Halaman


Ahad, 19 Ogos 2012

Cinta yang mengundang sengsara

Hariini, entah bagaimana setelah mendengar khutbah aidilfitri, aku jadi tahu kenapa aku bersedih sepanjang beberapa hariini.

Kerana aku mencapai tahap, aku benar-benar menyintai Deanna.

Lantas semua yang ada didunia ini aku rasakan menjadi penghalang. Dan aku juga seolah sukar nak bernafas kerana aku asyik mengingatkan diri aku..."kalau lah dia ada dengan aku", Dan difikiran aku juga seolah mengasak pemikiran aku menentang diri aku sendiri. Aku asyik tertekan denga perasaan kenapa aku tidak boleh bersama dia.

Bayangkan, keluarga sibuk dengan persiapan aidilfitri, tetapi fikiran aku asyik teringatkan dia. Dalam kepala otak aku ni, aku sekadar fikir bila nak mencari masa bersama dia. Dan aku amat marah bila aku ditegur oleh orang lain yang terlalu kerap dengan dia, dalam fikiran aku ada satu perasaan tertekan, kenapa orang lain tak boleh terima yang aku menyintai dia, dan selalu ada rasa membuak marah...ooh..kalau pasangan normal kahwin dan asyik mahsyuk berdua, tiada siapa marah.

Fikiran aku dah mula menentang semua persekitaran aku.

Dan dalam masa yang sama, aku tahu perkara menyintai dia adalah salah, tetapi aku tidak sedar bahawa aku menyintai dia sampai tahap begini.

Ya Allah. Benarlah, aku dah menyintai dia sangat. Sampaikan dihati aku sukar nak masuk apa-apa kebahagiaan selain dia.

Memang sejak akhir-akhir ini, aku sukar nak ketawa, walaupun menonton filem lawak. Letaklah segala Ice Age ke madagascar ke, semua cerita tu sebaliknya bertukar menjadi sedih. Kerana aku hanya fokus pada babak sedih.

Nasiblah dia agak enggan berpindah kerumah ku kembali, akibat sedikit terluka dengan perkahwinan aku yang lepas. Kalau tidak, memang hidup aku berputar menjadi siapa aku sebelum perkahwinan tu.

Aku mesti belajar berhenti menyintai dia. Anggap sahaja dia sebagai sahabat. Dan, aku harus mengekang nafsu aku. Serta, kalau boleh aku perlu berbincang dengan dia. Walau ini kali kesejuta pun aku menerangkan perkara ini pada aku, andai dia sahabat aku, dia akan terima. Jika tidak...

Marilah meluahkan cinta dan masa aku pada game kehkehkehkeh...


2 ulasan:

  1. :) hehe main game best boleh lupa segala masalah.. jangan sedih tau.. letak cinta pada Allah no satu, doa buat diri sendiri, doa buat keluarga dan teruskan melangkah.. awak akan jadi yang lebih baik Insyallah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah, thanks awak.hehe. awak juga tau.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...