungan dengan rakan dari group gny (explu muslimat) dibawah bimbingan Ustaz Izwan Yusuf, secara percuma pada setiap hari ahad.

Dan aku sebenarnya hariini baru menghadiri taalim di Yayasan ta'lim di Taman Tun Dr Ismail. Yayasan Taalim, pula menawarkan kelas
Ta'lim khas untuk kami yang disampaikan oleh Ustaz Halim Hassan, secara percuma, malah tidak kisah samada kami nak pakai tudung atau tidak bagi yang perempuan, kelas dibuka untuk plu lelaki dan perempuan, tanyalah apa sahaja,kongsilah jika mahu,malah menyediakan tempat tinggal untuk kelas yang dibuat pd hari sabtu selama 3 jam itu, bagi yang datang dari jauh. Tidak cukup itu Yayasan Ta'lim juga menyediakan kelas fardhu ain dan kelas quran mengikut jadual sekiranya mahu.

Sungguh, aku tidak tahu nikmat apa lagi yang kau dustakan wahai teman.

Mari kawan, mari sahabat, tinggalkanlah hidup yang menyesakkan itu. Siapakah yang menggerakkan jantung mu saat kau tidur? Siapakah yang membuatkan nafasmu berfungsi saat kau lelap?

Ustaz Halim Hassan cakap, bayangkan kalau bila kita mati, Allah bawa roh kita tengok waktu kita dikapankan..Allah bisik, baru dua jam tadi aku minta kau bertaubat...apa agaknya perasaan kita masa tu.

Ahad, 3 Mei 2015

Pusat Komuniti Positive Warriors

Aku baru balik dari Temerloh.

Ada apa di Temerloh?

5 tahun yang lepas aku mungkin tak tertarik lansung tentang Temerloh. Tapi sejak setahun dua ni dah selalu juga aku dan rakan-rakan berkunjung ke Temerloh. Di Temerloh, ada sebuah keluarga yang sangat besar pengorbanan mereka kepada masyarakat demi untuk memperjuangkan nasib komuniti yang terlibat dengan HIV.

Dan kali ini, aku datang pula dengan teman hidup aku, dia pun dah mula akrab dengan keluarga ini. Kami semua kagum dengan usaha keluarga ini membangunkan Pusat Komuniti Positive Warriors. Untuk pengetahuan semua, Disember lepas kawasan ini ditenggelami air, rumah dan tingkat satu bangunan ini tenggelam.

Video pembinaan dan peristiwa banjir.

Banjir Disember 2014


Sebaik sahaja kereta kami memarkir ke kawasan Pusat Komuniti Positive Warriors #pkpw kami tercengang melihat keadaan rumah dan bangunan seolah-olah tidak disentuh banjir. Walaupun sepanjang jalan dari selatan ke Temerloh tadi memang kelihatan rumah-rumah yang masih mempunyai kesan-kesan banjir. Terus kami meninjau bangunan dan bilik-bilik dibahagian bawah dewan. hati aku rasa macam, keluarga ni entah bela jin agaknya, dalam tempoh beberapa bulan hidup dan keadaan kawasan ini seolah tidak pernah dilanda banjir! Tak dapat aku bayangkan mereka sekeluarga membersihkan dan mengemaskan kawasan ini kembali.




Aku disana juga bermakna menghadiri Training Pemantapan organisasi, banyak menimba ilmu dari En. Zamzuri Abdul Malik yang banyak pengalaman didalam bidang training, beliau kini berkhidmat di YADIM, sebelum ini di MAC.



Keluarga pakcik pie yang sangat-sangat menghormati tetamu, membuatkan kami sangat-sangat rasa dihargai dan terhutang budi. Aku juga berpeluang mengenali rakan-rakan lain dengan lebih dekat. Dah rasa macam keluarga, tanpa mengira siapa pun mereka.

Inshaallah Pusat Komuniti Positive Warriors ini akan dijadikan tempat untuk pihak Positive Warriors menjalakan bengkel-bengkel untuk memberi pengetahuan dan perkongsian-perkongsian eksklusif yang melibatkan isu-isu HIV.

Gambar dan Video dari FB Pertubuhan Positive Warriors Malaysia dan FB En Zamzuri Abdul Malik.

#pkpw #positivewarriors #temerloh #tamansyurga 

Ahad, 19 April 2015

Suicidal, bukan noktah.

Aku bukan seorang yang sangat peramah, bukan sangat penyayang. Dalam banyak masa memang sifat aku agak keras. Tak pandai ekpressi betapa aku kisah dengan seseorang. Apatah lagi memang aku sedar, tidak ada seorang manusia yang boleh mengawal satu alam.

Sejak beberapa tahun lepas, sejak aku kenal Xola. Aku mula kenal kawan-kawan yang memilih arah keluar dari landasan beragama. Mungkin aku beruntung, dari kecil dididik untuk tahu mana yang salah dan benar, meski aku bukan lah hafizah atau budak maahad. Tapi ilmu yang keluarga dan masyarakat sampaikan dari tuhan cukup buat aku sedar betapa besarnya harga iman. Walau aku cuma hafal beberapa kerat surah yang bolehla dibuat bacaan lazim waktu solat.

