Bagaimana andai kau ditakdirkan jatuh cinta? Amat sangat. Kau dan dia amat intim. Dan dia paling menerima kau seadanya. Dia menerima kau walau kau berbaju atau tidak. Dia menerima kau, walau kau buat apa kesilapan pun.
Tapi, sayang, cinta kau dan dia sering mengundang dosa, malah tidak pernah halal.
Buatlah apa sahaja, bayarlah setinggi mana pun mahar, dia bukan untuk kau.
Sakit. Amat sakit. Dan dia amat bekehendakkan engkau. Dan dia kadangkala tidak mahu fahami, kenapa tidak kau lunaskan keinginan yang juga ada pada kau. Malah menggila.
Kau pernah rindu hingga mengalir air mata? Ya, kadangkala aku jadi cengeng. Selalu.
Aku tahu, hanya satu ubatnya. Isilah hati dengan cinta pada Illahi. Saat itu tiada cinta yang tertanding. Tapi, ianya juga bukan mudah. Tiada siapa pernah berkata cinta menuju Allah itu mudah.
Kadang-kadang, aku harap andai aku ditakdir tak punya hati dan nafsu. Tapi, aku manusia. Kadangkala hati memberontak..ahh..langgar sahaja segala batasan persetankan segala hukum. Jadi perjuangan aku selama ini sia-sia? Kalah? Tewas?
saya tidak mengalami ujian seperti saudari. Sempena ramadhan ini ..saudari solat di malam hari dan doa banyak2 kat Allah .. Insyallah Allah maha mendengar doa hambanya.
BalasPadamInsyallah... Insyallah Insyallah.. saya yakin saudari insan terpilih. Pilhan Allah untuk menghadapi cabaran ini..
:)
InsyaAllah, moga takdir Allah ini ...tidak menuliskan saya ini ditakdir derhaka padanya dihujung waktu nanti
BalasPadam