"Bad things happened, but you still can live"-Super 8(2010) (Demi malam apabila telah sunyi,Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada pula benci kepadamu, Dan sesungguhnya akhir itu (akhirat) lebih baik bagimu dari permulaan(dunia).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Ad Duhha: ayat 2 hingga 5)
Isnin, 30 Julai 2012
#Cekik- Ridhwan Saidi
Aku usai membaca dua buah buku Fixi. Salah satunya bertajuk Cekik. Buku ini memberi gangguan kepada fikiran ku sedikit. Kisah seorang budak lelaki yang telah dicabul sewaktu kecil oleh bapa angkatnya, dan kemudian bersekedudukan dengan kekasih yang rupanya adalah ibu kandungnya. Dan cerita ini berakhir dengan dia menjadi suspek utama pembunuhan seorang imam yang juga ditemui mati dengan kesan liwat.
Bagi aku, buku ni nak menunjukkan orang alim adalah gila seks. Ini nyata bila binaan mihrab diterangkan dengan teliti. Dan imam itu pada mudanya memperkosa seorang gadis berusia belasan tahun di mihrab masjid. Imam itu juga mati dicekik dan diliwat di mihrab tersebut.
Gadis itu digari. Dan diikat kaki.
Pertama disini, ingat mudah kah seorang kampung yang tiada internet nak memiliki gari? Gari pun bukan mudah untuk dimiliki bagi pengamal bdsm. Untuk pengetahuan, pihak courier dalam negara ni pun boleh menggeletar lutut nak menguruskan gari. Dan tak lepas di kastam pun. Pihak yang menjual gari ni, mesti punya kabel besar di balai.
Dalam cerita ini, dipersoalkan tindakan imam itu membesar anak angkatnya tanpa didikan agama, imam selalu berada disurau sahaja.
Dan kenapa imam ni tidak berkahwin sehingga tua?
Nak kata tak bernafsu, boleh pula memperkosa.
Ya, maafkan aku, aku bernafsu nak membaca novel ini semata-mata kerana tajuknya. Dan, cerita ni berjaya sedikit mengungkap fetish cekik pada sesetengah manusia. Cekik digunakan didalam permainan kerana dua perkara. Pertama kerana ia mengundang rasa dominasi yang tinggi, melihat seseorang itu menggelepar dan kuasa berada ditangan pendominasi. Kedua, rasa sesak nafas dan ketidak upayaan mengawal diri juga boleh membawa keterujaan kepada orang yang didominasi.
Namun setelah mencecah muka akhir buku ini. Aku rasakan buku ini terlalu sinis kepada agama. Aku harap orang Islam yang menulis buku ini tidak berniat menyindir Islam, sebaliknya sekadar menempelak penganutnya.
Oh, satu ilmunya dari buku ini. Ianya menyebabkan aku menggoogle "Homosexuality in animals".
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
aha, at least ko berjaya habiskan buku ni.
BalasPadamaku baca buku ni waktu berbuka puasa (mmg tabiat kalo makan kena membaca). page awal2 yg wathir disuruh blowjob sbb nk hilangkan pijar mulut(aku lupa exact scene) membuatkan makanan dlm perut aku terkeluar balik.
yg mana lepas tu aku stop makan, stop baca buku tu. campak mana pun aku tak igt.
mungkin sbb aku baca time makan? tp scene tu potong ah!
dan aku tak rasa mahu teruskan membaca, sbb aku masih terbayang2 dan terasa2 makanan yg terkeluar balik tu.