Halaman


Memaparkan catatan dengan label hijrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hijrah. Papar semua catatan

Isnin, 23 Mei 2016

Buku dan perkahwinan plu


Dia dan aku suka membaca buku-buku lama. Ya, kami orang lama. Buku pilihan aku adalah buku bukan fiksi. Aku tak gemar buku fiksi. Buat apa, tenggelam dalam perkara yang sekadar mimpi dan ilham sang penulis. Ya, kecuali buku-buku Harry Potter tolak itu.

Aku dan dia jiwa orang lama. Buku sastera lama. Sebelum tidur kami berkongsi bahan baca. Dia agak baru dalam dunia-dunia dakwah moden yang istilahnya banyak diadaptasi dari bahasa inggeris. Dia, teman hidup aku.

Banyak orang bertanya, kenapa aku berkahwin sedang aku boleh sendirian dan tidak perlu pun bergantung pada sesiapa. Aku akui perkahwinan aku dan dia banyak berlandaskan tawakal, hampir sekelip mata, aku telah diijabkabul. Dan dia anugerah tak ternilai buat aku.  Teman hidup paling sempurna buat aku.

Kerana fitrah manusia, mencari teman hidup dan Allah telah nyatakan dalam al quran, pilihan yang Dia redha.

Kerap kali dalam beberapa perjumpaan bersama teman-teman, aku nyatakan perkahwinan bukan penyelesaian. Tapi sehari dua ini aku mula berfikir dari sudut yang berlainan. Andai perkahwinan itu telah datang dalam fikiran, dan dia yang kau rasa serasi dengan dirimu, kenapa tidak melangkah ke alam perkahwinan? Kenapa harus berfikir dengan ceteknya tawakal? Anggap sahaja teman hidup, teman serumah dengan beberapa tambahan tanggungjawab.

Dan dia yang Allah redha.

Sabtu, 2 Januari 2016

Bila dia my legal partner

Tahun 2016 mula menjelma, dan aku semakin banyak menghabiskan masa menjaga abah, dan cuba untuk membahagiakan dia. Tahun 2015 banyak perkara berlaku, seperti tahun-tahun yang lepas. Pemergian mentor aku iaitu pakcik pie, banyak membuatkan aku buntu kadangkala. Namun hidup mesti diteruskan.

Tahun 2015, aku menjadi fasilitator dalam 2 program, kedua-duanya melibatkan plu. Dan 2 program bersama jawatankuasa PPWM dan jakim. Beberapa program usrah, namun sebenarnya tak begitu banyak berbanding tahun 2014.

Fokus kini, adalah pada dia, legal partner aku. Kawan-kawan yang lain semakin menjauh, masa untuk aku mengikuti program-program juga sangat terbatas. Kadangkala hidup ni, tak perlu untuk terlalu fokus pada yang lain, sebaliknya fokus pada diri dan apa yang disamping kita.Dia dan aku dari dunia yang berbeza, banyak yang perlu aku develop, dan dalam masa yang sama, aku harus belajar mengenepikan ruang-ruang yang boleh kembalikan aku pada dunia songsang aku.

Aku dah tekad, dan aku faham, kerana itu juga, ramai yang dulu rakan semakin jauh, bila mereka mengadu, dan aku nyatakan apa yang mereka buat adalah bertentangan dengan prinsip aku, dan mereka mula menjauh, walaupun kerana sebagai kawan, aku rindukan persahabatan yang lalu, namun ianya tidak sama lagi. Siapa yang hadir aku raikan, siapa yang menjauh, aku tak mampu berbuat apa-apa.

Ada yang bertanya dan menyangka aku mudah menjalani hidup setelah berkahwin, yang memudahkan kerana Allah anugerahkan aku dengan orang yang faham, namun dalam pada itu ada juga cabaran-cabaran yang aku kena tempuh sendiri. Tak mudah bila dah biasa buat semua keputusan, bila dah biasa sebagai seorang yang dominan, tak mudah bila dah biasa mengambil role yang maskulin.

Tapi aku gembira kerana apa yang aku buat, bukanlah yang Allah tak redha. Indah, sebab apa yang kami buat, bukan lagi salah disisi agama.

Kadangkala bila fikir balik, betapa resahnya hidup aku dulu. Banyak kepedihan dan kegembiraan dengan sesuatu yang Allah tak suka, dan  kemudian Allah anugerahkan pula dia pada aku, entah nikmat apa lagi yang aku hitung. Namun benar, perkara paling payah dahulu, ialah, hijrah meninggalkan segala yang Allah tak suka.

Tak tahu berapa lama Allah pinjamkan aku dan dia dalam hidup kami. Kerana tiada yang kekal disini.

