Beberapa kali yang lepas, aku keluar dengan Zaid. Ke sinema dan makan-makan. Aku dengar dari seorang kawan, Zaid ada hati pada aku. Dan kini aku cuba untuk memberi ruang pada aku dan dia cuba mengenali lebih dari kawan biasa.
Tapi entahlah.
Entah kenapa, aku rasa kekok dan ada semacam rasa tertekan bila keluar dengan dia. Aku tak tahu kenapa. Walhal kami kawan dah lama, sebagai kawan biasa, dia memang rapat dengan aku, cuma selama ni, aku memang tak ambil pusing sangat tentang dia. Mungkin dia tidak begitu ada ciri dominan. Hanya ciri itu sahaja yang selalunya buat aku selesa.
Sejak akhir-akhir ni, hampir semua kawan lelaki, aku dah jarang berkomunikasi atau hangout. Satu tahap dulu, aku rasa benci pada mereka semua. Terutamanya sebab salah seorang dari mereka memang ternyata gay.
Aku seharusnya tidak ada masalah dengan lelaki homoseksual.
Tetapi, ada antara sikap kawan aku ini, yang buat aku kadang-kadang tak boleh tahan hati. Suka sangat mengutuk perempuan. Perkataan 'Bit.." tu mudah sangat keluar. Jumpa perempuan mengandung, kutuk. Akhirnya aku putus asa, makin lama, otak aku yang sedang trauma ni, lagilah membenci. Kerana satu silap, aku terus mendiamkan diri dari mereka.
Zaid..ah..Zaid. Dia baik, sampai kawan-kawan yang lelaki pun memang suka dia sebagai kawan, kata mereka Zaid terlalu baik, hingga kalau ada yang bawa gaduh, akan melutut balik pada Zaid, sebab kebaikan dia. Tapi, aku ada persoalan yang sering bermain di benakku. Zaid ni ada nafsu ke pada aku? Entah-entah kalau dah kahwin nanti baru tahu, sebenarnya bukan nak pada aku pun. Ah..ngeri.
Buat masa sekarang, aku amat selesa dengan diri aku. Entah kenapa aku ada rasa tertekan bila keluar dengan kawan-kawan lelaki. Apa sahaja yang mereka buat silap, aku mula prejudis.
Aku senang keluar sendiri, atau dengan Deanna. Sya dah kembali pada partner dia. Biarlah, asal dia bahagia. Deanna pun sibuk dengan pelajaran.
*tajuk tak berkaitan lansung dengan entry. Kehkehkehkeh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan