Halaman


Memaparkan catatan dengan label baca. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label baca. Papar semua catatan

Khamis, 23 Februari 2017

Percaya- Shamiel Fikri

Jam 9.01 pagi aku usai membaca buku ini. Buku ini aku mula buka dan jamah isinya selepas aku bersarapan dengan kekasih. Pagi ini aku masak burger dan gorengkan telur untuk dia, aku tahu tidak sihat, kerana bacaan kolestrolnya sudah mula disebut doktor. Namun sebagai aku, aku sangat tidak berilmu dalam masak-memasak, nantilah, mungkin selepas menulis di blog ini, akan aku beli oat untuk dia. mungkin boleh jadi penawar buat bacaan kolestrolnya.

Aku mula membaca buku ini lebih kurang jam 7.15 pagi, iaitu 15 minit sebelum kekasih memulakan enjin kereta untuk pergi ke tempat kerja.

Tidak sampai 3 jam, aku telah menghabiskan bacaan buku ini. Buat hampir sedekat, aku berjumpa dengan sebuah buku berbahasa Melayu yang mampu membuatkan aku membaca dari halaman pertama hingga akhir tanpa henti. Buku terakhir membuatkan aku bersengkang mata dan membaca tanpa henti, adalah hasil tulisan J.K Rowling. Buku terakhir dimana pertama kali aku menangis teresak-esak akibat sebuah fiksi yang sangat menipu, ya kerana kematian Dumbledore.

Terima kasih buat seorang sahabat yang sangat gemar membaca dan menghadiahkan buku buat rakan-rakan yang ditemuinya. Jujur dia sahabat yang baik walau aku tidak mengenali hati budinya, kerana sikap aku yang introvert. Mungkin buku Percaya ini sempat menyiku seorang aku.

Percaya, hanya senuat kisah perjalanan Farhan dan Karim untuk kebalai polis. Namun Karim adalah hero tidak bertopeng yang hatinya disentuh oleh seorang manusia bernama Hassan. Hassan yang telah tiada di dunia, namun nama dan dirinya bernegara di hati Karim dan kemudiannya berhijrah ke hati Farhan dan Kudin.

Buku ini bukan sekadar perjalanan itu, bukan sekadar itu sahaja. Dengan sisipan ayat-ayat alquran yang sangat kena pada setiap babak penceritaan. Dan juga pengkisahan sejarah-sejarah besar dunia yang memberi makna pada setiap hujungnya. Buat aku bergenang air mata, bukan kerana sebuah kisah cinta seperti drama-drama Suri Mr.Pilot itu. Setiap pengkisahan didalam buku yang tidak sampai 200 halaman ini, dihujung mata aku, ada basahan air mata, sebab buku ini terlalu bercerita tentang manusia. Terlalu.

Tahniah buat Shamiel Fikri, buat aku percaya pada sebuah buku berbahasa Melayu yang sangkaku telah hilang zamannya. Nama asing ini kini aku letakkan sebaris Khairulnizam Bakeri, sebagai nama penulis yang bukunya harus aku beli, walau berlainan genre, tapi aku percaya tidak kecewa.

Isnin, 26 Disember 2016

I believe I can Fly

I believe I can fly oleh Johan Hamid.

Dari artikel the Star 25 Disember halaman 3

Idea ini sangat menarik bagi aku. Dan kalau boleh aku mahukan setiap buku ini berada di hospital di seluruh dunia. Bukan oleh kanak- kanak sahaja. Tapi semua penjaga dan semua pesakit.

Sejak ayah sakit dulu, aku pernah menjadi caretaker ayah. Dan sejak menyertai NGO berkaitan HIV ini, aku kerap melawat rakan dihospital. Dan aku dapat melihat, hospital adalah tempat penuh harapan dan juga tempat paling suram.

Semua hospital harus menempatkan badut yang menceriakan. Kadangkala situasi yang suram ini yang menyakitkankan. Bukan sakit yang ditanggung.

Ada program Clown oleh NGO doktor-doktor,tapi setakat ini hanya untuk pesakit kanser. Bagaimana dengan pesakit lain.

Dan Caretaker,iaitu mereka yang menjaga,juga perlukan kekuatan yang bukan calang-calang.

Dan buku seperti I believe I can fly ini, pasti akan boleh menjadi penawar buat masa-masa realiti yang suram dan pahit.