Aku bukan penyampai yang baik. Tak pandai bertutur seperti orang bijak pandai. Kebanyakan rasa, aku simpan sendiri.

Namun mengetahui, kawan yang pernah aku sayang dan terpaksa aku tinggalkan kerana lebih membawa mudharat (takut persahabatan akan melibatkan hati), mula berpaling ke agama lain, agak menggigit hati aku. Bukan aku meninggalkan tapi masa dan situasi.

Apatah lagi mengetahui beberapa orang rakan yang mengimpikan mati saat nafas masih dihela. Ya, aku juga mahu mati andai mati aku nanti membawa ketempat yang lebih tenang. Mati tu pemutus nikmat, dan tidak pernah menjadi penyelesai masalah buat hamba yang tidak pernah mahu jadi hamba.

Jumaat, 10 April 2015

Gay Muslim bukan Muslim

ini bukan kata-kata aku, tapi kata-kata dari FB CursingMalay

Kredit kepada CursingMalay​

Dalam beberapa hari ni aku duk berfikir satu benda aje.
Kau tak boleh jadi seorang Muslim dan pada masa yang sama memperjuangkan hak kau untuk memilih cara hidup yang kau nak.
Kau tak boleh nak jadi lesbian dan jadi Muslim. Kau tak boleh jadi gay dan jadi Muslim. Kau tak boleh nak duduk serumah dengan boifren gelfren kau siap solat jemaah sama-sama dan jadi Muslim.

Kau tak boleh.
Tapi orang zaman sekarang ni, kita cipta bermacam-macam cara untuk bolehkan jugak.

"Macam mana kalau dia insaf kemudian hari? Kau tak tau kalau2 satu hari nanti pasangan lesbian tu insaf dan jadi pendakwah yang hebat? Mana tau nanti gay couple tu lepas insaf dia dapat ajak komuniti gay masuk Islam dan insaf ramai-ramai?"

Isunya cuma satu tapi isu inilah yang selalu diputar belit oleh mereka2 yang katanya, memperjuangkan hak asasi sesama manusia. "Mana tau, mungkin, nanti-nanti, bagi dia peluang.."

Itulah ayatnya. Kita selalu dialpakan dengan ayat "kalau Allah nak bagi dia hidayah dia bagilah...." tapi itu untuk orang lain. Untuk kau?
Kau gay, kau mengaku kau Muslim....tapi berapa lama kau nak jadi gay sebelum "hidayah" sampai dekat kau?

Kau Muslim. Kau boleh tak jadi gay, lesbian dan penzina kalau kau Muslim. Bila kau dah akui kau Muslim dan kau setuju kau Muslim, kau tak boleh hidup sebagai gay, lesbian dan penzina ni.

Full stop.

"Kenapa tak boleh pulak?"
Dah Allah tak bagi.
Apa lagi yang kau nak persoalkan?
Kau Muslim atau tidak? Kau perlukan rujukan saintifik untuk paham kenapa Allah tak bagi kau tala jubor lelaki? Kau perlukan jawapan logik untuk tau kenapa kau tak boleh scissoring dengan awek pengkid kau? Kau perlukan Doktor punya penerangan kenapa jangan berzina?

Kalau kau nak kira logik....sampai sekarang saintis tak boleh jawab soalan "mana satu dulu, ayam atau telur?" Sampai kiamat kita takkan tau jawapan dia sebab logik akal manusia takkan boleh terfikir benda2 tu.
Ini bukan aku nak mempertikaikan agama kau tapi aku nak tanya kau, kalau kau kaki happy ending dekat spa, kau masih Muslim atau tidak?

Kalau kau jawab "YA", aku nak tanyalah...
MUSLIM PERGI SPA HAPPY ENDING KE?
Kau tak Muslim.

Itu ajela kot kesimpulan yang aku dapat.
Kau tak respek Allah. Dah la tak respek, kau kurang hajar pulak tu.

Link: Sini

Jumaat, 3 April 2015

Getting Near You Siri 3

BULAN DEPAN!!!
Pada 22 sehingga 24 Mei 2015.
Sepanjang 3 hari.
Bertempat di Hulu Langat.
Modul direka oleh Group Jalan Pulang Plu bertemakan "Getting Near You".
Dianjurkan secara percuma termasuk penginapan dan pakej makanan kepada 30 muslimat ex plu/plu yang komited dan serius untuk berubah.
Kem "GETTING NEAR YOU 3" adalah acara tertutup.
Penaja: Yayasan Ihtimam Malaysia

Jumaat.
Modul 1 / slot outdoor: ice breaking - pengenalan diri dan pembentukkan kumpulan.
Pengelola: MG dan Cheq Mawar
Modul 2 / slot indoor: "Dimana mahu bermula".
Pengelola: situ@ustaz Hanafi.
Modul 3 /Slot outdoor: jungle night tracking/ karaoke tertutup
Pengelola: wakil resort.

