Pagi ni, aku sebak waktu membaca quran. Ma diluar bilik, Pa juga menonton tv. Entah apa yang mereka fikirkan saat mendengar bacaanku berbaur tangisan.
Mungkin mereka sangka aku masih berduka dengan kegagalan perkahwinanku.
Tidak, duka tentang itu telah tidak wujud bagi aku, tiada apa yang perlu aku tangiskan untuk itu.
Tangisku, kerana semalam aku hampir tewas. Aku kembali berforum di komuniti bdsm. Aku malah mengajak Deanna bercuti.
Ujian inilah yang paling payah bagi aku. Entah kenapa nafsu tidak pernah berkurang. Dan aku tidak tahu mahu bercerita dengan siapa.
Doa ku pada tuhan, aku tidak kisah kalau disyurga tiada bidadari atau pasangan sejati ku, aku mahu mati dalam keadaan aku tidak derhaka padaNya.
Aidid, rakan bdsm ku yang masih online dan kadangkala jadai mangsa tempat pengaduan cuba untuk faham mengapa aku seharusnya tidak mengajak Deanna kerumah, dia juga cuba untuk faham kenapa aku ingin berhenti dari terlibat dalam bdsm. Sekurang-kurangnya dia Islam, solat dan tahu hukum, walau dia tidak senegara dan sebangsa denganku. Tapi aku tahu, dia tidak dapat berbuat apa-apa, dan aku tidak boleh terlebih mengadu dengan dia, kerana dia juga pernah beberapa kali mengajak aku untuk session. Lelaki, apa lagi yang dicita kalau dah ada yang bagai menjemput?
Aku tak mahu bermukah dengan perempuan atau lelaki, aku tak mahu serahkan seinci pun tubuhku pada bukan yang halal.Tolonglah bertahan, tolonglah. Kalau aku kembali pada Deanna, mengucup bibirnya yang mungkin berakohol dan saling melunaskan, walau aku sedar dia bukan milik aku bermaksud segalanya sia-sia.
Apatah lagi andai aku mula ...
kadang-kadang, aku nak luah pada Zaid, cepatlah nikahi aku, walau aku tak menyintai dia dan aku tahu dia pun belum sebenarnya menyintai aku dan dia juga belum lagi dapat membuktikan pada kedua ibu bapaku yang dia mampu menjadi suami. Dia masih belum mempunyai pekerjaan. Dan apa motifnya aku mengajak dia, sedang aku belum tahu samaada aku bersedia menjadi seorang isteri. Aku cuma mahukan teman yang faham aku.
Aku tahu hanya lelaki dominan yang menyayangi sepenuhnya yang akan dapat melupakan aku sepenuhnya pada bdsm dan juga perempuan. Zaid tiada itu.
Dan entahlah, beberapa hari lepas, aku mimpi, sekali lagi aku dinikahi lelaki yang tiada keinginan pada aku.
Aku sebenarnya bukan terlalu menginginkan perkahwinan, aku inginkan sesuatu yang boleh menghentikan aku dari ujian seksualiti ini.
ps: baru terima link dari seorang sahabat...istighfarlah penawarnya.
Alhamdulilah awak baca, mula2 post takut juga.. tapi saya yakin dengan Allah yang awak akan baca hehe..insan apabila di sentuh hatinya tetap akan terasa payung rahmatNya sebab ini adalah fitrah manusia.
BalasPadamLa tahzan sahabat, biar saya ajar awak satu benda.. awak tengok video yang saya bagi ni kemudian awak menangis sekuat-kuat hati..lepas tu awak akan lega dan kembali berjuang.
http://www.youtube.com/watch?v=ei1a203c2mM&feature=player_embedded
tengoklah.. yakin dengan diri awak, saya sangat yakin dengan awak sejak mula baca blog awak.. sb saya yakin dengan Allah.
Kalau nak teman sembang, mesej saja saya di facebook.. Insyallah saya boleh jadi kawan awak. :)
la tahzan sahabat! Allah bersama dengan orang2 yang sabar.. dan setiap kejadian ada hikmahnya.. hubungan awak dengan Allah selepas apa yang awak lalui sangat istimewa.. masakan tidak awak mampu menangis ketika membaca ayat2 Allah.
terima kasih, awak.
Padamterima kasih amat sangat.
kadang kadang Allah uji kita sebab setelah itu Dia mahu kurniakan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Bertabah dan kuatkan semangat.
BalasPadamthanks awak.
BalasPadam