Ahad, 25 Disember 2016

Cerpen Hari Jumaat

Nasi Lemak Sambal Sotong oleh Syaihan Shafiq

Ahad, 14 April 2013

Ustaz songsang, fitnah akhir zaman?

Sebenarnya dah lama, aku nak menulis atas perkara ini. Dan harini, baru teringat dengan spontan.

Eh, aku bukanlah ilmuan yang menulis setelah mengkaji berpuluh buku, jika anda mahukan tulisan sedemikian, sila pergi ke blog-blog ilmuan yang terbentang untuk dibaca.

Satu perinsip aku, ujian seksualiti adalah universal.

Aku pernah punya seorang sahabat yang mengajar ilmu agama, tapi dihari tidak bekerja, dia menjalankan aktiviti-aktiviti 'luar biasa'. Dia malu, malu dengan dosanya. Dia tidak pernah memberitahu aku dengan terperinci siapa dia yang sebenar, namun hari demi hari setelah lama berkawan, sisi realiti itu akhirnya lengkap diminda aku.

Ujian seksualiti, terakam didalam al-quran sejak kisah nabi luth. Dan kemudiannya, disuatu waktu lagi, zaman para sahabat, pernah berlaku seseorang yang berwajah amat kacak, yang sering digoda lelaki-lelaki lain, dinasihati untuk pergi ke satu daerah yang lelaki-lelaki disana memang kacak-kacak belaka.

Terlalu banyak kisah orang-orang alim yang terbongkar sifat songsangnya, malamnya merintih sayu dan mengimamkan qiyamulail, siangnya mengurat anak-anak murid yang jambu.

Bagi aku, ujian bagi orang yang berilmu adalah lebih tinggi lagi. Nafsu tidak mengenal belas kasihan, malah nafsu menggunakan kuasa ultraman didalam jiwa seorang yang berilmu.

Dan kawan aku tadi, adalah seorang ustazah.

Bukan aku nak mengembar-gemburkan pangkatnya didalam masyarakat. Cuma aku nak tekan disini, ujian nafsu dan seksualiti tidak lansung memberi laluan kepada golongan berilmu, apatah lagi ilmu agama. Ianya adalah ujian sejak azali lagi.

Dan caci maki serta hinaan orang-orang awam kepada mereka yang berilmu ini apabila sesuatu kehinaan itu terbongkar, adalah ujian lagi kepada golongan berilmu tersebut.

Bukankah setiap perkara didunia ini adalah ujian. Lalu, apabila kita mengetahui tentang perkara ini, mengenali sipelaku, ujian pada kita adalah untuk memilih yang batil ataupun benar. Perkara batil adalah menurut tipuan dunia, dengan menghakimi sipelaku ini. Kebenaran pula, ini hanyalah sekadar pengajaran bagi kita, bahawa tiada satu manusia pun  yang terlepas dari melakukan dosa dan kesilapan, siapa kita untuk menghakimi.

Pilihan ditangan anda untuk menghakimi..dengan ayat-ayat "Ish..ustaz ustazah pun tak boleh percaya sekarang ni, buat maksiat juga, berzina juga, gay juga."

Sedar tak kita bahawa zina dan segala dosa yang berkait seks itu sekadar dosa, dan siapakah dari kita yang tidak melakukan dosa?

Atau pilihan kedua..doakan moga orang itu tabah, sering bertaubat, dan moga Allah kuatkan lagi hati kita dijalan kebenaran, mengambil kisah sipelaku tadi sebagai pengajaran.

Sepuluh tahun dulu, sewaktu aku duduk serumah dengan rakan-rakan seusrah, aku ternganga apabila mendengar kisah ustaz-ustazah dikampung kawanku yang ditangkap berzina. Setelah beberapa tahun kemudian, aku sedar, zina itu hanyalah dipinggir-pinggir pinggan makanan aku.

Dan aku paling suka membaca buku "Dosa" terbitan Buku Fixi. Mengisahkan kisah pelajar-pelajar pondok tahfiz yang mencari adventure hingga menjebakkan mereka kepada dunia homosexual, dadah dan parti-parti liar.



Siapa tahu, mereka yang kita kutuk kerana terdengar nya berita mereka terlibat dengan keruntuhan moral, songsang dan zina, malamnya merekalah abid (ahli ibadah) yang paling banyak menangis kerana taubat pada yang Esa.

Kita? Tidur terbongkang penat main game.