Sabtu.
Modul 4 / slot indoor:Pandangan Al-khaliq vs pandangan insan
Penceramah cadangan: Ustaz Hasrizal
Modul 5 / slot indoor:”Tertib Al fatehah ”
Pengelola: pakar pilihan penaja.
Modul 6 / slot indoor: Alfatehah - memperbaiki bacaan surah.
Pengelola: pakar pilihan penaja.
Modul 7 / slot indoor: ”Hakikat iman”
Penceramah cadangan: Ustaz Muhammad bin Abdullah
Modul 8 / slot outdoor: flying fox, lake crossing & water confident.
Pengelola: pakar pilihan penaja.
Modul 9 / slot indoor: -”Istiqamah bagaimana?”
Pengelola: Cikgu Erin ( Dulu maknyah kini pendakwah)
Modul 10 / slot indoor: sharing (LDK) – Membongkar rahsia solat dan qiamulail
Penceramah cadangan: Ustaz Haslin Bahrim
Modul 11 / slot indoor: Qiamulail berjemaah
Pengelola: Ustazah Mastura dari Yayasan Ihtimam

Ahad.
Modul 12 – Soal jawab tentang akidah dan iman(Perbincangan tentang persoalan akidah yang
melibatkan LGBT )
Pengelola : Ustaz Izwan Penasihat Jalan Pulang PLU DAN Straight Struggle
Modul 13: Sharing is caring (Perkongsian pengalaman dan maklum balas program)
Pengelola: Adhoc Jalan Pulang PLU
Berminat?
Hubungi,
MG DA (malaikatgelapdarkangel@gmail.com)
Cheq Mawar (roserasidi@gmail.com)

1. Tiada wartawan dan wakil media diundang.
2. Hanya peserta mendaftar sahaja yg dibenarkan mengikuti kem "GNY3".
3. Sebarang rakaman video dan foto adalah dilarang sepanjang program.
4. Sijil penyertaan diberikan kepada semua peserta yang berjaya melengkapkan semua slot kem "Getting Near You" termasuk modul indoor dan outdoor.
5. Tarikh tutup penyertaan 30/4/2015.
6. Lokasi sebenar hanya diberikan kepada peserta mendaftar
Sila berikan:
1.Nama.
2. no fon.
3. No ic (utk sijil)
4. nyatakan samada boleh berkumpul di klsentral 1.30 tgh pada 22 Mei atau menaiki kenderaan sendiri.

Pakaian kasual untuk slot indoor dan baju sukan untuk outdoor. Tidak semestinya menutup aurat.

Siapapun anda sama ada bertopi,berambut mohawk, atau bertudung. Selagi anda mempunyai sejarah sebagai lesbian/pengkid, anda dialu-alukan menyertai kami.

Khamis, 2 April 2015

Getting Near you 3

Alhamdulillah, kem straight struggle "Hello Hijrah" dah pun selesai.  Dengan jayanya. Walaupun kesempurnaan itu bukanlah misi dari awal, namun yang terbaik pasti dapat pada yang berusaha. Pengalaman baru juga buat aku dalam menjadi fasi dan terlibat dalam perkongsian buat pertama kali. Inshaallah sentiasa cuba memperbaiki.

Dan, tarikh dan tempat bagi kem untuk muslimat pula akan menyusul. Di facebook inilah promo yang diberi:

Sekarang turn mengumpul peserta untuk GNY 3 pula. Muslimat only. 22-24Mei 2015. Lokasi sebuah resort di Hulu Langat.Sesiapa yang berminat atau sangat nak pergi sebab terlepas GNY 1 dan GNY 2. Sila pm saya.

Tekanan untu mencari peserta selalu membuatkan aku putus asa setiap kali hujung pencarian peserta. Aku bukan social bug, sejujurnya. Kerana itu aku menyerahkan urusan peserta kepada rakan-rakan GNY2. Tapi inshaallah moga ada kebaikannya.

Sesiapa yang berminat, sila hubungi aku melalui email malaikatgelapdarkangel@gmail.com
Moga ukhwah fillah..

Isnin, 30 Mac 2015

Rasa paling aman

Sehari dua ni kami agak khuatir tentang perjalanan kem Hello Hijrah. Sebab ianya pertama kali diadakan. Dan aku pula terlibat sebagai salah seorang ahli forum dalam satu slot.

Aku dan husband menolong sedikit mengurusakn peserta dan sebagainya. Dalam perjalanan kami juga tidak tahu malam itu kami akan tidur dimana,samada resort ataupun dirumah.

"Tak apa yang penting kita bersama"

Entah macamana aku yang mengucapkan kata-kata itu. Dia senyum lebar. Sambil memandu.

"Tepat,itu dah cukup."

Aku tak pandai sangat meluahkan kata-kata. Kali ini terus dari hati.

Betul,satu anugerah apabila aku bercerita semua tentang apa yang aku pernah lakukan dan sedang lakukan dan akan lakukan,pada seorang lelaki berumur lewat 40an ini.

Dia menjadi penyokong paling setia,pelengkap paling sempurna,dalam setiap apa yang aku lakukan.

Kem Hello Hijrah, Alhamdulillah.

Jumaat, 27 Mac 2015

Hello Hijrah

Inshaallah pada 27-29 Mac ini akan dan sedang berlansung kem smart solat buat muslimin yang mahu berhijrah. Diharap majlis ilmu ini akan bermanfaat untuk semua.

Kem untuk muslimat pula akan menyusul inshaallah pada bulan Mei nanti.

