Halaman


Selasa, 14 Ogos 2012

aku dan dia

Memang apa yang berlaku dua hari lepas, buat aku rasa bersalah, buat aku rasa hina sangat pada tuhan, dan aku tak tahu entah berapa banyak istighfar yang boleh aku buat untuk hapuskan dosa tu.

Aku dan dia, kami pernah hidup macam suami dan isteri. Mengucup dahinya setiap pagi bila dia ke kelas, dan mengucup bibirnya sewaktu aku pulang dari kerja. Dan tidak dikira bagaimana setiap malam kami menikmati kehidupan dunia yang mengasyikkan.

Tiada manusia yang menerima aku seadanya setakat ini. Kecuali, ya..Amir..
Bayangkan, saat tinggal serumah, aku akan berkejar pulang, kerana ada satu perasaan berbunga-bunga untuk pulang. Sejak itu, aku terlampau sayangkan dia. Walaupun aku tahu, dia tidaklah berperasaan begitu pada aku, kerana dia adalah seorang pansexual. Atau kata mudah, dia sebenarnya straight, aku yang sengetkan dia. Dia mudah menyintai kerana sexual. Yang pasti, dia bukan lesbian.

Waktu aku bercinta dengan Amir dalam lima bulan, Amir pernah mencemburui dia. Tetapi, waktu tu cinta aku pada Amir tidaklah dalam.

Aku sedar, aku amat menyintai dia, Deanna.

Hingga aku sedar, aku tidak akan berjaya melepaskan diri dari perasaan aku pada dia. Bila-bila masa andai dia datang pada aku, aku tak pernah dapat menolak untuk tidak memuaskan nafsu kami. Kerana cinta aku pada dia amat kuat.

Dan, aku tahu, kerana itu juga mempengaruhi sebab aku menerima lamaran dari si kurus. Kerana aku ingat, dengan berkahwin, aku akan dapat melupakan cinta haram ku ini. Ternyata, ujian tuhan pada aku, bukan tamatnya disitu.

Sekarang ni, satu demi satu kawan-kawan yang menjadi rakan ke sinema dan tempat mengadu, menghilang. Sya memutuskan hubungan dengan aku, kerana sikap baran ku. Rakan rapatku Hazim, yang juga seorang lelaki gay, telah ku putuskan hubungan atas beberapa sebab.

Jadi, bila sunyi, aku akan cari Deanna.

Aku tak tahu, sampai bila.

4 ulasan:

  1. istifar yang ikhlas diterima tuhan, usah di fikirkan tentang kuantitinya ..


    Insyallah... Allah maha pengampun.

    BalasPadam
  2. memang Allah maha pengampun. tapi saya sedang fikir dan sentiasa berfikir bagaimana nak berhenti dari dosa ni. bukan tak pernah saya bgtahu dia yg saya nk berhenti. tapi saya sendiri yang tak tahan. pantang dekat nafsu syaitan mmg guling2 la gelakkan saya.

    BalasPadam
  3. Hadir bersama iringan doa dan sokongan utk sebuah perubahan dan kekuatan yg bakal dikumpulkan. insyaAllah..

    BalasPadam
  4. moga doa dimakbulkan, sebab ada waktu, saya dah terlalu lemah.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...