"Bad things happened, but you still can live"-Super 8(2010) (Demi malam apabila telah sunyi,Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada pula benci kepadamu, Dan sesungguhnya akhir itu (akhirat) lebih baik bagimu dari permulaan(dunia).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Ad Duhha: ayat 2 hingga 5)
Khamis, 2 Ogos 2012
Awak Muslimkah?
Aku selesai membaca "Di Hamparan Shamrock" tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Entah beberapa kali tulisan ustaz moden ini mengundang tangis aku.
Betapa buruknya aku sebagai orang Islam, tetapi tidak berjaya mempunyai pekerti Muslim. Itu belum masuk bab aku tidak pernah dapat memperbaiki diri, malah memusnahkan pula kepercayaan orang lain terhadap aku.
Hina dan sungguh banyak kesilapan aku.
Aku mengikuti tulisan-tulisan Ustaz Hasrizal lama dulu. Dulu dia banyak mengungkap tentang cinta, yang membuat aku berangan-angan untuk menjadi suri buat suami yang soleh. Dia juga pernah berani mengungkap kisah Cinta Songsang Semakin Songsang. Namun kini aku memang tak pandang kisah-kisah suami soleh isteri solehah..cinta kesyurga la bla..bla sebagainya.
Tapi buku ini adalah tentang perjuangan beliau menamatkan pengajiannya yang tertangguh selama tiga tahun, ujian bukan alang-alang. Seorang ustaz masuk penjara, bukanlah perkara yang selalu didengar, melainkan tahanan ISA atau Al-Maunah.
"Manusia yang tidak berani mati untuk sesuatu, tidak layak untuk apa-apa". "Apa yang kau perjuangkan, wahai manusia bernama MUSLIM?"
Bait kata-kata ini membuat aku mengais teresak-esak. Dari dulu aku ingin berjuang, di kampus aku pernah terperangkap dengan politik kampus, hampir bawa musibah, dan kemudian aku mencuba lagi, namun nasib tidak membawa aku kemana. Dan aku akhirnya berjuang sendirian dalam kehinaan.
Tak mengapa, banyak lagi yang perlu aku perbaiki dalam diri aku. Antaranya beban ujian seksualiti. Disini aku menulis berbagai-bagai, tapi dimedan lain aku menulis yang mengundang fitnah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
menyedari bahawa masih ada kekurangan diri adalah turning point ke arah perubahan. selagi gelisah dgn perkara di sekeliling kita bermakna mungkin ada perkara yang perlu diperbaiki.
BalasPadamcinta sejati membawa ke syurga.
cinta sebaliknya membawa ke neraka.
pakcik nampak begitu banyak nilai murni dan positif dlm diri DA
doakan yang terbaik utk DA
p/s- private emel ya. pakcik nak kirim sticker :)
ok check your inbox pakcik ahp.
Padamsaya pun suka ust hasrizal, saya ada buku rindu bau pohon tin.. buku itulah yang membawa perubahan kepada hidup saya..
BalasPadamsaya akan beli juga buku ni, suka kata2 ustz.. yeap ust moden!
nak cari jugalah buku rindu bau pohon tin. buku2 dia yang lain banyak berkisar cinta dalam islam, yang saya kini memang nak elakkan..sebab maals nak fikri bab cinta2 dah ni.
BalasPadam