Sabtu, 15 Disember 2012

Ulasan '50 shades of grey"


Novel ni Philip minta aku baca lebih kurang setahun yang dulu, sewaktu aku masih lagi ada hubungan dengan dia. Salah satu tugas aku adalah menterjemahkan buku ni kepada bahasa melayu untuk dia. Setelah beberapa rayuan dan permintaan, dari aku, akhirnya dia berpuas hati andai aku sekurangnya dapat memberi ringkasan padanya setiap bab.

Kini setahun kemudian, aku dan Philip tidak ada apa-apa melainkan kawan.

Semalam aku usai membaca buku ini. Pada awalnya, aku hampir bertindak menjual kembali buku ini kerana tidak tahan dengan keghairahan pada awal bab, antaranya sebab aku sedang amat keras dan mentah menahan keinginan dan nafsu aku sendiri.

Sekarang, membaca buku ini, hanyalah seperti aku baca novel dongeng Si tanggang atau pun cerita dongeng Si Kancil. Atau mungkin, hormon aku semalam telah pulih sedikit.

Baiklah, novel ini berkisar tentang cinta, Anastasia yang telah cinta kepada Mr.Grey yang lebih kaya dari sebarang jutawan, Mr.Grey adalah impian setiap wanita, kacak, dominan, possesive. Kacak kerana memiliki tubuh yang sasa hasil kerja keras di gym dan juga cara hidup yang sihat, dominan hingga memiliki kecenderungan seks yang mungkin tidak normal bagi orang yang normal, posessive hingga boleh sahaja mengetahui setiap gerak geri Anastasia,setiap saat.

Anastasia, gadis naif yang masih perawan beberapa hari sebelum graduat (ya sebelum diambil oleh Mr.Grey), sedikit nakal kebudak-budakan, cantik.

Anastasia, dan Mr.Grey telah jatuh cinta, namun... Anastasia tidak mampu menerima keinginan BDSM  Grey, walaupun Grey seboleh mungkin membawanya dengan cara paling budiman.

Membaca ulasan-ulasan orang lain, ramai yang teruja dengan Grey. Ya, siapa yang tak teruja kalau kekasih boleh datang bila-bila masa dari mana pun mereka untuk mententeramkan anda. Ada juga yang membenci Anastasia kerana bodoh, mengikut sahaja kehendak Grey di Room of Pain, dan menyanjung Anastasia kerana akhirnya berani meninggalkan Grey, kerana dia tahu walau betapa cintanya pada Grey, dia tidak akan dapat menerima kehendak Grey yang satu.

Dalam cerita ni, bagi aku yang paling kesian adalah Grey. Dia sanggup menurut banyak kehendak Anastasia, mengorbankan ego dan segala. Tapi, dia tahu tidak akan dapat menipu dirinya. Dia malah sebenarnya tidak pernah pun berhubungan seks secara vanilla (normal, dengan kasih sayang dan sebagainya), namun kerana cintanya pada Anastasia, dia seboleh mungkin mengawal nalurinya, dan belajar menghargai Anastasia.

Simpati aku pada dia, kerana mungkin aku dulu seorang pengamal bdsm. Aku kenal ramai Dom, yang memang kebal dengan kasih sayang. Lagi tinggi pengalaman lelaki tu, lagi kebal berhati batu mereka.

Anastasia, bila-bila masa boleh melangkah pergi dan kembali pada hidup normal. Tapi Grey? Grey hanya amat bahagia apabila dapat mendominasi kekasihnya. Dia takkan pernah merasa lengkap tanpa itu. Walau kekayaan menjadi hidupnya. Dia takkan mampu menukar hidupnya menjadi vanilla, kerana dia telah berkecimpung dlm bdsm sejak berumur 15 tahun.

Grey tidak pernah melakukan seks secara vanilla, kerana dia sebenarnya tidak pernah teruja dengan itu.

He has everything,but Anastasia's love.

Tanpa BDSM, hidupnya seolah seorang gay, dia tidak perlu wanita. Mungkin orang vanilla (non-bdsmers) tak faham dan tidak akan faham.

Dan aku syukur, aku dapat membaca habis buku ini, tanpa berzina dengan diri sendiri.

Khamis, 2 Ogos 2012

Awak Muslimkah?



Aku selesai membaca "Di Hamparan Shamrock" tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Entah beberapa kali tulisan ustaz moden ini mengundang tangis aku.

