Halaman

Sabtu, 30 Jun 2012

Topi hitam si Masokis



Waktu aku kecil dulu, aku sering dibebel oleh abang kerana aku adalah seorang yang amat negatif. Dan abang yang selalu cuba merawat sifat aku yang satu itu. Tapi seperti biasa, hidup diteruskan dan abang punyai keluarga sendiri sejak aku meningkat remaja, dan raksasa kecil bertopi hitam ini kini menjadi malaikat gelap pula.Haha.

Kalau aku menulis, segalanya sayu dan amat masokis. Kalau menonton filem, aku amat puas bila menonton filem yang hujungnya menyeksa watak utama sepuasnya.

Dan dalam bdsm ya, anda pasti tahu apa role aku yang sebenar. Wajarkah aku perkenalkan bdsm didalam blog ini. Cukuplah kami punya laman kami tersendiri, yang difahami oleh kami-kami juga.

Aku menjadi orang paling impact apabila aku dalam keadaan amat tertekan dan kecewa. Dan selalunya benda ni bukan aku yang minta, benda mudah datang pada aku.

Namun sebagai si pemakai topi hitam, aku selalunya akan nampak banyak perkara sebelum ia berlaku, apa yang orang paling harap ia tak berlaku, selalunya telah berada difikiran aku dulu, cuma nak menghadapinya tak semudah membayangkan.

Deanna benci tabiat aku ini, kerana ia menyebabkan aku sukar untuk percaya orang yang hampir dengan aku. Kadang-kadang aku lebih mudah percaya orang asing, kerana orang asing itu selalunya tidak akan mencederakan aku terlalu dalam.

Ya apa khabar Deanna, dia sibuk dengan study, dan aku pun sudah tidak mahu memulakan niat untuk mengganggunya. Kata Deanna aku unbelievable naughty, jadi kalau aku mula susah nak berhenti.

Jumaat, 29 Jun 2012

Jalan pulang

Alhamdulillah.

Kadang-kadang aku takut nak tulis perkataan-perkataan yang elok dalam blog ni, sebab aku rasa blog ni banyak mencatatkan kisah aku yang kotor. Kisah aku berzina dengan perempuan, kisah aku terlibat dalam bdsm. Dan pelbagai lagi.

Kadangkala aku rasa nak tutup blog ni, selain dari ia membahayakan privasi aku, andai kata ia dibaca oleh ahli keluarga ku. Walaupun kisah aku dan Deanna, hampir pun telah diketahui oleh seluruh keluargaku, akibat dari proses perceraian yang aku lalui. Namun banyak lagi lapisan yang aku catatkan disini terlalu jujur dan sukar untuk orang lain menerima.

Didalm hidup ni, yang paling besar adalah nafsu. Dah berapa lama aku menurut nafsu. Dan aku tidak tahu apa yang akan jadi pada aku esok, adakala aku tahu kemungkinan untuk aku kembali ke zaman gelap aku boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Tapi aku percaya, tuhan itu ada, dan aku ada tuhan.

Kalau ingat balik tujuan aku hidup kedunia ni sepatutnya untuk Allah, tapi dah berapa liku aku terpeson dan esok lusa belum tentu aku jumpa balik tujuan aku. Aku sayang Deanna, tapi aku tahu aku tidak akan dapat bertemu dengannya di syurga, iaitu sebaik-baik tempat yang kekal, sebab dia penganut triniti. Aku sayang Sya,dan aku doakan satu hari nanti dia akan jumpa cinta yang halal.

Jalan pulang tu jauh dan kadangkala rasa macam tak mampu. Tapi aku yakin, tuhan itu maha penerima taubat.

Selasa, 26 Jun 2012

Kunci Syurga- The Muhibbains



Tujuh tingkat ada rumah
Tiap rumah ada pintu
Tiap pintu ada kuncinya
Tahukah kunci yang utama

Dalam rumah amat indah
Indah tak bisa dibayangkan
Makin tinggi makin berharga
Paling tinggi Firdausi A'ala

Dari sini hingga ke sana
Ada waktu tinggi dan rendah
Jauh dekat terus usaha
Jangan putus asa rahmatNya

Jalan elok ikut Ulama'
Para ahli waris Anbiya'
Bawa panji cahaya mulia
Panji kasih sayang Baginda

Jalan pulang bukannya mudah
Musuh nafsu ajak menyerah
Maha Bijaksana Rabbuna
Beri bekal dengan Mahabbah

