Halaman


Selasa, 11 Disember 2012

Lupa

Beberapa hari yang lepas aku mengikuti satu program yang dianjurkan oleh IKRAM.  Satu hari itu aku dapat banyak ilmu, yang membuatkan aku banyak fikir tentang diri aku. Tapi esoknya, aku leka balik. Main game sampai lupa dunia, sekali dua aku tertidur sambil main game, tertinggal solat.

Terukkan aku.

Dan sebenarnya dah dekat sebulan aku tak pergi usrah, bila naqibah bagitahu yang salah satu dari usrah tu dibatalkan, aku macam happy. Hati aku seolah berkata, tak payahlah kau hipokrit, pergi majlis-majlis ilmu tu. Balik rumah kau main game, dan kau kena ingat, mereka yang dalam usrah tu tak tahu kau siapa, kau tu hina sangat berbanding mereka.

Aku tak tahu samada itu bisikan iblis atau apa.

Dan quran pun dah beberapa hari ku tinggal tak berselak. Nak solat dah rasa berat kembali.

Aku tenggelam dalam dunia. Dan, ah...ya aku pernah dengar, dunia itu menipu. Tertipukah aku. Aku mula fikir, aku masih muda, mati itu jauh. Dan ya, Allah itu entah dimana.


2 ulasan:

  1. saya kata kan lg lupa alpa lewa itu mainan manipulasi oleh musuh yg nyata dan abadi iaitu iblis..kite suem teruji hal ini..moga kite beringt dgn ketukan ksh syg allah dan keluarga serta shbt2..amalan nye dgn sentiasa berdoa Allah mempimpn kita dan kite selari berjalan atas jln Allah..insyaAllah..sam2 igtkn n berdoa..syg la dri kite utk ke syurga Allah yg maha agung..

    -MFM-

    BalasPadam
  2. bawa balik dir ke arah yang betul, saya pun kadang2 hilang pertimbangan... bukan mudah tapi kita perlu bermujahadah dan kadang kala kita tarik brek tanga.. tapi solat xleh tinggal..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...