Halaman


Isnin, 29 November 2010

Menulis


Aku minat menulis, dan menulis buku adalah salah satu cita-cita aku. Dari dulu masa di zaman uni dulu kawan-kawan aku selalu rajin meniru bahagian pendahuluan dalam tugasan aku, aku faham, tak semua manusia boleh menulis dengan baik. Ada orang boleh bercakap dengan petah dan bernas, tapi tak dapat menulis sebernas apa yang disampaikan. Dan ada orang amat sempurna kedua-dua perkara ni, seperti yang aku katakan, manusia umpama lima jari kita, ada fungsi dan ada kesempurnaan dalam ketidaksempurnaan mereka.

Dan, aku akui aku agak tidak betah dalam berkata-kata. Aku bukan manusia yang dapat menuturkan kata dengan spontan, malah jika marah pun, aku akan menjadi lebih tidak difahami kadang-kadang. Walaupun pekerjaan aku, memerlukan aku berkata-kata dengan baik, tetapi diluar pekerjaan, aku lebih selesa dan selamat berdiam diri.

Namun, aku gemar menulis. Walau tidak sempurna, namun, menulis adalah media terbaik untuk aku menyampaikan apa yang aku fikirkan.Tenang.

Dan aku tidak gemar tekanan. Dalam menulis. Dan aku juga tidak pandai memuaskan hati manusia lain dalam menulis, menulis bermaksud memuaskan naluri pelarian dalam jiwa aku.

Khamis, 25 November 2010

Renungan yang asing


Kau pernah bertemu seseorang yang amat menyerupai insan  yang pernah memberi pengertian yang mendalam dalam hidup kau?  Insan yang memberi perubahan emosi kepada diri kau.

Haritu, aku bertemu lelaki ini, yang wajahnya amat serupa dengan seseorang. Beberapa kali aku mencuri pandang. Beberapa kali aku merenung apabila mata kami tidak bertentang. Rindu keramat yang sukar untuk dimengertikan. Ya, rindu adalah suatu perasaan yang amat keji, kan, mengikat emosi kau dan menghambat masa-masa malam yang sukar untuk kau lelapkan mata.

Puas aku memerhati dia, ya sekadar menatap dan mengingatkan wajah yang dulu pernah mengikat hati dan emosi.

Tiba-tiba lelaki itu merenung aku kembali, lantas aku cuba mengawal reaksi wajah aku, emngawal emosi yang memberontak. Matanya terus kearah sepasang mata ini. Nasib sekadar renungan asing. Disebalik matanya, tiada memori tentang aku. Renungannya, renungan kosong. Renungan yang asing.

Sebaliknya, aku yang memutar memori.

Isnin, 22 November 2010

Get Happy I


GET HAPPY I
1. Take a 10-30 minute walk every day. And while you walk, smile. It is the ultimate antidepressant.

2. Sit in silence for at least 10 minutes each day.

3. Buy a DVR and tape your late night shows and get more sleep.

4. When you wake up in the morning complete the following statement, 'My purpose is to __________ today.'

5. Live with the 3 E's — Energy, Enthusiasm, and Empathy.

6. Play more games and read more books than you did in 2009.

7. Make time to practice meditation, and prayer. They provide us with daily fuel for our busy lives.

8. Spend time with people over the age of 70 and under the age of 6.

9. Dream more while you are awake.

10. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.

11. Drink green tea and plenty of water. Eat blueberries, wild Alaskan salmon, broccoli, almonds & walnuts.

12. Try to make at least three people smile each day.

13. Clear clutter from your house, your car, your desk and let new and flowing energy into your life.

14. Don't waste your precious energy on gossip, OR issues of the past, negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.

15. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.

16. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a college kid with a maxed out charge card.

17. Smile and laugh more. It will keep the nagative blues away.

18. Life isn't fair, but it's still good.

19. Life is too short to waste time hating anyone.

20. Don't take yourself so seriously. No one else does.

Ahad, 21 November 2010

Sushi dan unagi


Dah, aku malas nak menulis pasal aku, aku dah agak, bila aku menulis apa yang dalam perasaan, semua tulisan aku akan ke laut, macam tumpahan minyak yang kotor dan mengotorkan.

Kalau tak menulis tentang hal aku, nak menulis pasal apa? Entah, aku pun tengah fikir apa nak menulis.

