Hujung minggu lepas aku pergi waterpark sendirian, haha. Satu kerja yang agak gila. Melihat orang lain dengan anak-anak, aku agak kesal tak bawa anak-anak saudara. En. Somi tak berapa sihat haritu dan dia rela lagi menjaga abah dari pergi waterpark. Aku faham, dia tak gemar tempat orang ramai, seperti aku juga, tapi aku masih hidup dahagakan adventure. Penat juga di waterpark, dan disitu baru aku sedar, aku dah tua. Haha. Anak-anak panggil aku makcik, bukan lagi kakak.
Satulah aku dari dulu memang tak gemar orang panggil aku puan, makcik, kakak. Entahlah, entah bila rasa itu akan pergi.
Dan aku juga dalam perbincangan untuk tubuhkan sebuah NGO yang akan meliputi isu LGBT,HIV dan golongan berisiko.
Akhir-akhir ini aku akui, aku hanya boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang berskala kecil, aku dan suami dah susah nak travel ke KL, untuk urusan-urusan aktiviti NGO. Abah bersama kami kini. Jadi samada kami bergilir, bawa abah, atau melepaskan sahaja jemputan.
Ianya juga sedikit membataskan pergerakan aku yang dah biasa kemana sahaja. Namun bila aku fikir dalam-dalam, dia abah aku, yang mengajar aku mengaji dan solat, biarlah aku menjaga dia semampu aku, bagi masa yang masih berbaki.
Entah berapa lama lagi aku ada, entah berapa lama lagi dia ada.
PS: Sang Sembunyi, kenapa private blog kamu?

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam