Halaman


Isnin, 29 November 2010

Menulis


Aku minat menulis, dan menulis buku adalah salah satu cita-cita aku. Dari dulu masa di zaman uni dulu kawan-kawan aku selalu rajin meniru bahagian pendahuluan dalam tugasan aku, aku faham, tak semua manusia boleh menulis dengan baik. Ada orang boleh bercakap dengan petah dan bernas, tapi tak dapat menulis sebernas apa yang disampaikan. Dan ada orang amat sempurna kedua-dua perkara ni, seperti yang aku katakan, manusia umpama lima jari kita, ada fungsi dan ada kesempurnaan dalam ketidaksempurnaan mereka.

Dan, aku akui aku agak tidak betah dalam berkata-kata. Aku bukan manusia yang dapat menuturkan kata dengan spontan, malah jika marah pun, aku akan menjadi lebih tidak difahami kadang-kadang. Walaupun pekerjaan aku, memerlukan aku berkata-kata dengan baik, tetapi diluar pekerjaan, aku lebih selesa dan selamat berdiam diri.

Namun, aku gemar menulis. Walau tidak sempurna, namun, menulis adalah media terbaik untuk aku menyampaikan apa yang aku fikirkan.Tenang.

Dan aku tidak gemar tekanan. Dalam menulis. Dan aku juga tidak pandai memuaskan hati manusia lain dalam menulis, menulis bermaksud memuaskan naluri pelarian dalam jiwa aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...