Halaman


Jumaat, 27 Julai 2012

Ma, Pa..benar dia kekasih saya.


Aku sebenarnya kadang-kadang dah pening nak kawal maklumat tentang diri aku pada keluarga.  Sejak aku sering keluar dengan Deanna kembali, Ma ada tertanya-tanya juga, kerap sangat aku keluar dengan Deanna. Kemudian, andai aku beli makanan, selalu akan kubungkuskan untuk Deanna juga.

Dalam instagram, gambar-gambar aku keluar dengan Deanna, captionnya kadangkala, bila aku baca balik, selalunya boleh nampak yang aku sayang Deanna lebih dari kawan. Dan dalam Instagram pula ramai kawan-kawanku yang senget, adalah yang komen merapu juga. Masalahnya applikasi tu ada juga keluargaku. Nasib FB rasmi ku memang aku kawal ketat.

Dalam twitter juga kadang-kadang kawan-kawan yang senget ni ada juga borak pasal awek, dan aku juga kadangkala ada crush dekat mana-mana kenalan twitter. Aku syak, rakan rapatku yang aku benarkan berad di twitter ku pada awal-awal dulu, dah boleh mengesyaki.

Ucu, adik ku yang pernah terserempak mengenali salah seorang teman wanitaku, memang dah lama dapat merasakan ada sesuatu tentang aku. Tetapi sebab dia lelaki, dia tak begitu ambil pusing. Dan aku tahu dia amat menyayangi aku. Aku pernah berterus terang dengan dia, kerana dia menjadi tempat pergantungan aku sewaktu aku menghadapi titik paling hitam dalam hidupku pada mac lalu. Aku nak dia adil dalam melihat kes aku.

Dan seorang lagi dalam adik beradikku, yang kami amat rapat. Pernah tanya samaada aku ada apa-apa hubungan dengan istimewa dengan Deanna. Aku cuma berkata..

"Deanna kan ada boyfriend"

Dan kenyataan ku itu menutup pertanyaan.Aku perlu melindungi Deanna walau dengan apa cara sekalipun.

Benar, kasih aku pada Deanna bukan sekadar teman biasa. Sejak akhir-akhir ini, aku juga amat memanjakan dia, hingga dia rasa bersalah.

Deanna: Kenapa you asyik belanja I ni?
aku: ah..nafkah batin tak dapat bagi, I bagi zahir ajalah

Kami gelak. Alhamdulillah, aku masih bertahan, rasanya dah 3 bulan kami tidak sekatil. Paling lama tu. Dan bukan sekali dua dia meminta, sampai dia dah tiada rasa segan lagi meminta, sebab aku tahu dia amat ingin. Tapi berbagai alasan yang aku beri.

Aku terfikir, bagaimana jika selain Ucu, ada ahli keluarga ku yang menjejak sisi gelap ku? Bolehkah mereka terima? Akan terputus kah kasih sayang mereka pada aku. Adakah aku memalukan mereka?

ps: ada reader tanya bagaimana nak follow aku, pertanyaan ditinggalkan di formspring. Aku sebenarnya sengaja tidak meletakkan fungsi follower, untuk menjadikan blog ini tidak terlalu awam, tetapi, bagi aku..kalau pembaca tu nak follow..dia akan menemui caranya.

4 ulasan:

  1. selalu follow cerita2 kamo0....
    tapi tak berkesempatan meninggalkan jejak.....

    BalasPadam
  2. teringin nak jd kawan FB mu..bolehkah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setaakat ni saya dah tutup. Sbb fb saya tempat saya meroyan je.awk akan menyesal add sy.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...