Mohon taufiq mohon hidayah
Agar selamat dari fitnah
Jangan pulang tanpa kunciNya
Tanpa kunci tiada makna



sumber gambar

Larangan menyerupai jantina lawan



  Laki-laki yang sengaja menyerupai wanita dalam berpakaian, berdandan, bertingkah laku, berbicara, bergaya dan sebagainya adalah haram. Demikian pula wanita yang menyerupai laki-laki, berdasarkan hadits-hadits sebagai berikut :


عن ابن عبّاس رضي الله عنه قال: لعن رسول الله صلّى الله عليه وسلّم المتشبّهين من الرجال بالنّساء والمتشبّهات من النّساء بالرجال -رواه البخاري


Dari Ibnu ‘Abbas RA, ia berkata, “Rasulullah Shollallohu 'Alaihi Wasallam mela’nat orang laki-laki
yang menyerupai wanita dan para wanita yang menyerupai laki-laki”. [HR. Bukhari]



Dan dalam hadits lain disebutkan..


Dari Abu Hurairah Rodhiyallohu 'Anhu dia berkata, "Rasulullah SHollallohu 'Alaihi Wasallam mela’nat orang laki-laki yang memakai pakaian wanita, dan wanita yang memakai pakaian lakilaki".
[HR. Abu Dawud juz 4, hal. 60, no. 4098].


صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ قَالَ
ثَلاثَةٌ لا يَدْخُلُونَ اَلجَنَّةَ اَلعَاقُّ لِلوَالِدَيْنِ
وَالدَّيُّوثُ وَرَجُلَةُ النِّسَاءِ
Dari Ibnu Umar r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tiga golongan yang tidak akan masuk syurga.
Orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya ,
acuh ta'acuh dan perempuan yang menyerupai lelaki
Hadis riwayat Nasaai, Jazzar dan Hakim


Saya bukan orang baik, saya tahu hidup saya banyak lapisan, saya tahu saya banyak kelemahan. Tapi saya akan buat apa yang saya tahu, dari ilmu yang sedikit yang tersampai pada saya.

Kalau ikut nafsu saya, saya usung Deanna setiap malam. Kalau ikut hati saya, saya tidak bertudung. Kalau ikut hati saya, saya tidak tempuhi perkahwinan yang sementara itu, sebaliknya migrasi ke Thailand bersama Deanna. Kalau ikut saya, saya dah buat hubungan seks dengan lelaki yang hanya nak tubuh saya tapi tidak terniat nak menikahi saya. Kalau ikut hati saya, saya dah cabul Sya, sewaktu kami tidur sama, waktu dia baru berpisah dengan partner dia. Kalau ikut hati saya, saya dah makan pil hormon dan buat pembedahan jantina.

Tapi, saya takut. Saya tidak mahu jadi orang lain, saya nak menjadi diri saya..dengan mengikut lunas ilmu yang sedikit ini. Biar orang kata saya hanya sekadar pakai tudung tapi tetap tak serupa perempuan lain, biar orang kata saya nama je pakai tudung tapi buat aktiviti bdsm (alhamdulillah saya mampu bertahan sejak tahun lepas, mengatakan tidak pada siapa yang mengajak). Saya tahu saya kotor. Saya pernah disentuh oleh yang bukan halal.

Dan saya juga tahu, saya bodoh kerana tidak mengikut apa yang membahagiakan hati saya. Saya tahu, saya ini seorang yang loser dimata anda.

Saya tak kisah, saya cuma buat apa yang saya yakin betul.

Isnin, 18 Jun 2012

Kalau kita sendirian..

Sya haritu tanya aku secara lansung dihadapan seorang kawan kami yang juga PLU. Tergamam juga aku. Aku mengiya kan.

Sya tak berhujah, walau aku sering keluar dengan Deanna.

Deanna dah menjauh. Sya, kadangkala hadir. Farid sekadar teman ke sinema. Tiada siapa lagi, semuanya sekadar teman.

Seorang teman online mencadangkan aku mendaftar di web mencari jodoh. Aku ketawa. Secara jujur, ya, ada juga aku risik-risik disitu. Jangan hipokritlah, siapa antara kita yang nalurinya nak hidup sendirian, tiada siapa yang memilih andai itu bukan pilihan akhir.

Kata aku pada teman itu, benar, aku mahu zuriat, jam biologi aku dah melolong agaknya. tapi aku siapa? perempuan yang tidak seperti perempuan. Simpang malaikat 44 lah nak dipandang sebagai bakal isteri.

Perwatakan aku dah tak boleh diubah, walau berkali aku cuba berubah. Aku kenal diri aku, hanya lelaki dominan sahaja yang akan menjumpai sifat wanita aku. Tetapi berapa ramai lelaki seperti itu yang wujud dan memandang aku?

