Halaman


Khamis, 27 Disember 2012

Melawat keluarga PLHIV :)

Mesti dibayangan kalian, keluarga HIV, penuh dengan kesengsaraan, dan pelbagai yang tidak senang.

Mari sini dengar ceritaku.

Pernah dengar ungkapan rumahku syurgaku?

Pada hari minggu yang lepas, aku telah diizin tuhan untuk melawat Pakcik Ahp sekeluarga.

Berpeluang berbual-bual dengan Kak Da dan Ummie dengan lebih rapat. Melihat sendiri keadaan Pakcik Ahp yang sentiasa menyumbangkan kehidupannya kepada komuniti.

Keluarganya penuh dengan kasih sayang. Cara Kak Da dan Ummie melayan kerenah Pakcik Ahp, yang sering sibuk melayan whassap dan juga internet demi tanggungjawabnya, yang sering keletihan kerana memerlukan tidur yang cukup, aku memang jadi kagum dengan kedua wanita ini. Dan sifat Pakcik Ahp yang memimpin keluarga dengan kasih, kasih pada anak, kasih sebagai suami, menyebabkan keluarga ini umpama baiti jannah yang orang luar disana impikan.

Sungguhkan, kasih sayang itu tuntutan Islam, dan hanya itu yang akan membahagiakan. Bila ianya kerana Allah.

Paling kelakar bila aku melihat dia menegur anak-anaknya dengan cara tersendiri, dalam tegas, ada ungkapan I love you. Kahkahkah, entah kenapa sampai sekarang aku masih rasa ia kelakar.

Saling melengkapi, dan saling memahami. Itu antara kunci keluarga ini. Bagi aku, bukan mudah seorang isteri menerima situasi sibuk, letih sang suami. Dan sang suami bukan mudah untuk terus memimpin walau dalam keadaan letih dengan kesihatan dan kesibukan.

Benar, tunggak keluarga ini hidup dengan HIV, tapi yang aku lihat, dia cuma perlukan tidur yang cukup. Cukup tidurnya, semangatnya lebih dari segala. Memandu jauh, bersama keluarga membeli belah atau menonton wayang, ceh kacang.

Mungkin kerana aku datang dari keluarga yang mempunyai latar belakang yang kasar, lalu aku memang takjub dan hampir meletup dengan perasaan kasih sayang yang terkesan dalam keluarga ini.

Sesungguhnya, aku amat berterima kasih kepada keluarga ini kerana banyak mengajar aku bahawa kasih sayang didalam keluarga bukanlah suatu dongeng, tetapi sebaliknya adalah realiti bila mana kita sanggup meletakkan kepentingan diri ditempat kedua. Sanggup berkorban.

Dan sesungguhnya, kalau boleh aku ingin umumkan keseluruh dunia, HIV is nothing tapi cinta kerana Allah adalah segala-galanya.

Cinta kerana Allah..akan dihadiahi dengan baiti jannah.

Bagi aku, orang yang menjadi alasan HIV untuk tidak memulakan keluarga tetapi sebaliknya tetap terus bergelumang dengan dosa yang sia-sia, adalah insan yang paling rugi.

Moga keluarga ini sentiasa dirahmati Allah. Benar.. Sesunggunhnya Allah hanya akan menguji hambaNya mengikut kemampuan mereka. Terima kasih tak terhingga, hanya Allah yang dapat membalas budi keluarga ini menerima aku yang serba kekurangan sebagai tetamu mereka.

 Pakcik Ahp dan isteri-isterinya. Gambar diambil dari blog http://akuhivpositif.blogspot.com



6 ulasan:

  1. Allahu akbar!
    Malu pulak pakcik, MGDA...
    Apa2pun t kasih sudi ziarah kami yg srba kekurangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tiada apa yang kurang. pengalaman yang amat berharga bagi saya

      Padam
  2. salam MGDA,

    Sesungguhnya kami juga serba kekurangan.
    Terima kasih ziarah kami.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kak da. terima kasih sangat terima kami. sambal belimbing buluh tu takkan saya lupa sampai bila2.

      Padam
  3. Alhamdulillah...
    Those are us
    The legendary five of us
    Thank you Allah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan 8 ke? masuuk si Puang, Didik 1 dan Didik 2.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...