AKu tak berapa gemar budak-budak dari madrasah mana tah datang minta derma waktu sedang makan. Aku tahu azam mereka ni tinggi. Tapi kenapa resit derma tu dah ditetapkan RM10? Bukan derma boleh seikhlas mungkin ke?
Aku memang bengang kalau orang minta derma tapi dah tetapkan berapa kena menderma, ni nampak sangat taknak orang ikhlas derma. Bagi aku derma yang ikhlas tak perlu diminta-minta. Ya, boleh diwar-warkan tapi tak payahlah diminta-minta.
Imej peminta sedekah selalu menjadi ikon bagi orang islam, aku tak menolak..itu juga keistimewaan orang Islam, orang bukan Islam walau mungkin memandang rendah, tapi Islam yang sebenar memandang dunia ni memang hina, amat hina.
Aku pernah dengar..ceramah, semua keseronokan dunia..tuhan beri dengan jalan yang bukan dari suatu yang mulia, seks adalah antara dua kemaluan, arak akhinya muntah dan mengzahirkan sifat buruk manusia dan pelbagai lagi.
Ahh..aku malas nak cakap benda-benda macamni lagi, kadangkala aku rasa aku amat hipokrit, sebab aku hidup dalam berbagai alam, tapi..perlukah aku ambil kisah pandangan manusia? Aku hipokrit, jadi apa masalah aku dengan kau?
masalah kau ngan aku? oo ada, kau tak reply chat aku...
BalasPadam