Banyak pro dan cons tentang program yang mengumpulkan PLU. Modul-modul adalah asas dan semua diselia oleh ahli group plu sendiri yang telah punya azam untuk berubah. Pihak penaja hanya menyediakan tempat,penceramah dan makan minum. Malah penceramah pun pihak kami yang pilih. Tidak ada pihak media ataupun orang luar melainkan seorang dua wakil penaja dan juga hanya kakitangan tempat penginapan (yang tidak tahu pun siapa peserta). Jadi tiada keraguan tentang keselamatan dan sebagainya.

Berkumpul untuk majlis ilmu,pasti ada kebaikannya.

Isnin, 23 Mac 2015

Kebenaran tidak keliru

Sehari dua ni fikiran aku terganggu, terganggu kerana didatangi mesej oleh seseorang yang pernah menjadi seorang kawan. Ianya agak mengganggu kerana aku tidak menyangka dia amat terganggu dengan tulisan-tulisan aku. Namun untuk berhenti dari menulis dan agenda mengajak rakan-rakan berhijrah tidak akan pernah berhenti.

Ini adalah tanggungjawab aku. Dan tanggungjawab setiap hamba Allah adalah menyampaikan kalimah Allah, menyatakan kebenaran.

Alangkah indah andai semua hidup aku, aku dapat mengajak orang kepada kebenaran. Tapi sayangnya, aku bekerja. Aku juga seorang isteri, aku juga penjaga kepada dua ekor anak kucing yang sangat comel. Ya, sangat comel :). Sebagai seorang yang menghidap pcos, aku belum lagi dikurniakan zuriat, dan semua itu adalah rezki dari dari yang esa.

Sebagai isteri, aku sangat bertuah, kerana suami bekerja tidak terikat dengan pejabat. Dia ada masa menguruskan rumah dan memanjakan aku. Kadangkala dia juga meringankan tugas aku dipejabat. Hujung minggu kami akan shoot balik kampung dan dia menjaga ibunya yang uzur dan melihat kebunnya.

Hidup kami sangat sederhana, tapi sangat indah. Indah kerana dia memahami aku disamping kami tetap menjalankan fungsi sebagai suami dan isteri. Dari kecil aku cuma ingin mempunyai sebuah rumah yang besar, kerjaya yang stabil. Cukup. Dan hariini aku dianugerahkan teman hidup dan rumah yang kami usahakn sebagai rumahku syurgaku.

Keindahan hidup ini, menyebabkan aku ingin semakin kuat menyampaikan, rakan-rakan untuk berhijrah. Dan aku tahu usaha ini sangat kecil. Setiap hari anak-anak muda yang sedang dalam naluri yang mengelirukan dia sewaktu sangat remaja, akan mencari-cari jawapan dan mencari cinta. Namun aku dan beberapa orang melalui penulisan yang tak seberapa ini akan menyampaikan bahawa homoseksualiti itu adalah ujian Allah untuk melihat ketaatan manusia.

Walaupun aku telah berkahwin dan walaupun nanti aku sendirian, kerana tiada apa yang kekal dan segalanya pinjaman, aku akan tetap berdiri menyampaikan kebenaran ini. Adakah apa yang aku sampaikan ini mengelirukan? Aku tidak bersandarkan keterangan-kerterangan yang menggunakan bahasa aras tinggi yang sekadar untuk menghalalkan yang jelas lagi nyata ianya haram.

Untuk pengetahuan pembaca, dunia blog, penulisan ini sangat luas. Dan semakin ramai manusia yang menggunakan ayat-ayat quran untuk mengaburi mata insan-insan yang mencari kebenaran. Sayangnya mereka ini mempunyai latar belakang agama yang kukuh, tapi kerana tidak redha dengan hukum-hukum Allah, mereka membentuk satu pemikiran yang menentang asas agama Islam itu sendiri iaitu berserah dan tunduk kepada Allah. Jadi, dalam dunia tanpa sempadan ini. Tuntutlah ilmu, apabila keliru, carilah keyakinan.


"Men and women who are attracted to the opposite gender but do not have the opportunity to get married for whatever reason, struggle the same way as you are struggling. As a man, I myself am attracted to beautiful women. But, this does not give me the right to lust after these women. I can only pursue an intimate relationship within the confined limits of marriage (If I get the chance).".http://islam.stackexchange.com/questions/5686/why-is-homosexuality-a-sin-if-allah-made-me-this-way


Sabtu, 21 Mac 2015

Kisah insan berjuang

Sejak aku berkecimpung dalam dunia komuniti terpinggir, ramai insan-insan yang kukagumi perjuangannya, kutemui. Terutamanya golongan maknyah, kerana golongan ini paling menonjol dan mereka tidak dapat berselindung.

Paling terkesan, apabila di satu program, kami diimamkan oleh bekas maknyah yang dipanggil kak jun, dia dan rakannya telah menjalani pembedahan membuang buah dada yang mereka usahakan dulu. Dia kini sangat sederhana, mengenakan kopiah dan kurtanya. Doanya sangat sayu..

"Ya Allah..ya Allah..ya Allah, ampunkanlah dosa hambamu.."

Terasa sangat tulus doa itu hingga jatuh ke hati.