Senang saja teori ku, dengan wanita aku bersifat melindungi, protective lebih kurang. AKu yang buka pintu kereta, aku yang bayar semua bil, aku yang menjeling jika mereka diusik, aku yang meneman mereka berjalan sendirian. Jadi lelaki biasa yang punya ego tetapi tiada sifat lelaki akan sengsara dengan aku, sebab aku tidak tahu bagaimana nak melayan mereka. Kalau aku menjaga mereka seperti aku menjaga perempuan aku, ego mereka akan meletup. Lalu,beberapa rakan bdsm, yang kenal aku, tahu, hanya lelaki yang bergelar dom sahaja akan dapat menarik keluar sifat wanita aku. Ini naluri aku, aku kekok andai tidak tahu fungsi dalam sebuah hubungan.

Kata-kata tajam aku pada sikurus.."Ini rupanya lelaki, sifat lelaki,bila tak sayang, lansung tak mahu pandang, jauh lagi menyentuh, dingin."

Aku tahu, separuh dari diri aku mengalah, dan bersedia untuk berdiri sendiri, dan separuh dari diri aku menahan untuk tidak memandang buruk pada semua lelaki.

Kadang, kadang, aku bertanya pada diri aku, cacat dimana aku hingga tak dipandang lansung oleh si adam. Aghh..apa perlunya aku pada si adam.

Biarlah aku sendirian, pada perempuan pun aku menundukkan diri, pada lelaki..aku masih gerun. Jaga solat, itu saja yang aku cuba mulai, cinta pada tuhan tidak akan kecewa.

Dan aku tahu, jauh disudut jati aku, aku masih menyintai sikurus. Dia sempurna dimata aku dna dihati aku, cuma kami tidak diizin tuhan untuk bersama didunia.Kami cuma hamba, terserahlah pada yang Esa.

Untuk itu, moga aku dan dia tabah. Tuhan, kalau boleh, kau panggillah kami menghadap mu segera, kerana hidup didunia ini amat penat.

Isnin, 11 Jun 2012

sayang,saya masih disini.

semalam, aku jumpa deanna,akibat masalah keluarga,dia amat murung dan sedih. aku cuba mendengar apa sahaja yang diluahkan. aku tahu aku tidak lagi sentiasa disamping dia,dan kehidupan dia tidaklah mudah untuk dilansungkan kini.

dia:awak tak ubah apa yang awak tekad haritu kan?

aku mengangguk. sambil aku bisikkan kata semangat pada dia dan meminta dia menjaga dirinya. dekat,aku mendekatkan bibirku kedahinya. dia hampir cuba menepis.lembut.

dia:you said you no longer have feeling towards me.
aku:you know if ever said that its because i have to. its still there ..but i cant.
dia:because you start hangout with sya?
aku:you know me,i said i have to..not because i have someone,its because..sesuatu yang mencipta i.
dia:HE knows both of us still are virgins.
aku: but..still..ah..i had explained.but,dear..i still..care.my feeling towards you never change.

dan dahinya kukucup. dia senyap. aku yahu suasana hening. tanda kerinduan itu masih ada.

Rabu, 6 Jun 2012

Syahwat seorang perempuan

Nafsu itu amat besar. Beberapa hari yang lepas, aku bercuti dan aku sebilik dengan sepupuku. Gadis remaja yang baru meningkat naik. Cantiknya lebih dari amoi cina kedai hotlink yang aku selalu usik. Tidur dengan dia, sebilik dia, melihat dia memakai baju malam, dengan paha yang gebu.

Berat.

Memang berat, berat tak berat, sampai aku mesej Sya yang aku gersang. Tergelak dia, sambil bertanya kenapa aku tidak menghubungi Deanna. Aku tahu, kalau aku hubungi Deanna, bermaksud memang aku menempah maut. Pastinya Deanna akan mengajak aku melunaskan nafsu. Sya pula aku tahu, tidak akan mengizinkan aku menyentuh dia kerana dia bukan milik aku.

Dahlah, aku telah berjanji tidak mahu melunas dengan tangan sendiri. Sengsara.

Syahwat ni amat jahat, dengan saudara sendiri yang masih remaja pun nak membuak. Susahnya Ya Allah.

Aku teringat seorang Master (Dominan dalam pengamal bdsm) pernah memberitahu aku, andai aku nak matikan nafsu, letakkan ais dibahagian belikat atau tengkuk. Tapi jangan buat selalu, nanti merosakkan kesihatan. Tak berani pula aku nak buat.

