Halaman


Isnin, 13 Ogos 2012

Aku ini binatang jalang

Aku rasa aku nak tukar sajak ini.

Aku ini seorang musibat, siang kata taubat malam buat maksiat
Aku ini seorang musibat, sekejap kata mahu taat sekejap tahu saja apa perlu dibuat
Aku ini seorang musibat, mengadu pada tuhan setengah saat, derhaka pula beribu saat
Aku ini seorang musibat, orang pandang baik, tapi sebenar tabiat macam taik

Tamat.

Aku ini seorang musibat ya allah..
Bilakah aku akan dapat menyekat nafsu haramku, ya Allah.
Bilakah aku akan kenal istiqamah, ya Allah Bukan tidak pernah aku meninggalkan mu dan menjahanamkan iman, ya Allah Aku ini musibat ya Allah..
Layakkah aku meminta agar aku mati dalam keadaan aku rindu padamu?
Sedang nafsu yang bergelumang didalam hati aku ni tak pernah mengalah bila diminta.
AKu tak pernah menolak bila dipinta, kerana aku takut dia terluka, si musibat ini lupa akan sedang pada Mu dia derhaka.

Ya Allah. Apa yang harus aku kata pada dia. Pada dia ada nikmat yang senantiasa bergolak pada aku. Dan dia tak pernah faham...sebab bukan tuigas dia untuk faham. Ramadhan ini aku berani derhaka, apatah lagi waktu saat syaitan mula mengambil tempat.

Apa yang perlu aku buat Ya Allah.
Apa yang perlu aku buat Ya Allah.
Apa yang perlu aku buat Ya Allah.

Kalau orang berzina boleh berkahwin. Aku, zina sejuta kali dengan dia pun takkan jadi halal. Mungkin harus pergi tukar jantina..ya itu jadi bodoh lagi sejuta kali. Tolonglah aku Ya Allah, si musibat ni kadangkala jadi amat bodoh dan bangang.

10 ulasan:

  1. jauhkan diri dari orang orang yang awak rasa boleh membinasakan awak. saya doakan awak kuat. lebih kuat dari semalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hanya dia seorang yang ada dekat dengan saya, disini. dia manusia yang faham saya, saat ini. dan saya manusia biasa, ada waktu perlukan kawan, teman..yang terima saya seadanya.

      Padam
  2. Masih ada harapan saudara ku, insyallah.. awak akan berubah menjadi lebih baik.. penyesalan adalah yang terbaik. Ust kata kalau hambanya menyesal atas apa yang di lakukan Allah menukar dosa kepada pahala... yakinlah Allah maha pengampun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. awak, saya tak pasti perasaaan apa yang ada pada saya. saya cuma rasa, buruk... Kalau menyesal, perasaan itu tidak ada. cuma ada ialah perasaan malu pada tuhan, perasaan..ya allah..hinanya aku buat benda ni...lagi. dan saya tak tahu bila saya akan berhenti.

      Padam
  3. Itulah penyesalan, perasaan.. kadang-kadang nak berdoa pun malu... malu untuk menadah tangan .. kita hanyalah insan biasa yang tak terlepas dari dosa dan noda.. hanya sebuah kemaafan yang kita perlukan.. kuatkan hati sahabat.. insyallah. Saya yakin awak akan melalui fasa yang sukar ini dan suatu hari nanti cahaya mula menyinari lorong yang gelap ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya dah lalui fasa ini sejak saya berusia 26 tahun, dan sekarang saya berumur 32 tahun. Benar, berjuang tu, syahid atau menang. Saya tak tahu saya akan menang kah, kerana...hidup saya penuh dnegan drama dan ujian, sya syukur andai saya mati dalam tempoh terdekat, kerana saya takut hidup bergelumang dengan dosa.

      Padam
  4. assalamualaikum,
    pakcik ada dan faham.
    teruskan perjuangan.

    BalasPadam
  5. walikumsalam, saya takut satu hari nanti, pakcik..dan teman lain akan jemu. Kerana jalan saya ini kadangkala nampak terlalu panjang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jalan itu tidak ada pendek atau yang panjang. It will always be continuous. During that continuous journey we will experience so many challenges. These challenges are tests from Allah to make us stronger. So, know that He will always be there.

      He will provide us with ease if we ask from Him. But for Him to grant us that ease, we need to do what He has asked us to. To know what He wants us to do, we need to seek that knowledge. Ask from the knowledegable one.

      Sister, may Allah provide you with guidance in this life. Ameen.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...