Bila ada rakan seperti kami yang bertanyakan kisah-kisah insan yang berjaya hijrah, orang seperti kak jun lah yang akan tergambar difikiran aku. Ya, mungkin gay atau awek penk, tidak begitu ketara, walaupun nalurinya sama.

Senang sahaja fikiran ku, kalau maknyah boleh berubah, kenapa kau tak boleh berubah. Kau lagi lemah dari maknyah?

Dan terima kasih Nursharina kerana berkongsi kisah sepupunya diruang komen.

Assalamualaikum… 

Saya teringat satu kisah yang membuatkan saya terharu dan sebak.. dia sepupu saya dia dilahirkan sebagai seorang lelaki lembut.. ayah dan ibunya bercerai semasa kanak-kanak.. selepas itu, dia tinggal bersama dgn datuk dan nenek saya.. ketika saya kanak-kanak .. dia remaja.. tiada siapa sudi berkawan dengannya.. sebab itulah dia berkawan dengan saya dan kawan saya…walaupun saya masih kanak2.. Dia memang lembut.. sampaikan orang kampung bagi gelaran pondan.. dia selalu memanggil saya Erra fazira dan kawan saya Ziana Zain sebab pada zaman itu filem itu sangat la popular… (biasala lelaki lembut memang suka artis).

Ketika remaja, dia sangat dibenci oleh pak sedara saya, saya ada dua orang pak saudara.. kedua2 sangat benci pada dirinya,, sebab dia lembut.. dia juga takut dengan tikus.. pak sedara selalu buli dia.. diletaknya tikus di dalam selimut.. berlarian dia ke ruang tamu.. pak saudara juga sering memarahi dan pernah pak sedara memukulnya menggunakan penyapu.. Dia pernah lari daripada rumah pada waktu malam.. sehinggakan penduduk kampung dan datuk mencarinya.. bila jumpa ..rupa-rupanya duduk termenung di tepi sungai..

Pada suatu hari dia minta untuk keluar dari rumah, dia ingin bekerja di bandar.. selepas kepergiannya.. dia mengirim surat.. di dalam surat itu dia tulis.. dia meminta maaf kepada semua terutama datuk dan nenek.. dia juga meminta maaf kepada pak sedara kerana pak saudara seolah2 malu mengaku dirinya anak saudaranya.,, dia juga memaafkan segala kesalahan pak saudara seperti meletakkan tikus di dalam selimutnya.. walaupun di hatinya dia memang terasa dengan sikap paksaudara.

Kepergiannya membuatkan saya sunyi..saya tiada tempat bergurau2 dan mendengar cerita.. dia sangat baik terhadap saya dan kawan saya… dia selalu belanja saya dan kawan saya gula2, keropok dan mcm2 saya dah lupa..
(sambungan)

BalasPadam

NURUL SHAHIRA16 Mac 2015 5:35 PTG
Selepas beberapa tahun, siang dan malam silih berganti, saya pula meningkat remaja.. saya berada di tingkatan 4.. dia pula sudah dewasa.. setelah beberapa tahun menghilangkan diri.. dia kini kembali semula di kampung halamannya.. tetapi dia kini banyak berubah.. dia lebih pendiam dan tak ceria seperti dulu.. Cuma dia hanya mampu tersenyum setiap kali berbicara.. dia kini lebih banyak mendekati agama.. kehidupannya banyak dihabiskan dengan bekerja dan beribadat.. sekurang2 dia dapat membantu datuk dan nenek.. saya selalu bertanyakan soalan tentang perkahwinan.. dia ada makwe ke tidak? Dia nak kahwin ke tidak? Bila nak kahwin? Kalau bertandang di rumahnya.. itulah soalan saya.. pernah sekali dia macam tak suka.. dia jawab .. tak ada soalan lain ke.. asyik kahwin je.. dia juga memberitahu mungkin jodohnya di akhirat sana n dia tiada siapa yang nak..

Pada suatu hari kami berbual panjang.. macam2 cerita.. lepas itu dia minta izin dia nak solat magrib.. walaupun belum masuk waktu lagi… dia dah duduk di sejadah… saya juga memerhatikan dia solat.. dia berdoa agak panjang.. selepas itu dia mengaji al-quran… sampai masuk waktu isyak.. dia pun solat isyak.. kemudian dia solat lagi.. selepas siap semua itu.. saya bertanya dirinya… selepas isyak dia solat apa..? dia jawab dia solat taubat… hari2 itulah kehidupan dia… dia sering solat taubat.. dia juga memberitahu manusia kena banyak solat taubat.. mana tahu tiba2 ajal datang menjemput.. tengah tidur pun boleh meninggal.. saya hanya tersenyum saling mengaguk-anggukkan kepala..

Keesokan harinya, saya pulang awal dari sekolah ..saya melihat dirumah saya tiada orang.. selepas itu.. saya menelefon ayah saya,.. ayah saya memberitahu.. dia terkena ketumbuhan otak (tak silap saya atau kanser otak) .. dan dimasukkan wad kecemasan.. doktor meminta izin keluarga untuk melakukan pembedahan di otak dan tempurung kepala perlu ditebuk.. (saya tak pasti) dia koma.. kemudian saya masuk ke biliknya saya melihat semua orang koma.. mereka seolah2 tidur.. saya melihat dirinya tenang.. saya membaca surah yasin untuknya.. selepas itu ibu mengajak saya pulang ke rumah, dalam perjalanan pulang ke rumah saya mendapat panggilan telefon daripada saudara bahawa dia sudah menghembuskan nafas terakhir….

