Aku akui keputusan aku menjarakkan diri dengan Deanna bukanlah mudah. Sebenarnya, ada sesuatu juga yang bergelut dengan perasaan aku. Ada satu tangunggan yang berat untuk aku ceritakan.
Ianya tentang bagaimana aku bertemu dengan Deanna.
bdsm.
Aku akan terangkan istilah-istilah bdsm ini di post akan datang, buat masa ni, aku nak luahkan kekusutan hati aku.
Deanna adalah antara pertaruhan aku dan Master aku yang pertama. Ya, lelaki pertama yang berjaya mendominasi aku saat aku masih mentah dalam arena ini, dengan mudah dia dapat mengmiliki aku, collared. Kerana lelaki ini tahu aku punya kehendak yang kuat pada perempuan, lantas dia memplot untuk memiliki dua orang submissive perempuan. Ini berlaku tiga tahun yang lepas.
Untuk memikat perempuan bukanlah susah bagi aku.
Dan aku memikat Deanna waktu itu, antaranya untuk kuserahkan pada lelaki ini. Ya, aku terlalu naif waktu itu.
Mulanya Deanna tidak berjaya dipujuk lelaki ini, kerana Deanna hanya meletakkan hati dia pada aku. Tetapi sebagai submissive yang taat waktu itu, aku berjaya mempromosi lelaki ini pada Deanna. Dan pada tahun 2010, aku mempunyai krisis besar dengan lelaki ini, kegagalan dia menjaga aku menyebabkan aku hampir menyebabkan nama dia tercalar di arena ini. Tapi aku berjaya ditenangkan dengan kehadiran Master ku yang kedua.
Waktu itu lelaki ini melaburkan segalanya untuk memiliki Deanna. Usaha, tenaga dan juga mungkin wang. Waktu itu Deanna dah pun tinggal sebumbung dengan aku. Dan lelaki ini berjaya juga menenangkan hati aku. Aku tahu, keperluan Deanna pada bdsm amat tinggi. Aku dan dia submissive, kami mudah nanar dan hilang arah tanpa ada tali yang memacu kami.
Walaupun Deanna, banyak menghabiskan masa dengan aku, dan amat mempercayai aku, tetapi, Deanna secara fitrahnya adalah straight. Tidak seperti aku. Lalu disini kemenangan berpihak pada lelaki itu. Hati aku perit setiap kali mengetahui Deanna keluar dengan lelaki itu. Aku kalah kerana aku berjantina perempuan. Juga, kerana aku beragama Islam.
Dan sewaktu aku dalam proses pertunangan dan kahwin, banyak perkara berlaku pada Deanna, dia mula merokok dan minum dengan kerap. Sehari selepas perkahwinan aku, dia mabuk buat pertama kalinya. Serta lelaki itu saat itu telahpun lama bertapak dihati Deanna. Dan bukan sedikit kalinya aku terpaksa melihat Deanna disakiti hatinya. Aku terpaksa melihat gadis manja yang selalu mengingini belaian aku memaksa dirinya menjadi amat kuat. Entah berapa kali aku mengutip hati aku yang hancur.
Memang selalu sangat aku merancang nak menghancurkan hidup lelaki ini. Dia dah berkahwin dan beragama atheis, dia takkan boleh mengahwini Deanna tanpa melepaskan hidup utamanya.
Sebulan lepas aku dengar lelaki ni buat hal lagi, melukakan dan meninggalkan Deanna. Aku masa tu memang nak bersorak kegembiraan. Tapi semalam, berita buruk buat aku. Lelaki itu kembali lagi, kalini entah melabur apa pula pada Deanna. Ayat..
"He pay for everything"
Buat aku rasa nak memecahkan stereng kereta aku semalam. Walau aku tahu Deanna bukan mata duitan, tapi kerana kesempitan hidup dia sebagai pelajar uni dirantau orang, apa sahaja bantuan waktu dia kesempitan, dia takkan dapat menolak dengan mudah.
Aku tidak boleh berenggang dengan laptop, dan akhirnya membuatkan lelaki tu membayar semua kos membaiki kerosakan laptop Deanna, bodoh!. Bodoh bagi aku, kerana tak terfikir kesempatan ini. Ya, lelaki tu lebih licik. Dan...berduit. Tak mustahil, satu hari nanti, lelaki itu akan menyediakan tempat tinggal untuk Deanna.
Deanna ada beberapa kali memberi hint untuk tinggal dirumah aku kembali. Jawapan aku..
aku: yang, ...kita kalau duduk bersama, kalau laki bini, dah dapat anak 10 dah.
dia: ahahaha..betul2.
aku: kalau you confinement pun I akan redah je.
dia: hahaha, yes..i tak boleh bayangkan you kalau tak dapat I taktahula. Kalau confinement, i kena duduk hospital kot supaya betul2 sembuh 40 hari.
aku: hahah..
dia: tapi kalau you lelaki, orang lain memang tak boleh sentuh i.
aku: jangan haraplah, you kalau nak keluar rumah pun belum tentu boleh.
Ya, itu jawapan aku, dan Deanna faham ayat2 disebalik jawapan aku, aku tidak mahu bersekedudukan lagi dengan dia. Dan ini menjadikan aku kalah besar pada lelaki ini.
Perit hati aku, melihat gadis yang aku sayang diratah oleh oleh orang yang aku benci. Kerana aku bukan seorang yang tidak bertamadun, lelaki tu masih lagi hidup dengan gembiranya.
Tugas kita menyampaikan dan memberi hadayah adalah Allah.
BalasPadamKalah atau menang mesti atas landasan syarak dan iman bukan atas justifikasi peribadi.
pakcik bersama MGDA melawan arus itu, insyaAllah..
Ego..pakcik. Saya masih belum dapat mendidik diri saya untuk buang sifat ego dan memiliki tu.
BalasPadamSaya tak mampu untuk memahami.. post ini.. awak, doalah dia dapat hidayah dan mendapat lelaki yang lebih baik..
BalasPadamboleh tak saya kata gitu?
Ya...itu juga harapan say walaupun sy akn suffer.
PadamSalam IF, me too, a bit blur on the post...Why she should be with that man, no freedom for her to choose a better man? But I am still with you fighting against this. Take care my dear..
BalasPadamKerana cinta dan juga kerana lelaki itu adalah seorang master/dom yang expert dalam mendominasi. Sy akn trangkn ttg bdsm lebih teknikal pd post sterusnya.
Padamsekali lg yg baru masih cuba memanhami..tapikan? lelaki itu atheis..yg ko biarkan dia ke jantan x guna tu watpe..carilah yang beragama Islam juga. At least leh buat bini...
BalasPadamDia perlukan lelaki tu. Apa lagi yg aku boleeh buat? Bawa dia g thailand..kawin dgn deanna??
Padam