Ada satu isu yang bermain dalam kepala aku ni. Antaranya pasal Sushi. Sebab ni makanan kegemaran aku. Paling sedap Unagi, ye yang ada belut tu. Yang memang berasakan belut la. Aku suka gila makan benda alah ni. Amat-amat suka ye. Aku ada juga terfikir, mungkin aku patut buat projek ternak belut. tapi mampus aku nak belajar cara buat unagi pula, masak telur goreng pun hangus, nak masak unagi.

Baru-baru ni aku dapat tahu, Unagi akan ada alkohol sekurangnya 0.05%. Dan aku tertanya-tanya adakah dia ikut tempat kedai sushi atau semua sushi tu ada alkohol. Maksud aku secara khusunya unagi. Kalau Sake ya memang betul hampir semua sushi menggunakan Sake, dan Sake selalu dikatakan alkohol, dan Sake sebenarnya adalah umpama tapai.

1. tapai haram makan tak? Ish aku pernah juga makan tapai.
2. Adakah alkohol itu haram? Ni aku selalu musykil, sebab alkohol atau etanol selalu juga digunakan sebagai bahan pengawet dalam makanan.

Tapi aku percaya ia menjadi haram apabila ia memabukkan. Tuak haram kerana ia memabukkan. Begitu juga buah beri yang di peram boleh memabukkan, jadi ia haram. Sudah, aku dah masuk bab yang rumit ni.

Ah..yang selamat ialah makan Sushi dekat Tesco atau pun Jusco, sebab sushinya murah dan setahu aku alkohol ni mahal, rugilah depa kalau letak alkohol pada sushi yang murah-murah ni. ye, yang sebenarnya aku ni degil, tetap nak makan Unagi juga. Kan?

Dari jauh


Apa perasaan kalian bila kalian ada saudara kandung yang hanya kalian belek dan tahu ceritanya dari blog dia saja, sebabkan hanya bertemu setahun sekali sahaja, itu pun nasiblah dapat jumpa. Dan saudara tu adalah seorang yang dulunya pernah amat rapat dengan kalian, pernah sama tidur satu bilik, pernah main lawan bantal, pernah masakkan sarapan, pernah ajar naik basikal, pernah main bola sepak sama-sama, pernah main layang-layang sama-sama. Dan separuh dari hidup anda, dialah yang jadi inspirasi, dia pernah mempengaruhi keputusan hidup anda. Malah kalau dia perempuan dan kalian lelaki, kalian pernah bertekad nak cari awek yang ada ciri-ciri macam dia. Dan kau memang amat bangga dengan dia.

Tapi kalian cuma dapat tahu berita tentang dia, dari blog saja. Sebab dia tak cukup terkenal, kalau terkenal, mahunya kalian cuma tahu berita tentang dia dari surat khabar saja.

Sakit, sakit hati kerana rindu dan juga sakit hati kerana sakit hati la.

Yep, aku ada abang dan aku cuma tahu tentang dia dari blog dia, yang hanya berkisar tentang kerjayanya saja. Gambar diatas juga aku curi dari blog dia,  hasil kerja dia.

Sabtu, 20 November 2010

Get Happy II


21. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

22. Make peace with your past so it won't spoil the present.

23. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.

24. No one is in charge of your happiness except you.

25. Frame every so-called disaster with these words: 'In five years, will this matter?'

26. Forgive everyone for everything.

27. What other people think of you is none of your business.

28. Remember God heals everything.

29. However good or bad a situation is, it will change.

30. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in touch.

31. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.

32. Envy is a waste of time. You already have all you need.

33. The best is yet to come.

34. No matter how you feel, get up, dress up and show up.

35. Do the right thing!

36. Call your family often.

37. Each night before you go to bed complete the following statements: I am thankful for_______. Today I accomplished ____.

38. Remember that you are too blessed to be stressed.

39. Enjoy the ride. Remember this is not Disney World and you certainly don't want a fast pass. You only have one ride through life so make the most of it and enjoy the ride.

40. Laugh when you can, apologize when you should, and let go of what you can't change

Khamis, 18 November 2010

Baik-baik sayang



Awak, tolonglah jaga diri awak, awak tahu, saya rasa nak menjerit setiap kali awak lukakan diri awak, setiap kali awak campak saya ke tepi. Saya sayang awak, DIA sayang awak, tapi kenapa awak selalu lupakan kami, kenapa? Awak, saya tahu awak marah, saya tahu awak sedih, saya tahu sangat, saya tahu sangat-sangat. Kenapa awak tak kembali pada DIA? Kenapa awak makin menjauh. Saya faham, tapi awak tak boleh terus memusnahkan diri awak.