Betapa buruknya aku sebagai orang Islam, tetapi tidak berjaya mempunyai pekerti Muslim. Itu belum masuk bab aku tidak pernah dapat memperbaiki diri, malah memusnahkan pula kepercayaan orang lain terhadap aku.

Hina dan sungguh banyak kesilapan aku.

Aku mengikuti tulisan-tulisan Ustaz Hasrizal lama dulu. Dulu dia banyak mengungkap tentang cinta, yang membuat aku berangan-angan untuk menjadi suri buat suami yang soleh. Dia juga pernah berani mengungkap kisah Cinta Songsang Semakin Songsang. Namun kini aku memang tak pandang kisah-kisah suami soleh isteri solehah..cinta kesyurga la bla..bla sebagainya.

Tapi buku ini adalah tentang perjuangan beliau menamatkan pengajiannya yang tertangguh selama tiga tahun, ujian bukan alang-alang. Seorang ustaz masuk penjara, bukanlah perkara yang selalu didengar, melainkan tahanan ISA atau Al-Maunah.

"Manusia yang tidak berani mati untuk sesuatu, tidak layak untuk apa-apa". "Apa yang kau perjuangkan, wahai manusia bernama MUSLIM?"

Bait kata-kata ini membuat aku mengais teresak-esak. Dari dulu aku ingin berjuang, di kampus aku pernah terperangkap dengan politik kampus, hampir bawa musibah, dan kemudian aku mencuba lagi, namun nasib tidak membawa aku kemana. Dan aku akhirnya berjuang sendirian dalam kehinaan.

Tak mengapa, banyak lagi yang perlu aku perbaiki dalam diri aku. Antaranya beban ujian seksualiti. Disini aku menulis berbagai-bagai, tapi dimedan lain aku menulis yang mengundang fitnah.

Isnin, 30 Julai 2012

#Cekik- Ridhwan Saidi


Aku usai membaca dua buah buku Fixi. Salah satunya bertajuk Cekik. Buku ini memberi gangguan kepada fikiran ku sedikit. Kisah seorang budak lelaki yang telah dicabul sewaktu kecil oleh bapa angkatnya, dan kemudian bersekedudukan dengan kekasih yang rupanya adalah ibu kandungnya. Dan cerita ini berakhir dengan dia menjadi suspek utama pembunuhan seorang imam yang juga ditemui mati dengan kesan liwat.

Bagi aku, buku ni nak menunjukkan orang alim adalah gila seks. Ini nyata bila binaan mihrab diterangkan dengan teliti. Dan imam itu pada mudanya memperkosa seorang gadis berusia belasan tahun di mihrab masjid. Imam itu juga mati dicekik dan diliwat di mihrab tersebut.

Gadis itu digari. Dan diikat kaki.

Pertama disini, ingat mudah kah seorang kampung yang tiada internet nak memiliki gari? Gari pun bukan mudah untuk dimiliki bagi pengamal bdsm. Untuk pengetahuan, pihak courier dalam negara ni pun boleh menggeletar lutut nak menguruskan gari. Dan tak lepas di kastam pun. Pihak yang menjual gari ni, mesti punya kabel besar di balai.

Dalam cerita ini, dipersoalkan tindakan imam itu membesar anak angkatnya tanpa didikan agama, imam selalu berada disurau sahaja.

Dan kenapa imam ni tidak berkahwin sehingga tua?

Nak kata tak bernafsu, boleh pula memperkosa.

Ya, maafkan aku, aku bernafsu nak membaca novel ini semata-mata kerana tajuknya. Dan, cerita ni berjaya sedikit mengungkap fetish cekik pada sesetengah manusia. Cekik digunakan didalam permainan kerana dua perkara. Pertama kerana ia mengundang rasa dominasi yang tinggi, melihat seseorang itu menggelepar dan kuasa berada ditangan pendominasi. Kedua, rasa sesak nafas dan ketidak upayaan mengawal diri juga boleh membawa keterujaan kepada orang yang didominasi.

Namun setelah mencecah muka akhir buku ini. Aku rasakan buku ini terlalu sinis kepada agama.  Aku harap orang Islam yang menulis buku ini tidak berniat menyindir Islam, sebaliknya sekadar menempelak penganutnya.

Oh, satu ilmunya dari buku ini. Ianya menyebabkan aku menggoogle "Homosexuality in animals".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...