Tahun ni, kami nak sama-sama perbaiki bacaan Al-Quran kami, nak khatam, sekali pun jadilah. Nak istiqamah dhuha dan sebagainya. Sama-sama mencuba bidang homestay, dan aku wajib fokus pada kerjaya. Kerja-kerja NGO, harus aku buat dengan santai, pupuk semangat kerjasama, bukan onemanshow.

Inshaallah. Selamat tinggal 2015!

Khamis, 13 Ogos 2015

Hidup macam strawberry

Pertama sekali, hari ni aku sangat gembira kerana berjaya membuat lunch box yang sangat sedap. Iaitu strawberry dengan roti,chees dan coklat nutella, haha. Syurga.

Hidup agak sibuk, terutamanya bila kita semakin melekat dengan gadget, dan hanya itu menandakan hidup sosial kita. Kerja yang semakin sibuk, group whatssap yang semakin banyak. Membuatkan kadangkala hidup makin menggila.

Hujung bulan ini Positive Warriors akan ada program. Pertama kali,program tanpa pakcik pie. Mahu atau tidak, kita yang hidup tetap harus menggalas amanah.

Dan hidup sangat indah bila ianya semakin bererti, dan yang paling indah, bila kita tahu tidak ada kecelaruan atau pemilihan antara kebenaran dan kebatilan disitu, walaupun apa yang kita lakukan itu secara lahiriahnya bukan untuk kita, tapi sebenarnya ia untuk kita belajar mengharung hidup.

Seperti strawberry, masam selepas turun dari cameron highland, tapi tetap sedap nila dimakan dengan coklat. Kesimpulannya kita yang menentukan samaada ia enak atau tidak.

I love you,bebeh.

Ahad, 10 Mei 2015

Gay atau plu mahu hijrah.

KAMI TAK SENDIRIAN

Sejak akhir-akhir ini pelbagai pihak mula memberi respond apabila mendapat tahu ada golongan kami yang ingin kembali ke jalan yang benar. Walaupun bilangan kami yang benar-benar ingin berubah tidak begitu ramai namun setiap kami melalui perjalanan yang berlainan.

Permulaan terjadi bila 3 tahun lepas aku menyertai satu program sukarelawan anjuran Pertubuhan Positive Warriors Malaysia dan JAKIM, waktu itu ustaz Izwan Yusof yang sedang menyiapkan kajian untuk thesis beliau juga menghadiri program tersebut, mencari sample kes tentang LGBT dan quran. Aku secara sukarela menjadi sample beliau.

Kemudian aku suarakan kepada seorang rakan tentang aku ingin mencari kelas fardhu ain buat rakan2 plu aku yang lain. Seorang kakitangan Yayasan Ihtimam mula mencadangkan kem Getting Near You siri 1. Dari rentetan itu kami bekerjasama dengan Yayasan Ihtimam, JaWI dan MAIS untuk mengadakan usrah kecil dan kursus pengurusan jenazah.

Rakan-rakan yang pernah menghadiri Getting near you 1 (GNY), mula mencari kelas-kelas agama untuk mengisi kekosongan hati dan memberi kekuatan jiwa, untuk menjadi jalan meninggalkan cara hidup yang songsang.

Kemudian kumpulan kecil fb Straight struggle (plu lelaki) pula mula ditubuhkan dan kem Hello Hijrah dijalankan juga anjuran Yayasan Ihtimam. Dan group Hello Hijrah juga mula menjalankan usrah sebulan sekali dan gelas iqrak gabungan dengan rakan dari group gny (explu muslimat) dibawah bimbingan Ustaz Izwan Yusuf, secara percuma pada setiap hari ahad.

Dan aku sebenarnya hariini baru menghadiri taalim di Yayasan ta'lim di Taman Tun Dr Ismail. Yayasan Taalim, pula menawarkan kelas
Ta'lim khas untuk kami yang disampaikan oleh Ustaz Halim Hassan, secara percuma, malah tidak kisah samada kami nak pakai tudung atau tidak bagi yang perempuan, kelas dibuka untuk plu lelaki dan perempuan, tanyalah apa sahaja,kongsilah jika mahu,malah menyediakan tempat tinggal untuk kelas yang dibuat pd hari sabtu selama 3 jam itu, bagi yang datang dari jauh. Tidak cukup itu Yayasan Ta'lim juga menyediakan kelas fardhu ain dan kelas quran mengikut jadual sekiranya mahu.

Sungguh, aku tidak tahu nikmat apa lagi yang kau dustakan wahai teman.

Mari kawan, mari sahabat, tinggalkanlah hidup yang menyesakkan itu. Siapakah yang menggerakkan jantung mu saat kau tidur? Siapakah yang membuatkan nafasmu berfungsi saat kau lelap?

Ustaz Halim Hassan cakap, bayangkan kalau bila kita mati, Allah bawa roh kita tengok waktu kita dikapankan..Allah bisik, baru dua jam tadi aku minta kau bertaubat...apa agaknya perasaan kita masa tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...