"Bad things happened, but you still can live"-Super 8(2010) (Demi malam apabila telah sunyi,Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada pula benci kepadamu, Dan sesungguhnya akhir itu (akhirat) lebih baik bagimu dari permulaan(dunia).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Ad Duhha: ayat 2 hingga 5)
Sabtu, 15 Disember 2012
Ulasan '50 shades of grey"
Novel ni Philip minta aku baca lebih kurang setahun yang dulu, sewaktu aku masih lagi ada hubungan dengan dia. Salah satu tugas aku adalah menterjemahkan buku ni kepada bahasa melayu untuk dia. Setelah beberapa rayuan dan permintaan, dari aku, akhirnya dia berpuas hati andai aku sekurangnya dapat memberi ringkasan padanya setiap bab.
Kini setahun kemudian, aku dan Philip tidak ada apa-apa melainkan kawan.
Semalam aku usai membaca buku ini. Pada awalnya, aku hampir bertindak menjual kembali buku ini kerana tidak tahan dengan keghairahan pada awal bab, antaranya sebab aku sedang amat keras dan mentah menahan keinginan dan nafsu aku sendiri.
Sekarang, membaca buku ini, hanyalah seperti aku baca novel dongeng Si tanggang atau pun cerita dongeng Si Kancil. Atau mungkin, hormon aku semalam telah pulih sedikit.
Baiklah, novel ini berkisar tentang cinta, Anastasia yang telah cinta kepada Mr.Grey yang lebih kaya dari sebarang jutawan, Mr.Grey adalah impian setiap wanita, kacak, dominan, possesive. Kacak kerana memiliki tubuh yang sasa hasil kerja keras di gym dan juga cara hidup yang sihat, dominan hingga memiliki kecenderungan seks yang mungkin tidak normal bagi orang yang normal, posessive hingga boleh sahaja mengetahui setiap gerak geri Anastasia,setiap saat.
Anastasia, gadis naif yang masih perawan beberapa hari sebelum graduat (ya sebelum diambil oleh Mr.Grey), sedikit nakal kebudak-budakan, cantik.
Anastasia, dan Mr.Grey telah jatuh cinta, namun... Anastasia tidak mampu menerima keinginan BDSM Grey, walaupun Grey seboleh mungkin membawanya dengan cara paling budiman.
Membaca ulasan-ulasan orang lain, ramai yang teruja dengan Grey. Ya, siapa yang tak teruja kalau kekasih boleh datang bila-bila masa dari mana pun mereka untuk mententeramkan anda. Ada juga yang membenci Anastasia kerana bodoh, mengikut sahaja kehendak Grey di Room of Pain, dan menyanjung Anastasia kerana akhirnya berani meninggalkan Grey, kerana dia tahu walau betapa cintanya pada Grey, dia tidak akan dapat menerima kehendak Grey yang satu.
Dalam cerita ni, bagi aku yang paling kesian adalah Grey. Dia sanggup menurut banyak kehendak Anastasia, mengorbankan ego dan segala. Tapi, dia tahu tidak akan dapat menipu dirinya. Dia malah sebenarnya tidak pernah pun berhubungan seks secara vanilla (normal, dengan kasih sayang dan sebagainya), namun kerana cintanya pada Anastasia, dia seboleh mungkin mengawal nalurinya, dan belajar menghargai Anastasia.
Simpati aku pada dia, kerana mungkin aku dulu seorang pengamal bdsm. Aku kenal ramai Dom, yang memang kebal dengan kasih sayang. Lagi tinggi pengalaman lelaki tu, lagi kebal berhati batu mereka.
Anastasia, bila-bila masa boleh melangkah pergi dan kembali pada hidup normal. Tapi Grey? Grey hanya amat bahagia apabila dapat mendominasi kekasihnya. Dia takkan pernah merasa lengkap tanpa itu. Walau kekayaan menjadi hidupnya. Dia takkan mampu menukar hidupnya menjadi vanilla, kerana dia telah berkecimpung dlm bdsm sejak berumur 15 tahun.
Grey tidak pernah melakukan seks secara vanilla, kerana dia sebenarnya tidak pernah teruja dengan itu.
He has everything,but Anastasia's love.
Tanpa BDSM, hidupnya seolah seorang gay, dia tidak perlu wanita. Mungkin orang vanilla (non-bdsmers) tak faham dan tidak akan faham.
Dan aku syukur, aku dapat membaca habis buku ini, tanpa berzina dengan diri sendiri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bsama ambil pngajaran. Hnya Allah sbaik2 dan pencinta...
BalasPadambenar, manusia selalu tertipu,bergantung pada yang lemah juga, terlupa pada Yang Maha Besar.
PadamMaaf- hanya Allah sebaik2 pelindung dan pencinta..
BalasPadamhurmm... masalah juga ya di uji begini, tak tercapai akal saya jadi saya tidak boleh memberikan sebarang komen. Saya tahu BDSM ni pun dari blog ni.. kalau isu gay dan lesbian pernah juga membaca beberapa catitan ustaz-ustaz yang bukan menyokong tapi lebih ke arah memahami jadi saya agak terbuka tentang itu ( bukan perbuatan zina ) apapun doa banyak2 kat Allah...moga Allah buka jalan dan peluang lebih baik dan lebih baik.
BalasPadamamin.
Padam