(maaf susunan ayat lintang-pukang, sekadar berkongsi cerita dan meluahkan perasaan)

ps: aku gemar meletakkan cerita sebagaimana dia berkongsi.



Isnin, 16 Mac 2015

Perkahwinan bagi seorang PLU

PLU that was born as woman.

Dulu beberapa kali aku mendengar luahan rakan-rakan yang telah berkahwin, yang sukar untuk menyesuaikan dengan keadaan, ada yang berputus asa dan keluar dari perkahwinan, ada yang sekadar menjadikan perkahwinan sebagai topeng namun ada yang kekal dan mampu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik.

Bagi PLU lelaki yang paling ditakuti adalah hubungan intim, sedangkan hubungan intim memp;unyai pelbagai penyelesaian andai sekadar mahukan zuriat.Jujur aku katakan, melaksanakan hubungan intim amatlah mudah namun, kasih sayang itulah yang paling sukar.

Begitu juga PLU perempuan,sama, tetap itu juga yang ditakuti. Semuanya ini apabila seorang PLU telah pun nekad untuk berkahwin. Namun sebenarnya didalam sebuah perkahwinan hubungan intim adalah paling mudah berbanding keberlansungan hidup dengan kasih sayang.

Kasih sayang kerana Allah adalah mahal harganya. Kerana kasih sayang itu akan membuatkan seseorang itu berusaha untuk menyukai apa yang dia tidak ingini. Dengan kasih sayang itu seseorang akan begitu mudah menepis setiap ketidaksempurnaan.

Perkahwinan bagi seorang PLU adalah hanya bila dia nekad.

Kekurangan dan ketidaksempurnaan pada diri boleh membuatkan seseorang itu tertekan dan menyesali perkahwinan.

Walau apapun... Allah melarang keluh kesah dan sangkaan buruk.

Perkahwinan bukan penyelesaian

Malam ni panas, jadi aku tak boleh tidur. Adalah lebih baik aku menulis. Kadangkala ada rakan tidak faham dan menegurku supaya jangan mematahkan semangat mereka, bila aku mengeluarkan kata-kata demikian.

Ada antara kita menyangka, perkahwinan akan menyelesaikan masalah mereka. Malah itu juga kadangkala pendapat yang diberi oleh guru-guru agama yang tidak memahami masalah sebenar golongan lesbian dan gay.

Dan ada juga golongan kami yang mahu berubah dan menyangka dengan perkahwinan akan menyebabkan mereka berubah. Tak kurang juga mak ayah yang baru mendapat tahu masalah anak-anak mereka dan menyangka boleh menutup atau membetulkannya dengan perkahwinan.

Perkahwinan adlah satu ikatan yang suci.

Bukan untuk dibuat permainan atau sekadar untuk dipertontonkan. Berapa ramai antara kita yang mementingkan persediaan majlis perkahwinan itu lebih dari sebuah perkahwinan itu sendiri.

Ya, benar..siapa yang tidak terusik hati melihat gambar perkahwinan yang indah-indah. Namun jangan menjadikan itu semua sekadar didalam album. Dan malamnya berhadapanlah dengan realiti. Lelaki nervous, isterinya menanti debaran disentuh, dia pulak risau tak berfungsi. Atau yang perempuannya, mulalah rasa nak menangis menyesal, nak menghadapi yang dia tidak tahu, yang dia tidak suka, yang dia tidak keinginan.

Jangan jadikan institusi perkahwinan sebagai permainan.

Haram berkahwin andai tiada niat menyentuh pasangan.Haram berkahwin andai tidak mahu menjalankan tanggungjawab, dan haram berkahwin andai sudah sedia curang, masih menyimpan cinta dimana-mana yang tidak akan halal.

Bila mahu berubah, cari cinta yang Esa dahulu. Jadi insan yang tahu agama, sebelum berniat menyempurnakan agama itu. Setelah merasakan dapat menjadi imam atau makmum yang baik barulah sedikit sebanyak belajar ilmu tentang tanggungjawab dalam rumah tangga.

Jujur aku katakan, perkahwinan menghalalkan yang haram. Ada ke disini yang nak sangat berkahwin tetapi tidak mahu disentuh atau menyentuh?

Jadi, kita PLU, bekas PLU, belajar apa yang perlu. Belajar bagaimana untuk menjalankan tanggungjawab itu. Cari buku permata yang hilang, yang boleh saja didapati percuma waima didalam perisian android pun.

Kalau tidak ada keinginan untuk bersedia sekurang-kurangnya didalam tanggungjawab dan perkara yang boleh mendapatkan zuriat ini. Maaf, anda tidak layak kahwin. yes, syurga boleh ditempah dengan tanpa berkahwin, kahwin itu tidak wajib bagi anda yang tidak ada keinginan untuk membahagiakan pasangan. Jadi mengapa berkahwin? Apa perlunya berkahwin bagi anda?