Awak, saya menangis, menjerit, hati ni meronta, meronta amat sangat, minta awak kembali, tapi awak dah lepaskan semua. Awak marah sangat dan awak hukum semua kesalahan pada saya. Awak, awak lupa apa yang pernah awak ikrar pada saya?

"Diri ini hanya Hamba"

Awak memberontak dan tinggalkan saya, awak lunaskan semua nafsu awak, saya derita, saya sedih, tapi saya sayang awak, sebab saya tahu kadang-kadang awak akan duduk diam, kelu dan tunduk menyesal sebab lupakan saya, tapi itu cuma sesaat dua, sedang banyak masa awak terus bagaikan layang-layang yang putus tali.

Awak, saya sayang awak, jangan bunuh saya, jangan hilangkan saya dari diri awak.

-Iman

Ahad, 14 November 2010

Antara hati dan nafsu


Kadangkala hati itu benar, hati itu amat ingin kebenaran. Tapi nafsu selalu berlebihan, selalu tak endahkan semua, selalu menentang arus. Pernahkah nafsu itu terjatuh dan mendarat dijalan benar? Dan yang terlarang itu godaan, dan nak mendapatkan yang halal itu amatlah payah. Dan kadangkala tak dapat, lansung tak dapat.

Hati yang sabar, akan memujuk, sabar..tuhan itu maha tahu, tuhan itu takkan sia-siakan hambanya. Tapi sejauh mana nafsu itu akan biarkan dirinya tewas, nafsu tetap mahu menang. nafsu selalu minta dibelai, nafsu selalu minta untuk dilunaskan, nafsu merayu untuk ditunaikan, walaupun dengan jalan yang haram.

Tuhan, bila ia menang, satu pinta ku, berikanlah masa untuk aku bertaubat.

Ahad, 7 November 2010

Daun-daun kering..


Kadangkala aku tertanya diri aku, siapa yang aku cinta, siapa yang aku paling sayang. Aku tak pernah benar-benar perjuangkan cinta aku. Aku jatuh cinta banyak kali, dan aku tetap melansungkan kehidupan dengan se 'aku' nya.

Setiap manusia yang masuk dalam hati aku, umpama daun-daun yang akhinya menjadi kering. Ada yang mengkhianati aku waktu aku dah benar-benar menyerahkan hati, dan ada yang telah berkali memberi amaran agar aku tidak mudah untuk jatuh cinta pada mereka. Dan yang sinisnya, mereka bukan orang pertama, dan mungkin bukan yang terakhir.

Ah..telefon tu menyanyi lagi..biarkan..biarkan.

Dan bukan seorang yang pernah aku kecewakan..

Apa yang aku cari, apa yang aku mahu, aku sendiri tiada jawapan. Malah kalau orang bertanya, siapa yang lukakan hati aku, pun aku tak dapat jawab. Entah dia kah, atau si polan manakah.

Benar, aku takut untuk memberi hati sepenuhnya, kerana terlalu banyak kali juga aku terluka, membuatkan aku boleh juga menjadi kejam.Dingin.

"Will you agree to sacrifice yourself for a guy?"

Dalam hati aku, yeah kalau lelaki tu benar-benar buat aku yakin. Tapi, lelaki mana yang nak terima aku yang juga kadangkala macam lelaki?

Be strong



Aku ambil video ni dari sini

Benar..

Jumaat, 5 November 2010

Tiada lagi..

Tiada gunanya segala yang kau usahakan pada yang lepas, apabila putus asa mendatangani kamu. Hidup seolah..sekadar satu berlansungan. Tiada harap, tiada doa.

Tiada lagi sinar dalam hati, tiada lagi kekuatan yang minta kau pertahankan segala yang ada. Tiada. tiada, bila harapan yang paling menggunung, hancur didepan mata. Lantas, dihujung solat, kau jadi kelu.

"Tuhan, tiada apa yang mampu aku ucapkan, kerana hati ini sudah tiada rasa, hati ini sudah mati, kuserahkan segalanya padaMu. Kerana aku tidak lagi tahu apa yang aku ingin doakan. Cuma satu..

Tetapkan aku dijalanMu, dan matikan aku saat aku telah bertaubat padaMu"

Kau mungkin sudah jemu, dengan aku yang mudah patah semangat, dengan aku yang mudah tersasar. Namun, Tuhan, aku telah tidak tahu apa yang aku harapkan lagi dalam hidup ini.

Tiada lagi yang dapat aku pertahankan. Tewas. Kalah. Hati aku bagaikan sebuah gurun yang amat kering kini. Tiada lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...