Masa ni aku memang hampir tak kisah dah aku rasa, kalau perempuan depan aku, memang aku lenjan betul-betul. Memang hati aku tergerak nak telefon Deanna. Tapi, aku tanya diri aku balik betul ke aku nak, betul ke aku nak ajak Deanna balik. Dan Deanna pun ada hati dan perasaan, bukannya hamba sex aku. Walaupun aku tahu dia memang akan rela jadi hamba sex aku.

Banyak kali aku istighfar, depan aku ni bukan orang lain, tapi saudara aku yang membesar didepan mata aku. Dia hormat aku sebagai saudara yang lebih tua. Haiih..setan betullah.

Jadi, usaha aku, aku cuba jaga solat sepanjang aku kena duduk sebilik dengan saudara aku tu. Mengaji sikit, biar hilang setan kat kepala aku ni. Kalau orang lelaki, gersang boleh minta kahwin, aku ni dahla perempuan, tak sanggup lah aku nak buat drama "encik tolong nikahi saya" dahlah bukannya cun macam pelakon pun. Dan aku tahu, aku kena sentiasa berusaha untuk tidak beri peluang pada diri aku untuk hubungi Deanna.

Ah..syahwat..syahwat..kenapa kau hinggapi aku.

FTM batasan horizon



Mereka yang melepasi horizon FTM . FtM satu masa dulu menjadi kajian aku. Aku menjumpai data seorang FtM melayu, beragama Islam, warga Singapura. Dia menghadapi konflik dengan keluarga sejak dia membuat pembedahan dada. Dan kini masih mengumpul dana untuk membuat pembedahan genital yang sekaligus akan menjadikan dia rasmi sebagai 'lelaki' didalam mana-mana dokumen.

Maaf, aku tidaklah terfikir hingga sebegini jauh. Malah secara fizikal aku adalah wanita tulen, cuma perwatakan pun dan kurang maskulin. Cuma cara hidup aku yang amat selamba dan sederhana, membuatkan masih ada beranggapan aku tak sama seperti perempuan lain.

Senang saja, apa pun yang terjadi didunia ini sementara sahaja, Allah larang hambanya mengubah jasadnya yang dikurnia tuhan semata-mata mengikut keinginan, jadi bila nak pulang pada tuhan nak jawab apa?

Sabtu, 2 Jun 2012

Aku tidak mahu membenci!


Minggu lepas, tiba-tiba Frank hubungi aku, tanya aku samada mahu melibatkan diri semula dengan bdsm, sekurang-kurangnya play balik dengan dia. Dia ada dengar tentang perceraian aku, dia adalah kenalan lelaki pertama aku didalam bdsm yang terlibat dengan aku secara lansung.Lebih senang cakap, dia sebenarnya 'owner' aku yang pertama. Aku ambil masa sehari untuk memikirkan tawaran dia. Aku tahu dia nak aku, disebabkan aku punya lokasi dan aku juga tidak ada hubungan dengan seisapa buat masa ini, lelaki.

Ironinya, dalam masa yang sama, seorang teman ditempat pejabat bertanya aku samada aku mahu mengikut usrah ditempat dia.

Dua panggilan,

Satu keputusan.

Frank: Ala..you need this, I want to do that as a favor, it will make you happy while get through all this thing.

Saat tu, aku dah tahu. Frank dengan muslihat dia. Awal permainan cuma akan secara ringan dan tidak melibatkan minda atau pun terlalu fizikal. Tapi kemudiannya, dengan sikap aku yang rapuh, dia akan mudah menjerut. Frank dan aku satu daerah, aku sahaja yang aktif dikawasan ini, Frank nampak masa depan, bagi dia adalah satu pembaziran andai dia tidak mengambil aku. Melalui aku, dia dah kenal dua orang perempuan yang akhirnya salah seorang menjadi milik dia. Tak cukup satu, lelaki.

Sehari selepas itu, aku beri keputusan. Aku dah tak terlibat lagi. Mulanya aku tolak dengan baik. Entah macamana, akhirnya kami bertengkar. Mungkin ego dia tercalar dan dia mudah berang. Lelaki.

Biarlah, sekurang-kurangnya lelaki durjana yang pernah rosakkan jiwa aku ni boleh berambus dari hidup aku. Aku perempuan beb, kau tengok aku kasar dalam percakapan ke, apa ke, kau tengok aku tak pandai berlagak macam perempuan ke, jiwa aku tetap lemah, tetap mudah terpedaya, konon..untuk kebaikan aku. Bukan itu untuk nafsu kau? Ahh..lelaki!

Aku tidak mahu membenci lelaki. Tuhan tolong temukan aku dengan lelaki yang baik, untuk itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...