Contoh paling baik, seorang rakan ku yang mempunyai naluri gay, dia mahu berubah. Kebetulan keluarga sudah mengaturkan pertunangan. Apa yang dia lakukan, dia berusaha mencari ilmu, berurut, jumpa orang-orang tua, malah pergi kaunseling dengan pakar sakit tuan, sebelum majlis perkahwinan. Itulah namanya usaha.

Tiga bulan pertama adalah sangat genting, penyesuaian dan sebagainya. Kalau anda tidak kuat emosi dan menyalahkan pasangan dan juga diri sebagai PLU, jawabnya memang sekadar albumlah yang terindah anda miliki, sebaliknya perkahwinan itu adalah mimpi ngeri buat anda dan pasangan.

Sekurang-kurangnya anda telah membuka hati, bahawa anda akan menjadi suami, atau anda akan menjadi isteri, seumur hidup.

Perkahwinan juga bukan untuk orang yang mudah mengalah. Mengalah bukan pilihan. Sangat sedih bila anda telah berkahwin dan tiba-tiba baru menyedari anda tidak bersedia menjalankan tanggungjawab anda. Anda telah merugikan masa dan mengorbankan hidup orang lain dengan sia-sia.

Betapa hebat pun anda dimata orang lain, namun hak isteri dan hak suamilah yang berat. Jika anda sibukkan diri dengan kerja atau yang lain walau pun anda menyangka anda makin mendekati agama, namun jika pasangan anda tidak redha, semuanya sia-sia. Itulah letaknya akad nikah didalam Islam.

Dan buat yang berjaya melepasi, perkahwinan pula adalah satu lagi tahap ujian buat anda. Perkahwinan itu indah, jika anda cuba untuk membahagiakan. Bukan sekadar pelarian,.

Jumaat, 6 Mac 2015

PCOS dalam aku

Pertengahan bulan februari lepas, aku mendapat keputusan dari sample rahimku. Aku di diagnos PCOS. Aku yakin semua yang membaca blog ini boleh meng google tentang penyakit ini sekiranya tidak tahu. Penyakit ini tidaklah merbahaya, tidak lah kritikal. Cuma ia sebenarnya banyak membentuk hidup aku dulu, dan untuk masa depan, aku masih tidak tahu.

Rupanya, ketidak seimbangan hormon adalah antara simptomp PCOS. Ada rasa sedikit ralat kerana aku membiarkan sahaja keadaan ini berlarutan hingga keusia ini.

Masa remaja dulu, aku selalu berkata pada diri, seronoknya andai aku menjadi lelaki, tiada dada untuk diselindungkan, dan pelbagai lagi kehendak yang kononya akan merungkai masalah jiwa aku waktu itu. Lalu apa bila menyedari tubuhku mengalami gangguan hormon, yang waktu itu aku telah sedari, namun sekadar membiarkan, kerana ada sedikit rasa gah disitu. Yeah, betullah aku bukan ditakdirkan untuk menjadi 100% perempuan.

Rupanya berat badan mudah naik juga antara simptom penyakit ini. Yeah menurunkan berat badan adalah battle yang aku hadapi sejak remaja.

Dan diusia dewasa ini, semuanya menjadi jelas dan sedikit sukar bagi aku. kalian tahu, secebis dalam hati aku masih ada sedikit tidak redha menjadi perempuan dalam kehidupan ini? Itu kelemahan aku, yang Allah mahu mendidik aku untuk belajar tentang itu.

Sesungguhnya setiap manusia ada jalan dan ujiannya sendiri.

Penghidap PCOS tidak mudah mempunyai zuriat seperti orang-rang lain. Ya, ia bergantung pada rezki dan takdir, namun orang pcos harus menjalani pelbagai rawatan seperti suntikan hormon dan sebagainya untuk ovum mereka dapat disenyawakan.

Gangguan kitaran haid yang dulunya sangat aku gemar dan sangat selesa tentang itu, rupanya tanda hampir tepat bagi penyakit ini. Kalau minda aku masih seperti remaja dulu, pasti aku lebih lagi membenci tuhan kerana melahirkan aku sebagai perempuan.

Tak bolehkah aku mengidap penyakit yang unisex sikit supaya aku tidak perlu berulang alik ke klinik O&G itu? Hahah. Maaf omelanku.

Kadang-kadang ujian-ujian hidup ini memang Allah takdirkan untuk kita belajar dan membentuk diri menjadi redha.

Aku melontarkan satu pertanyaan dangkal kepada doktor, boleh tak andai rahim aku dibuang sahaja, supaya aku tak perlu menghadapi ini semua. Doktor itu agak terkejut dan memberi jawapan yang memperlihatkan fikiran aku yang tidak normal. Separuh dari diri aku kadangkala putus asa menjadi perempuan. Dan tiada siapa yang memahami.

Subhanallah, bukan kah terlalu banyak nikmat yang telah diberikan dan aku nikmati. Adamku puas menenangkan aku, katanya dia tidak mahu fikir tentang zuriat, dia mahu aku sihat, kerana andai aku tidak berusaha untuk kembalikan kitaran hormon yang seimbang, rahim itu akan mempunyai peluang yang lebih kepada kanser.

Ya, semua kita berpeluang mendapat kanser tanpa mengira siapa, nama bila diberitahu angka 1% itu berada didalam fail perubatan kita,tidaklah mudah untuk tenang.

Sesungguhnya, nikmat manakah yang mahu didustakan. Bila semua ujian adalah untuk semakin mendekatkan diri seorang hamba kepada tuannya.

Sabtu, 21 Februari 2015

Nikmat tab mandi.

Satu hari nanti saya nak beli bath tab. Tak tahula akan tercapai atau tak. Kadang-kadang saya fikir,banyak betul keinginan kita untuk dunia ni. Walhal saya tak tahu berapa lama akan hidup.

Dulu saya rasa macam lama nak tunggu kesedihan pulih. Dan juga cinta tu hilang. Rasa macam lama sangat nak keluar dari jerat yang sangat menyakitkan.

Tapi Alhamdulillah, Allah bagi peluang.

Kadang-kadang,kita selalu ingat keluh kesah sahaja,kita lupa dengan nikmat yang Allah beri. Ada hadis mengatakan lebih kurang begini, orang yang leka dengan nikmat dunia bila bangun dan takutnya menghadapi hari-hari di padang mahsyar,bila ditanya malaikat,ingatkah dia akan nikmat dunia,dia seolah lupa lansung dengan kenikmatan itu.

Begitu juga dengan mereka yang menderita menahan sabar di dunia,apabila diberikan buku amalan ditangan kanan dan apatah lagi bila berjaya melepasi titian sirat dengan baik,mereka lupa pedih peri didunia.

Ya Allah,entah apa yang aku dah buat didunia ini,entah aku leka,entah aku ingat.

Rabu, 11 Februari 2015

Sejenis cryptonite

Aku bukanlah superman. Tapi setiap hari adalah perjuangan buat aku. Cinta itu kadangkala sekadar ujian di dunia.

Bila mesej dia datang,dunia seolah cair didepanku. Dan aku seolah-olah longlai.

Namun itulah namanya hidup ini adalah ujian. Penting sangat kah cinta manusia yang buat kita engkar pada tuhan? Tak, lansung tak penting,malah itulah yang akan menarik kakimu di padang mahsyar nanti.

Sekilas terlupa jangan sampai membiar diri terjerumus.

Apa itu cinta pada manusia yang buat kau lupa pada hukum tuhan? Itulah ujian,yang andai kau akur pada cinta itu,kau akan musnah.

Biar tanpa cinta itu,dan kau tenang dengan kebenaran.

Sabtu, 24 Januari 2015

Sesuatu yang tidak ternilai

Seorang kawan pernah bertanya aku. Bagaimana aku memilih dia. Ya, dia yang kini menjadi sahabat dan juga rakan hidupku. Sebenarnya agak ganjil. Dia agak berbeza dari hidup aku. Latar belakang juga sangat-sangat asing, cuma minat kami sama. Sama-sama meminati isu PLHIV. Isu masyarakat terpinggir.

Dia berusia lewat 40an. Sedang aku baru mencecah pertengahan 30an. Dan sewaktu dia melamar aku, dia mengusahakan kebun kelapa sawit dan seekar tanah sawah. Disamping bersama sebuah NGO di Johor. Dia menjaga ibunya dikampung, pernah berkhidmat didalam tentera. Cuma itu sahaja. Dan cuma belajar hingga SPM. Seorang duda.

Aku pernah berkahwin dengan seorang yang sama taraf pendidikan denganku, malah sangat cemerlang dalam kerjaya. Bergaya, ada rupa. Tapi sedihnya tidak pandai menghargai isteri. Cukup satu sebab menyebabkan runtuhnya ikatan kami.

Suatu yang tidak ternilai, ialah lelaki yang tidak begitu berharta ini sangat menghargai aku. Tidak pernah menyakiti aku dengan kata-kata apatah lagi perbuatan. Tahu memasak, rajin mengemas rumah, sangat menjaga belanjawan dan sudah biasa dengan kerja kasar atau keras (dah jadi macam iklan pulak dah).

Dalam hidup aku, entah kenapa aku rasakan, semua doa telah terjawab. Kami bahagia dengan kehidupan kami, walau belum direzekikan dengan cahayamata. Bagun pagi, solat dan aku mengharap setiap apa yang kami buat menjadi ibadat, hatta menyuapkan dia keropok didepan television.

Kadang-kadang aku fikir, harta dan semua kecemerlangan kerjaya atau apapun, tidak dapat menjual beli kebahagian bertemu dengan insan yang memahami dan diredhai dunia dan akhirat. Walau dia mungkin bukan selamanya buat aku. Dia cuma pinjaman, namun sangat indah, dan sangat syukur.

Maaf aku katakan, lelaki straight dan lelaki gay yang tidak mahu berubah, kasih sayang sangat berbeza. Ya, mungkin aku trauma. Namun berusaha untuk membahagiakan dengan sikap berputus asa, sangat berbeza.

Tiada apa yang dapat dinilaikan dcngan kasih sayang tanpa rasa bersalah. Tanpa apa-apa yang menyalahi atau meragukan. Insan yang tiada dosa aku menyentuhnya dan dia menyentuh aku, dan tiada dosanya aku melihat aurat dia atau dia melihat auratku.

Dan moga dia redha denganku, moga dengan itu aku mendapat redhaNya.

Selamat Hari Lahir Adamku..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...